Anda di halaman 1dari 12

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2023

SOALAN 1

-Surat-Surat
-Kedua-dua .
-Kaca-kaca

-Produk-produk
-Penyanyi popular itu masih menyimpan surat-surat yang dikirim oleh para peminatnya.
-Kedua-dua ibu bapa Azli akan menunaikan haji pada tahun ini jika tiada halangan.

-Kaca-kaca yang dikumpulkan oleh ayah akan kami hantar ke pusat kitar semula.

SOALAN 2

1.Amalan membaca sangat penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang dalam
bidang umum.
2. Amalan membaca sangat penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang dalam
bidang spesifik.
3. Kini ilmu berkembang dengan sangat luas di seluruh dunia.
4. Kini ilmu berubah dengan pantasnya di seluruh dunia.

5. Sesetengah ilmu dalam bidang kejuruteraan mempunyai jangka hayat selama dua tahun
setengah hingga tujuh tahun.
6. Ilmu dalam bidang keagamaan kekal berabad-abad lamanya selagi masih diamalkan.

1
SOALAN 3
BILANGAN KESALAHAN PEMBETULAN
1 siapa sesiapa
2 samada sama ada
3 agro-pelancongan agro pelancongan
4 reformasi transformasi
5 tidak bukan
6 pertumbohan pertumbuhan
7 menerokai diterokai
8 mikro organisma mikroorganisma
9 ekonomik ekonomi
10 bioteknoloji bioteknologi
11 V-tamin vitamin
12 menghasilkan dihasilkan
13 mahal tinggi
*CALON WAJIB SENARAIKAN KESALAHAN DAN PERBETULKAN KESALAHAN.
(JIKA CALON TIDAK MENYENARAIKAN KESALAHAN 0 MARKAH)

PERHATIAN BAGI SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD


Panduan Penskoran
Bil Markah Kriteria
1 Cemerlang 1.Struktur ayat mengikut petikan.
( 5-6 ) 2.Mengekalkan maksud seperti dalam petikan
3.Mengekalkan laras bahasa istana jika berkenaan .
4.Tanda baca dalam setiap ayat dikekalkan.
5.Penggunaan kata yang tepat dan gramatis.
2 Baik 1.Struktur ayat masih mengikut petikan.
( 3-4 ) 2.Masih mengekalkan maksud seperti dalam petikan
3.Masih mengekalkan laras bahasa istana .
4.Tanda baca dalam setiap ayat masih dikekalkan.
5.Penggunaan kata yang masih tepat dan gramatis.
3 Lemah 1.Sebahagian besar struktur ayat dalam petikan tidak dikekalkan.
(1- 2 ) 2. Sebahagian besar maksud dalam ayat tidak dikekalkan.
3.Sebahagian besar laras bahasa istana tidak dikekalkan.
4. Sebahagian besar tanda baca dalam setiap ayat tidak dikekalkan
5.Banyak kesalahan penggunaan kata dan bahasa tidak gramatis

2
CADANGAN JAWAPAN
SOALAN 4

Tun Kudu yang diperisteri oleh Duli Yang Dipertuan mempunyai paras rupa yang cantik
tetapi memiliki mata yang juling sedikit. Apabila mendengar sembah Seri Nara Diraja, dalam
masa yang singkat, dijatuhkan talak oleh baginda lalu dihantar ke rumah Paduka Raja. Tun Kudu
diberi belanja dan disuruh bersiap kerana akan berkahwin dengan Seri Nara Diraja.
Semua anak buah Seri Diraja berkata, "Bagaimanakah datuk hendak beristeri muda
sedangkan datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?"

PERHATIAN BAGI SOALAN 5: PERIBAHASA

1. Berikan 1 markah untuk setiap peribahasa yang tepat.


2. Berikan 1 markah untuk setiap maksud peribahasa yang tepat.
3. Berikan 0 markah untuk peribahasa yang salah.
4. Periksa atau tanda 3 peribahasa yang pertama sahaja.

SOALAN 5

1. Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan - Tindakan yang diambil tentang sesuatu
perkara yang belum pasti, akhirnya merugikan diri sendiri.

2. Nasi telah menjadi bubur - Sesuatu yang tidak dapat dibaiki lagi
3. Sudah jatuh ditimpa tangga - Musibah yang dialami secara berturut-turut.

3
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 Markah]

Perhatian bagi soalan 6[ Petikan Umum ] dan soalan 7 [ Petikan Sastera ]

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.


2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna

Panduan Penskoran Soalan pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
-Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
-Jawapan tepat tetapi ayat tidak gramatis
1
-Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
-Jawapan tidak tepat / salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
-Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis
2
-Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat gramatis
-Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat gramatis 1
-Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
-Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
-isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
-Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat masih gramatis 2
-Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
-Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

4
Soalan 6 (Petikan Umum)

(i) Maksud rangkai kata pelbagai inisiatif:


bermacam-macam/beberapa jenis daya usaha

(ii) Kelebihan-kelebihan yang didapati oleh murid yang bekerja sambilan:


Bahan 1
• memberikan pengajaran dan pengalaman yang berguna kepada remaja dalam kehidupan
mereka
• remaja dikatakan dapat membentuk personaliti yang menarik dan dapat membina jati diri
remaja yang baharu
• pelajar lebih bijak membahagikan masa dan remaja dapat mempraktikkan pengurusan
masa yang baik pada usia muda

Bahan 2
• melatih mahasiswa lebih berdisiplin dan berdikari selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
• dapat menimba pengalaman sebagai persediaan untuk memasuki bidang pekerjaan
selepas menamatkan bidang pengajian
• sebagai persediaan untuk menimba pengalaman dunia kerjaya yang sebenar dan
menjanakan pendapatan sendiri

(iii) Kesan-kesan negatif bekerja secara sambilan kepada murid:


• cenderung untuk mengabaikan pelajaran kerana berasa angkuh apabila dapat menjanakan
wang sendiri
• hilang tumpuan belajar kerana penat bekerja terutama pekerjaan secara sambilan yang
melibatkan fizikal
• kecenderungan untuk terjebak dalam kancah gejala sosial
• mencemarkan minda remaja dengan kuasa wang
• gagal dalam pelajaran kerana lalai terhadap pelajaran disebabkan menumpukan perhatian
terhadap kerja sampingan

(iv) Langkah-langkah yang akan dilakukan untuk membantu rakan yang menghadapi masalah
pembelajaran akibat bekerja secara sambilan:
• menasihatinya supaya bijak membahagikan masa antara belajar dengan bekerja
• memberi cadangan kepada rakan supaya mencari pekerjaan yang lebih sesuai
• menceritakan perkara yang sebenar kepada ibu bapa rakan
• membawa rakan berjumpa dengan guru kaunseling

5
Soalan 7 (Petikan Sastera)

(i) Maksud rangkai kata membantah perintah:


menentang/melawan arahan/suruhan

(ii) Tuntutan-tuntutan yang dibuat di mahkamah:

Bahan 1
• menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut
terma dan syarat yang diperuntukkan
• mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guamnya

Bahan 2
• dia telah terlepas peluang untuk mendapat kontrak bernilai RM27 juta tersebut
• KTN perlulah bertanggungjawab atas kerugian yang dialami

(iii) Punca-punca masyarakat di negara kita kurang mengambil berat tentang hak mereka sebagai
pengguna:
• kurang diberikan pendedahan tentang akta pengguna
• tidak tahu cara dan tempat untuk membuat aduan
• sikap tidak ambil peduli terhadap hak sendiri
• takut dikenakan tindakan balas daripada pihak yang diadu

(iv) Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang peguam:


• belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap
peperiksaan
• menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris agar dapat berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris dengan fasihnya
• rajin berlatih, bercakap, dan mengutarakan hujah dengan lancarnya dan yakinnya

6
Perhatian bagi soalan 8 [novel]
Panduan penskoran
8. (i) Jawapan berdasarkan petikan novel. Markah
(i) Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
(ii) Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis. 3
(iii) Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat masih gramatis. 2
(iv) Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
(v) Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0
[ Maksimum : 4 markah ]
[ Isi cukup : 3 isi ]

8. (ii) Jawapan berdasarkan sebuah novel.


(i) Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan jelas.
(ii) Beri 2 markah bagi setiap peristiwa yang lengkap/ jelas
(iii) Beri 1 markah bagi setiap peristiwa yang tidak jelas
(iv) Markah isi maksimum 4 markah ( berdasarkan 2 isi yang lengkap/jelas ).
(v) Markah bahasa maksimum 2 markah
(vi) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah bahasa.
(viii) Calon tidak menjawab 0 markah
[ Maksimum: 6 Markah ]

7
Soalan 8 (Novel)

(i) Sebab-sebab Embong mahu segera pulang ke rumah:


... Embong mahu bekerja
... Embong mahu melihat rumah
... Embong mahu menjaga anak-anaknya
... keinginan Embong untuk pergi ke kebun meluap-luap

(ii) Peristiwa yang menggambarkan perasaan kasih sayang

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


1. Peristiwa : Pak Saidi yang menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar
mereka ilmu persilatan dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah
Inggeris agar mereka mendapat pelbagai ilmu pengetahuan.
Sebab : Kasih sayang seorang bapa terhadap anak-anaknya yang mahukan anak-
anaknya berilmu dan berguna kepada bangsa dan negara.

2. Peristiwa : Leftenan Adnan yang bertindak menghantar Sophia dan anak-anaknya


pulang ke kampung di Sungai Ramal Dalam apabila mendapat berita bahawa Jepun
akan menyerang Tanah Melayu.
Sebab : Kasih sayang suami terhadap isteri dan anak-anaknya demi memastikan
keselamatan keluarganya terjamin.

