Anda di halaman 1dari 2

CERPEN

AIR MATA DALANG


(Rahimidin Zahari)

Sinopsis

Pak Yasok ialah penggiat seni wayang kulit. Selama bertahun-tahun Pak Yasok
mencari rezeki sebagai dalang wayang kulit untuk membesarkan anak-anaknya iaitu Sauki,
Sulida dan Naemah. Ketiga-tiga anaknya telah berjaya menjawat jawatan penting. Sauki,
sebagai ustaz di institusi kerajaan, Sulida menjadi jurutera syarikat minyak di Miri, Sarawak
dan Naemah menjadi doktor di Hospital Kulim, Kedah. Faezah, isteri kepada Sauki,
melarang Pak Yasok meneruskan kerjayanya sebagai dalang dan menganggapnya
bertentangan dengan agama Islam. Pak Yasok marah dan berasa kecewa dengan teguran
itu. Semenjak itu, Faezah tidak balik ke rumah Pak Yasok lagi. Nora, seorang penuntut
universiti datang ke rumah Pak Yasok kerana ingin belajar menjadi dalang wayang kulit.
Dalam masa tiga bulan, Nora berjaya menguasai ilmu pendalangan Pak Yasok. Pak Yasok
mengadakan majlis untuk menyerahkan panggung wayangnya kepada Nora. Semua anak
cucunya diminta hadir dalam majlis tersebut. Akhirnya Sauki sekeluarga pulang ke kampung
bersama-sama Faezah dan Pak Yasok menangis kerana terharu setelah Faezah datang
bersalaman dan mencium tangannya.

Tema

Pengekalan warisan tradisi nenek moyang. Pak Yasok berjaya menurunkan ilmu
dalangnya untuk memastikan warisan seni wayang kulit berterusan walaupun mendapat
tentangan daripada menantunya.

Persoalan

1. Kecintaan terhadap seni warisan wayang kulit.


Contoh: Pak Yasok telah melibatkan dirinya dengan wayang kulit sejak
usianya muda.

2. Punca pendapatan sebagai Tok Dalang wayang kulit.

1
CERPEN

Contoh: Pak Yasok dapat menyara keluarga dan membesarkan anak-anaknya


daripada hasil pendapatan persembahan wayang kulit.

3. Pergolakan dalam keluarga.


Contoh: Faezah tidak memahami dan menyokong pekerjaan Pak Yasok sebagai
dalang wayang kulit yang akhirnya menimbulkan perselisihan faham antara mereka.

4. Tanggungjawab anak kepada ibu bapa.


Contoh: Sauki dan anak-anaknya tetap pulang menziarahi Pak Yasok walaupun
tanpa isterinya, Faezah.

5. Menyedari kesilapan yang telah dilakukan.


Contoh: Faezah akhirnya sedar akan kesilapan dirinya dan pulang ke rumah Pak
Yasok dan meminta maaf daripadanya.

Anda mungkin juga menyukai