Anda di halaman 1dari 2

TEATER SOLO TAHUN 1

CERITA PAK PANDIR DENGAN HARTA KARUN


Hai kawan-kawan! Dengarkan cerita saya pada hari ini yang
bertajuk Pak Pandir dengan Harta Karun.
Pak Pandir dan isterinya, Mak Andeh sedang mengerjakan kebun.
Tiba-tiba cangkulnya terkena suatu benda keras. Eh! Benda apa pula
ni? bisik hati Pak Pandir. Kemudian Pak Pandir terus mencangkul
dengan berhati-hati.
Oh,

rupanya

peti

besi!

Harap-harap

ada

barang-barang

berharga, bisik hati Pak Pandir lagi. Ande! Marilah tolong aku angkat
peti ini, kata Pak Pandir. Mereka terkejut apabila peti dibuka kerana
peti itu penuh dengan wang emas.
Mereka sangat gembira. Pak Baik kita sembunyikan harta ini di
dalam rumah. Tentu selamat kata Mak Andeh. Pak Pandir tidak
bersetuju. Aku rasa lebih selamat ditanam di dalam tanah sahaja, kata
Pak Pandir pula. Akhirnya mereka membahagikan harta itu sama
banyak. Pak Pandir menyimpan hartanya di dalam tanah sementara
Mak Andeh menyimpan di dalam rumah.
Semasa Pak Pandir menggali tanah, ada dua orang pencuri
sedang memerhatikannya dari sebalik semak. Selepas Pak Pandir
beredar, pencuri itu menggali tanah lalu mencuri harta karun Pak
Pandir.
Pada keesokannya Pak Pandir pergi ke tempat hartanya ditanam.
Malangnya, hartanya tiada di situ. Pak Pandir mengadu kepada Mak
Andeh. Tak mengapalah, harta yang separuh lagi itu kan banyak,
pujuk Mak Andeh.
Kawan-kawan kita haruslah sedar bahawa rumah kitalah tempat
yang paling selamat dunia ini.

BERCERITA TAHUN 1

Arnab Dengan Buaya.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab
Dengan Buaya.
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor
daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih
melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan
binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi
arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya,
arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak
berani mendekati buaya itu.
Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik,
sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab.
Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar
pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi.
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata,
Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau
tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi.
Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi
buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup
mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawankawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai