Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,


Yang mulia tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa
berada di paksi kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan
edaran jam, para guru dan seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi
sekalian.

Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk,
Pemotong kayu Yang Jujur.
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggallah seorang pemotong
kayu yang tua dan miskin. Ada pun kemampuannya hanyalah mencari
rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual
sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak. Hendak dijadikan cerita, takdirnya pada suatu
pagi..pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok
untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak
dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua berseorangan awal pagi sebelum terbit mentari
untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan
kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya sehinggalah kepenatan
tidak jua dia berhenti.tiba-tibagenggamannya semakin lemah lalu
terlepas kapak kesayangannya dari tangannya lalu tercebur ke dalam
sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak
yang menjadi punca rezekinya..hendak terjun mencari takut disambar
arus..merataplah ia mengenangkan nasib.makabersimpatilah paripari di langit melihat kegundahan si tua tersebutlalu turunlah ia
bertanya

Wahai orang tuakenapa bersedih hati


Dengan nada takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah
dia si pari-pari telah turun ke bumi menyapanyalalu diceritakan apa
yang berlaku
Baiklah..akan ku bantu mencari kapak engkau yang tenggelam itu
Lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang
beberapa minit timbullah si pari-pari sambil membawa kapak emas lalu
dihulur kepada si tua. Dengan sedih si tua menjawab bahawa itu bukan
kapak kepunyaannya. Hamba tidak mampu memiliki kapak emas.
Lalu terjunlah semula si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua itu kerana itu bukan
kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa kapaknya
yang telah uzur. Maka apabila terpandang apak itugiranglah hatinya
kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak
tersebut kepada si tua itu. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas
dan perak turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang sangat
gembira. Sesampainya di rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa
yang berlaku. Si isteri turut gembira dengan kejujuran suaminya.
Kawan-kawan,
Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini. Si tua ini
sangat bertanggungjawab orangnya walaupun dengan kudrat yang
terhad dia masih gigih, rajin dan bertanggungjawan mencari rezeki bagi
meneruskan kehidupannya. Keuarga ini juga sangat tabah dengan
segalam cabaran dan dugaan yang dihadapi. Apa yang penting si tua ini
seorang yang sangat jujur dan menyayangi serta menghargai barang
kepunyaannya walaupun tidak seberapa nilainya. Selain itu si tua ini

juga sangat penyabar orangnya walaupun kapak kepunyaannya jatuh


ke sungai dia tidak marah-marah dan berputus asa.
Kawan-kawan yang dikasihi sekalian,
Cerita rakyat, cerita Malaysia,
Moga terhibur pelbagai bangsa;

Daun mengkudu biji selasih,


Sekian, terima kasih;

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai