Anda di halaman 1dari 8

1 UJIAN SISTEM BAHASA

BAHAGIAN A Soalan 1

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Rosli mengarahkan pembantunya menyediakan senarai para peserta yang akan
menyertai program motivasi itu.
senarai para peserta - senarai peserta

(ii) Aktiviti pembalak secara tidak terkawal masih berleluasa walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan oleh kerajaan.
pembalak - pembalakan

(iii) Pulau Tioman telah menarik kunjungan puluh-puluh ribu orang pelancong ke Malaysia.
puluh-puluh - puluhan

(iv) Kos membina semula jambatan yang runtuh di Kampung Sepah Beruang adalah
sebanyak satu juta Ringgit Malaysia.
satu juta Ringgit Malaysia - Ringgit Malaysia satu juta

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jurulatih bola sepak itu mengajar Sim Huat tendangkan bola dengan kaedah yang betul.
tendangkan - menendang

(ii) Emak memberitahu kakak supaya masukkan pewarna merah ke dalam adunan keknya
supaya kelihatan menarik.
masukkan - memasukkan

1
PRAKTIS 1

(iii) Semasa adik bermain di halaman rumah, tiba-tiba dia menjerit kesakitan kerana kakinya
dipijak paku.
dipijak - terpijak

(iv) Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kawasan runtuhan kondominium itu di atas
sebab-sebab keselamatan.
di atas - atas

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Oleh sebab ahli yang hadir dalam mesyuarat kali ini tidak cukup korum, maka mesyuarat
menangguhkan pada masa yang lain.
menangguhkan - ditangguhkan

(ii) Makanan yang berkhasiat perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk memperkuatkan
daya tahan melawan penyakit dalam diri mereka.
memperkuatkan - menguat

(iii) Bunga-bunga anggerik yang ditanam oleh ibu sedang mengembang.


mengembang - berkembang

(iv) Persahabatan antara Afiq dengan Zakuan sudah terjalin selama dua puluh tahun.
antara - di antara

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bangunan mencakar langit itu menunjukkan kebolehan arkiteknya yang bijak merancang
pembinaannya dengan teliti.
mencakar - pencakar

(ii) Para pekerja syarikat penerbitan itu sangat gembira kerana majikan mereka meluluskan
memberi bonus dua bulan gaji pada hujung tahun ini.
Memberi - pemberian

2
PRAKTIS 1

(iii) Ketika pasukan penyelamat tiba petang semalam, mangsa kemalangan itu masih
berbaring tidak sedarkan diri.
berbaring - terbaring

(iv) Saya suka menanam pokok bunga di waktu lapang.


di - pada

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Calon-calon peperiksaan diminta berkumpul tiga puluh minit lebih awal ke dalam dewan.
ke - di

(ii) Khamarul diberi masa tiga setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.
tiga setengah jam - tiga jam setengah

(iii) Peminat sukan bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang
ditunjukkan oleh pemain baharu pasukan bola sepak negara.
membincangkan tentang - membincangkan

(iv) Selendang ini teramat lembut sekali.


teramat lembut sekali - lembut sekali

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Perdana Menteri-Perdana Menteri dari setiap negara menghadiri mesyuarat yang akan
membincangkan isu alam sekitar.
Perdana Menteri-Perdana Menteri - Perdana-perdana Menteri

(ii) Baju kurung yang emak jahit itu saya akan pakai pada pagi raya nanti.
saya akan - akan saya

(iii) Sejak dari tadi lagi Abdul Rahman menunggu ibu saudaranya di hentian bas itu.
Sejak dari tadi lagi - Sejak dari tadi

3
PRAKTIS 1

(iv) Mulai dari sekarang, semua murid diwajibkan membawa buku teks ke sekolah setiap hari.
Mulai dari sekarang - Mulai sekarang

BAHAGIAN A Soalan 2

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penduduk beberapa buah belok kondominium yang retak itu diarahkan supaya berpindah.
belok - blok

(ii) Nota sains yang disampaikan dalam bentuk kartun memudahkan murid memahami
sesuatu topik.

(iii) Kuning telur merupakan makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi.
kolestrol - kolesterol

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Program 1Sukan 1Murid adalah untuk mencongkil bakat atlet-atlet dalam bidang olahraga.
Mencongkil - mencungkil

(ii) Pihak polis berjaya mengesan tektik terbaharu sindiket pengedaran dadah.
Tektik - taktik

(iii) Barangan kitar semula banyak manafaatnya kerana dapat mengurangkan kos belian.
Manafaatnya - manfaatnya

4
PRAKTIS 1

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Anak-anak yang nakal perlu ditangani dengan menggunakan psaikologi.


Psaikologi - psikologi

(ii) Kenaikan harga minyak amat membebankan gulungan yang berpendapatan rendah.
Gulungan - golongan

(iii) Kemalangan yang dasyat itu berlaku pada pagi tadi di Lebuhraya Pantai Timur.
Dasyat - dahsyat

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jawatankuasa Penduduk kawasan perumahan itu mengsyorkan penubuhan Rukun


Tetangga bagi mengawal keselamatan penduduk.
Mengsyorkan - mengesyorkan

(ii) Kestabilan sesebuah negara banyak bergantung pada kestabilan instutisi masyarakat.
Instutisi - institusi

(iii) Barang-barang elektrik dari kilang itu diangkut ke perlabuhan menggunakan lori.
Perlabuhan - pelabuhan

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Guru cemerlang itu merupakan pengubal soalan peperiksaan awam.


Pengubal - penggubal

(ii) Zawawi belum lagi membuat keputusan samada hendak bercuti ke Langkawi ataupun ke
Pulau Pangkor.
Samada - sama ada

5
PRAKTIS 1

(iii) Orang yang sedang ditimpa masaalah perlulah banyak bersabar.


Masaalah - masalah

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayah membawa kami makan satey Haji Samuri yang terkenal itu.
Satey - sate

(ii) Mengumpul stem merupakan hobi Yusuf sejak di bangku sekolah lagi.
Stem - setem

(iii) Ibu memperuntukan sepuluh peratus daripada perbelanjaan dapur untuk disimpan.
Memperuntukan - memperuntukkan

BAHAGIAN A Soalan 3

Latihan 1

Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada
ruang jawapan yang disediakan.

(i) Kehidupan remaja kini semakin mencabar dan sukar dikawal.

(a) Kehidupan remaja kini semakin mencabar.

(b) Kehidupan remaja kini sukar dikawal

(ii) Para pakar pemakanan sepakat berpendapat bahawa keperluan asasi tubuh kita
dapat dipenuhi dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

(a) Para pakar pemakanan sepakat berpendapat bahawa keperluan asasi tubuh kita
dapat dipenuhi dengan makan buah-buahan.

(b) Para pakar pemakanan sepakat berpendapat bahawa keperluan asasi tubuh kita
dapat dipenuhi dengan makan sayur-sayuran.

(iii) Pihak polis dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk membendung masalah ponteng
sekolah dalam kalangan murid.

(a) Pihak polis perlu bekerjasama untuk membendung masalah ponteng sekolah dalam
kalangan murid.

(b) Ibu bapa perlu bekerjasama untuk membendung masalah ponteng sekolah dalam
kalangan murid.
PRAKTIS 1

(iv) Kejadian ragut memberikan kesan buruk dari segi fizikal dan kewangan.

(a) Kejadian ragut memberikan kesan buruk dari segi fizikal.

(b) Kejadian ragut memberikan kesan buruk dari kewangan.

(v) Saban hari rakyat menghadapi kesesakan lalu lintas ke tempat kerja kerana
pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya berlaku pada setiap hari.
(a) Saban hari rakyat menghadapi kesesakan lalu lintas ke tempat kerja.

(b) Pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya berlaku pada setiap hari

Latihan 2

Tentukan jenis ayat dalam setiap ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah atau ayat seruan.

(i) Dia gembira kerana berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi.
Ayat penyata

(ii) Jemput masuk ke rumah hamba yang usang ini.


Ayat perintah

(iii) Bagaimanakah kemalangan feri yang melibatkan 200 orang penumpang itu berlaku?
Ayat tanya

(iv) Sila masuk, maaflah rumah saya berselerak sedikit.


Ayat seruan

(v) Amboi, cantiknya baju Kak Ton hari ini!


Ayat seruan

(vi) Murid yang melanggar peraturan sekolah akan didenda.


Ayat penyata

(vii) Mengapakah kamu lewat sampai ke sekolah?


Ayat tanya

(viii) Jangan bermain bola di tepi jalan raya.


Ayat perintah

7
PRAKTIS 1

Latihan 3

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Ibu telah menjahit seluar ayah yang koyak itu.


Seluar ayah yang koyak itu telah dijahit oleh ibu.

(ii) Saya belum lagi membeli barang yang dipesan oleh kakak itu.
Barang yang dipesan oleh kakak itu belum saya beli lagi.

(iii) Pengarah yang baik hati itu akan menganjurkan majlis rumah terbuka.
Majlis rumah terbuka akan dianjurkan oleh pengarah yang baik hati itu.

(iv) Pihak bomba telah menangkap ular sawa yang masuk ke rumah Pak Samad.
Ular sawa yang masuk ke rumah Pak Samad telah ditangkap oleh pihak bomba.

(v) Hana membeli empat pasang baju sejuk sebagai persediaan belajar di London.
Empat pasang baju sejuk dibeli oleh Hana ebagai persediaan belajar di London.

12

Anda mungkin juga menyukai