Anda di halaman 1dari 6

Soalan 1: Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pemaju
perumahan tidak berminat membina rumah mampu milik dan kesan-kesannya kepada rakyat yang
memerlukan rumah mampu milik. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permasalahan rakyat yang berkaitan dengan isu pemilikan rumah sejak akhir-akhir ini sering
diperdebatkan. Masih ramai rakyat tidak mampu memiliki rumah terutamanya di kawasan bandar.
Pemaju hartanah berlumba-lumba membina rumah mewah yang harganya mahal bukan kepalang. Mereka
beranggapan bahawa ramai rakyat Malaysia berkemampuan memiliki rumah mewah, jadi pemaju
hartanah tidak berkeinginan membina rumah mampu milik iaitu rumah yang berharga rendah dan mampu
dimiliki oleh rakyat berpendapatan rendah. Kebanyakan pemaju industri hartanah merupakan golongan
kapitalis yang sentiasa mengutamakan keuntungan. Margin keuntungan yang bakal diperoleh sangat
sedikit jika membina rumah mampu milik.

Majoriti rakyat di negara ini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang
perlu diberi perhatian. Pemaju kurang mempunyai nilai tanggungjawab sosial untuk memastikan rakyat
daripada kategori tersebut memiliki rumah. Di samping itu, pemaju sering kali terikat dengan spekulasi
harga rumah kerana spekulator industri hartanah kerap mewar-warkan harga rumah pastinya akan
meningkat pada masa akan datang. Inilah modus operandi utama yang sering kali digunakan oleh pemaju
dalam memastikan harga rumah sentiasa meningkat tinggi. Harga rumah yang tinggi juga adalah kerana
peruntukan kos penyediaan prasarana bagi sesuatu kawasan perumahan yang tidak boleh diabaikan
walaupun kebanyakan pembeli sering terlepas pandang dengan tanggungjawab pemaju ini.

Kos bahan mentah yang meningkat hampir saban tahun merupakan alasan kepada para pemaju
merancang pembinaan rumah yang dapat dijual dengan harga yang terbaik bagi mereka. Selain itu,
permintaan rumah yang melebihi penawaran di kawasan bandar menyebabkan para pemaju sentiasa
mencari peluang membina rumah yang berharga melebihi RM 500,000 seunit. Nilai tanah yang semakin
melambung tinggi menyebabkan pemaju kerap menyelaraskan harga rumah supaya kekal relevan dengan
pasaran semasa. Suara rakyat yang mendesak harga rumah diturunkan dipandang sepi. Keadaan ini
menggambarkan seolah-olah rakyat Malaysia tidak mempunyai kuasa pendesak agar pemaju perumahan
wajar membina rumah mampu milik.

Hakikat sebenarnya, pemaju tidak boleh dipersalahkan atas kemelut pemilikan rumah mampu
milik ini. Pemaju perlu menanggung beberapa kos yang tidak terlihat pada pandangan mata kebanyakan
pembeli rumah seperti bayaran tugas profesional jurutera dan arkitek serta perlu menjelaskan bayaran
tertentu kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan. Kos buruh binaan yang semakin
meningkat sering dijadikan alasan oleh pemaju perumahan yang menggambarkan keengganan mereka
membina rumah mampu milik. Kengganan mereka inilah yang akhirnya menyebabkan rumah mampu
milik ini bertukar menjadi rumah mampu lihat sahaja kepada golongan berpendapatan rendah.

( Dipetik daripada “Modul Gemilang Bahasa Melayu SPM” oleh panel


Bahasa Melayu Pejabat Pendidikan Daerah Kerian )

Soalan 2: Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud mahal bukan kepalang. [2m]

1
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa perkara yang terpaksa ditanggung oleh pemaju yang kurang
diketahui oleh pembeli dalam isu rumah mampu milik ini.
Nyatakan perkara-perkara itu. [3m]

(iii) Rakyat tetap memerlukan rumah untuk meneruskan kehidupan walaupun harga rumah semakin
tinggi pada masa ini.
Berdasarkan pengetahuan anda, nyatakan cara-cara yang perlu dilakukan agar rakyat dapat
memiliki rumah sendiri. [4m]

Soalan 2 (b) – Prosa Moden

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam
ringgit Malaysia, harganya sekitar RM500.00. Jaket kulit itu telah
membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjualnya
kepada Shahmeem, jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada
shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu
telah membawa kegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan
badan sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.

Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa


gembira itu kepada orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai
menjual pakaian terpakai yang selalu aku kunjungi di tanah air? Aku
tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami
kerugian.seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai
itu. Aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu
gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket
kulit kijang dengan harga yang murah. Aku berharap agar bakal
pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan
tidak berasa bongkak.

Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket


kulit itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda
muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup
yang penuh kemodenan.

