Anda di halaman 1dari 16

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2018

Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 markah dibahagi kepada:


(a) Isi : 20 markah
(b) Bahasa : 10 markah

(a) Isi (20 markah)

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
 nama khas
 perkataan berulang/ kata ganda
 penggunaan kata sendi di dan ke
 tarikh
 angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.
(iv)Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Jumlah isi Markah


Pendahuluan 2
Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
Penutup 2
Jumlah markah 20

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:
Peringkat Markah Markah Bahasa Huraian
Isi
Baik 18-20 9-10 -kesinambungan isi baik
15-17 7-8 -struktur ayat/ tatabahasa baik
-kosa kata luas
-tanda baca /ejaan betul
Sederhana 12-14 6-7 -kesinambungan isi masih baik
8-11 4-6 -struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan
-kosa kata masih memuaskan
-tanda baca/ ejaan juga memuaskan
Lemah 1-7 1-4 -pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/
tidak memuaskan

BM2 Percubaan 2018 1


Nota:

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.


(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv)Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

BM2 Percubaan 2018 2


Pendahuluan:

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan kepada pelajar. (2 markah)

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan dan kejayaan yang harus dicapai oleh seseorang pelajar selain pelajaran.
(2 markah)

Rumusan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. (2 markah)

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan. (1 markah)

Isi Tersurat - Faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan:

1. Pelajar dapat memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara menyeluruh
dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. (2 markah)

2. Masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah. (2 markah)

3. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. (2 markah)

4. Pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap
kasih sayang dalam keluarga. (2 markah)

5. Pelajar dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang sihat dan
otak yang cerdas. (2 markah)

6. Para pelajar berupaya menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah untuk
membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. (2 markah)

7. Masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang bagi menenangkan
fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun. (2 markah)

8. Para pelajar boleh membuat kerja kebajikan. (2 markah)

9. Mereka juga boleh mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan wang.
(2 markah)

BM2 Percubaan 2018 3


Isi Tersirat - Kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar:

1. Pelajar tidak mematuhi jadual waktu belajar yang disediakan. (2 markah)

2. Pelajar lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
(2 markah)
3. Pelajar lebih berminat menghabiskan masa dengan aktiviti yang menghiburkan
berbanding membaca buku/ mengulang kaji pelajaran. (2 markah)

4. Pelajar terpaksa melakukan kerja rumah yang disuruh oleh ibu bapa. (2 markah)

Penutup - Kesimpulannya, semua pelajar haruslah bijak menguruskan masa agar dapat
menjadi masyarakat yang berdaya saing/ cemerlang/ maju.

BM2 Percubaan 2018 4


Soalan 2 : Pemahaman

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.


2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
Jawapan tidak tepat/ salah 0

Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis
Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2
Isi kurang lengkap/ kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

BM2 Percubaan 2018 5


Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum

i. Maksud rangkai kata melahirkan modal insan ialah menghasilkan sumber manusia.
[2 markah]

ii. Dua kejayaan yang harus dicapai oleh seorang pelajar selain pelajaran ialah:
- kejayaan dalam bidang sukan
- aktiviti kokurikulum
- agama
- aktiviti kemasyarakatan.
[2 isi cukup]
[Maksimum :3 markah]

iii. Pada pendapat saya, penyediaan jadual belajar dapat membantu kecemerlangan
seseorang pelajar dengan cara:
- membantu pelajar mengulang kaji pelajaran
- pelajar dapat membahagikan masa untuk belajar dan beriadah
- aktiviti akademik dan kokurikulum dapat diseimbangkan
- mengelakkan pelajar daripada membuang masa dan terlibat dalam gejala tidak
sihat.
[3 isi cukup]
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 2(b) Cerpen

i. Gambaran keadaan wanita tua yang menjual makanan burung di Egyptian


Market ialah:
- pakaiannya hanya kain kapas yang nipis
- tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan
- kakinya berstoking lusuh
- kasutnya koyak
[Isi cukup : 2]
[Maksimum :2 markah ]
ii. Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membela kehidupan golongan tua
yang terbiar dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling ialah:
- memberikan bantuan dari segi material seperti bantuan berupa makanan,
pakaian, dan ubat-ubatan
- membina dan menyediakan rumah kebajikan untuk golongan tua yang malang
dan tidak terbela
- menyediakan rawatan percuma di hospital kerajaan
- memberikan tambang separuh harga untuk penggunaan pengangkutan awam
[Isi cukup : 2]
[Maksimum:3 markah ]
(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

BM2 Percubaan 2018 6


iii. Satu persoalan dalam petikan cerpen:
- Persoalan kemiskinan dan kesengsaraan hidup warga tua
Contoh: Aku berasa sayu melihat seorang wanita tua yang menjual makanan burung
kerana kesejukan. Hal ini disebabkan pakaiannya nipis dan lusuh dan hujung kasutnya
koyak. (1+1)

- Persoalan sikap pemurah dalam diri


Contoh: Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberi wanita tua itu LT5
walaupun harga satu piring cuma LT1. (1+1)

Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:


- Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik
Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya dijadikan bahan komersial. (1+1)

- Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan
negara
Contoh: ‘Aku’ melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu
menyakitkan hati pekedai Turki itu. (1+1)

- Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap


pelanggan atau pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya. (1+1)

- Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki


Contoh: Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan
jualan. (1+1)

- Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan


Contoh: ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli
untuk dibawa pulang ke Malaysia. (1+1)

BM2 Percubaan 2018 7


Soalan 2(c) Prosa Tradisional

i. Maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahananya:


- bunyi sangat bising serta tidak keruan, riuh-rendah [Maksimum:2 markah ]

ii. Perancangan awal yang dilakukan oleh Laksamana:


- memakai pakaian penjurit
- berjalan dalam hujan rintik-rintik pada waktu malam
- masuk ke dalam kota
- tidur di tengah pasar
- sedia menghunus keris semasa berbaring
[Isi cukup:2]
[Maksimum:3 markah ]

iii. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan di tempat tinggal saya:


- mewujudkan rukun tetangga
- mengadakan rondaan
- menggajikan pengawal keselamatan
- membina pondok kawalan
- memasang kamera litar tertutup
- membina pagar/tembok
- memasang sistem penggera
[Isi cukup:2]
[Maksimum:3 markah ]

BM2 Percubaan 2018 8


Soalan 2(d) Sajak

i. Maksud rangkap pertama:


- penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.
- bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan
keadaan itu akan berterusan
[Isi cukup : 2]
[Maksimum :2 markah ]
ii. Cara-cara saya dapat membalas jasa kedua-dua ibu bapa:
- sentiasa mentaati perintah ibu bapa dan tidak melakukan perkara yang melukakan hati
mereka
- menghadiahkan kejayaan dalam pelajaran kepada mereka
- membawa mereka menunaikan umrah / fardu haji ke Mekah / melancong ke tempat-
tempat yang menarik
- menjaga kebajikan mereka dari segi keperluan harian, perubatan dan kewangan
- mendoakan kesejahteraan buat diri mereka
- menjaga nama baik dan maruah keluarga
[Isi cukup : 2]
[Maksimum:3 markah ]
(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

iii. Dua pengajaran dalam sajak:


- Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa

- Kita hendaklah menghargai dan menghormati ibu bapa yang telah banyak berjasa
kepada kita

- Anak-anak hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar
mendapat keredaan Tuhan.

- Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan mendapat
berkat.

- Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia hanya sementara.

[Isi cukup: 2]
[Maksimum: 4 markah]

BM2 Percubaan 2018 9


Soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa)

Markah penuh iaitu 30 markah dibahagikan kepada :


Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan
3. Kata yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
4. Kata yang digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat
7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya
9. Ayat tidak jelas, tolak ½ markah
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan) berikan 0 markah

BM2 Percubaan 2018 10


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.

(i) lauk-pauk - Ibu telah menyediakan lauk-pauk yang istimewa untuk kami
sekeluarga sempena hari ulang tahun ayah.

(ii) mandi-manda - Puteri Hang Li Po sedang mandi-manda di kolam belakang


istana ketika Laksamana Hang Tuah mencarinya.

(iii) desas-desus - Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan


meletakkan jawatannya dalam syarikat.

(iv) lintang-pukang - Budak nakal itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh
seekor anjing garang.

(v) gilang-gemilang - Majlis perkahwinan bintang popular itu berlangsung dalam


suasana gilang-gemilang dengan kehadiran ribuan peminat.

(vi) turun-temurun - Alat muzik tradisional yang merupakan warisan turun-


temurun masyarakat Melayu akan dipamerkan di Muzium Kesenian itu.

(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada enam ayat tunggal.

(i) Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.
(ii) Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.
(iii) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu
pengetahuan.
(iv) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala
kemahiran.
(v) Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
(vi)Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.

(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.

Bil Kesalahan Pembetulan


(i) unifom uniform
perlengkapan kelengkapan
(ii) kerinting keriting
berpakai memakai
(iii) merialisasikan merealisasikan
mengila menggila

BM2 Percubaan 2018 11


(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.

Bil Kesalahan Pembetulan


(i) Lukisan-lukisan yang Lukisan-lukisan yang cantik /
cantik-cantik Lukisan yang cantik-cantik
dijulang dijilat
(ii) Dari masa ke semasa Dari masa ke masa / Dari semasa
ke semasa
disangsi disyaki
(iii) dari daripada
tinggi cemerlang

(e) Nyatakan peribahasa


(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

BM2 Percubaan 2018 12


Soalan 4 : Novel

(15 markah)

Panduan pemarkahan:

Soalan 4(a)
1. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Beri 1 markah bagi setiap latar tempat yang betul.
4. Beri 1 markah bagi huraian / contoh yang lengkap dan jelas.
5. Markah isi maksimum 4 markah.
6. Markah bahasa maksimum 3 markah.
7. Markah bahasa diberikan secara impression
Baik -3m
Sederhana -2m
Lemah -1m
8. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(a) Dua latar tempat

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


1.Kuala Lumpur – Tempat tinggal Lili dan 1. Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola
keluarganya jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
2. Stesen bas- Lili menaiki bas dari Kuala 2. Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia
Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di 3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari
Dungun, Terengganu kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
3. Perhentian bas Pekan Sentosa,Dungun, pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu
Terengganu- Lili berhenti sebelum ke dan Azhari Tingkatan Lima
Kampung Sentosa,tempat tinggal datuk dan 4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim-
nenek Lili Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar
4. Pekan Sejahtera, Dungun, Terengganu - tingkatan enam. Dia tinggal di asrama
Tempat tinggal Geetha sekolah ini.
5. Surau- tempat orang kampung berkumpul 5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan
6. Bangsal di tepi sawah – Lili menunggu Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
neneknya yang bekerja di sawah padi mendapat tahu masalah Dahlia daripada
7. Hutan- tempat datuk mencari tumbuhan- Kavita.
tumbuhan herba dan akar kayu 6. Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas
8. Jeti nelayan- tempat Lili, Geetha dan lima ekar tempat Saleha menoreh getah
Danel menyaksikan matahari terbit 7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal
Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga adik-
adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan
Anggerik setelah emaknya dirawat di
hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat
Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan
pada peringkat awal.
9. Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia
dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

BM2 Percubaan 2018 13


10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat
emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga
Azhari bekerja sementara setelah mendapat
segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah
Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said
yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir-
Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di
sinilah Embong memotong kelapa sawit
setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun
kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit
Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan
Melati bersekolah di sini
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari
rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton
kerana dikatakan Dahlialah yang
menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais-
Beberapa orang penduduk bergotong –
royong semasa majlis sambutan Maulidur
Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat
pemindahan mangsa banjir yang berlaku di
kampung Dahlia.

Soalan 4(b)

1) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari di tingkatan empat dan di
tingkatan lima.
2) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3) Beri 1 markah bagi setiap pernyataan tentang kepincangan masyarakat.
4) Beri 2 markah bagi setiap huraian peristiwa yang betul untuk setiap pernyataan.
5) Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap isi).
6) Markah bahasa maksimum 2.
7) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
8) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
9) Calon tidak menjawab 0 markah.

(b) Peristiwa bagi setiap novel yang menunjukkan kepincangan masyarakat

Novel Jendela Menghadap Jalan Novel Songket Berbenang Emas


1. Kepincangan masyarakat yang terlibat 1. Kepincangan masyarakat yang
dalam gejala sosial berprasangka buruk terhadap orang lain
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah

BM2 Percubaan 2018 14


mencuri harta benda orang kampung. Selain berprasangka buruk terhadap keluarga
itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan Dahlia. Nek Kiah suka menghina Dahlia dan
dadah. keluarganya disebabkan kemiskinan mereka.
Aton suka menabur fitnah tehadap Dahlia
2. Kepincangan masyarakat yang terlibat dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah
dalam masalah perjudian ditebuk tupai kerana lelaki datang ke
Sebagai contohnya, Seman,suami Che Jah rumahnya silih berganti.
seorang kaki judi sehingga sanggup
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang 2. Kepincangan masyarakat yang terlibat
ketua keluarga. dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka berfoya-
3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah foya dengan rakan-rakannya sehingga
pendapat sanggup mencuri kambing milik bapanya
Sebagai contohnya, penduduk kampung yang sendiri.
mengalami percanggahan pendapat mengenai
perletakan kubah di surau ataupun membina 3. Kepincangan masyarakat yang suka
masjid yang baru. menghina
Sebagai contohnya, Mak Aton yang suka
menghina Dahlia dan keluarganya
4. Kepincangan masyarakat yang tidak disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton
bertanggungjawab juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah
Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga ditebuk tupai kerana lelaki datang ke
sering berjudi sehingga melupakan rumahnya silih berganti.
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
4. Kepincangan masyarakat yang mempunyai
5. Kepincangan masyarakat yang suka hasad dengki
memandang serong terhadap kekurangan Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar,
orang lain Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum
menjadi hinaan dan kutukan masyarakat peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua
kampung secara berterusan kerana suka batang paku yang dijumpai mereka dibawah
mencuri, menagih dadah dan pecah rumah. rumah. Bungkusan itu ditanam oleh
Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang seseorang yang dengki akan mereka.
memerlukan bantuan untuk berubah. 5.Kepincangan masyarakat yang memandang
serong tentang kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak suka
akan menantunya Embong dan cucu-cucunya
kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan
anak-anaknya yang lain berjaya dalam
kehidupan.

6. Kepincangan masyarakat yang tidak mahu


menerima ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah menuduh
Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said
mati lemas walaupun Dahlia sanggup
berkorban nyawa dengan terjun ke sungai
untuk menyelamatkan Said.
**Jawapan lain yang sesuai diterima.

BM2 Percubaan 2018 15


-PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT-

BM2 Percubaan 2018 16

Anda mungkin juga menyukai