Anda di halaman 1dari 1

SEUNTAI RASA

PENGETUA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
SMK AGAMA KUALA SELANGOR

Bissmillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majlis
Anugerah Kecemerlangan Murid dan Hari Graduasi Murid 2015 dapat diadakan. Syabas dan
tahniah kepada anak-anak murid yang telah berjaya. Semoga kejayaan anak-anak murid pada
hari ini akan menjadi inspirasi kepada murid-murid yang lain.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan yang kita capai pada hari ini perlu
dipertingkatkan lagi kerana kejayaan dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu
perjalanan dan kembara yang tidak ada batas sempadannya. Maksudnya, kecemerlangan
hendaklah menjadi budaya dan mendarah daging dalam setiap aspek kehidupan kita dan tidak
boleh berhenti sampai bila-bila.
Bagi mencapai peningkatan kejayaan dan kecemerlangan ini, perlulah ada kesepakatan
bak aur dengan tebing. Di peringkat sekolah, kami telah melakukan yang terbaik selaras dengan
etika dan piagam pelanggan perkhidmatan pendidikan. Oleh itu, perubahan sikap individu dan
tindak tanduk daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat amat diperlukan supaya matlamat
pendidikan untuk melahirkan generasi bagi mengisi wawasan negara akan tercapai.
Izinkan saya untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga SMKA Kuala
Selangor dan PIBG kerana tidak jemu-jemu membantu murid dari segi material dan sokongan
moral hingga kita berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Sesungguhnya, saya sentiasa
optimis untuk mengorak langkah bersama warga sekolah dalam mencapai matlamat kita iaitu
Bergerak Sederap ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi
Terima kasih kepada seluruh warga sekolah. Semoga kita terus bekerja dan berganding
bahu dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi pencapaian semalam, mencipta standard
yang lebih tinggi dan mendukung matlamat yang lebih besar.
Sekian.
HAJAH HAMIDAH BINTI GHAZALI

Anda mungkin juga menyukai