Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat
menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid untuk mereka sama-
sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-
kurikulum dan aspek pembinaan diri insan YANG MULIA DAN SYUMUL.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada KAMI DAN anak-anak kami
dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada
mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan,
kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada mereka
dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.
Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat
menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka
sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum,
ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.
Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami yang memelihara urusan kami,
dan perbaikilah bagi kami dunia penghidupan kami, dan perbaikilah bagi
kami hari pembalasan kami iaitu tempat kembali kami, dan jadikanlah
penghidupan bertambah dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian
ketenangan bagi kami dari segala kejahatan.