Anda di halaman 1dari 8

SINOPSIS BAB 1

PENYELAMAT PUS PUS


Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan dengan sebuah rumah teres dua tingkat yang
sudah empat tahun berpenghuni merupakan sebuah makmal kecil.Di situlah Zahar melayani
kelompok ulat dan serangga kesayangannya.Kumpulan ulat rama-rama tersebut merupakan
penghuni makmal tersebut sebelum menjadi penguhuni taman botani rama-rama ciptaan Zahar.
Dia memang cukup gemar akan serangga itu terutamanya pada peringkat ulat bulu.Ibu Zahar,
iaitu Qistina Asraf dikenal juga dengan panggilan Cikgu Qistina.Zahar merupakan anak tunggal
Qistina. Dia sedia maklum tentang minat anak bujangnya itu.Zahar gemar akan dunia haiwan
sejak dia masih kecil lagi.Minat Zahar itu serupa dengan minat ayahnya.Zahar sudah lama
barkawan dengan Mawar.Mereka berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi Malaya.Zahar
memberitahu hasratnya untuk ke Tanjung Paya Bakau di Tanjung Piai.Dia mahu mencari spesies
baharu.Selepas makan tengahari dan Solat Zohor,Zahar masuk ke perpustakaan mini miliknya
untuk membaca ensiklopedia dan buku-buku yang baru dibelinya di Raden Bookstore untuk
menambahkan pengetahuannya tentang spesies larva Pus Pus.Hal ini demikian kerana Zahar
ingin mencari punca Pus Pus kurang aktif.

SINOPSIS BAB 2
HASRAT TERPENDAM
Zahar menanti Mawar di pantai yang menghadap Pulau Pisang.Nama Pulau Pisang dikatakan
berasal daripada pokok pisang yang banyak terdapat di pulau itu.Menurut cerita lisan penduduk
tempatan yang tinggal di sekitar Benut,Pontian Besar, dan Kukup.Dikatakan orang Acheh telah
membuka pulau itu (1818) untuk dijadikan kawasan petempatan.Pulau itu kononnya dianggap
misteri kerana pendatang yang cuba memulakan kehidupan dikatakan sering ‘diganggu’.Setelah
lama,seorang pawang iaitu Wak Buik yang berketurunan Bugis Riau dipanggil untuk membuka
pulau itu.Dia berjaya dan pulau itu dijadikan kawasan penanaman pelbagai buah-buahan.
Wak Buik meninggal dunia seorang diri.Dia dikatakan menjadi mangsa lanun.Ada juga yang
mendakwa bahawa pawang itu mati kerana ingin menyelamatkan diri ke tanah besar.Tuk Munir
arwah datuk Zahar memberitahunya bahawa pulau itu didiami bunian.Nek Yah pula mengatakan
bahawa gua pulau tersebut tersimpan harta karun.Dari jauh, pulau itu kelihatan seperti orang
sedang duduk berzikir.Zahar ingin ke pulau itu dengan hasrat yang mendalam bagi mencari
spesies baharu yang tidak pernah dilihatnya.Lamunanya terhenti apabila Mawar menyapanya.
Mawar tinggal di Ladang South Malaya hanya kira-kira 5 kilometer dari kampung
Zahar,Kampung Maju Jaya.Zahar mengenali gadis yang cantik dan berbudi bahasa ini sewaktu
dia terlanggar Mawar ketika melintasi di Fakulti Sains Hayat.Mawar merupakan penuntut terbaik
Sains Hayat dan Zahar mengaguminya.Mawar bertanyakan Anugerah Inovasi dan
Pengkormesialan Produk dari Unviersiti Teknologi Malaya yang telah dimenangi oleh
Zahar.Zahar mencipta formula racun serangga untuk ulat bungkus yang boleh menyelamatkan
berjuta-juta kelapa sawit di Sempang Renggam daripada musnah.Inovasi agen biologi ini
merupakan perkongsian idea antara Zahar dengan Profesor Doktor Yahya Samad,Dekan Fakulti
Sains Hayat.Pertemuan Zahar dan Mawar pada petang itu berakhir di Toko Buku Sumber Ilmiah
di Bandar Pontian.

SINOPSIS BAB 3
DILANDA MISTERI
Zahar menanti ibunya pulang kerana kereta ibunya itu rosak sejak semalam.Menurut Cikgu
Ismail yang datang membantu,bateri kereta Cikgu Qistina tidak dapat berfungsi lagi.Kereta itu
kemudiannya dihantar ke bengkel untuk diservis oleh mekanik.Qistina mengajar di Sekolah
Menengah Sri Yasin.Dia merupakan guru Bahasa Melayu yang sangat berdedikasi.Dia sangat
disayangi oleh murid-muridnya.Semasa mengajar,dia menggunakan pendekatan pedadogi
pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.
Di sekolah,terdapat seorang anak murid yang disukainya iaitu Faridah yang rajin,bijak dan
mampu cemerlang pada masa hadapan.Faridah merupakan anak tunggal yang tinggal bersama
neneknya sewaktu di Pahang dahulu.Di bilik darjah,dia sering dijadikan pelajar contoh Kelas 4
Karisma.Oleh itu,tidak hairanlah jika Qistina ingin menjadikannya anak angkat.Namun
begitu,ada sesuatu misteri dalam fikirannya tentang Faridah.Dia melihat lelaki separuh abad
bertemu Faridah sejak dua minggu lalu.Apabila ditanya,Faridah memberitahu bahawa lelaki itu
seorang Profesor Bioteknologi di London dan dia ialah pak cik Faridah.Lelaki tersebut telah
mengingatkan Qistina tentang sesorang yang pernah mengisi hidupnya dahulu.

SINOPSIS BAB 4
KEMBARA KE TANJUNG PIAI
Zahar teringat kembali anugerah yang telah diterimanya semalam.Setakat ini,hampir sepuluh
anugerah yang telah diraihnya hasil daripada penyelidikannya.Antaranya termaksuklah pingat
emas dan perak ITEX,Anugerah Yayasan Sains Toray Malaysia,Anugerah Inovasi
Negara,Langkawi Award, dan Anugerah Medal Emas Penyelidikan(MPOB).Kesemua anugerah
yang diterimanya itu memberikan impak terhadap kualiti kehidupan dan pembangunan industri.
Zahar berjanji dengan rakan sekuliahnya,Malcom Tan untuk bersama-sama ke Tanjung
Piai.Mereka ingin mencari pengganti spesies Pus Pus yang semakin lemah itu.Tanjung Piai
merupakan tempat ekopelancongan yang terkenal dengan tempat persinggahan burung pantai dan
burung air yang berhijrah mencari makan.Hutan paya bakau itu dikawal rapi oleh Jabatan
Perhutanan atas kapasitinya sebagai habitat flora dan fauna.Di samping itu,kawalan itu untuk
mengelakkan aktiviti penebangan hutan bakau secara haram dilakukan.
Semasa menjelajah,Malcom memberitahu Zahar bahawa dia terjumpa seekor ulat bulu
berwarna keemasan.Zahar terpukau dengan spesies ulat bulu itu.Zahar rasa bersyukur kerana
spesies ini mungkin boleh menyelamatkan spesies Pus Pus.Sebelum pulang,Zahar dan rakannya
itu telah singgah di warung Pak Sino untuk menikmati mi udang yang sangat terkenal di daerah
Kukup.Sesampainya di rumah,Zahar terus menyelidik lima spesies yang diketemuinya di Taman
Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.Jika perlu dia ingin membuat pengklonan antara tisu Pus Pus
dengan mana-mana tisu larva-larva itu.Selepas semalaman menghadap bahan
eksperimennya,Zahar belum menemukan penawar bagi Pus Pus.

SINOPSIS BAB 5
MEREDAH HUTAN KEM KAIZEN
Kem Kaizen di pinggir hutan simpan Gunung Pulai dan bersebelahan dengan Kem Biro
Tatanegara.Kem tersebut dijadikan tempat motivasi serta kem pembangunan insan
cemerlang.Kelab Biologi Alam, Fakulti Sains Hayat Universiti Teknologi Malaysia telah
memilih kem tersebut sebagai destinasi kembara ilmu.Bentuk muka buminya yang mempunyai
paya,bukit,gunung,hutan serta tasik begitu mendamaikan dan menjadi tempat habitat flora dan
fauna.
Doktor Azura seorang pensyarah muda memberikan kuliah yang memberangsangkan kepada
semua peserta.Sewaktu minum bersama-sama dengan Malcom,tiba-tiba Munirah meminta izin
untuk duduk bersama-sama.Zahar berasa tidak selesa kerana bimbang hal itu dilihat oleh Mawar.
Sebenarnya, Munirah memang berniat untuk memikat Zahar walau dengan apa cara
sekalipun.Sewaktu ekspedisi tersebut, Munirah terjatuh ke dalam kolam.Zahar tanpa sebarang
prasangka telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Munirah.Tindakannya itu dilihat
oleh Mawar dengan rasa cemburu dan Zahar berasa serba salah.
Aktiviti meredah hutan itu pada sebelah malam, merentas halangan, berkhemah, berkayak,
menjala ikan, memancing, dan memasang jerat telah dilalui oleh peserta.Dalam perjalanan
meredah hutan,mereka menemukan kubu-kubu lama British, terowong Jepun, dan kawasan
peninggalan Perang Dunia Kedua.Zahar begitu leka mencari pengganti Pus Pus.Tiba-tiba dia
terlihat seekor beluncas berwarna kuning.Sewaktu asyik memerhatikan beluncas itu, tiba-tiba
Zahar tergelincir dan jatuh ke dalam jurang.
Fikri terdengar jeritan Zahar dari jauh.Dengan bantuan dua orang pemuda yang sedang
melakukan aktiviti meredah hutan di situ, Zahar berjaya diselamatkan.Setibanya di kem, Mawar
berasa cemas melihat keadaan Zahar.Persaaannya cemburu terhadap Munirah hilang secara
perlahan-lahan.Doktor Azura juga berasa cemas lalu mencadangkan mereka menelefon Doktor
Zakaria.Sewaktu di rumah Zahar, Zahar telah mempelawa Fikri dan Malcom ke makmal
serangganya.Zahar dengan rasa bangganya menunjukkan penemuan terbaharunya, iatu Sesia
apiformis.
SINOPSIS BAB 6
KEJADIAN MISTERI DI PULAU
Masyarakat sibuk bekerja di ladang getah,kelapa sawit,dan kebun.Anak-anak muda pula
bekerja di kilang yang tumbuh bagai cendawan di Pekan Nanas.Kehadiran warga asing
menyebabkan peluang pekerjaan anak-anak muda tertutup dan akhirnya menyebabkan mereka
terlibat dengan gejala dadah,menghidu gam,mencuri, dan merosakkan harta benda awam.Zahar
sendiri pernah membelasah Ripin, seorang penagih gam kerana cuba mencuri tong gas di luar
dapur rumahnya.Sejak peristiwa itu, Zahar berdendam dengan Ripin.
Qistina menghalang Zahar pergi ke Pulau Pisang kerana bimbangkan peristiwa buruk seperti
yang berlaku di Kem Kaizen dahulu.Qistina teringat kembali peristiwa Zahar berumur lima
tahun yang telah dibawa oleh suaminya ke Pulau Kapas untuk mencari spesies penyu
laut.Namun,kini semuanya sudah menjadi kenangan kerana suaminya beralih kasih dan
melukakan hatinya.Selepas bercerai,dia berpindah ke Kampung Maju Jaya.Menurut berita,bekas
suaminya telah berhijrah ke London untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor
Falsafah.Dia teringat kembali kisah Faridah bertemu dengan lelaki yang mirip dengan suaminya.
Pada waktu yang dijanjikan,Zahar,Fikri dan Malcom menaiki bot ke Pulau Pisang.Setibanya di
sana,mereka disambut dengan kera dan beruk berbonggol merah yang garang.Zahar teringat
tentang Hikayat Abdullah yang mencatatkan bahawa Pulau Kukup berhampiran dengan Pulau
Pisang merupakan tempat persembunyian lanun.Dia juga teringat akan lanun Somalia yang
merompak hampir 20 000 buah kapal sejak tahun 2008.Kemudian, dia teringat akan puisi Pulau
Pisang yang dibaca oleh ibunya yang memang aktif dalam Persatuan Penulis Johor.
Berlaku unsur saspens apabila Zahar tiba-tiba terbau sesuatu yang hancing.Dia seperti melihat
seekor ulat bulu yang besar memandangnya tanpa berkedip.Secara tiba-tiba,angin menderu
kencang.Selepas angin berhenti bertuip, ulat besar yang dilihatnya tadi telah bertukar menjadi
kecil sepertu ulat biasa.Kebingungannya terhenti apabila Fikri dan Malcom mengejutkannya.

SINOPSIS BAB 7
PENEMUAN BAHARU
Zahar begitu asyik dengan kajiannya di makmal.Spesies Monarch yang ditemukannya di Pulau
Pisang tempoh hari telah dijadikan bahan kajian.Ulat tersebut kelihatan lemah dan sakit.Selepas
seminggu,dia kembali ke makmal tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.Zahar berasa kagum
kerana gabungan spesies Pus Pus dan Monarch telah menghasilkan ulat bulu yang sangat
cantik.Spesies baharu itu dinamakan Morgan.
Kilauan badan Morgan menyebabkan mata Zahar berasa pedih.Dia memakai cermin mata untuk
mengamati kecantikan Morgan.Dia berpendapat jika dia tidak pergi ke Pulau Pisang pasti spesies
Pus Pus akan lenyap.Namun,peristiwa pelik tempoh hari yang berlaku di Pulau Pisang itu masih
menghantui fikirannya.Kemudian, Zahar teringat kata-kata Malcom dan Fikri, bahawa dia
terlalau obses dengan ulat bulu.Tentang kejadian aneh itu pula Fikri beranggapan bahawa Zahar
hanya terlelap buat seketika.Namun, perkara yang lebih penting baginya adalah dia telah berjaya
menyelamatkan spesies Pus Pus.

SINOPSIS BAB 8
SERANGAN WAKTU MALAM
Selepas sebulan berlalu, Kampung Maju Jaya dikejutkan dengan serangan ulat bulu yang
digelar mereka sebagai serangan ulat bulu puaka.Keadaan ini menimbulkan suasana panik dan
takut dalam kalangan penduduk.Mereka diserang penyakit kegatalan kulit,akibatnya ada
penduduk kampung yang berjumpa bomoh kerana bimbang terkena penyakit buatan orang.Ada
yang memberikan petua agar melumurkan badan dengan tepung dan campuran air kunyit dan
kapur.Akhirnya, masing-masing ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Namun, ubat yang
diberikan tidak berkesan kerana hanya mampu menghilangkan kegatalan buat seketika.Zahar
berasa gelisah dan curiga.Dia bimbang serangan ini berpunca daripada spesies baharunya itu.
Tiba-tiba, Zahar terkejut apabila mendapati bahawa Morgan tiada di tempatnya.Selepas
subuh,dia kembali ke makmal dan mendapati Morgan sudah mengalami perubahan ciri fizikal
iaitu tumbuh sayap kecil pada kiri dan kanan abdomennya.Keadaan menjadi genting apabila
Ripin bersam-sama dengan beberapa orang kampung datang ke rumah Zahar.Mereka menuduh
Zahar sebagai punca kejadian ini.Namun, Qistina berjanji memanggil pihak Jabatan Kesihatan
untuk menyiasat perkara yang berlaku.Sebagai ketua kampung,Pak Naib dengan tegas
memerintahkan Ripin dan orang kampungnya pulang sehingga siasatan selesai dijalankan.
Dua hari selepas kejadian, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,pegawai kesihatan,pegawai
polis,dan Unit Forensik menyiasat makmal Zahar.Namun tiada apa-apa yang ditemukan untuk
dikaitkan dengan serangan ulat bulu itu.Kumpulan penyiasat mengambil sampel ulat bulu yang
menyerang penduduk untuk diuji di makmal kesihatan.Serangan ulat bulu semakin serius apabila
asap kilang sawit menambahkan pencemaran.
Petang itu, Zahar pergi ke balai raya untuk disoal siasat.Zahar didakwa membela ulat tanpa
permit.Zahar gagal memastikan ulat bulunya tidak membahayakan kesihatan penduduk.Selain
itu, ulat bulu yang menyerang kampung ada kaitan dengan ulat bulu di makmalnya.Zahar
menafikan tuduhan itu.Dia memberitahu banyak faktor yang menyebabkan serangan ini
terjadi.Antaranya termaksuklah pencemaran habuk dan asap kilang sawit.Pak Rahmat bersetuju
dengan pendapat Zahar.Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar penduduk kampung
melakukan solat hajat untuk menyelesaikan musibah ini.Ripin tidak berpuas hati lalu
meninggalkan majlis tersebut.
SINOPSIS BAB 9
TERCETUS PERSELISIHAN
Di warung Pak Mail,Manaf,Jusuh,Ahmad,Usop, dan Ripin berbincang berkenaan serangan ulat
bulu yang melanda kampung mereka.Mereka cuba menyalahkan Zahar atas kejadian yang
berlaku di kampung tersebut.Pak Mail susah hati walaupun jualannya laris tetapi ramai
pelanggan yang berhutang.
Perbualan mereka terhenti apabila Zahar dan ibunya tiba di warung itu dengan kereta.Ripin
meluru keluar dan cuba mencetuskan pertelingkahan.Qistina cuba meleraikan situasi tegang
tersebut.Pak Mail menegur perbuatan Ripin yang bersikap kurang ajar terhadap Cikgu
Qistina.Ego Zahar tercabar apabila Ripin mengaitkan tindakan ibunya membela dirinya dengan
kejadian ayahnya meninggalkan keluarganya.Ripin telah mengeluarkan pisau lipatnya lalu
melibas bahu Zahar.Tindakannya itu menyebabkan Zahar rebah ke tanah.Ripin melarikan diri
kerana panik.Pak Mail dan orang-orang kampung mengangkat Zahar ke dalam warung.Mereka
bersama-sama membawa Zahar ke hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Qistina.

