Anda di halaman 1dari 1

Doa Sempena Karnival

YA Allah, Tuhan Peguasa Alam,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri ________________
pada hari ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan
keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturrahim,
bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan
fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan prestasi sekolah
kami.

Ya Allah Ya Qahhar Ya Jabbar,


Berkatilah usah-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami
ini, anak didik kami menjadi murid yang cemerlang, terbilang, murid
yang disegani dan dihormati, samada dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi
pelajar yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin,


Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas
bersegera melakukan kebaikan.
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram


Kami memohon kekuatan dari hadrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang
hadir pada hari ini,agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
dan kami pohon perlindungan dari-Mu daripada melakukan
keburukan.

Ya Aziz Ya Sattar Ya Faalullima Yurid,


Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

ALLAHUMMAJ'AL JAM'ANA HAAZA JAM'AN MARHUMA


WATAFARRUQUNA MIMBA'DIHI TAFARRUQAN MA'SUMA WALA TAJ'AL
FIINA WALA MA'ANA WALA MANYYATBAUNA SYAQIYYAN WALA
MAHRUMA YA AKRAMAL AKROMIN
ROBBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANAH
WAQINA 'AZABANNAR

Anda mungkin juga menyukai