Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan
sekolah kami .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami
akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada
dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar
yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar
kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

DOA SEMPENA MINGGU KOPERASI DAN HARI KANTIN


.
Ya Ar Hamarrahimin.. Sempena Hari Karnival Keusahawanan SKN 2014 ini, kami
merapatkan sepuluh jari memohon keampunan kepadaMu diatas dosa-dosa yang kami
lakukan sepanjang usia kami di dunia ini. Jadikanlah kami orang yang bertakwa, yakni
orang yang takut dan malu daripada melakukan maksiat. Suka kepada kebaikan dan benci
kepada segala maksiat dan dosa.
Ya Allah,
Tunjukkanlah kami jalan yang benar dan yang Kau redhai. Sempurnakanlah nikmatMu
ke atas kami, agar kami dapat bersyukur dengannya dan dapat menjauhkan kami daripada
meminta-minta selain daripadaMu.

, , .
Ya Allah kami berlindung denganmu daripada ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang
tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak tenang dan doa yang tidak diperkenankanmu..
Ya Allah,
Jadikanlah majlis pada hari ini, majlis yang berjaya mempereratkan hubungan
silaturrahim antara kami guru-guru dan murid-murid kami, diantara pentadbir serta
kakitangan sekolah, ibubapa dan masyarakat..
Ya fattahu ya aliim,
Kami bermohon kepadamu agar engkau masukkan kami kedalam golongan orang yang
engkau beri kejayaan kehidupan didunia dan di akhirat..
Ya Allah! Perbaikilah hubungan silaturrahim diantara kami dan lembutkan antara hatihati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan
kepada cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau
yang tersembunyi. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan pada pendengaran, penglihatan,dan
hati-hati kami dan keturunan kami.Ya Allah terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau
Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang , jadikanlah kami orang yang bersyukur di
atas nikmat-nikmatMu, sentiasa memuji nikmat pemberianMu, menerima dengan redha
pemberian nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke atas kami.
Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya dan sebaik-baik perbuatan
kami hingga kesudahannya dan sebaik-baik hari kami disaat kami bertemuMu.
..


Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami pada hari ini perhimpunan yang dirahmati dan
diredhai,

Anda mungkin juga menyukai