Anda di halaman 1dari 3

Si Pencuri Loceng

Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Si Pencuri Loceng’.

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria. Rumahnya
dihiasi dengan cantik. Hampir semua perabot dan rekaannya diperbuat daripada
emas yang terbaik. Menurut orang ramai, di halaman rumah Encik Kamal
tergantung sebuah loceng yang amat besar dan bernilai. Loceng itu barang yang
paling berharga di rumahnya kerana diperbuat daripada emas dan kelihatan sangat
cantik serta halus buatannya.

Pada suatu hari, seorang pencuri bercadang untuk mencuri loceng emas. Dia
hendak membawa pulang loceng itu ke rumahnya. Pada malam keesokan harinya,
Encik Kamal dan keluarganya pergi bercuti ke luar negara. Pembantu-pembantu
rumahnya juga mengambil cuti dan pulang ke kampung masing-masing.

Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata “Ha,ha,ha tiba masanya untuk aku
menjadi kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini juga. Dia pun
menyiapkan alatan seperti tukul besar, tali dan kain perca. Alat-alat tersebut
dimasukkan ke dalam sebuah beg. Apabila tengah malam tiba, si pencuri itu
memasuki rumah Encik Kamal secara senyap.

Si pencuri itu menuju ke loceng dan cara yang pertama dia lakukan ialah
mengangkangkan kakinya lalu memeluk loceng itu dengan kedua-dua belah
tangannya. Namun begitu, loceng itu terlalu besar dan berat, dia tidak berjaya
mengangkat loceng itu walaupun dia menggunakan seluruh tenaganya.

Tiba-tiba, dia mendapat suatu akal. Si pencuri itu mengeluarkan tukul besar
dari begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan tukul besar. Si pencuri itu
mengangkat tukul lalu memukul loceng itu dengan kuat. Dia tidak menyangka
bahawa cara itu boleh mengejutkan seluruh penduduk Bandar Suria walaupun dia
cuma memukul loceng itu sekali sahaja.

Si pencuri terkejut lalu cepat-cepat menyembunyikan dirinya. Dia takut


penduduk Bandar Suria akan terjaga daripada tidur. Selepas agak lama menunggu,
suasana di halaman rumah masih sunyi. Dia berasa lega. “Nasib baik tidak ada
orang yang terjaga”, fikirnya.
Hari sudah hampir subuh. Semua orang akan bangun daripada tidur. Dia
berasa semakin takut dan gelisah.

Tanpa berfikir panjang, dia terus memukul loceng itu berkali-kali tanpa henti.
Si pencuri itu tidak dapat menahan bunyi loceng yang kuat itu. Dia pun menutup
telinganya dengan kedua-dua belah tangan. “Eh, bunyi loceng itu tidak kedengaran
lagi”! Si pencuri itu berfikir bunyi loceng itu tidak akan kedengaran jika dia
menutup telinganya. Dia pun mengeluarkan dua helai kain perca dari begnya. Kain
perca dibentuk menjadi bulat lalu disumbat ke dalam lubang telinganya.

“Ha,ha,ha! Sekarang, dapatlah saya memukul loceng itu dengan senyap. Si


pencuri itu terus memukul loceng. Tanpa dia sedari, loceng itu tidak pecah tetapi
bunyinya telah tersebar sehingga mengejutkan penduduk sekitar Bandar Suria.”

Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur dan
bergegas pergi ke rumah Encik Kamal. Mereka melihat seorang pencuri sedang
berusaha untuk mencuri loceng itu. Mereka pun terus menangkap pencuri itu.

Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut selepas ditangkap.Dia


menanggalkan kain perca daripada lubang telinganya. Dia pun berkata tanpa rasa
bersalah. “Bagaimana kamu semua boleh terjaga, saya telah pun menyumbat telinga
saya”. Salah seorang jiran itu berkata. “Wahai si pencuri, tidak ada orang sebodoh
kamu yang menggunakan cara begini untuk mencuri loceng!” Perbuatan kamu ini
hanyalah menipu diri sendiri. Si pencuri itu tunduk dengan rasa kesal.

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah janganlah kita melakukan


perbuatan mencuri kerana perbuatan itu amat keji.

Sekian, terima kasih.


https://qdoc.tips/teks-bercerita-tahap-2-pdf-free.html

Anda mungkin juga menyukai