Anda di halaman 1dari 6

Sinopsis.

Bismillahirrahmanirrahim
Sebuah novel yang menceritakan tentang kisah cinta dua pelajar sekolah,berpendidikan
agama.Seorang perempuan yang bernama Khaulah dan lelaki yang bernama Wafiy.Khaulah
seorang pelajar yang aktif dalam debat,dan berjumpa dengan Wafiy juga dalam gelanggang
perdebatan.
Khaulah mencintai Wafiy kerana karisma yang ada pada dirinya,dan cara mereka bertemu.
Mereka bertemu dalam bahas finale dalam Amal Islami, kemudian sekali lagi sewaktu
MTQ.Berjumpa di Intesaber,dan ketika itu Khaulah langsung tidak perasan lelaki tersebut
adalah wafiy.
Wafiy bertanya tempat untuk pidato spontan bagi perempuan pada sebelah malam.Keadaan
Khaulah ketika itu berkejar untuk solat Isya.
Keesokannya,dia menonton Wafiy dan terus jatuh hati.
Bertemu kembali sewaktu di sekolah Khaulah,dalam perjalanan ke dewan.Wafiy bersama
ibunya.
Perjalanan hidup mereka tidak mudah.
Khaulah : Pendebat Bahasa Inggeris,pencinta bahasa Melayu.Fasih berpidato kedua-dua
bahasa.
Wafiy : Pendebat bahasa Arab,pemidato Bahasa Melayu.

Karakter.
Khaulah Farafisya binti Ariff.
Seorang yang tinggi,kuning langsat,mempunyai lesung pipi.Aktif dan bijak.Menyertai
pelbagai bidang bahasa.Mudah mengingat AlQuran.Suka mendengar flyfm, dan mencintai
band inggeris the script,passenger,lagu You & Me,Holes Inside.Lagu Melayu nasyid paling
diminati ; UNIC Langkah Tercipta.
Mempunyai 10 kawan rapat dan satu geng.Berjumpa teman sehidup semati sewaktu
tingkatan 4.
Pernah mengenali Wafiy sewaktu sekolah rendah dalam bola baling.Tetapi berlainan
sekolah.Mengenali kerana pernah langgar air Wafiy beli di gerai sewaktu carnival sukan.
Seorang anak kepada peguam,dan hidupnya sentiasa bersama computer.Penulis blog yang
tegar dan cinta bidang fotografi.

Abdul Wafiy bin Dato Zaharul.

Kaya, tetapi tidak bahagia.Ibubapa merupakan pensyarah Bahasa Arab di IIUM.Menyertai debat BA
semenjak Tingkatan 1.
Pemain rugby.Pemidato Bahasa Melayu.Mencintai karya Faisal Tehrani bertajuk Arus.
Menyertai bola baling pada sekolah rendah mewakili SRAI TK.
Minat lagu melayu jiwang.

Bab 1.
Khaulah mengeluh panjang.Hujan renyai-renyai pagi ini.Dan seolah-olah hujan yang turun cuba untuk
mengiyakan perasaan Khaulah sekarang.Dia melayan perasaan yang berbaur.Hari ini hari bersejarah !

Khaulah akan masuk asrama ! Asrama tu tak tahula celah ceruk dunia yang mana.Kat Sabak Bernam
katanya.Tapi bila google image,yang ada cuma banyak gila kot pokok sawit ! Celah mana kat Selangor
yang tak maju-maju ni..
Telinganya bergetar dengan lagu Andrea Bocelli yang bertajuk Con Te Partiro.Lagu klasik tahap 10^2.
Yang pastinya dia akan merindui segala kehidupannya disini.Chopp!
aku ada kehidupan ke sebenarnya?.Bisik Khaulah sendirian. sungguh,aku harap kat sana,no matter
how kampong that school would be,Ill be better.Wont be addicted to gadgets anymore.Please no
more.Aku nak kehidupan yang sebenar.Never ever trapped with virtual anymore!.
Tetingkap berwarna plain-white dibuka separuh.Terasa seperti dandelion menyapa
pipi.Seketika,Frankenwinee masuk melalui tingkap.Mulanya Frankenwinee cuba untuk meloloskan
diri,tapi ruang tetingkap terlalu kecil.Khaulah mengangkat sedikit tinggi ruang tetingkap untuk
Frankenwinee masuk.
meoww...Meow jela yang Frankenwinee mampu.Nak kata apa lagi ye dak?
ye Frank.Kau mesti rindu aku kan?.Khaulah mencabut earphone ditelinga.
meow meow.Khaulah gelak sendirian.haha! kucing pun ade rasa sedih dengan aku.Bagus
Frank..bagus.Aku nak bawak kau,tapi itu mustahil kau tahu? Life out there is dangerous.Youd better
live here.Kau ada Bibik Sunarti,umi dengan abi nak jaga.Nanti aku suruh Aiza jaga kau ya.Take care
Frank.
Along!angkat barang.Kita dah nak bertolak ni. Pergh boleh tahan suara umi jerit!
yea yea Im coming.
Beg semuanya kalau naik flight ni aku rasa lebih 10kg.Belum lagi baldi segala.Belum lagi stok
makanan ringan macam nak bermastautin kat kutub selatan.Thank God aku jumpa Kak Aisyah, a very
anonymous yet trusted and helped her a lot nak sort out things here and there.Kak Aisyah ni senior di
sekolah-ceruk-sawit yang dia kenal daripada Facebook.K la,daripada pengamatan aku,Kak Aisyah ni
pegang jawatan yang besar di sekolah.Boleh tahan cun.Lagipun dia share minat yang sama dengan
aku;
Minat The Script !
Segala barang-barang Berjaya diangkat dan disimpan dalam bonet kereta BMW berwarna biru milik
abi.Nyah kau,macam nak lari rumah pun ada!Mujur bibik Sunarti sangat membantu.Aiza tak dapat
tolong sebab hari ni sekolah rendah dah start sekolah.Lagipun,dia baru darjah 4.Kang kalau angkat beg
semua ni,tergolek dekat tangga alamatnya.

Quando sono solo


sogno allorizzonte
e mancan le parole,
Si lo so che non c luce
in una stanza quando manca il sole,
Se non ci sei tu con me, con me

When Im alone
I dream on the horizon
and words fail;
yes, I know there is no light
in a room where the sun is absent,
if you are not with me, with me.
At the windows
show everyone my heart
which you set alight;
enclose within me
the light you
encountered on the street.

Ini lagu yang dari 7.30 pagi dia melayan perasaan.Dari tadi repeat lagu ni.Perjalanan ke Sabak terasa
sungguh jauh ! 10 kali tidur bangun tak sampai-sampai.Tak tahula berapa kali Andrea Bocelli menyanyi
lagu ni,mesti kau penat menyanyi untuk aku kan Andrea?
Jam 10 pagi.Kereta BMW biru WQU 2509 diparkir dihadapan dewan berwarna oren coklat.Besar dan
gah !
Khaulah,here we are.Your new school.Suara abi memecahkan hening.Are we?Do we really have to be
here?
Kepalanya berpusing 360 darjah.Okay,musolla boleh tahan.Padang besar la jugak,Nampak blok
berbentuk E.Banyak greeny environment,bolehla bolehla..bisik Khaulah.
Come,take a pen with you.We are going to rockin with all the forms and registrations sayang.Umi
tarik tangan Khaulah.Senyum lebar umi.Sukala tu orang masuk sekolah agama!
Umi nape tarik tangan orang ni?Sakitlaa...Abi sekadar memandang sambil mengeluarkan senyum
manis.Namun,terukir sedikit riak wajah sedih.Abi sedih ya?

Taklaa..umi Cuma bahagia bila Along setuju masuk sekolah agama.Umi dengan abi takde harapan
masuk sekolah agama,tapi belajar sikit-sikit bila kat U.Tu pun umi rasa cukup lambat..tahu kenapa umi
dengan abi suruh Khaulah dengan Aiza panggil umi dan abi?.Khaulah menggeleng.Yela,keluarga dia
biasa-biasa je.Selalunya orang yang guna umi abi ni islamik sungguh.Macam Ainul kawannya di
SRAISC.Tapi sekarang rasanya Ainul masuk MRSM kat Terengganu yang menghafaz AlQuran sekali.
Tak tahu...Jawabnya pendek.Langkah terus diatur ke pintu masuk dewan.
Hmm..sebab umi dengan abi memang bercita-cita nak anak-anak semuanya berpendidikan
agama.Mahir akademik,tapi ada latar belakang agama.Barulah hebat!Sebab nanti anak-anak umi yang
akan mandikan dengan sembahyangkan jenazah umi dengan abi bila kami dah tiada nanti...Suara
umi kelihatan lirih.Segera abi menggenggam tangan umi.Kepalanya didekatkan sedikit kepada telinga
umi;
Awak jangan berdrama.Anak kita ni baru masuk Tingkatan 1.Ish ish...Umi sekadar mengangguk dan
mencubit peha abi.
dah kita dah sampai dewan!Nak ke meja mana dulu? Sekolah? Asrama? Buku teks? Koperasi?Oh my
banyak gila benda nak kena register.

