Anda di halaman 1dari 1

Di dalam sebuah hutan, terdapat Sang Beruang yang hidup

berjiran dengan Sang Burung.Pada suatu hari, Sang Beruang dan Sang Burung
pergi ke hutan kerana ada jamuan makan.

Di pertengahan jalan, mereka bertembung dengan


sekumpulan kumbang yang hendak ke jamuan makan di kaki bukit.Sang
Beruang menjadi sangat tamak.Sang Beruang mahu makan di kedua-dua
jamuan itu, lalu disuruh Sang Burung pergi dahulu.

Sang Beruang mundar-mandir di tempat itu kerana tidak tahu


hendak ke mana dahulu.Sang Beruang berasa lapar.Tiba-tiba Sang Kupu-kupu
muncul.Sang Kupu-kupu mengajak Sang Beruang pergi ke jamuan di kaki
bukit.Tetapi malang bagi Sang Beruang, kerana ia ditinggalkan Sang Kupu-kupu
yang asyik terbang dengan pantasnya.

Tiba sahaja Sang Beruang di rumah jamuan di tepi bukit, Sang


Burung memberitahu bahawa makanan sudah habis.Dengan rasa kecewa Sang
Beruang berkata kepada diri sendiri bahawa ia akan ke rumah jamuan yang lagi
satu itu.

Tiba sahaja Sang Beruang di rumah tersebut, Sang Kumbang


memberitahu bahawa makanan sudah pun habis.Sang Beruang pun pulang
dengan perut yang lapar dan berasa kesal sekali.

Anda mungkin juga menyukai