Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

, Ya Allah

,Ya Ra'ufurrahim
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri majlis pelancaran program Guru Panyayang pada hari ini .
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak
didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasi pelajar yang gemilang di dunia, bahagia di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Kami pohon ya Allah, supaya matlamat pelaksanaan program Guru Penyayang ini
dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilang Dan jadikanlah
kami dari kalangan hambaMu yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi kami.
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.

www.cikguhairul.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai