Anda di halaman 1dari 13

SULIT 1103/2

Markah penuh : 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan:
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi di dan ke
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20

1
SULIT 1103/2

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam
jadual berikut:

Peringkatat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

18 20 9 10 Kesinambungan isi baik.


Baik 15 - 17 79 Struktur ayat / tatabahasa baik
Kosa kata luas
Tanda bacaan / ejaan betul

12 14 67 Kesinambungan isi masih baik


8 11 46 Struktur ayat / tatabahasa masih
Sederhana memuaskan.
Kosa kata masih memuaskan
Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 14 Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan

Pendahuluan

P1 Petikan membincangkan peranan /kebaikan/kelebihan/kepentingan disiplin yang


baik dalam kalangan murid / di sekolah. [2 m]

2
SULIT 1103/2

P2 Rumusan ini membincangkan peranan /kebaikan/kelebihan/kepentingan disiplin


yang baik dalam kalangan murid / di sekolah dan usaha-usaha meningkatkan
disiplin. [2
m]

P3 Petikan membincangkan peranan /kebaikan/kelebihan/kepentingan disiplin yang


baik. [1 m]
P4 Petikan / rumusan membincangkan faedah-faedah disiplin yang baik di sekolah.
[0
m]
P5 Petikan / rumusan membincangkan faedah-faedah disiplin yang baik dan usaha-
usaha meningkatkan disiplin. [0
m]

Isi Tersurat

S1. Seseorang murid mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan
hidupnya. [2m]

S2. kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan peraturan. [2m]

S3. menjadi alat kawalan kepada murid agar tidak melakukan perkara yang memberi
implikasi buruk kepada diri sendiri / mengawal perilaku dalam kelas [2m]

S4. memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. [2m]

S5. tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif yang menjejaskan
fokus tumpuan terhadap pembelajaran. [2m]

S6. sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. [2m]

S7. melatih murid dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa. [2m]

S8. sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan
oleh orang lain. [2m]

S9. murid kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. [2m]

S10. mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak
berpesonaliti. [2m]

S11. hubungan harmonis antara guru dengan murid akan dapat menjamin keberkesanan
pembelajaran. [2m]

Isi Tersirat

3
SULIT 1103/2

T1. ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka
di sekolah. [2m]
T2. pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa/masyarakat untuk
mengawal tindak laku murid di dalam dan di luar sekolah. [2m]
T3. guru-guru/guru kaunseling/pembimbing rakan sebaya sentiasa memantau/mendekati
murid-murid bermasalah. [2m]
T4. pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin
di sekolah. [2m]
T5. pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aktiviti kerohanian/keagamaan/moral. [2m]
T6. ibu bapa memberikan didikan agama yang serius kepada anak-anak. [2m]

Kesimpulan

Kesimpulannya, murid-murid perlulah mematuhi disiplin di sekolah agar dapat menjamin


kecemerlangan dalam pelajaran. [2m]

Kesimpulannya, murid-murid perlulah mematuhi disiplin di sekolah [1m]

* terima mana-mana jawapan yang relevan dan tepat.

Soalan 2: Pemahaman
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

4
SULIT 1103/2

Soalan 2 (a) : 9 markah


Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Soalan 2 (a) Petikan Umum

(i) Maksud
P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap [2m]

5
SULIT 1103/2

P2 ada watak dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap [2m]


[Maksimum : 2 markah]

(ii) Disiplin bermaksud: ( 2 isi cukup )

P1 Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri.


P2 kemahuan untuk mentaati peraturan.
P3 kemahuan untuk menghormati peraturan.
P4 peraturan untuk membentuk tingkah laku baik.
P5 pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang murid.

* Dua isi dan huraian/contoh lengkap = 3 markah


* Tiga isi tanpa huraian/contoh = 3 markah
[Maksimum : 3 markah]

(iii) Murid-murid yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan


sebaya kerana : ( 2 isi cukup )

P1 sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan untuk


sekolah

P2 tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakan-


rakan/menghormati guru-guru dan rakan.

