Kami bersyukur kepada-Mu atas keizinan-Mu maka kami telah dapat bersama-sama dalam Kejohanan Balapan dan Padang SK Seri Aman tahun 2016 ini. Kami berhimpun pada saat ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia : َالعالَ ِم ْين بر َ ِّ َ هلل ِ ِ ومماتي ومحياي َ َّ ُقلْ إِن. صالَت ِْي ونسكي
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata
hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan kami .
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami
, Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .
Ya Allah , Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi ,
kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.