Anda di halaman 1dari 7

http://cikgusazali.blogspot.

com
SOALAN 3 (b) :
SPM 2005

KEMAHIRAN SINTAKSIS

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)

i.
ii.
iii.

Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.


Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan
kediaman semakin meningkat.
Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada
minggu lepas.
Kita akan memikul tugas mengisi kemerdekaan negara bersama-sama.
Semenjak kerajaan melancarkan program kitar semula, tahap kebersihan di kawasan
kediaman semakin meningkat.
Mereka telah membina sebuah gelanggang badminton secara gotong-royong pada
minggu lepas.

SPM 2006
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i)
(ii)
(iii)

Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya?


Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

i.

Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara?


Adakah Encik Amran hendak ke Putrajaya?
Pendebat itu petah berhujah
Pendebat itu bijak mematahkan hujah lawan.
Siswazah itu berpandangan jauh
Siswazah itu tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

ii.
iii.

SPM 2007
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)
i.
ii.
iii.

Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun 2000
hingga 2006.
Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
Pelatih Program Latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
Beberapa buah buku masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahun 2000
hingga 2006.
Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang.
Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat
Negara.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2008
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Baju sutera ini untuk ibu.


Kuda putih itu berlari pantas.
Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
Penduduk kampung akan bergotong-royong pada hujung minggu ini.
Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Baju sutera ini (FN) untuk ibu.(FN)


Kuda putih itu (FN) berlari pantas.(FK)
Sekolah baharu itu (FN) sangat cantik landskapnya.(FA)
Tun Abdul Razak (FN) Bapa Pembangunan Malaysia.(FN)
Penduduk kampung (FN) akan bergotong-royong pada hujung minggu ini. (FK)
Encik Ramli (FN) guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni. (FN)

SPM JUN 2009


Gabungkan dua ayat tunggal di bawah supaya menjadi satu ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Puan Jamaliah bukan guru. Puan Jamaliah kerani.


Dia memandang kami. Dia melambai-lambaikan tangannya.
Ayah membeli komputer riba. Komputer riba itu sangat ringan.
Dia mencapai kejayaan cemerlang. Dia rajin mengulang kaji pelajaran.
Dato Bahaman pejuang kemerdekaan. Mat Kilau pejuang kemerdekaan.
Rumah Pak Ali berbentuk tradisional. Rumah Encik Cheng berbentuk moden.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Puan Jamaliah bukan guru tetapi kerani.


Dia memandang kami sambil melambai-lambaikan tangannya.
Ayah membeli komputer riba yang sangat ringan.
Dia mencapai kejayaan cemerlang kerana rajin mengulang kaji pelajaran.
Dato Bahaman dan Mat Kilau pejuang kemerdekaan.
Rumah Pak Ali berbentuk tradisional manakala rumah Encik Cheng berbentuk moden.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2009
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek
Predikat

:_____________________________________________________
:_____________________________________________________

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Kami dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.


Ketinggian Gunung Kinabalu 4014 meter.
Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan.
Taman Tasik Perdana terkenal oleh landskapnya yang menarik.
Murid yang pintar itu bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
Demi membiayai kos pelajaran anak-anak, ibu bapa sanggup bergolok-bergadai.

i.

Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Kami
dilayan dengan mesra oleh pekerja restoran tersebut.
Ketinggian Gunung Kinabalu
4014 meter.
Kami sekeluarga
ke perpustakaan pada setiap petang Sabtu
Taman Tasik Perdana
terkenal oleh landskapnya yang menarik.
Murid yang pintar itu
bercita-cita untuk menjadi angkasawan.
Ibu bapa
sanggup bergolok-bergadai demi membiayai kos pelajaran anakanak.

SPM JUN 2010


Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan
isi dalam dialog tersebut.
Aman :
Shimah :
Aman

Shimah :
Aman :
Shimah :

Hai, Shimah! Sudah lama kita tak jumpa.


Yalah, kali terakhir kita berjumpa ketika hari akhir persekolahan.
Awak masih belajar atau sudah bekerja?
Saya masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam jurusan
perakaunan.
Saya pun masih belajar dalam jurusan yang sama.
Kalau begitu bolehlah kita bertukar-tukar nota melalui e-mel.
Bagus juga tu, ini alamat e-mel saya.

Aman menyapa Shimah sambil mengatakan bahawa mereka tidak lama tidak berjumpa.
Shimah bersetuju sambil menjelaskan bahawakali terahir mereka berjumpa ketika hari akhir
persekolahan. Shimah ingin mengetahui sama ada Aman masih belajar atau sudah bekerja.
Aman menyatakan bahawa dia masih belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur dalam jurusan
perakaunan.
Shimah menyatakan bahawa dia juga masih belajar dalam jurusan yang sama.
Sehubungan dengan itu, Aman mencadangkan supaya mereka bertukar-tukar nota melalui e-mel.
Shimah bersetuju dengan cadangan itu lalu memberikan alamat e-melnya.
3

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2010
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata
tanya yang diberikan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam
ayat-ayat yang diberi.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Mereka bersenam petang tadi.


Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangannya dalam pelajaran.
Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Bilakah mereka bersenam?


Siapakah pengurus besar syarikat itu?
Mengapakah murid itu mendapat pujian?
Di manakah pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan?
Apakah alat yang digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu?
Bagaimanakah negara kita mencapai kemerdekaan?

