Anda di halaman 1dari 1

 

DOA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PELANCARAN KEMPEN ANTI BULI


DAN CERAMAH DESTINASIKU SESI 2023

MUKADDIMAH

Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untukberada dan menghadiri majlis pelancaran Kempen Anti Buli
Dan Ceramah Destinasiku bagi tahun 2023 peringkat SMK Seksyen 19
pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah


Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha ini,


kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang
disegani dandihormati, samada dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum seterusnya mampumelahirkan generasi pelajar yang
gemilang di dunia, bahagia di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Kami pohon ya Allah, supaya matlamat pelaksanaan program ini dapat


meningkatkan hubungan yang mesra antara kami dan tahap disiplin diri
kami serta memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih
gemilang. Dan jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan prestasi kami.

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan


hiasilah diri kamidengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlahdiri kami dengan kesihatan.

KHATIMAH

Anda mungkin juga menyukai