P3 sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan aktiviti-


aktiviti yang dirancang

P4 sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguh-


tangguh

P5 sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakan

P6 sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujur

* Dua isi dan huraian/contoh lengkap = 4 markah


* Tiga isi tanpa huraian/contoh = 4 markah

*Terima mana-mana jawapan yang relevan dan sesuai


[Maksimum : 4 markah]

Soalan 2 (b) Petikan Drama

(i) Beberapa sebab ayah Aiman enggan memohon pengecualian Aiman daripada
Program Khidmat Negara(PLKN) adalah kerana:
- ayah Aiman sayang akan Aiman dan dia mahu Aiman terlibat dengan
PLKN.

6
SULIT 1103/2

- ayah Aiman tidak mahu Aiman terlibat dengan perkara yang tak
berfaedah pada masa cuti sekolah nanti
[2 markah]

(ii) Pada pendapat saya, tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk
menggalakkan golongan remaja menyertai Program Khidmat Negara(PLKN)
adalah dengan:
- pihak sekolah mengadakan kempen/ iklan/ promosi berterusan tentang
kebaikan menyertai program latihan khidmat negara
- pihak sekolah mengadakan ceramah motivasi / menjemput tokoh-tokoh
sejarah/ pejuang kemerdekaan untuk menceritakan kebaikan PLKN dalam
kalangan murid.
- pihak sekolah merancang aktiviti/pameran/ lawatan ke pusat latihan yang
berkaitan PLKN
- ibu bapa menggalakkan/menasihati anak-anak menyertai PLKN
- media massa(media cetak/media elektronik) memaparkan filem/ rencana
tentang kebaikan PLKN
- kerajaan memberikan sijil/tauliah kepada remaja yang menyertai PLKN
[3 markah]
* Dua isi dan huraian/contoh lengkap = 3 markah
* Tiga isi tanpa huraian/contoh = 3 markah
*Terima mana-mana jawapan yang relevan dan sesuai

(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama


- Kita hendaklah bertegas dalam perkara yang memberi manfaat kepada
negara.
- Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan.
Contoh: Dato Khir Ghazali tetap bertegas kepada Datin Masnah dan
anaknya, Aiman bahawa dia tetap mahukan Aiman menyertai PLKN.
Satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen itu.
- Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Aiman tidak seharusnya berkelakuan biadap terhadap pembantu
rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri
- Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas.
Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen
dengan penuh amanah
[4 markah]*
Pengajaran 1 m, contoh huraian 1 m = 2 markah
*Terima mana-mana jawapan yang relevan dan sesuai

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud orang memegang negeri.


- pegawai yang bertanggungjawab menjaga negeri
- pegawai yang memikul amanah dan menjaganya dengan baik
- pegawai yang menjadi orang kepercayaan pemerintah

7
SULIT 1103/2

[ 2 markah ]

(ii) Tun Perak menjelaskan jawapannya kepada Seri Amerta iaitu:


- seorang pemimpin yang diberikan amanah, telah diberikan kepercayaan akan
menjaganya dengan baik
- Jika hendak dihina,pecatlah daripada jawatan
- Setiap orang dinasihatkan supaya memelihara amanah masing-masing
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat saya, keistimewaan yang dimiliki oleh Tun Perak ialah:
- Beliau seorang bijak memberi jawapan yang bernas
- Beliau seorang yang berfikiran rasional beliau tidak melatah dengan soalan
Seri Amerta dan menjawab dengan tenang
- Beliau seorang yang amanah Tun Perak amanah dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemerintah

Soalan 2 (d) Syair

(i) - sebab-sebab manusia perlu berhati-hati apabila bercakap terutamanya


dalam pergaulan seharian seperti yang digambarkan dalam kedua-dua
gurindam ini ialah:
- Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat.
- Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa.
- Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas

- Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita.


- Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping.
- Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah
[2 markah]
(ii) - Tingkah laku yang wajar dilakukan oleh setiap remaja apabila bercakap
dengan rakan ataupun orang yang lebih tua ialah:
- Bercakap dengan sopan santun
- Bercakap dengan penuh hormat
- Merendahkan suara
- Menggunakan perkataan yang baik-baik
- Menunjukkan muka yang manis
- Tidak membantah kata-kata mereka.
- Tidak menyakiti perasaan mereka.
* terima mana-mana jawapan yang relevan [4 markah]
(iii) Tiga pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua gurindam tersebut ialah:
1. Kita hendaklah memelihara penglihatan dalam kehidupan agar
terhindar daripada melihat perkara-perkara yang buruk.
2. Kita hendaklah memelihara tutur kata dengan sopan agar tidak
menyinggung perasaan orang lain.
3. Kita hendaklah memelihara pendengaran daripada mendengar
perkara-perkara yang jaha atau yang keji.
4. Kita hendaklah bersemangat dalam kehidupan untuk mengelakkan diri
daripada berputus asa.
5. Kita perlulah berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

8
SULIT 1103/2

6. Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat


untuk diri sendiri.
7. Kita mestilah bijak memilih sahabat.
8. Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti dalam
pergaulan.
[3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan daripada pasangan perkataan di bawah
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) tegak - tegak-tegak
(ii) habis - habis-habis
(iii) patah - patah-patah

(i) tegak - berdiri, lurus ke atas(garisan, tiang, sikap badan dll),


tidak bengkang-bengkok, lurus, tepat(pandangan), tetap tidak
berubah, tetap teguh(pendirian dll), sama tinggi dengan orang lain,
wujud dan berkembang(sesuatu yang abstrak)
tegak-tegak

(ii) habis - tidak ada yang tinggal lagi(kerana sudah digunakan,


dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll), kesemuanya(segalanya,
sekaliannya, keseluruhannnya, banyak bahagiannya, sebahagian
besarnya, hampir keseluruhannya, digunakan, ditumpukan,
dibelanjakan, diperlukan dll utk sesuatu, selesai(siap, sudah,
berakhir), tamat
habis-habis

(iii) patah - putus(bukan barang yang keras dan panjang), tidak


bertaut atau bercantum kuat-kuat lagi, tidak dapat
diteruskan(dilanjutkan)lagi, penjodoh bilangan.
patah-patah.
[ 6 markah ]

(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.

Manaf: Apakah rancangan awak pada masa cuti sekolah ini, Karim?
Karim: Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Manaf: Kalau begitu, saya cadangkan awak mengikut saya pulang
ke kampung saya.
Karim: Apakah yang menarik di kampung awak?
Manaf: Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana.
9
SULIT 1103/2

Sekarang juga musim buah-buahan.

1. Manaf menanyakan Karim tentang rancangannya pada masa cuti


sekolah ini.
2. Karim memberitahu Manaf bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rancangan.
3. Oleh itu, Manaf mencadangkan agar Karim mengikutnya pulang ke kampong.
4. Karim meminta agar Manaf memberitahunya perkara yang menarik di
kampungnya.
5. Manaf memberitahu Karim bahawa di kampungnya ada sungai dan mereka
boleh memancing di sana.
6. Manaf memaklumkan bahawa pada masa sekarang, di kampungnya musim
buah-buahan.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

Pembangunan pesat yang berlaku sejak akhir-akhir ini, secara langsung telah
menggugat kedudukan sungai. Pusat-pusat penempatan dan pelbagai bentuk aktiviti
komersil telah tumbuh bagaikan cendawan. Tambahan pula, suasana ini
memburukkan lagi dengan adanya pembangunan yang tidak terancang dan tidak
dipatuhi peraturan dan garispanduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
jabatan dan ajensi-ajensi kerajaan. Berbagai-bagai kemusnahan demi kemusnahan
telah berlaku kepada sungai telah mengakibatkan masalah banjir, penurunan dari
segi kualiti air dan bermacam-macam kemusnahan.
Kesalahan Imbuhan
1. penempatan - petempatan
2. memburukkan - diburukkan
3. dipatuhi - mematuhi
Kesalahan Ejaan
1. komersil - komersial
2. garispanduan - garis panduan
3. agensi-agensi - agensi-agensi
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kebanyakan pokok-pokok kelapa sawit di tanah kepunyaan Pak Alias akan
dipotong kerana beliau bercadang untuk membina kandang lembu yang besar.
- Kesalahan penggunaan kata/istilah
Pokok-pokok kelapa sawit - pokok kelapa sawit
- kesalahan tatabahasa
beliau - dia
10
SULIT 1103/2