( Dipetik daripada Cerpen “Jaket Kulit Kijang


dari Istanbul” dalam “Antologi “Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul” oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur 2014 )

2
(i)Berdasarkan petikan di atas, apakah tujuan aku menjual jaket kulit kijang dengan harga yang
murah? [2m]
-memberi kegembiraan kepada pekedai
-memberi kegembiraan kepada pembeli
-pemakai sedar bahawa jaket kulit itu bekas sisa orang
-pemakai tidak berasa bongkak
-hasil jualan didermakan kepada zoo

(ii) Pada pendapat anda, selain memenuhi gaya hidup yang penuh kemodenan, nyatakan punca-punca
hidupan liar dibunuh. [3 m]
-untuk tujuan perubatan
-sebagai sumber makanan
-untuk meraih keuntungan
-kerana ketakutan dan keselamatan

(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
Dalam petikan :
-Nilai keprihatinan. Contohnya ...
-Nilai simpati.
Contohnya, ...
-Nilai pemurah. Contohnya, ...

Dalam cerpen;
-Nilai berbudi bahasa
-Nilai berhemat/berjimat-cermat
-Nilai kasih sayang
-Nilai kesederhanaan
-Nilai kegigihan
-Nilai semangat bermasyarakat
[4m]

Soalan 2 (c) – Prosa Klasik

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian


yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke
dalam kota, dalam hatinya, “Pada malam ini aku masuk membakar
dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi.”

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit.


Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan
hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam
kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar
oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya.
Maka Laksamana pun tahula akan Kertala Sari datang itu. Maka
Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang
kakinya pada tubuh Laksamana.

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu,


katanya, “teririk bangkai pula aku ini!”

Adapun akan laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu


ia bangun melompat menikam dada
3 Kertala Sari terus ke belakangnya.

Maka Laksamana pun berkata , “Ceh, mati engkau olehku!”


(i) Berdasarkan petikan, nyatakan niat Kertala Sari apabila menjelang waktu malam.
[2m]
-akan masuk membakar rumah
-akan mengamuk
-akan mencuri harta orang Melaka

Nyatakan perancangan awal yang dilakukan oleh Laksamana sebelum berjaya menikam dada Kertala Sari.

-memakai pakaian penjurit


-berjalan dalam hujan rintik-rintik pada waktu malam
-masuk ke dalam kota
-tidur di tengah pasar
-sedia menghunus keris semasa berbaring [3m]

(i)Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan
keselamatan di tempat tinggal anda?
[3m]
-mewujudkan rukun tetangga
-mengadakan rondaan
-menggajikan pengawal keselamatan
-membina pondok kawalan
-memasang kamera litar tertutup
-membina pagar/tembok
-memasang sistem penggera

Soalan 2 (d) – Puisi Moden

Dia lelaki bergelar perkasa


Dengan cemeti keberanian di tangan
Rembat angkuhnya memacu takut
Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang


Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiring seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durjana
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran 4
Menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


(i) Berikan maksud menentang semua kebobrokan. [2m]
-melawan/memerangi/ menolak/menyanggah segala/segenap/setiap/ seluruh kerosakan/ kebinasaan

(ii) Andaikan anda seorang penggembala kuda. Selain memberi makan dan minum, nyatakan langkah-
langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan binatang peliharaan anda berada dalam
keadaan yang baik.
-memastikan kesihatan binatang peliharaan dalam keadaan yang baik/bawa ke klinik haiwan jika sakit
-binatang peliharaan mendapat rehat yang cukup
-suasana tempat tinggal kondusif
-menjaga kebersihan diri haiwan
[3m]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4m]

-Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda. Contohnya, ...
-Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan. Contohnya, ...
-Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan. Contohnya, ...
-Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.

Contohnya, ...

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa


[ 30 markah ]

(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud
dan penggunannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) menjadi tarikan
(ii) menaikkan imej
(iii) mengambil keputusan
(iv) memberikan pendapat
(v) menumpukan perhatian
(vi) menyelesaikan masalah

(b) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif


(i) Pelajar yang bermasalah itu telah mencalarkan kereta guru disiplin.
(ii) Saya telah menyusun semua baju di dalam almari itu.
(iii) Saya belum lagi membelikan biskut yang dipesan oleh kakak saya itu.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin perkataan itu semula.
(i) Jamal selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menanggong
cabaran hidup ketika menghadapi musibah.
(ii) Menteri Pertanian dan Industri Asas tani diberi penghormatan untuk melepasi
anak-anak ikan ke dalam kolam ternakan semasa beliau merasmikan projek Belia
Jaya di kampung kami.
(iii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya
hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin perkataan itu semula.

5
(i) Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahannya tergendala
selama lima setengah tahun.
(ii) Lukisan yang paling cantik sekali dalam pameran itu memikat perhatian para
pencinta seni tempatan.
(iii) Ahli Kelab Penyokong Perak membanjiri stadium untuk menyaksikan
pertandingan bola sepak di antara pasukan perak dengan pasukan kelantan.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.
(i) Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat
nikmatnya nanti
(ii) Sesuatu yang abadi, tidak pernah berubah
(iii) Selagi hidup berusaha melakukan perkara-perkara yang bermanfaat bagi diri dan
masyarakat

Soalan 4: Novel
[ 15 markah ]

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menyentuh perasaan
anda.
-peristiwa yang menyentuh perasaan -1m
-perasaan seperti marah, gembira, sedih, kagum, terharu, dan alasan yang berkaitan – 1m
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga pengajaran tentang kasih sayang yang
terdapat dalam novel tersebut.

-pernyataan pengajaran kasih sayang - 1m

-contoh / huraian - 1m

Anda mungkin juga menyukai