Anda di halaman 1dari 4

TEATER EKSPERIMEN Tie IDEA ASAL & SKRIP OLEH ALLOY AZZALY

[KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER EKSPERIMEN 2012.]


PENDAHULUAN

A strong connection between people or organization mengikat, diikat atau terikat 1 berikut adalah salah satu maksud secara dasar kosa kata Tie di dalam bahasa inggeris . Justeru Teater Tie adalah idea asal dan skrip oleh Alloy Azzaly merupakan sebuah persembahan teater eksperimen untuk penilaian akhir subjek Produksi Teater Eksperimen (ATE5473) yang akan diarahkan oleh Erwan Azzaly Hj Awang Taip (Alloy Azzaly) pada bulan April 2012 di bawah seliaan pensyarah kursus, Dr. Wong Oi Min dan kelolaan Fakulti Teater ASWARA. Secara umumnya, kelahiran produksi ini adalah sebagai satu peluang yang telah diberikan oleh pensyarah kepada para pelajar untuk menampilkan idea baru serta kreativiti bernas di dalam persembahan teater. Oleh yang demikian, usaha ini dianggap sebagai pemangkin anjakan seni dan budaya serta jati diri yang lebih proaktif dan positif terhadap sahsiah seorang pelajar seni kreatif yang berkaliber. Tempat, Masa Dan Tarikh Persembahan yang dicadangkan 6 7 April 2012 8.30 malam. Blackbox, ASWARA. 30 minit.(jangka masa persembahan) Visi Persembahan Visi persembahan ini adalah untuk memantapkan jati diri para pelajar yang terlibat di dalam

pementasan ini dari segi penguasaan terhadap seni, budaya dan tradisi masyarakat. Mempraktikkan ilmu yang dipelajari sepanjang menuntut di ASWARA. Menilai tahap kemampuan pelajar. Menyampaikan idea dan konsep pengarah kepada umum.

Objektif Persembahan Memenuhi penilaian akhir kursus Produksi Teater Eksperimen (ATE 5473), Membentuk satu budaya organisasi yang lebih proaktif, efektif dan berinovasi di kalangan ahli produksi, Mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan produksi serta warga intelektual, Menyampaikan mesej melalui tema yang dipilih, Untuk mempromosikan satu budaya hidup dalam aspek kesenian sebagai sebuah platform yang akan mendidik dan juga memperlengkapkan lagi jati diri masyarakat sekitar ASWARA.
1

Miranda Steel, New Oxford, English-English-Malay Dictionary, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Cetakan Kesepuluh. 2006. Halaman 813

-1-

TEATER EKSPERIMEN Tie IDEA ASAL & SKRIP OLEH ALLOY AZZALY

[KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER EKSPERIMEN 2012.]


Konsep Pengarahan

Konsep pengarahan Tie adalah dalam bentuk teater eksperimen yang menggabungkan elemen dialog, ekspresi emosi serta penampilan pergerakan fizikal di dalam persembahannya. Stail persembahannya juga adalah dalam bentuk eksperimen. Penceritaan di dalam naskah ini akan menyentuh hal ehwal semasa berkenaan kuasa dan hubungan genetik sekumpulan organisasi manusia serta konflik yang sering berlaku di kalangan mereka. Sinopsis Mengisahkan tentang corak kehidupan manusia yang terikat, diikat dan mengikat di antara kuasa, hubungan darah serta lumrah yang telah menjadi fitrah kehidupan manusia di muka bumi ini. Ianya bermula dari saat kelahiran manusia, alam pendidikan, dunia pekerjaan, pegangan agama, alam perkahwinan dan sehinggalah kepada detik kematian seseorang manusia.

Pendekatan Pelakon dan Emosi Pelakon akan diterapkan dengan proses kelahiran manusia serta pengisian di dalam kehidupannya di dalam bermasyarakat. Pendekatan Pelakon Dengan Objek Pelakon akan diaplikasikan dengan permainan improvisasi dengan objek yang agak minimal seperti tali leher. Pendekatan Pelakon Dengan Set Pelakon akan dipraktikkan dengan konsep peredaran masa secara linear dan kitaran di dalam bulatan.

Jangka Akhir Produksi Sebuah pementasan teater eksperimen yang akan mampu memberikan interpretasi sebenar berkenaan fitrahnya kehidupan seseorang manusia.

Tenaga Kreatif (Produksi) Pengarah Teater Eksperimen Penyelia Produksi Pengurus Pentas Sinografer : Erwan Azzaly B. Hj. Awang Taip. : Dr. Wong Oi Min : Puteri Noor Fatin Farah Aroha : Erwan Azzaly B. Hj. Ag. Taip

-2-

TEATER EKSPERIMEN Tie IDEA ASAL & SKRIP OLEH ALLOY AZZALY

[KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER EKSPERIMEN 2012.]


: Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

Kareografer

Barisan Pelakon Manusia 1 Manusia 2 Manusia 3 Manusia 4 Manusia 5 : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

Jadual Pelaksanaan Proses Latihan & Kerja Produksi Tie FASA LATIHAN & GERAK KERJA Fasa 1 ( 16 Januari 2012 ) a) Penghasilan kertas kerja cadangan (proposal) teater eksperimen Tie b) 1st draf proposal. Fasa 2 ( 20 Januari 2012 ) a) Penghasilan kertas kerja akhir teater eksperimen. b) Final Draf proposal. Fasa 3 ( 30 Januari 2012 ) a) Penyenaraian kumpulan tenaga produksi dan kumpulan kreatif (performer). Fasa 4 ( Sepanjang Februari 2012 ) a) Hantar kertas kerja cadangan akhir kepada pensyarah penilai, Dr. Wong Oi Min (3 Februari 2012) b) Latihan teater eksperimen bermula. c) Diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat di studio tari utama / studio tari 1. d) Penyediaan Press Kit untuk media (27 Februari 2012) Fasa 5 ( 16 Mac 2012 ) a) Pratonton pertama. b) Penambah baikkan untuk persembahan. Fasa 6 ( 6 7 April 2012 ) a) Persembahan Akhir teater eksperimen Tie.

-3-

TEATER EKSPERIMEN Tie IDEA ASAL & SKRIP OLEH ALLOY AZZALY

[KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER EKSPERIMEN 2012.]

Anggaran Belanjawan Teater Eksperimen Tie Perkara A) Anggaran Peruntukan. a) Sumber perseorangan B) Anggaran Perbelanjaan. a) Produksi & Kreatif i. ii. iii. v. Set & Prop Lampu & Penataan Cahaya Muzik & Kesan Khas Bunyi Set Pakaian Pelakon (5 Orang) 50.00 50.00 10.00 10.00 50.00 Debit (RM) 320.00 Kredit (RM) Jumlah (RM) 320.00

iv. Grafik & Visual

b) Publisiti & Promosi i. Press Kit (Ruangan Akhbar, Pameran, Banner, Pamplet & Buku Program c) Kebajikan Produksi (Makan & Minum) d) Pelbagai i. Awasan & Kecemasan 50.00 370.00 100.00 50.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

Disediakan oleh;

______________________ ERWAN AZZALY B. AWANG TAIP Ijazah Sarjana Muda Tahun 2 Fakulti Teater, ASWARA.

Disemak oleh;

______________________ DR. WONG OI MIN Pensyarah Produksi Teater Eksperimen 2012.

-4-

Anda mungkin juga menyukai