Novel Tirani
1. Peristiwa : Raidah yang sanggup menaiki kapal terbang seorang diri dari Sarawak
semata-mata mahu menemani Waheeda yang bakal menjalani pembedahan mata dan
hidung di Silicon Medical Center, Singapura.
Sebab : Kasih sayang seorang ibu yang sanggup bersusah payah demi memberi
sokongan moral kepada anaknya yang menghadapi situasi sukar dalam kehidupan

2. Peristiwa : Waheeda yang amat menyayangi suaminya, Zahid sehingga dia sanggup
berhadapan dengan Zahid yang kuat cemburu. Apabila Zahid meninggalkan dia dan
anak mereka, dia sangat sedih sehingga mengalami kemurungan.
Sebab : Kasih sayang seorang isteri terhadap suami yang berlebihan sehingga apabila
berlaku masalah dalam hubungan menyebabkan si isteri menderita.

8
BAHAGIAN C: RUMUSAN
(30 Markah)

PANDUAN PENSKORAN
Markah penuh 30 dibahagikan kepada
a) Isi - 20 markah
b) Bahasa - 10 markah

a) Isi [20 markah] Nota:

i. Panduan mengira perkataan :


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
• nama khas
• perkataan berulang
• penggunaan kata sendi di dan ke
• tarikh
• angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
• gelaran
• penanda wacana
• peribahasa/ slogan

ii. Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.
iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
v. Rumusan mesti mengandungi 1 isi pendahuluan, 8 isi tersurat dan 1 isi kesimpulan;
vi. 8 isi tersurat mesti mengambil dari setiap bahan dan setiap fokus.
vii. Isi rumusan mesti menyentuh semua bahan dan semua fokus.

Bahagian Isi Jumlah isi yang dikira Markah


(i) Pendahuluan 1 1 2
(ii) Isi
Fokus 1- Bahan 1
- 6 6 5 5B 4 4 4 3 3 3 2 2 2 1 1 1
ahan 2 16
Fokus 2-Bahan 1 3 1 1 2 1 2 3 1 2 3 1 2 3 1 2 3
6 1 2 1 3 2 1 4 3 2 5 4 3 6 5 4

9
Jumlah isi 8
(iii) Kesimpulan 1 1 2
Jumlah 10 20
b) Bahasa [10 markah]
Asas pemberian markah bahasa berdasarkan peringkat dan huraian dalam jadual
berikut:

Peringkat Markah Bahasa Huraian


- Kesinambungan isi baik
- Struktur ayat / tatabahasa baik
Cemerlang 8 - 10
- Kosa kata amat luas
- Tanda bacaan / ejaan betul
- Kesinambungan isi baik
- Struktur ayat / tatabahasa baik
Baik 5- 7
- Kosa kata luas
- Tanda bacaan / ejaan betul
- Kesinambungan isi masih baik
- Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana 3-4 memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan
- Pada keseluruhannya dalam serba
1–2
kekurangan / tidak memuaskan
[ Markah bahasa maksimum: 10 markah]

10
Soalan 9 (Rumusan)

Pendahuluan [2 markah]

P1 ... membincangkan punca-punca /sebab-sebab/ faktor-faktor semangat patriotik


semakin luntur dalam kalangan generasi muda dan kepentingan-kepentingan /faedah
/kebaikan patriotisme dalam kalangan generasi muda 2
P2 ... membincangkan punca-punca /sebab-sebab/ faktor-faktor semangat patriotik
semakin luntur dalam kalangan generasi muda
P3 ... membincangkan kepentingan-kepentingan /faedah /kebaikan patriotisme dalam
kalangan generasi muda

Isi [16 markah]

BAHAN 1 (Petikan)
Fokus 1 - punca-punca /sebab-sebab/ faktor-faktor semangat patriotik semakin luntur dalam
kalangan generasi muda

A1 Masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan sendiri.


A2 Mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan untuk menambah sumber pendapatan.
A3 Generasi era pasca modenisme kurang ditekankan tentang pentingnya semangat patriotik
kerana sistem pendidikan di negara ini lebih kita berorientasikan peperiksaan.
A4 Kurangnya pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu yang
bermati-matian menuntut kemerdekaan.

Bahan 2 (Grafik)
B1 Terlalu leka dengan lambakan hiburan yang pelbagai rupa.
B2 Pengaruh kuat media massa dan Internet.
B3 Terikut-ikut oleh budaya Barat.
B4 Tiada perasaan cinta akan negara.

Fokus 2: Kepentingan-kepentingan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda


Bahan 1 (Petikan)

C1 Sentiasa menghargai jasa pemimpin yang rela berkorban harta benda dan bergadai
nyawa.
C2 Berikhtiar untuk mengekalkan keharmonian dalam kalangan anak bangsa.
C3 Mendorong kita untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

11
C4 Berusaha untuk memajukan diri dan negaranya supaya setara dengan negara-negara
maju yang lain.
C5 Bertindak atas kemaslahatan umum dalam apa-apa keadaan sekalipun kerana mereka
berupaya menghindarkan sikap mementingkan diri.
C6 Tidak akan melakukan jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif.

Bahan 3 (Sajak)

D1 semangatmu api negara berdaulat

D2 namamu terukir di jantung rakyat

Kesimpulan

Kesimpulannya, semangat patriotik perlulah diterapkan dalam diri agar lahirnya generasi yang
cinta akan negara

12

Anda mungkin juga menyukai