Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana
mengizinkan kami untuk berada dalam Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat
Sekolah Kebangsaan Pangalat, Tenom pada hari yang barokah ini.

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahmat
dan berkat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, kami ingin merafa’kan tangan kehambaan demi
mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau tanamkanlah kecintaan dalam diri kami supaya
terus istiqamah untuk menimba ilmu-Mu yang sangat luas. Engkau anugerahkanlah
ilmu yang bermanfaat kepada kami semua dan mudahan dengannya kami mampu
mengamalkan ilmu-Mu seterusnya dapat mendekatkan diri kepada-Mu ya Allah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah, Kami pohonkan agar aktiviti-aktiviti yang
terangkum dalam Program NILAM ini mampu membibit rasa kecintaan kami untuk
mendalami ilmu-Mu ya Allah. Kami pohonkan agar program yang akan dijalankan ini
akan menjadikan diri kami untuk lebih bersemangat menimba ilmu melalui amalan
membaca sepertimana yang diperintahkan oleh-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya ‘Alim, Limpahilah hati kami dengan nur hidayah-Mu dan bantulah kami
menjadi generasi yang mencintai agama kemudian menegakkan syari’atnya, generasi
yang mencintai bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai
negara lalu mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi
generasi yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Walhamdulillhi rabbil-aalaiim.

Anda mungkin juga menyukai