(ii) Sebuah syarikat pengeluar makanan mentafsirkan kerugian sebanyak tiga


ratus ribu ringgit akibat kebakaran di kilang cili sos yang berlaku pada minggu
lepas.
- Kesalahan penggunaan kata/istilah
mentafsir - mentaksir
- kesalahan tatabahasa
kilang cili sos - kilang sos cili

(iii) Amalan saling ziarah-menziarahi merupakan antara amalan terbaik untuk


memupuk semangat kejiranan di kawasan perumahan.
- Kesalahan penggunaan kata/istilah
saling ziarah-menziarahi - saling menziarahi / ziarah-menziarahi
- kesalahan tatabahasa
antara - di antara

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Banyak orang berniaga berhampiran stadium tempat perlawanan bola


sepak peringkat daerah diadakan. Kelihatan, mereka menjual cenderamata
serta pelbagai jenis makanan dan minuman. Harga makanan dan minuman
yang dijual di situ amat mahal. Para penonton tiada pilihan apabila mereka hendak
membeli makanan. Perlawanan bola sepak yang dilangsungkan benar-benar
hebat kerana Kelab DBC telah bertemu dengan lawan yang sebenar. Kelab
DBC hanya bertemu dengan pasukan yang tidak kuat sebelum ini.

1. di mana ada gula, di situ ada semut


2.
3. buku bertemu ruas

Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof


(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv)Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
11
SULIT 1103/2

(a) Watak utama memainkan peranan penting bagi menghidupkan jalan cerita
dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan persoalan keberanian
pada watak utama dengan memberikan contoh peristiwa yang dapat
menggambarkan persoalan tersebut. [7 markah]

Novel Panglima Adnan


Persoalan keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang
hingga hujung nyawa. Keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air.

- Buktinya, Leftenan Adnan tetap mahu mempertahankan Pasir panjang dan


Bukit Candu dengan apa-apa cara sekali pun walaupun telah diarahkan oleh Jepun
untuk menyerah kalah
- Buktinya, sungguhpun tekah cedera parah kerana ditembak oleh Jepun,
leftenan Adnan masih tidak mahu berundur, malah masih memberikan tentangan.
Keberaniannya telah membakar semangat tenteranya
- Buktinya, Leftenan Adnan sanggup mengorbankan dirinya demi
mempertahankan negara daripada penjajahan Jepun. Beliau telah diseksa oleh
Jepun sehingga mati dalam keadaan yang menyayat hati. Keperwiraan beliau terbukti
apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa

Novel Tirani
- Persoalan tentang masyarakat yang berani mengambil risiko dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan.
- Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah,
Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh
pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
- Waheeda begitu berani dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan
rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut
agama Islam.
- Waheeda berani menolak cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk
mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar
masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang.

Novel Tirani
1. Masyarakat yang gigih dalam menempuh cabaran dugaan.
Contoh: Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah
berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor
pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang
berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha

12
SULIT 1103/2

walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet


yang lain.

2. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan


Contoh: Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura
semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan
mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

3. Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.


Contoh: Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan
mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat
Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

Novel Panglima Adnan


1. Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani.
Contoh : Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di
Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.

2. Masyarakat yang mementingkan ilmu.


Contoh : Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk
menjadi orang yang berpelajaran.

3. Masyarakat yang berani yang menentang penjajah.


Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun
sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan
kehabisan peluru.

4. Masyarakat yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah.


Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang
menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang
askar Melayu di Pasir Panjang.

* terima mana-mana jawapan yang betul dan relevan.


[8 markah]

- SKEMA JAWAPAN TAMAT -

13

Anda mungkin juga menyukai