Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PROSENIUM

2023

Pada 20 Jun 2023 yang lalu, saya telah menjejakkan kaki ke Panggung Seni,
Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menyaksikan Prosenium Integriti Festival Teater UKM
yang berlangsung selama 6 hari iaitu dari 19 Jun 2023 sehingga 24 Jun 2023. Pementasan
teater yang disaksikan oleh saya bertajuk “Hidup” dari Kolej Tun Hussein Onn daripada
Prasada Theatre. Selepas selesai menonton, saya ditugaskan untuk menulis laporan mengenai
teater tersebut dan menyenaraikan serta menerangkan 6 elemen Aristotle yang terdapat dalam
teater itu.

Elemen pertama Aristotle ialah tema/pemikiran. Idea pengarah, pada pendapat saya,
ingin menyampaikan kepada penonton adalah "yang teraniaya tidak dapat dibela." Saya
mempunyai banyak persoalan pada mulanya, namun pelakon watak-watak berjaya
menggambarkan tingkah laku dan perasaan dianiaya, dan bagaimana penganiayaan yang
akhirnya hanya membawa kepada kebenaran. Dalam naratif ini, seorang lelaki bernama
Hasbul ditinggalkan oleh isterinya iaitu Dyana yang sudah penat hiudp sebatang kara dan
hanya tinggal di kampung. Akibat kemiskinan keluarganya, Dyana tekad untuk keluar dari
rumahnya dengan meninggalkan suaminya dan anak perempuannya yang bernama Qistina
ketika masih bayi lagi. Dyana juga telah menganiaya suaminya itu selepas beberapa tahun
di mahkamah ketika Dyana bekerjaya sebagai seorang peguam yang tersohor di ibu kota
serta mempunyai pejabatnya tersendiri. Penganiayaan dan tragedi genre ini menarik
perhatian saya kerana saya ingin tahu apa yang berlaku setelah menonton persembahan.

Yang kedua ialah plot yang membawa tindak balas kepada pertanyaan "apa"?
Plot dibuka dengan Hasbul bersama anak perempuannya yang sudah mencecah belasan tahun
namun masih berperwatakan seperti kanak – kanak 5 tahun. Akan tetapi, Qistina mampu
masih melakukan kerja-kerja rumah seperti melipat kain dan membuat air untuk bapanya yang
tercinta. Plot seterusnya ialah kehadiran Fakhrul ke rumah Hasbul untuk memberitahu akan
kehadiran orang kaya iaitu Haikal yang merupakan jutawan dan amat berminat untuk
memajukan kawasan perkampungan mereka yang daif itu. Pada masa yang sama, Hasbul juga
melantik Katty sebagai pembantu di rumahnya untuk memasak dirumahnya selepas selesai
bekerja di kebun getah dan Katty juga amat tertarik sekali dengan Hasbul. Konflik bermula
apabila Haikal yang datang ke rumah Hasbul tetapi hanya Qistina sahaja yang berada di dalam
rumah. Haikal mengambil peluang ini untuk melakukan perbuatan yang terkutuk kepada
Qistina yang masih bawah umur dengan merogol anak Hasbul. Dyana telah menangkap
Fakhrul lalu menggugutnya untuk mengatakan bahawa Hasbul yang merogol anaknya sendiri
walhal ketika itu Hasbul sedang bekerja di kebun getah. Fakhrul terpaksa menerima rasuah
oleh Dyana bagi merawat ibunya yang sedang terlantang di katil rumahnya akibat sakit .Pada
pendapat saya, jalan cerita ini amat mudah untuk difahami, disebabkan oleh watak yang
dilakonkan dengan baik dan dialog yang jelas dan kuat.

Bahasa yang digunakan dalam pementasan teater ini ialah Bahasa Melayu Moden.
Selain itu, perkataan menghina seperti "bodoh" digunakan dalam pementasan ini.
Penggunaan bahasa kesat adalah relevan dan teramatlah sesuai dengan konsep persembahan
ini, yang merangkumi unsur dendam kesumat, kerana ia mencerminkan emosi marah dan
geram. Penggunaan bahasa Inggeris juga turut diselitkan seperti penggunaan perbincangan
diri "I" dan "you" antara teman lelaki dan wanita yang amat sesuai kerana begitulah cara
pasangan modenberkomunikasi.

Dari segi watak dan perwatakan, pementasan ini menampilkan pelbagai jenis watak
dengan ciri-ciri yang tersendiri. Sebagai contoh, Dyana yang sering lantang berkata – kata,
dan Hasbul yang kelihatan baik dan bekerja keras demi menyara anak perempuannya yang
tercinta. Bukan itu sahaja, malah watak-wataklain seperti Haikal yang kaya raya namun
merupakan seorang perogol. Fakhrul yang merupakan seorang yang sering membuat lawak
dan amat menyayangi ibunya. Qistina pula anak yang amat taat akan perintah bapanya dan
kurang kasih sayang oleh ibunya sendiri yang telah meninggalkan sejak dia masih bayi
lagi. Kepelbagaian watak dalam teater ini pada pendapat saya membantu menjayakan jalan
cerita kepada penonton termasuk diri saya sendiri.

Tambahan pula, unsur kekaguman teater ini melibatkan realisme dalam bentuk set
realistik yang dicipta untuk pementasan. Lokasi pementasan adalah rumah kontemporari.
Objek yang digunakan adalah sesuai dengan keadaan. Sofa dan meja kopi, contohnya, boleh
didapati di ruang tamu. Pejabat Dyana yang dilengkapi kerusi dan meja pejabat dan juga set
yang hampir menyerupai mahkamah. Penggunaan cahaya dalam persembahan teater ini
bersesuaian dengan emosi yang disampaikan oleh penceramah.
Akhir sekali, unsur bunyi yang sesuai digunakan dalam produksi teater ini untuk
mewujudkan persekitaran yang realistik. Apabila Hasbul pulang ke rumahnya, contohnya,
sayaboleh mendengar bunyi seakan akan terkejut apabila melihat ketiadaan anaknya Qistina.

Perasaan seusai pementasan teater itu ialah saya berasa amat terpegun dengan lakonan
mereka. Justeru membuatkan saya teringin untuk menjadi pelakon dalam pementasan teater
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, saya berharap saya bakal keluar dari zon selesa
saya iaitu seorang yang janggal di khalayak ramai kepada seorang yang lebih banyak berkata-
kata.

Anda mungkin juga menyukai