Anda di halaman 1dari 3

KISAH SI PENCURI LOCENG

Assalamualaikum dan selamat pagi. Yang dihormati Tuan Pengerusi


Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru yang
disayangi dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi yang indah ini,
saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Kisah Pencuri
Loceng.
Yang berkhayal sedar-sedarkan,
Yang terlena kejut-kejutkan;
Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,
Dengar ya kawan-kawan. (Pantun)

Hidup di dunia banyak ragaman,


Tersilap langkah punah pedoman,
Cerita tauladan jadi renungan,
Kisah Si Pencuri Loceng saya hidangkan.(Pantun)

Di dalam sebuah bandar di negeri Inderapura, tinggal seorang


saudagar yang sangat kaya. Saudagar tersebut digelar Saudagar Malim.
Rumahnya sangat besar dan dihiasi cantik. Hampir semua perabot dan
rekaannya diperbuat daripada emas yang terbaik. Menurut orang ramai,
di halaman rumah Saudagar Malim tergantung sebuah loceng yang amat
besar dan halus buatannya.
Kekayaan dan kebahagiaan Saudagar Malim telah membuatkan
ramai yang iri hati dengannya. Pada suatu hari, seorang pencuri
bercadang untuk mencuri loceng emasnya.Pencuri itu ingin menjual
loceng emas tersebut.
“ Tentu kaya aku selepas menjual loveng itu” bisik si pencuri di
dalam hati.
“Tapi, bilakah masa yang sesuai untuk aku masuk ke rumah
Saudagar Malim?” bisiknya lagi dalam kebinguan.
Setelah melakukan persiapan yang teliti, akhirnya tibalah masa
yang sesuai untuk dia menceroboh rumah Saudagar Malim. Hal ini
kerana, seluruh isi keluarga Saudagar Malim tiada dirumah kerana
keluar berdagang ke negara lain.
Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata
“Ha,ha,ha tiba masanya untuk aku menjadi kaya. Aku akan
mencuri loceng itu pada malam ini juga.”
Dia pun menyiapkan alatan seperti tukul besar, tali dan kain perca.
Alat-alat tersebut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Apabila tengah
malam tiba, si pencuri menuju kerumah saudagar sambil menyanyi:
Akulah penyamun di dalam negeri x2
Aku penyamun di dalam ini negeri
Kerja merompak mencilok dan mencuri
Tidak memilih mas intan kerbau sapi
Asal yang boleh kubawa lari
Aku penyamun penyamun. (lagu penyamun dari Cerita Nujum Pak
Belalang)
Si pencuri itu menuju ke loceng dan cara yang pertama dia lakukan
ialah mengangkangkan kakinya lalu memeluk loceng itu dengan kedua-
dua belah tangannya. Namun begitu, loceng itu terlalu besar dan berat ,
dia tidak berjaya mengangkat loceng itu walaupun dia menggunakan
seluruh tenaganya.
Tiba-tiba dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan
tukul besar dari dalam begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan
tukul besar. Si pencuri itu mengangkat tukul lalu memukul loceng itu
dengan kuat. Dia tidak menyangka bahawa cara itu boleh mengejutkan
seluruh penduduk di situ walaupun dia cuma memukul loceng itu sekali
sahaja.
Si pencuri terkejut lalu cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Dia
takut penduduk disitu akan terjaga daripada tidur. Selepas agak lama
menunggu,suasana di halaman rumah masih sunyi. Dia berasa lega.
“ Nasib baik tidak ada orang yang terjaga”, fikirnya.
Hari sudah hampir Subuh. Semua orang akan bangun daripada
tidur. Dia berasa semakin takut dan gelisah.
Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul loceng itu berkali-kali
tanpa henti. Si pencuri itu tidak dapat menahan bunyi loceng yang kuat
itu. Dia pun menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan.
“Eh, bunyi loceng itu tidak kedengaran lagi’!
Si pencuri itu terfikir bunyi loceng itu tidak akan kedengaran jika
dia menutup telinganya. Dia pun mengeluarkan dua helai kain perca dari
dalam begnya. Kain perca itu dibentuk menjadi bulat lalu disumbat ke
dalam lubang telinganya.
“ Ha, ha, ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu dengan
senyap.”
Si pencuri itu terus memukul loceng. Tanpa dia sedari, loceng itu
tidak pecah tetapi bunyinya telah tersebar sehingga mengejutkan
penduduk sekitar bandar itu..
Akhirnya, beberapa orang jiran Saudagar Malim terjaga daripada
tidur dan bergegas pergi ke rumah beliau. Mereka melihat seorang
pencuri sedang berusaha untuk mencuri loceng itu. Mereka pun terus
menangkap pencuri itu.
Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap.
Dia menanggalkan kain perca daripada lubang telinganya. Dia pun
berkata tanpa rasa bersalah.
“ Bagaimana kamu semua boleh terjaga, saya telah pun
menyumbat telinga saya”.
Salah seorang jiran itu berkata, “Wahai si pencuri, tidak ada orang
lain seperti kamu yang menggunakan cara begini untuk mencuri loceng
“! Perbuatan kamu ini hanyalah menipu diri sendiri.”Si pencuri itu
tunduk dengan rasa kesal.
Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita
melakukan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Sekian
sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai