Anda di halaman 1dari 3

September 3, 2012 [SAYANG SEORANG KAWAN]

Nama aku Daniel. Aku seorang budak yang suka senyum. Bagi aku senyuman itu
adalah pengubat duka. Aku bersekolah di sekolah menengah kebangsaan Taman
Setiawangsa, Kuala Lumpur. Aku seorang yang agak pendiam, tapi suka
memerhatikan semua orang yang ada di sekeliling aku. Orang kata, melihat tingkah
laku orang lain akan mengajar kita erti hidup. Pernah cikgu di sekolah tanya aku
kenapa aku suka perhatikan orang. Aku jawab “Aku suka melihat kemesraan kawan-
kawan di sekolah. Mereka gembira, ramai kawan, ada adik, kakak, abang. Hampir
setiap awal pagi aku akan duduk di hadapan pagar sekolah, melihat mereka dihantar
oleh ibu bapa. Ciuman kasih sayang, salaman tangan antara mereka. Kadangkala
hampir membuatkan aku menitiskan airmata. Kenapa perlu menangis? Mungkin
sebab aku gembira kerana aku masih dapat merasa kasih sayang itu walaupun aku
ditinggalkan jauh oleh kedua orang tua aku. Jauh di sana! Ya! Di sana! Ustaz kata
mereka telah berada di syurga menunggu aku. Tapi itu ustaz yang kata. Bagi aku
mereka tetap ada di sisi aku. Di sini! Di dalam buku ini. Buku ni akan tetap bersama
dengan aku walaupun di mana saja. Oh ya! Buku ini! Terlalu banyak cerita ada di
dalamnya. Pasal cerita arwah nenek aku yang sering bercerita tentang cerita cinta
ibubapa aku, pasal kali pertama aku masuk tadika; terkencing dalam seluar dan
menangis sebab aku tak nak nenek tinggalkan aku seorang di sana. Dan cerita
tentang nenek yang turut mengikut jejak ibubapa aku berada di sana. Nenek selalu
pesan ; jiwa seseorang tidak akan mati walaupun jasadnya telah mati, kerna jiwa itu
akan terus kekal pada orang yang mereka sayang. Tapi itu bukanlah cerita untuk hari
ini kawan-kawan. Kerna aku ini bercerita tentang seseorang yang telah memberikan
aku jiwanya untuk terus berada di hadapan pintu pagar ini sekali lagi. Ianya cerita
jiwa aku dan jiwa seorang budak perempuan yang aku sayang. Namanya Syazwani,
tapi kawan-kawan memanggilnya wani. Dia cantik, pandai dan sering menjadi bualan
semua pelajar lelaki di kelas. Aku mula mengenali dia sewaktu kami tertukar kasut
sewaktu kelas pendidikan seni. Dia seorang yang suka melukis. Lukisannya cantik.
Aku? Aku bukan tak pandai melukis, tapi sebab lukisan aku sentiasa abstrak cikgu
kata. Disebabkan pada ketika itu aku sedang bergegas untuk ke bilik air. Aku telah

TEATER MUZIKAL |ERWAN AZZALY HJ AWANG TAIP - 20113051 1


September 3, 2012 [SAYANG SEORANG KAWAN]

terpakai kasutnya secara tak sengaja. Kasutnya basah oleh aku. Bila disedari, dia
sedang menunggu di muka pintu dengan wajah yang agak bengis macam singa betina
sambil di tangannya menggenggam kasut aku. Dan waktu itu aku sedar yang aku dah
tersalah pakai kasut. Aku segera memohon maaf padanya. Namun mulutnya yang
semacam mulut murai itu tidak henti-henti memarahi aku. Nenek aku kata;
perempuan memang begitu, banyak mulut! Lebih-lebih lagi kalau dah tiba musim
merah. Seminggu aku cuba memohon maaf padanya. Namun masih gagal. Aku
merasa amat bersalah terhadapnya. Itu adalah kali pertama aku membuka mulut
secara kerap dengan kawan-kawan aku di sekolah. Sehinggalah pada suatu hari aku
dapat tahu yang dia suka mendengar lagu. Dan aku cuba untuk menciptanya.
Bertepatan dengan itu, sekolah telah mengadakan satu pesta kugiran. Alah
kumpulan gitar rancak! Inilah peluang aku untuk mendekati dia. Sebulan aku
mencipta lagu itu dan berlatih. Namun, secara tiba-tiba aku telah jatuh sakit. Seingat
aku, aku tak pernah jatuh sakit. Sehinggalah aku tahu pada waktu itu yang aku
mengidap penyakit barah buah pinggang. Aku amat kecewa, kerana hasrat ku untuk
memohon maaf padanya akan gagal. Dan akhirnya aku koma. Sehinggalah kini
akhirnya aku bangun semula dan melihat matahari kembali. Aku gembira dan merasa
begitu teruja untuk pergi kepada wani dan menyanyikan lagu yang telah aku ciptakan
itu. Namun, cikgu dan doctor menyatakan yang aku hidup adalah hasil derma buah
pinggang wani. Dan dia kini koma menggantikan aku kerana menghadapi komplikasi
pada jantung sewaktu pemindahan organ. Tidak ku sangka dia akan sanggup berbuat
demikian pada seorang budak lelaki yang telah menyebabkan kasutnya basah. Dan
hari ini, cukup 7 hari wani meninggalkan aku. Dan aku telah simpan satu nota ringkas
darinya sebelum dia menjalani pembedahan. “Dani, Wani sudah lama memaafkan
Dani. Anggaplah ini adalah hadiah kemaafan dari Wani buat Dani. Kerana Wani tahu
yang Dani begitu berusaha untuk memohon maaf sehingga Dani jatuh sakit. Maafkan
Wani juga. Kasih dari seorang kawan dan cinta dari seorang perempuan….” . wani,
terima kasih kerana telah memberi jiwa ini pada aku. Sesungguhnya jiwa wani tidak

TEATER MUZIKAL |ERWAN AZZALY HJ AWANG TAIP - 20113051 2


September 3, 2012 [SAYANG SEORANG KAWAN]

akan mati walaupun jasadmu telah mati, kerna jiwa kau akan terus kekal pada aku
yang kau sayang.

LAGU

Hariku,
Harus dipenuhi dengan kehadiran mu
Sayangku.
Fikiranku,
Hanya dipenuhi dengan senyuman mu
Ohhh…

Alangkah indah
Jika dirimu sentiasa
Disisiku sayang ku
Berikanku
Hanya Satu
Hanya satu
kemaafanmu

Hariku,
Harus dipenuhi dengan kemanjaan mu
Sinarku.
Fikiranku,
Hanya dipenuh dengan suaramu
Divaku…

Alangkah indah
Jika dirimu di sini
Disisiku sayang ku
Nyanyi bersama ku
Hanya Satu
Hanya satu
Lagu…..

TEATER MUZIKAL |ERWAN AZZALY HJ AWANG TAIP - 20113051 3

Anda mungkin juga menyukai