SPM JUN 2011


Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat
seruan atau ayat perintah.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.


Semua murid diminta supaya berkumpul di dewan sekolah selepas waktu rehat.
Apakah rancangan awak selepas tamat persekolahan nanti?
Janganlah merokok kerana amalan itu membahayakan kesihatan.
Wah, segaknya awak apabila berpakaian seragam pengakap ini!
Semangat patriotik anak-anak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi.

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Ayat penyata.
Ayat perintah.
Ayat tanya.
Ayat penyata.
Ayat seruan.
Ayat penyata.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2011
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung
yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Kemarau ialah bencana alam. Kemarau berpunca daripada cuaca panas. Kemarau berpunca daripada
kurangnya hujan. Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang. Tumbuh-tumbuhan banyak yang
mati. Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air. Kemarau menyebabkan air terpaksa
dicatu. Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan. Hal ini dapat
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan kurangnya hujan.
Kemarau menyebabkan tanah kering-kontang, tumbuh-tumbuhan banyak yang mati dan kegiatan
manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.
Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan
tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota
masyarakat.
SPM JUN 2012
Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud
asalnya.
Seseorang itu mestilah sentiasa menilai dirinya dan cuba membaiki sebarang kelemahan. Walaupun
perubahan itu sukar dilaksanakan namun tidak mustahil untuk dicapai. Perubahan itu bukan sahaja
bermanfaat kepada dirinya tetapi juga kepada orang lain.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Seseorang itu mestilah sentiasa menilai dirinya


Seseorang itu mestilah cuba membaiki sebarang kelemahan.
Perubahan itu sukar dilaksanakan.
Perubahan itu tidak mustahil untuk dicapai.
Perubahan itu bermanfaat kepada dirinya.
Perubahan itu bermanfaat kepada orang lain.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2012
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud
asalnya.
(i)
(ii)
(iii)

Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.


Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan
ulang tahun hari kemerdekaan negara.

i.

Persaraan kakitangan kerajaan sudah ditetapkanpada usia 60 tahun.


Persaraan kakitangan kerajaan pada usia 60 tahun sudah ditetapkan.

ii.

Banglo mewah berharga RM3 juta itu terletak di Bukit Perdana.

iii.

Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun dari
kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.

SPM JUN 2013


Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Penyambut tetamu itu mempersilakan beliau duduk di hadapan.


Kita perlu mengenal pasti potensi diri jika ingin mencapai kejayaan.
Aktiviti kokurikulum memperkukuh perpaduan murid berbilang kaum di negara ini.
Pasukan Kadet Polis sekolah itu akan menjalani latihan menembak pada minggu
hadapan.
Baginda mengurniakan darjah kebesaran kepada atlet yang telah mengharumkan nama
negara kita.
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) menggesa pengusaha kantin sekolah supaya
menyediakan makanan berkhasiat.
Beliau dipersilakan duduk di hadapan oleh penyambut tetamu itu.
Potensi diri perlu kita kenal pasti jika ingin mencapai kejayaan.
Perpaduan murid berbilang kaum di negara ini diperkukuh melalui aktiviti
kokurikulum.
Latihan menembak akan dijalani oleh Pasukan Kadet Polis sekolah itu pada minggu
hadapan.
Darjah kebesaran dianugerahi baginda kepada atlet yang telah mengharumkan nama
negara kita.
Pengusaha kantin sekolah digesa oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) supaya
menyediakan makanan berkhasiat.

http://cikgusazali.blogspot.com
SPM 2013
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa
Nama (FN + FN) +, Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS).
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Bunga mawar itu untuk cikgu saya sempena sambutan Hari Guru.
Tuan Haji Ahmad pengetua di sekolah itu semenjak lima tahun lalu.
Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat.
Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan.
Penyanyi tersohor itu sangat anggun dan bergaya ketika membuat persembahan.
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya telah menyediakan laporan aktiviti
sempena Bulan Bahasa.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

FN + FS
FN + FN
FN + FK
FN + FS
FN + FA
FN + FK

SPM JUN 2014


Tukar dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki supaya mengekalkan susunan
isi dalam dialog tersebut.
Sarina
Fairus
Sarina
Fairus

:
:
:
:

Sarina :
Fairus :

Apa yang kamu beli tu?


Jambu batu. Buah ini sangat berkhasiat.
Apa khasiatnya?
Jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang berfungsi sebagai agen
nyahtoksik yang dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Kalau begitu, saya akan selalu makan jambu batu.
Baguslah. Nah, ambil dua biji!

Sarina ingin mengetahui buah yang dibeli oleh Fairus.


Fairus memberitahu bahawa dia membeli jambu batu dan menyatakan bahawa buah tersebut
sangat berkhasiat.
Sarina ingin mengetahui khasiat buah jambu tersebut.
Fairus menjelaskan bahawa jambu batu mengandungi vitamin dan kalium yang berfungsi sebagai
agen nyahtoksik yang dapat memelihara kesihatan dan kecantikan kulit.
Sarina tertarik dengan penjelasan Fairus lalu mengatakan bahawa dia akan selalu makan jambu
batu.
Fairus bersetuju dengan kata-kata Sarina lalu memberi dua biji buah jambu batu kepada Sarina.

Anda mungkin juga menyukai