Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu pagi yang indah, sang kancil keluar berjalan-jalan. Dia masih belum bersarapan.

Fikirnya, dia mungkin akan dapat mecari makanan dalam perjalanannya nanti.

Setelah jauh berjalan, akhirnya dia tiba di sebuah lading timun yang sangat besar. “Wah
banyaknya timun. Aku belum pernah melihat lading timun sebesar ini. Lazat nampaknya,”
ujar Sang Kancil.

Tanpa berfikir Panjang, sang kancil terus menceroboh masuk ke ladang tersebut lalu
memakan timun sepuas puasnya. Sang Kancil pulang ke hutan dengan hati yang gembira
kerana telah dapat mengisi perutnya.

Pada petang itu, Pak Atan berasa sungguh terkejut apabila melihat ladangnya diceroboh. Dia
berazam untuk menangkap pencuri timun di ladangnya. Dia yakin, dia mesti boleh
menangkap pencuri itu dengan memasang perangkap.

Anda mungkin juga menyukai