Anda di halaman 1dari 1

DOA PROGRAM MINGGU MEMBACA

Ya Allah Wahai Tuhan kami,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berkumpul dalam Program Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia
2018 pada pagi ini. Kami memohon kepada Mu, semoga kempen ini akan
berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai objektif yang telah
digariskan di bawah rahmat, iradah dan inayah Mu

Ya Allah Wahai Tuhan kami,

kurniakanlah kepada kami sifat rajin membaca kerana dengannya kami akan
memperolehi ilmu pengetahuan. Dan dengan ilmu kami akan dapat membaiki
diri kami, dapat memilih jalan yang betul dan dapat mengabdikan diri kepada
Mu dengan cara yang lebih baik.

Ya Allah Wahai Tuhan kami


bukakanlah kepada kami pintu kebijaksanaan, kurniakanlah kepada kami
kefahaman para anbiya. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang benar serta
berilah kekuatan untuk mengikutinya, Tunjukkanlah juga kepada kami jalan
yang salah serta berilah kekuatan untuk menjauhinya.

Anda mungkin juga menyukai