Segala urusan diselesaikan disana.Kemudian mereka bergerak ke Pekan Sabak untuk breakfast dan
mencari sedikit barang untuk mencukupkan barang.O la ! macam tak percaya dah jejak alam baru
sekolah menengah.Memang tak percaya!
Sisa-sisa masa yang ada digunakan Khaulah untuk bersembang dengan abi.Lepasni sebulan kemudian
baru boleh balik.Memang homesick jawabnya.
Dan kini,dia bersendirian di Sabak Bernam.The really sekolah-ceruk-sawit that she have to
admit.Seriuslaa,tak pernah lagi dia jumpa pekan koboi selain Sabak.Yet,she havent discovered this
school and town much.
Malam itu,Khaulah tidak dapat tidur.Pusing kanan dan kiri.Panas! Matanya berair.
Time to say goodbye.
Paesi che non ho mai
veduto e vissuto con te,
adesso si li vivr.
Con te partir
su navi per mari
che, io lo so,
no, no, non esistono pi,

Time to say goodbye


To countries I never
Saw and shared with you,
now, yes, I shall experience them.
Ill go with you

On ships across seas


which, I know,
no, no, exist no longer,

I miss you umi abi.


I miss Frankenwinee.
I miss Aiza.
And..bibik Sunarti !

1.30pagi,terlelap dalam keadaan tangisan masih bersisa.

Bab 2.
Hai,aku Najda.Panggil Nana.
Saya Izzatie.Simple,Tie je.
Nama aku Afrina.Tapi senang kau panggil Rain jelah.Pendek sikit!
Aku Syafiqah.SyafiqahkalWardah eceh! Kau panggil p-qa.Pa dan qof.P-qa!.
Nama aku Balqis.Tapi orang panggil macam-macam.Bal,qis,aqis,aqish,balqos.Suke hatilah yang
mana!.
Nama aku Fitrah Nabila.Tapi senang pit je.
Dan dia memperkenalkan dirinya,
Saya, Khaulah Farafisya.Gabungan serikandi Islam Khaulah Azwar dan Naelah Al-Farafisya.I prefer
Khaulah for short.

Dan tangan kanan bertemu diatas dan diatas.Mereka sekumpulan dalam orientasi asrama dan sekolah
yang akan diadakan selama seminggu.Siapa tahu,inilah permulaan diatas sebuah ukhuwah yang akan
bertahan sampai syurga?
******************************************

Sewaktu orientasi,mereka dibahagikan mengikut bulan kelahiran.Khaulah pula dilahirkan pada 9


April..jadi kumpulan bulan April lah jawabnya!Semasa orientasi berlangsung,Khaulah ditempatkan
bersama Abang Syafiq sebagai senior.Setiap kumpulan mesti ada senior yang akan mengkoordinasi
kumpulan dan mengawasi gerak kumpulan.Tak kisah lelaki atau perempuan.
Dan Abang Syafiq menjadi senior dalam kumpulan bulan April.Dalam group tersebut,terdapat 12 orang
pelajar yang dilahirkan dalam bulan yang sama.Ayyash,Zaid,Ariff,Kimi,Nol@Zainol,Aisya,Dini ala ramai
sungguhlaa..tak boleh nak ingat!

Ni abang nak korang perkenalkan diri,tempat asal dan tarikh lahir.Boleh tak?
Boleh bang. Serentak 12 orang menjawab.
Kita start dengan.awak!.Sambil menunjukkan jari kearah Khaulah.
Khaulah telan air liur.Gila!Kiri kanan dia tak kenal.Ssssa..saya?Orang lain dululah...Weh tak mau
tak mau!

Anda mungkin juga menyukai