SINOPSIS BAB 10
MERISIK KHABAR
Mawar bergegas pulang apabila mengetahui bahawa Zahar telah dimasukkan ke hospital kerana
bergaduh dengan Ripin.Sudah beberapa hari dia tidak melihat Zahar.Pertemuan mereka
mengubati kerinduan masing-masing.Zahar memberitahu Mawar bahawa orang-orang kampung
menuduhnya sebagai punca serangan ulat bulu.
Zahar memberitahu Mawar tentang sesuatu yang pelik berlaku apabila Morgan selalu hilang
pada sebelah malam.Mawar seperti terkejut apabila Zahar memberitahunya bahawa Morgan
boleh terbang.Zahar mengesyaki Morgan yang hilang pada waktu malam mempunyai kaitan
dengan serangan ulat bulu di kampungnya.
Zahar memeberitahu Mawar bahawa rama-rama boleh bertelur dengan purata 200 biji, serta
mempunyai selera makan yang besar.Jika ada beribu-ribu rama-rama, maka sudah pasti banyak
ulat bulu yang terhasil.Zahar berjanji akan membuat eksperimen untuk mengenal pasti serangan
ulat bulu di kampungnya.
SINOPSIS BAB 11
MISTERI TERJAWAB
Zahar membuat kajian mendalam berkenaan ulat bulu melalui internet dan buku.Dia cuba
mencari fakta-fakta yang lengkap berkaitan masalah yang dihadapinya.Hasil daripada kajiannya,
dia mendapati serangan ulat bulu di kampungnya mempunyai kaitan dengan pencemaran seperti
habuk dan debu di udara berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku sewaktu revolusi industri
dahulu.
Pada waktu malam, Zahar pergi ke makmal dan mengintai tingkah laku Morgan di
sarangnya.Dia melihat cahaya kebiru-biruan keluar dari sarang Morgan.Dia melihat Morgan
terapung-apung di udara.Hasil daripada jejakannya, Zahar mendapati bahawa Morgan telah
merangsang ulat-ulat bulu berintik hitam keluar dan melekat di tempat yang berdebu,berjelaga
dan tercemar.Zahar tidak menyangka minatnya kini telah menimbulkan bahaya kepada orang
lain.
Mawar menganggap kejadian yang diceritakan oleh Zahar itu seperti dalam filem sains
fiksyen.Pada malam itu, Zahar telah mengekori Morgan.Sayup-sayup kendengaran suara
pekikan,jeritan dan tangisan dari rumah-rumah berdekatan.Dia berasa kasihan apabila melihat
anak-anak kecil dan bayi menangis kerana serangan ulat bulu.Sauasana hingar-bingar itu telah
menimbulkan rasa simpati Zahar.Masalah lain pula timbul apabila penggunaan racun serangga
yang berlebihan menyerang salur pernafasan,paru-paru,jantung,hati,system pernafasan,system
saraf otot dan organ dalaman yang lain.
Kekecohan yang melanda Kampung Maju Jaya telah sampai ke pengetahuan Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor,Dato’ Omaruddin Atan.Beliau telah meminta Majlis Perbandaran
Daerah Pontian menyiasat dan menghapuskan serangan ulat bulu tersebut.Kisah di kampung
tersebut akhirnya disiarkan dalam akhbar dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan pembaca.

SINOPSIS BAB 12
MANGSA BAHARU
Subuh itu, Pak Alias mendengar kambing peliharaanya tidak henti-henti mengembek.Selepas
solat dan berwirid, dia mengejutkan isterinya, Mak Cik Habibah yang masih tidur.Dia cuba
mengejutkan cucunya,Raziq yang sedang tidur.Malam tadi, dia ada bercerita kepada cucunya
tentang kisah asal usul ular sawa yang kehilangan bisanya.Selepas menunaikan solat, Pak Alias
terus ke kandang kambingnya, dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati anak-anak
kambingnya bergelimpangan mati akibat disearang ulat bulu.
Pada pagi itu,warung Pak mail menjadi kecoh dengan kejadian yang menimpa anak-anak
kambing Pak Alias.Leman, Pak Usop dan Kadir turut dihimpit kebimbangan keran khuatir
lembu, ayam, dan itik mereka pula akan menjadi mangsa serangan ulat bulu.

SINOPSIS BAB 13
DEMAM PERASAAN
Seperti kebiasaannya Qistina melangkah ke kelas 5 Gigih tepat pada pukul 7:30 pagi setiap hari
Isnin.Dia mengarahkan anak-anak muridnya menghantar buku latihan.Umar seorang daripada
anak muridnya tidak menyiapkan kerja rumah dengan alasan kambingnya beranak telah
menyebabkan kelas 5 Gigih riuh rendah dengan bunyi ketawa.Qistina pernah pergi ke rumah
Umar dan mendapat tahu bahawa adik Umar, iaitu Hakim membantu Umar menyiapkan kerja
latihan karangannya.Umar pula sibuk menyabit rumput untuk kambing-kambingnya.

Pada suatu malam sewaktu Qistina menghantar Umar pulang ke rumah dari kem Perkampungan
Ilmu SPM,dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa kambing Umar mati digigit ulat bulu
sementara ayahnya pula dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas angkara ulat bulu.Qistina
menjadi bingung memikirkan perkembangan terbaharu berkaitan dengan serangan ulat bulu di
kampungnya.Dia amat berharap agar anaknya, Zahar dapat mencari penawar dengan
segera.Secara diam-diam,dia terfikir untuk meninggalkan kampungnya demi keselamatan anak
dan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai