Anda di halaman 1dari 54

UNIT 1 konsep asas pedagogi teater

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. merumuskan konsep asas pedagogi teater


2. 2. menguasai teori-teori teater

Sinopsis :

Teori Pengajaran dan Pembelajaran Teater

PEDAGOGI TEATER

Drama adalah cerita tentang konflik manusia, kita tidak akan memahami mengapa, dan
bagaimana konflik manusia. Drama adalah cerita dalam bentuk dialog, drama tak lebih
dari interpretasi kehidupan, drama adalah salah satu bentuk kesenian. Drama
dirancang untuk penonton, drama bergantung pada komunikasi. Jika drama tidak
komunikatif, maksud pengarang, pembangun respon emosional tidak akan sampai
(Dietrich, 1953:4).

Maka penggunaan teknik pengajaran alternatif dan inovatif seperti Teater


menjadi tuntutan semasa. Teater Forum ialah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran interaktif yang memerlukan murid terlibat secara aktif dalam
proses mengolah skrip, berdialog, terlibat dalam forum, berlakon dan meluahkan
idea (Hewson, 2007). Teknik pengajaran interaktif ini memberikan peluang
kepada murid sedar dan terlibat secara kognitif, melihat sesuatu konflik moral
secara kritis, mencari penyelesaian kepada masalah serta melahirkan murid
yang memiliki sensitiviti moral, perasaan, dan tingkah laku moral seperti yang
dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Pusat Latihan KBSM,
Falsafah Pendidikan Negara, 1990).

1
Teori Stanislavsky

Stanislavski percaya bahawa setiap perkara yang berlaku di atas pentas adalah
berbeza sama sekali dengan setiap kejadian dalam kehidupan nyata seharian
manusia.  Tetapi ‘scenic truth’ atau kebenaran dalam lakonan dapat dicapai semasa di
atas pentas dan lakonan.  Pelakon atau pemain seharusnya dapat mempengaruhi
penonton supaya penonton percaya bahawa setipa babak yang dimainkan oleh
pemain adalah benar.  Salah satu daripada metod yang digunakan oleh Stanislavski
untuk mencapai tahap tersebut dalam lakonan adalah berdasarkan teknik ‘magic if’. 
Pelakon seharusnya menggali watak dengan lebih mendalam dengan cara
menimbulkan persoalan terhadap watak yang mereka terima dan pegang.  Melalui
teknik ‘magic if’ pelakon perlu mengenal pasti dirinya dan posisi karakter dalam
penceritaan tersebut. 
Pelakon perlu menanyakan diri mereka tentang: Bagaimana sekiranya mereka di
tempat tersebut? Selain itu, Apakah yang bakal saya lakukan sekiranya saya berada
dalam situasi itu (watak yang dilakonkan)?  ‘Magic if’ mampu untuk membuatkan
pelakon untuk cuba mendalami watak yang mereka mainkan kepada suatu lakonan
yang lebih realisme.  Sekiranya situasi yang dialami adalah berbeza, maka jawapan
bagi soalan- soalan seperti ini akan memudahkan pelakon untuk masuk ke dalam
watak tersebut.

Teori Brecht

Teknik Allegorical

Teknik Allegorical adalah penggunaan simbol- simbol dalam menjelaskan isi kandungan
atau dilema dalam sesebuah pementasan.  Dengan penggunaan teknik ini, penonton
akan dialenasikan dari pementasan tersebut oleh simbol- simbol yang akan
menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat dalam simbol- simbol
tersebut.  Ini menuju kepada sebarang gangguan yang bertujuan mengasingkan
penonton daripada terhanyut oleh cerita lakonan.  Sebagai contohnya, bunyi- bunyi
bising dari belakang pentas, cara lakonan seperti robot, dan juga apa- apa ‘acting’ yang
tidak logik dan realiti.  Maka penonton tidak akan hanyut dan cenderung untuk mencari
isu dan mesej apa yang hendak disampaikan dalam lakonan tersebut.   Jelaslah disini,
dalam teori Brecht, persembahkan idea perlu dan memastikan mesej tersebut ditujukan

2
kepada penonton akan diutamakan berbanding dengan ‘acting- acting’ yang
membawa emosi.  Dalam lakonan Rumah Lama Kampung Baru, kami tidak
menggunakan teori ini kerana lakonan kami adalah hampir serupa dengan apa yang
berlaku (realisme).  Kami berlakon di pentas secara realiti.  Kami berfikir secara realiti
untuk bertindak dan menghasilkan lakonan.  Lakonan kami seolah- olah berlaku
sebenar- benarnya.  Sebagai contohnya, saya membawa perasaan marah ketika bergaduh
dengan Mak Raya.

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang teori-teori pedagogi teater


dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain
sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang
lain.

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh,


isu – isu berkaitan aplikasi teori, kaitan pedagogi
teater dan isu semasa pendidikan.

Pengalaman

AKTIVITI 1
Teori Asas Buat huraian ringkas berdasarkan
Pedagogi Teater kefahaman anda
Teori
Stanislavasky

Teori Brecht

Aristotle

3
AKTIVITI 2 :

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan

kefahaman anda terhadap teori asas pedagogi

Refleksi :

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada


pelbagai sumber, pilih satu teori di atas dan
perjelaskan sejauh manakah teori tersebut adalah
paling sesuai dengan murid – murid alaf 21.

4
pendekatan
UNIT 2
pengajaran dan pembelajaran teater

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1 merumuskan konsep pendekatan teater


3. 2. menguasai pelbagai pendekatan teater
4. dalam pengajaran dan pembelajaranr

Sinopsis : Konsep Pendekatan Teater

Drama merupakan seni persembahan yang menyediakan saluran untuk ekspresi diri
dan menggalakkan ruang pembelajaran yang kreatif. Drama dapat dijadikan sebagai
alat atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana melibatkan
pelbagai aspek pertumbuhan pelajar seperti intelek, fizikal, sosial dan emosi mereka.
Aktiviti yang berkaitan dengan kaedah ‘berdrama’ dapat membangunkan potensi kreatif
dalam kalangan murid dan sekaligus membantu untuk membangunkan kemahiran
pemikiran kritis.

Mengapa drama dianggap sesuai untuk digunakan sebagai satu pendekatan atau alat
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah? Pengarah teater dan guru
pendidikan seni persembahan Matt Buchanan (2011) memberikan pendapat di dalam
blognya bahawa pengajaran dan pembelajaran menerusi drama dapat merangsang
kreativiti dalam penyelesaian masalah dalam kalangan murid. Drama juga boleh
mencabar dan menguji persepsi murid tentang dunia mereka dan tentang diri
mereka sendiri apabila diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
di dalam, mahu pun di luar bilik darjah. Malahan, drama membolehkan murid meneroka
saluran emosi, fikiran dan impian mereka yang tidak mungkin dapat diperoleh
semasa suasana pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara formal atau
tradisional. Melalui drama, murid perlu, walaupun hanya untuk beberapa ketika, menjadi
watak yang berlainan daripada watak mereka sendiri. Murid digalakkan untuk berfikir
secara kreatif dan menggunakan daya imaginasi mereka ketika berhubung dengan
situasi yang pelbagai. Mereka tidak lagi dikongkong dan tiada garis batas yang

5
ditetapkan ketika disuruh mengeluarkan pendapat terhadap sesuatu masalah. Dalam
masa yang sama, murid, secara langsung atau tidak langsung diberikan peluang untuk
meneroka peranan baharu, mencuba dan mengeksperimen pelbagai pilihan peribadi
dan penyelesaian kepada masalah yang didedahkan atau dialami seperti masalah yang
berpunca daripada kehidupan mereka sendiri atau masalah yang dihadapi oleh watak-
watak dalam kesusasteraan dan tokoh-tokoh sejarah. Selain itu, perkongsian masalah
serta jalan keluar bagi masalah yang dibentangkan dapat dibincangkan dan
diketengahkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang selamat. Tindakan
dan kesannya boleh diteliti, dibincangkan, dan dalam perasaan yang nyata, murid yang
terlibat dapat menghayati sesuatu keadaan dengan selamat dan sekaligus dapat
membuat kaitan kepada kesimpulan dalam kehidupan yang sebenar. Oleh itu, ruang
108 // Menyemai Bahasa Menuai Budi pengajaran dan pembelajaran menjadi bebas
dan murid berasa lebih berminat untuk belajar kerana perasaan takut dan kurang
selesa atau tidak yakin dapat dihindari.
Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran teater adalah seperti berikut :
 Pendekatan Somatik (Dave Meier (2002)
o Belajar dan bergerak dalam lingkungan (olak tubuh)
o Audiotori – pelajar digalakkan bertutur dan mendengar (skrip)
o Visualisasi – mengamati dan menggambarkan situasi (penghayatan)
o Intelektual – menggunakan proses otak dalam membuat rumusan
keseluruhan
 Pendekatan Masteri
o Menguasai sesebuah tema/topik dalam pembelajaran
o Dilakukan secara kolaborasi dan koperasi
 Proses Drama
o Elemen teater dalam PdP
o Skrip
o Lakonan
 Pendekatan kreatif
o Imiginatif
o Kreativiti
o Improvisasi
 Pendekatan ekspresi
o Wajah
o Emosi

6
o Keseimbangan

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang pendekatan-pendekatan


teater dalam pengajaran dan pembelajaran dengan melayari internet serta
membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh,


isu – isu berkaitan aplikasi teori, kaitan pedagogi
teater dan isu semasa pendidikan.

Pengalaman – Model Pendekatan


Drama
AKTIVITI 1

Sila layari laman web ini :


www//malaylanguage centre.moe.edu
bagi membincangkan model drama berikut:

KOGNITIF

PdP drama

abad 21
PSIKOMOTOR AFEKTIF

7
AKTIVITI 2 :

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan

kefahaman anda terhadap pendekatan teater

yang boleh digunakan dalam PdP tteori asas pedagogi

Refleksi :

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat


daripada pelbagai sumber, pilih satu pendekatan
teater dan perjelaskan sejauh manakah teori
tersebut adalah paling sesuai dengan murid –
murid alaf 21.

Perbincangan anda mesti berdasarkan sebuah


jurnal yang telah diterbitkan

Sumber rujukan :

1. Richard Courtnery. (1991) Lakon, Drama dan Pemikiran, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka

2. Abdul Rahman Napiah (1987) Drama Moden Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

3. Aksarabhumi.blogspot.com

4. iyliafikri.blogspot.com

8
Kaedah Dan Teknik Dalam
UNIT 3
Pengajaran Dan Pembelajaran Teater

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. mengenal pasti kaedah dan teknik dalam PdP teater


5. 2. mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran dan
6. pembelajaran teater dalam kelas.

Sinopsis : Kaedah dan Teknik Pendekatan Teater

Menurut Kamus Dewan (edisi ke empat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony
teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang
mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
perkara. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.  Justeru, teater juga merupakan suatu
alat yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran
yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan
kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. 

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar sesuatu perkara dengan menggunakan alat-alat 
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik
yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah 
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan 
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan 
sedang dilaksanakan.

9
Elemen Seni Teater dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teater bermaksud seni pentas (2010:1620), iaitu
seni persembahan yang menggunakan pentas sebagai platform. Teater merupakan
seni pentas yang menggabungkan seni lakon dengan pelabagai seni lain seperti seni
muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa, dan seni-seni yang lain.
Dalam konteks pendidikan, teater dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan
pembelajaran secara bersepadu yang merangkumi pelbagai kemahiran seperti mana
yang telah dihasratkan dalam kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui
aktiviti teater, guru akan dapat memaksimumkan penglibatan murid dari segala aspek
kemahiran dan kecerdasan dalam diri mereka. Buktinya, aktiviti teater adalah
aktiviti multi-functional yang merangkumkan pelbagai kategori seni di dalamnya
dan dengan ini guru akan dapat mengajarkan pelbagai kemahiran dalam satu masa. Ini
jelas sekali menunjukkan bahawa teater adalah medium unggul untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis serta memiliki nilai tambah dalam pendidikan.

Secara konseptualnya, teater dalam pendidikan adalah pengintergrasian seni dan


aktiviti-aktiviti teater untuk menyampaikan pendidikan. Melalui pengintergrasian ini,
murid akan dapat mengenal diri mereka dengan lebih jelas, mengenal ruang dan
persekitaran, memahami rakan serta dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam
pelbagai aspek. Dengan ini, jelas sekali bahawa dengan adanya pengintergrasian ini
sesi pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.

Dalam pada itu, teater dalam pendidikan juga membolehkan guru melatih daya
sensitiviti, kefahaman, dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya
mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi,
kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta komunikasi dalam diri murid. Hal ini kerana,
aktiviti teater kebanyakkannya menyentuh tema masyarakat yang sangat dekat dengan
diri kita dan dengan ini guru akan dapat membawa murid meneroka pemikiran yang
lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah aktiviti
atau skrip melalui pendekatan dan kaedah yang sesuai di dalam bilik darjah. Teater
dalam pendidikan juga dianggap sebagai kaedah terapi yang membantu murid yang
mempunyai masalah emosi dan fizikal. Seperti yang kita tahu, aktiviti teater
merangkumi aktiviti seperi tarian, lakonan, nyanyian dan sedikit unsur lawak yang mana

10
dapat menghiburkan dan memberi keseronokan kepada murid dalam mengikuti aktiviti
pembelajaran. 

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Sumber

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang pembelajaran dengan


melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber
rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Strategi

Pendekatan

Kaedah

Teknik

Pelaksanaan Elemen Teaater Dalam Pengajaran


dan Pembelajaran

Carian perlu meliputi konsep element eater dalam


pendidikan berasaskan gambarajah di atas. Buat nota
ringkas berkenaan perkara tersebut.

11
Pengalaman – Model Pendekatan
Drama

AKTIVITI 1
Sila layari laman web ini :
www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
bagi membincangkan aktiviti berikut :

Tugasan 1 : Kaedah Individu dalam kumpulan - OLAH TUBUH


Memberi pendedahan mengenai persiapan seorang murid yang bermula daripada
senaman dan memahami tentang fungsi sistem tubuh badan yang merangkumi aspek
fizikal dan mental.

OBJEKTIF
Murid dapat:
 memahami fungsi anggota badan
 melakukan latihan asas seni silat, senam seni dan tarian
 mengikuti aktiviti permainan teater penggunaan ruang

ISI KANDUNGAN
Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :
 Latihan Pemusatan
 Latihan Asas Seni

AKTIVITI
 Guru memberi penerangan mengenai fungsi anggota badan.
 Guru membuat tunjuk cara latihan pemusatan serta latihan asas seni silat, senam
seni dan tarian.
 Murid mengikuti permainan teater penggunaan ruang.

BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Radio
4. CD Instrumental
5. Tayangan slaid

RUJUKAN
1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.
2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

12
NOTA

1. Maksud Latihan Pemusatan – untuk postur, mengurangkan ketegangan dan persediaan


untuk latihan vokal.

2. Contoh :

 Spine Roll - latihan ini dapat membantu menghilangkan tekanan pada bahagian leher
dan bahu.
 Pendulum – berdiri setempat dan goyangkan badan ke hadapan dan ke belakang
bertujuan untuk memfokuskan kepada keseimbangan badan.
 Aktiviti permainan teater ‘ Datuk Harimau ’
 Murid akan berlari tetapi tidak dibenarkan berkumpul sebaliknya menggunakan ruang
secara bebas.

Tugasan 2 : Teknik Pengajaran Berkumpulan

Pendedahan kepada pergerakan di atas pentas dalam sesebuah persembahan atau


pementasan.

OBJEKTIF
Murid dapat
 Melakukan pergerakan mengikut gerak alam
 Melakukan pergerakan secara peniruan

ISI KANDUNGAN
Meneroka dan melahirkan ekspresi melalui aktiviti :
 gerak alam
 gerakan meniru

AKTIVITI
1. Guru menunjuk cara gerakan mengikut objek alam semula jadi seperti pokok, air laut.
2. Guru menunjuk cara gerakan peniruan gerak haiwan seperti burung, monyet,
harimau.
3. Guru membentuk kumpulan kecil.
4. Guru mengedarkan kad watak dan murid melakukan aksi gerak mengikut kad yang
diberikan.
5. Iringan muzik boleh digunakan untuk membantu mood murid.

BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Kad watak

RUJUKAN
1. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

13
NOTA

1. Pergerakan merangkumi pelakuan-pelakuan keluar – masuk, menyeberang, duduk,


bangun, naik turun tangga, berlari, melompat di atas pentas.
2. Tujuan pergerakan:
- mencantikkan produksi dan pementasan
- menarik perhatian penonton kepada watak atau ruang tertentu
- mengubahsuaikan adegan kelompok individu atau watak tertentu supaya tidak kaku
dalam lakonan
- menarik perhatian penonton kepada ruang lakon tertentu
- menonjolkan emosi watak dan pelakon
- menonjolkan latar belakang pentas dan juga suasana adegan
- mengimbangi ruang pentas atau ruangan lakonan
- tujuan teknikal untuk membaiki komposisi

Tugasan 3 : IMPROVISASI

Improvisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untuk
meneroka dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untuk
melahirkan watak dan idea melalui aksi.

OBJEKTIF
Murid dapat
 Mengaplikasikan kemahiran improvisasi yang boleh digunakan sebagai teknik dalam
lakonan
 Memperlihatkan perbezaan dalam aktiviti improvisasi secara individu atau kumpulan
 Membezakan jenis-jenis improvisasi

ISI KANDUNGAN
Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :
 improvisasi kepekaan deria
 improvisasi situasi

AKTIVITI
 Guru memperkenalkan imrovisasi kepekaan deria dan situasi.
 Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi tersebut.
 Guru membentuk murid kepada kumpulan kecil dan melakukan improvisasi yang
berbeza.

BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Teks ringkas
4. Alat yang sesuai

RUJUKAN
1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.
2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.
3. www.pyianj.blogspot.com
4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko

14
NOTA
Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid
diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.Teknik ini boleh dijalankan untuk
semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.

 Contoh 1 :
Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung
orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.

Arahan:
Berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda.

 Contoh 2 :
Mencipta sebuah cerita di mana murid akan meneroka situasi yang melibatkan
perubahan cuaca ( panas, dingin, sejuk ) dan perubahan perasaan ( gembira, sedih,
seram, sayu ).

AKTIVITI TAMBAHAN :

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan


kefahaman anda terhadap pendekatan teater
yang boleh digunakan dalam PdP tteori asas pedagogi
teater

Refleksi
Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada
pelbagai sumber, nyatakan kelebihan elemen teater
dalam membina ketrampilan diri dan bahasa pelajar
dan sejauh manakah kesesuaiannya dalam PdP alaf
21.

Sumber rujukan :

1. Richard Courtnery. (1991) Lakon, Drama dan Pemikiran, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Abdul Rahman Napiah (1987) Drama Moden Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
3. Aksarabhumi.blogspot.com
4. iyliafikri.blogspot.com

15
UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM TEATER

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. mengenal pasti definisi konsep Kemahiran Berfikir
7. 2. mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan elemen
8. teater dalam pengajaran dan pembelajaran

Sinopsis : Konsep Kemahiran Berfikir


Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai
pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive).Teater merupakan
aspirasi fikiran yang diterbitkan dalam perlakuan dan aksi. Penggunaan akal yang bijak
manusia dapat membuatkan aksi dalam lakonan menjadi lebih menyerlahkan ketrampilan
diri melaui proses berikut :

 Proses Penaakulan
 Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
 Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

 Membentuk konsep
 Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan
sebagai konsep dan teori.

 Memahami fenomena yang diperhatikan


 Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
 Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

Kebijaksanaan seseorang dalam melakukan improvisasi juga ada dikaitkan dgn akal budi
akan menjadikan invidu itu;

 Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg
bernas.

 Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif


kepada diri sendiri serta orang lain.

 Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

 Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

16
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran
yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain(baru). Proses ini amat penting kepada
pengajaran dan pembelajaran teater. Bagaimana seseorang itu memindahkan maklumat
dalam skrip kepada aksi lakonan memerlukan kemahiran berikut :
 Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan menangani
masalah yang perlu diselesaikan oleh watak dan melaluinya pelakon dapat
mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan dalam bentuk aksi
yang ingin dipersembahkan.
 Pewatak juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dalam
persediaan seorang pelakon dan menjadikan aksi lakoan lebih produktif.
 Pewatak juga dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
terurus dalam kehidupan yang diserlahkan melalui aksi lakonannya.
Socrates telah menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan
kebolehan seseorang pelakon untuk menjana idea yang bernas melalui kemahiran berfikir.
Beliau menggariskan kepentingan kemahiran berfikir itu dapat :
 menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.
 Persoalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-
 Mengapa
 Kenapa
 Bagaimana
Persoalan “aras rendah” :-
 Siapa nama awak?
 Bila
 Siapa
Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli
falsafah Greek). Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi
Bloom).
Taksonomi Bloom
o Pengetahuan
 Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep.
 Cth : siapa nama awak? Bakar
o Pemahaman
 Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn
perkataan sendiri.

17
 Cth : jelaskan makna fotosintesis
o Aplikasi
 Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru.
 Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...
o Analisis
 Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan
mengenalpasti perkaitan antaranya.
 Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.
o Sintesis
 Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg
bermakna.
 Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.
o Penilaian
 Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.

2. Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.
o Maklum balas ttg perasaan :
 Geram
 Mata merah
 Menangis
o Maklum balas ttg emosi :
 Sedih
 Kecewa
o Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana


pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
2. Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa
proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai
keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.
3. Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai
tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran
orang lain.

18
4. Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu
bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran
memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan
menyepadukannya dengan maklumat baru.
Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM)
memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)
5. Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran lateral
yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu
berdasarkan pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.
6. Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat
disimpulkan sebagai :

PEMIKIRAN :
 Proses mental yang memerlukan pengetahuan.
 Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu.
 Digunakan untuk menyelesai masalah.
 Menentukan tingkah laku yg dihasilkan.
 Merupakan sikap yg ditunjukkan.

KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS


 Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.
 Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.
i. Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai
ii. Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.
iii. Perkara dapat dikaji lebih mendalam.
iv. Kritikan yang dibuat lebih membina.
 Memperkembangkan daya intelek.
 Mengelakkan kesilapan berfikir.
 Terburu-buru : tidak meluangkan masa untuyk meneliti factor yang terlibat
 Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi
 Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas
 Bercelaru : tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik

Konsep i-Think dalam Pendidikan Alaf ke 21 (PAK21)

19
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta i-Think telah dilancarkan secara atas
talian pada 1 April 2014 untuk kesemua sekolah di Malaysia. Selaras dengan transformasi
pendidikan yang memerlukan murid-murid sekolah mempunyai Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran diperkenalkan. Melalui kaedah
i-Think ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran teater menjadi lebih berfokus.
Penggunaan peta i-Think dapat menjana pelakon untuk menguasai keperluan yang
diperlukan dalam melaksanakan aksi dalam lakonan. Pengkajian tentang watak dan
perwatakan dan pengemukaan terhadap tema dan persoalan teater menjadi lebih berfokus
dan jelas dengan menggunakan peta i-Think yang sesuai.

Peta i-Think merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agar
murid dapat mencapai tahap analisis, sintesis dan penilaian atau mereka cipta sesuatu yang
baharu. Mereka juga akan dapat menggunakan kelapan-lapan peta i-Think secara
sistematik untuk mengkaji dan menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang sebelum ini
dirasakan rumit dan sukar mencari jalan penyelesaian. Penggunaan peta i-Think dalam
sistem pendidikan negara diharapkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran,
pengetahuan dan nilai yang sesuai dengan keperluan semasa bagi menghadapi peluang
dan cabaran abad ke-21.

Aktiviti 1

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Sumber

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang pembelajaran dengan


melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber
rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan lain berkenaan
fungsi peta i Think dengan mengaitkannya dalam PdP Teater

20
Peta Pemikiran dalam
Pengajaran Teater

HoM- Habits of Mind

The Habits of Mind are an identified set of 16 problem solving, life related skills,
necessary to effectively operate in society and promote strategic reasoning,
insightfulness, perseverance, creativity and craftsmanship.

The understanding and application of these 16 Habits of Mind serve to provide the individual
with skills to work through real life situations that equip that person to respond using
awareness (cues), thought, and intentional strategy in order to gain a positive outcome.

Resos:http://www.chsvt.org/wdp/Habits of Mind.pdf

Aktiviti 2 :

21
Bincangkan bagaimana HOM dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran teater

Carian perlu meliputi info HOM yang diberikan dan kaitkan dalam PdP
teater . Buat nota ringkas berkenaan perkara tersebut.

HABITS OF MIND

The Habits of Mind are an identified set of 16 problem solving, life related skills,
necessary to effectively operate in society and promote strategic reasoning,
insightfulness, perseverance, creativity and craftsmanship. The understanding and
application of these 16 Habits of Mind serve to provide the individual with skills to work
through real life situations that equip that person to respond using awareness (cues),
thought, and intentional strategy in order to gain a positive outcome.

1. Persisting: Sticking to task at hand; Follow through to completion; Can and do


remain focused.

2. Managing Impulsivity: Take time to consider options; Think before speaking or


acting; Remain calm when stressed or challenged; Thoughtful and considerate of
others; Proceed carefully.

3. Listening with Understanding and Empathy: Pay attention to and do not dismiss
another person's thoughts, feeling and ideas; Seek to put myself in the other person's
shoes; Tell others when I can relate to what they are expressing; Hold thoughts at a
distance in order to respect another person's point of view and feelings.

4. Thinking Flexibly: Able to change perspective; Consider the input of others;


Generate alternatives; Weigh options.

5. Thinking about Thinking (Metacognition): Being aware of own thoughts, feelings,


intentions and actions; Knowing what I do and say affects others; Willing to consider
the impact of choices on myself and others.

6. Striving for Accuracy: Check for errors; Measure at least twice; Nurture a desire for
exactness, fidelity & craftsmanship.

7. Questioning and Posing Problems: Ask myself, “How do I know?”; develop a


questioning attitude; Consider what information is needed, choose strategies to get
that information; Consider the obstacles needed to resolve.

8. Applying Past Knowledge to New Situations: Use what is learned; Consider prior
knowledge and experience; Apply knowledge beyond the situation in which it was
learned.

22
9. Thinking and Communicating with Clarity and Precision: Strive to be clear when
speaking and writing; Strive be accurate to when speaking and writing; Avoid
generalizations, distortions,minimizations and deletions when speaking, and writing.

10 Gathering Data through All Senses: Stop to observe what I see; Listen to what I
hear; Take note of what I smell; Taste what I am eating; Feel what I am touching.

11.Creating, Imagining, Innovating: Think about how something might be done


differently from the “norm”; Propose new ideas; Strive for originality; Consider novel
suggestions others might make.

12 .Responding with Wonderment and Awe: Intrigued by the world's beauty, nature's
power and vastness for the universe; Have regard for what is awe-inspiring and can
touch my heart; Open to the little and big surprises in life I see others and myself.

13. Taking Responsible Risks: Willing to try something new and different; Consider
doing things that are safe and sane even though new to me; Face fear of making
mistakes or of coming up short and don’t let this stop me.

14. Finding Humor: Willing to laugh appropriately; Look for the whimsical, absurd,
ironic and unexpected in life; Laugh at myself when I can.

15. Thinking Interdependently: Willing to work with others and welcome their input
And perspective; Abide by decisions the work group makes even if I disagree
somewhat; Willing to learn from others in reciprocal situations.

16. Remaining Open to Continuous Learning: Open to new experiences to learn


from; Proud and humble enough to admit when don't know; Welcome new
information on all subjects.

(After Arthur L. Costa and Bena Kallick, Habits of Mind: A Developmental Series,
Copyright © 2000)

Rujukan:

Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and
Bacon.

Campbell, L. Cambell, B. & Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through multiple
intelligences. Boston: Allyn and Bacon.

Elias, Maurice, J. et. al. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for
educators. Virginia: ASCD.

Epstein, R.L. (1999). Critical thinking. Belmont: Wadsworth Publishing Co.

Goleman, D. (1996). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York:
Bantam Books.

Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak
dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

23
Abdul Fatah Hasan (1998). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran.
Kuala Lumpur: PTS Pub. & Dist. Sdn Bhd

John Arul Phillips (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Pub.

Poh Swee Hiang (1996). KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur :
Budiman

Som Hj. Nor dan Dahlan (2000). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Longman

Stice, James, E. (Ed.) (1987). Developing critical thinking and problem solving activities.
London: Jossey-Bass

Tajularipin dan Maria Chong (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah
Alam : Karisma Publications

UNIT 5 APLIKASI PEDAGOGI ABAD KE 21 DALAM TEATER

Hasil Pembelajaran Unit


24
Pada akhir unit pelajar dapat :
1. mengenal pasti definisi pedagogi abad ke 21
10. 2. mengaplikasikan pedagogi abad ke 21 dalam
11. kemahiran pengajaran dan pembelajaran teater
12. teater dalam pengajaran dan pembelajaran

Sinopsis : Definisi Kemahiran Pedagogi


Abad ke 21
Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran pembelajaran yang
diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru. Kemahiran abad ke-21
dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Kemahiran
abad ke-21 ialah kemahiran kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi,
kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), kemahiran sains dan teknologi,
kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran
abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan
tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan
pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan
pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Pedagogi Abad ke 21 ini juga perlu disesuaikan dengan pengajaran dan pembelajaran
teater. Elemen pengajaran dan pembelajaran teater juga perlu disesuaikan dengan
dambaan pendidikan abad ke 21. Guru perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik PdP
teater yang lebih berinovatif dan kreatif dengan ciri-ciri pedagogi abad ke 21.

CIRI-CIRI KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN TEATER

Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi teater, seseorang guru perlu memiliki

25
kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan
kemahiran hidup. Pengajaran teater sebenarnya lebih berkesan sekiranya dikaitkan secara
aktif selaras dengan ciri-ciri pedagogi abad ke 21. Selain itu terdapat pelbagai elemen yang
perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.

Elemen-elemen teater perlu selaras dengan keperluan berikut;


• Kreativiti dan Inovasi
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah
• Komunikasi dan Kolaborasi
• Literasi Maklumat
• Literasi Media
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya
• Produktiviti dan Akauntabiliti
• Kepimpinan dan Tanggungjawab

Dalam kita melihat kemahiran yang perlu ada bagi seorang guru, penting juga kita
mengetahui ciri-ciri guru teater abad ke-21. Antara ciri-ciri guru teater yang diperlukan bagi
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara adalah seperti berikut;
• Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• Memahami psikologi pembelajaran
• Memiliki kemahiran kaunseling
• Menggunakan teknologi terkini
Ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa

26
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti

Aktiviti 1

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Sumber

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang pembelajaran dengan


melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber
rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan lain
berkenaan amalan PdP teater dalam Pedagogi Abad ke 21.

27
Tugasan 1 :

Gambar rajah di atas menjelaskan tentang pedagogi abad ke 21. Secara ringkas,
anda cuba huraikan dengan membuat rumusan berkenaannnya. Fokus huraian anda
mesti ke arah bagaimana dambaan pedagogi abad ke 21 itu dapat digunakan dalam
pengajaran teater

Tugasan 2 :

28
Secara berkumpulan anda boleh menggunakan kaedah Pembelajaran Atas Talian (OLL)

atau pun kaedah Schoology bagi mengekses bahan dan berbincang mengenai kemahiran

dan sikap guru teater dalam mengaplikasikan elemen penting Pedagogi Abad ke 21. Berikan

komen anda secara perbincangan atas talian sesama sendiri.

Aktiviti 2 :

BBbb
Berdasarkan maklumat dalam grafik di bawah. Anda
mencari bahan maya dan juga maujud berkenaan
dengannya. Kaitkan dengan kesesuaian setiap satu jenis
pembelajaran itu denganelemen teater dalam pendidikan
Carian perlu meliputi info HOM yang diberikan dan kaitkan dalam PdP
teater . Buat nota ringkas berkenaan perkara tersebut.

29
Rujukan :

Angeli, C. & Valanides, N. (2005). A Socio-Technical Analysis of Factors Affecting the


Integration of ICT in Primary and Secondary Education. [AtasTalian] http://www.irma-
international.org/viewtitle/20951/ (September 20, 2011).

Asep Herman Suyanto. (2005). Mengenal E-learning. [Atas Talian] www.ipi.or.id/elearn.pdf


(July 6, 2011).

Burnett, A., Maue, D., & McKaveney, E.. (2002). Planning and Implementing Instructional
Video. [Atas Talian] http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-
andimplementing-instructional-video.aspx (August 9, 2011).

Carabaneanu, L., Trandafir, R. & Mazilu, M. (2006). Trends in E-learning.[Atas Talian]


http://www.codewitz.net/papers/MMT_106- 111_Trends_in_E-Learning.pdf (September 9,
2011).

Cuban, L. (2001). Oversold and Underused: Reforming Schools throughTechnology. [Atas


Talian] http://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-%20oversold.pdf
(September 20, 2011).

30
Eteokleous, P. N. (2004). Computer Technology Integration in CyprusElementary Schools.
[Atas Talian]http://www.openthesis.org/documents/Computer-technologyintegration-in-
Cyprus43903.html (September 20, 2011).

Hartsell, T. & Yuen, S. (2006). Video Streaming in Online Learning. Jurnal, 14(1), 31-43.
[Atas Talian]
http://digitalvideooverview.weebly.com/uploads/2/0/1/9/2019204/article_6152.pdf
(September 1, 2011).

Hurst, P. (1981). Some Issues in Improving the Quality of Education. Comparative


Education, 17(2), 185-193. CIETVT 2011 PERSIDANGAN KEBANGSAAN
PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL

Koran, J. K. C. (2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di


Sekolah-Sekolah Malaysia. [Atas Talian] www.tutor.com.my/tutuor/pix (September 5,
2005).

Lambert, J. & Cuper, P. (2008). Multimedia Technologies and Familiar Spaces: 21st Century
Teaching for 21st Century Learners. Contemporary Issues in Technology and Teacher
Education. 8(3), 264-276.

Learnframe. (2000). Facts, Figure and Forces Behind E-learning. [Atas Talian
http://www.learnframe.com/aboutelearning/elearningfacts.pdf (July 30, 2011).

Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. (2004). Collaborative Interactivity and Integrated Thinking
in Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility Hypertexts: The Panteon Project.
Jurnoul Educational Computing Research, 31(4), 371-406.

UNIT 6 PENINGKATAN ILMU PEDAGOGI TEATER

31
Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. mengenal pasti definisi Komuniti Pembelajaran Profesional
14. 2. mengaplikasikan PdP teater berdasarkan
15. Komuniti Pembelajaran Profesional
16. teater dalam pengajaran dan pembelajaran

Sinopsis : Definisi Komuniti Pembelajaran Profesional

Professional Learning Community (PLC)‟ merujuk kepada usaha para pendidik yang
komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau
kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka
(DuFour, Eaker, & Many, 2006). Istilah komuniti pembelajaran professional atau professional
learning community (PLC) wujud dalam kalangan penyelidik seawal tahun 1960an.
Rosenholtz (1989) membuat kajian di 78 buah sekolah dan mendapati bahawa peningkatan
dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan bukan secara
individu. Little & McLaughlin (1993) juga melaporkan bahawa sekolah dan panitia yang
paling berkesan ialah sekolah yang melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap.

Rumusannya, PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Communities yang
merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan
dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik
untuk murid-murid mereka, (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, &
Many, 2006,). PLC berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan
memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara
komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah
meningkatkan pencapaian.

Berdasarkan maklumat ini,pada tahun 2011 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah
melaksanakan PLC bermula dengan strategi “Lesson Study‟ kepada 289 panitia mata
pelajaran di 289 buah sekolah berprestasi rendah.Pembudayaan pelaksanaan aktiviti

32
pembelajaran dan pengajaran secara kolaboratif dalam kalangan komuniti guru telah
menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam usaha meningkatkan profesionalisme
guru berasaskan sekolah. Usaha ini diteruskan pada tahun 2012 kepada 107 panitia mata
pelajaran di 107 buah sekolah. Selain daripada “Lesson Study‟, strategi-strategi PLC yang
lain seperti Pembimbing Rakan Sebaya (Peer Coaching), Jejak Pembelajaran (Learning
Walk) dan Sesi Perkongsian (Sharing Sessions) telah diperluaskan.

33
AKTIVITI 1 : Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Sumber
Anda dikehendaki memahami dan memperincikan pengetahuan tentang
PLC melalui sumber yang pelbagai. Jelaskan bagaimana anda dapat
memanfaatkannya dalam PdP teater. Huraian lebih berfokus kepada
pelaksanaannya dalam kelas

LESSON STUDY

Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun
lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007). Namun, model ini lebih mantap pada tahun
1960an dan kini, telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun khususnya di
sekolah-sekolah rendah (Fernandez & Yoshida, 2004). Lesson Study, dalam bahasa Jepun
dikenali sebagai Jugyoukenkyuu. Jugyou bermaksud pelajaran atau pengajaran, manakala
kenkyuu ialah kajian atau penyelidikan.

Dalam erti kata lain, Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap
pengajaran guru dalam bilik darjah. Permulaan dan perkembangan Lesson Study ke
negara-negara lain boleh dikaitkan dengan Kajian Video TIMSS (Third International

34
Mathematics and Science Study) pada tahun 1995. Kajian video ini melibatkan tiga buah
negara: Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun telah mendapati pengajaran dan pembelajaran
matematik di Jepun amat berkualiti dan berkesan. Dalam buku “The Teaching Gap”,
analisa kajian video TIMSS dihuraikan dan Lesson Study dikenal pasti sebagai faktor
penyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran guru-guru Jepun dalam bilik darjah (Stigler
& Hiebert, 1999). Semenjak itu, kajian-kajian penyelidikan mengenai Lesson Study telah
menunjukkan bahawa model ini mampu meningkatkan dan melestarikan kualiti pengajaran
guru dan pembelajaran murid dalam jangka masa panjang.

Pada amnya, Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan
profesionalisme guru. Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain,
Lesson Study adalah unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru
sendiri dan bukan arahan pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study,
guru-guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang
hayat. Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid.
Amalan kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran
akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan
pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan
perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan
idea serta kreativiti individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama. Amalan
begini juga boleh memupuk semangat kekitaan dan rasa kepunyaan (sense of belonging)
antara guru di sekolah.

Kebaikan amalan sebegini sewajarnya dipupuk dan dimantapkan secara berterusan agar
menjadi budaya kerja oleh guru-guru di sekolah seterusnya. Amalan ini diharapkan dapat
menghasilkan sekolah yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia. 1.0 Ciri-ciri Lesson
Study Menurut buku “The Teaching Gap” (Stigler & Hiebert, 1999), Lesson Study
mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Lesson Study ialah model yang berasaskan peningkatan profesional guru
berterusan secara jangka panjang.
(ii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran pelajar.
(iii) Lesson Study berfokus secara langsung kepada peningkatan pengajaran
berdasarkan kesesuaian murid.
(iv) Lesson Study ialah satu usaha yang kolaboratif dalam kalangan guru.

35
(v) Guru yang terlibat dalam Lesson Study melihat diri mereka menyumbang
Kepada perkembangan pengetahuan mengenai pengajaran dan juga
Perkembangan profesional diri sendiri. Ciri-ciri Lesson Study yang dinyatakan
di atas adalah sejajar dan selari dengan prinsip-prinsip perkembangan
profesional guru yang berkesan dalam literatur (Rujuk Darling-Hammond &
McLaughlin, 1995; Loucks-Horsley et al., 1996; Guskey, 1997; Hawley & Valli,
1999).

Prinsip-prinsip perkembangan profesional guru berkesan merangkumi perkara-perkara yang


berikut:
(i) berfokus kepada hasil pembelajaran pelajar.
(ii) membuka peluang kepada guru untuk mengembangkan pengetahuan dan
kemahiran pengajaran.
(iii) berasaskan penyelesaian masalah berkolaborasi
(iv) berasaskan sekolah (school-based)
(v) memerlukan sokongan berterusan serta on-going. Oleh yang demikian, boleh
dirumuskan bahawa Lesson Study memenuhi kriteria satu model
perkembangan profesionalisme guru yang berkesan.

Kitaran Lesson Study.

Ringkasnya, Lesson Study ialah amalan guru-guru secara kolaboratif untuk:

1) Menentukan “goal” dan objektif pengajaran.


2) Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
3) Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.
4) Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5) Mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Lesson Study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat
mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergantung kepada
penglibatan guru secara sepenuhnya, pada (intense) dan kerelaan hati. Kitaran lesson
Study dapat dilihat melalui Rajah 1 di bawah.

36
Aktiviti 2
Berdasarkan rajah 1, jelaskan bagaimana lesson study, pear coaching dan
learning walk dapat digunakan dengan berkesan dalam PdP teater. Sila rujuk
kepada nota berkenaan dalam format Adobe yang dimuatkan dalam bahan OLL
dan Schology BBMB3023

37
AKTIVITI 3 : Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Secara berkumpulan anda boleh menggunakan kaedah Pembelajaran Atas

Talian (OLL) atau pun kaedah Schoology bagi mengekses bahan dan

berbincang mengenai pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Berkesan

Profesional secara mikro dan asas mikro. Bukti perbincangan

sesama sesama sendiri akan dijadikan bukti pelaksanaan

aktiviti ini

Rujukan
Bock, G.W., Kim, Y.G., (2002). Breaking the myths of rewards: an exploratory
study of attitudes about knowledge sharing. Information Resources
Management Journal, 15, 2, 14–21

Carroll, J.M, Choo, C. W., Dunlap, D. R., Isenhour, P. L.; et al. (2003) Knowledge
management support for teachers. Educational Technology,Research and
Development, 51, 4, 42-64.

Carroll, J. M., Rosson, M. B., Dunlap, D., &Isenhour, P. (2005). Frameworks


for Sharing Teaching Practices. Educational Technology & Society, 8 (3), 162-
175.

Chun-an Lin & Mei-chi Chen., (2007) “Factors Affecting Teachers' Knowledge
Sharing Behaviors and Motivation: System Functions that Work”

Darling-Hammond, L., & McLaughlin, M.W. (1995). Policies that support professional
development in an era of reform. Phi Delta Kappan, 76(8), 597-604.

Danielson, Charlotte, (2007). Enhancing Professional Practice; A Framework for


Teaching. ASCD, Alexandria, VA.

DuFour, Richard & Eaker, Robert. (1998). Professional learning communities at

DuFour, Richard & Eaker, Robert. (1998). Professional learning communities at


work: Best practices for enhancing student achievement. 1st ed. Solution Tree.

DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for
professional learning communities at work. New York: Teachers College Press

38
Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to
Improving Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.

Guskey, T.R. (1997). Research needs to link professional development and student
learning. Journal of Staff Development, 18(2), 36-40.

Hawley, W.D., & Valli, L. (1999). The essentials of effective professional


development: A new consensus. In L. Darling-Hammond & G. Sykes (Eds.),
Teaching as the learning profession: Handbook of policy and practice. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers, 127-150.

Kruse, S., Louis, K., & Bryk, A. (1994). Building professional community in schools.
Madison, WI: Center on Organization and Restructuring Schools.
Little, Judith Warren & McLaughlin, Milbrey (1993). Teachers‟ work: Individuals,
colleagues, and contexts. New York: Teachers College Press Group, Inc.
(1990). Canada.

Hasbrouck, J.E., & Christen, M. H. (1997). Providing peer coaching in inclusive


classrooms: A tool for consulting teachers. Intervension in school and clinic,
32(3) 172-177.

Hill, Kristen & Mann, Jasbir (n.d.). Introducing Learning Walks


http://networkedlearning.ncsl.org.uk/collections/nexus/issue-pnsln/nexusse-
pnsln-introducing-learning-walks.pdf

Isoda, M. (2007). Where did lesson study come begin, and how far has it come? In
M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study
in Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement.
Singapore: World Scientific Publishing, 8-15.

Knoxnetwork.wikispaces.com/file/view/Learning+Walks.pdf

Loucks-Horsley, S., Stiles, K., & Hewson, P. (1996). Principles of Effective


Professional Development for Mathematics and Science Education: A Synthesis
of Standards. National Institute for Science Education Brief, 1(1). Madison:
University of Wisconsin-Madison.

Learning Walks – A Professional Learning Tool, Loddon Mallee Region,Victoria


Department of Education and Early Childhood Development

National College for School Leadership, 2005. Networked Learning Walks


tools and templates. Located at www.ncsl.uk.

Neufeld, B. & Roper, D. (2003). Coaching: A strategy for developing instructional


capacity. Providence: Annenberg Institute for School Reform. Paideia
Consulting

Richardson, Joan (2001). Tools for Schools. Seeing Through New Eyes.
http://www.nsdc.org/library/publications/tools/tools10-01rich.cfm

39
Rosenholtz, Susan (1989). Teachers‟ workplace: The social organization of schools.
New York: Longman.

San Lorenzo High School. Learning Walks. http://www.slvh

Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s
Teachers for Improving Education in the Classroom. NewYork: The Free Press.

40
UNIT 7 PERANCANGAN PENGAJARAN TEATER

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. mengenal pasti definisi perancangan pengajaran
18. 2. mengaplikasikan perancangan pengajaran teater dalam PdP
19. l
20. teater dalam pengajaran dan pembelajaran

Sinopsis : Definisi Perancangan Pengajaran Harian (RPH)


Rancangan pengajaran Harian (RPH) ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh
guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam
satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai
panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk
mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dikaitkan
dengan elemen teater, RPH, perlu jelas menampilkan pengetahuan tentang ilmu persiapan
diri untuk jadi pelakon sehinggalah kepada aksi yang ingin dipersembahkan.

RPH berunsur teater ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input
pembelajaran kepada murid yang dapat mewujudkan ketrampilan aksi dan komunikasi
kepada murid. Perkara ini juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah
membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan
Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Rancangan
tahunan pula adalah berasaskan kepad Rancangan Pengajaran Semester. Selain itu,
butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh,
mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin
dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan sebagai


rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru di
sekolah. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada
seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.
Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan

41
dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru
di dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan
dan persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru
profesional, kemahiran merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat
penting dan sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah. Apabila seseorang
guru teater dapat membina Rancangan Pengajaran Hariannya sendiri bermakna beliau telah
dapat menguasai isi kandungan, kaedah pengajaran element eater serta dapat meramalkan
iklim bilik darjah yang akan dihadapinya.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

 Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati
sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.
 Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
 Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran ,
meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilai-nilai murni dan proses
penilaian yang terancang.
 Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang
hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
 Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik pengajaran
yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan sesuai
dengan tahap kemahiran murid.
 Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan sistematik
 Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan
langkah-langkah untuk mengatasi masalah.
 Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.
 Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran dengan
mudah dan berkesan.
 Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah dapat dilaksanakan
melalui Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan secara eksplisit oleh guru
mata pelajaran .

42
Aktiviti 1

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Sumber

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang RPH dengan melayari


internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta
mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan lain berkenaan amalan PdP
teater dalam Pedagogi Abad ke 21. Berikut adalah contoh elemen penting
dalam RPH. Tugasan anda adalah mengaitkannya dengan elemen teater agar
PdP menjadi lebih berkesan

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


* Masa
* Tema
* Tarikh
* Hari
* Tunjang (Standard Kandungan / Standard Pembelajaran)
* Aktiviti
* Bahan Bantu Mengajar (BBM)
* Kesepaduan / Nilai
* Catatan

Tugasan 1 :

Mengadaptasi RPH Bahasa Melayu dengan Penerapan Elemen Teater


Berdasarkan bahan grafik di bawah dan contoh RPH Bahasa Melayu yang diberikan,
anda dikehendaki merancang sebuah RPH teater

43
Baca skrip
Olah tubuh
Watak
Konsentrasi
Konsentrasi
perwatakan
perwatakan
Improvisasi
Penghayatan
Penghayatan Elemen Teater
Improvisasi
Eksplorasi
Eksplorasi
Vokal
Vokal
Ekspresi
Ekspresi
Klimaks
Klimaks

Fasilitator Pengetahuan
sedia ada (PSA)
TMK
Kemahiran Belajar Nilai
Papan tulis
Bahan Bantu
Nilai tambah Belajar
Belajar

Komunikasi
Ketrampilan Aksi Pemikiran Teater
Diri
Hasil Karya

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 3 Ogos 2010


Masa : 8.00 pagi – 8.40 pagi
Tahun :1B
Tajuk : Ayat Permintaan

Rujukan Huraian Sukatan Pelajaran :


 (1.0) Kemahiran Mendengar dan Bertutur
 (2.0) Kemahiran Membaca
 (3.0) Kemahiran Menulis

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :

 menjawab 6 soalan guru dengan betul


 membaca petikan dengan nada dan intonasi yang betul
 menulis sebuah karangan 250 patah perkataan yang
bertajuk “rumah saya”

BBM: (Berdasarkan kesesuaian aktiviti anda)

Nilai : (16 nilai murni) –Bekerjasama, baik hati


Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1

44
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Masa
Teknik : Bercerita
Set Penerangan tentang 1. Guru bercerita sambil BBM :
Induksi jenis-jenis rumah. menunjukkan Gambar-
(5 minit)  Rumah papan gambar-gambar rumah gambar
 batu 2. Murid melihat sambil cuba rumah
 Banglo menghayati cerita yang
 Teres disampaikan oleh guru
1. Guru menyuruh murid
bercerita tentang
keadaan rumah masing-masing
2. Murid bercerita tentang
keadaan rumah mereka

Perkaitan set induksi Teknik : Penerangan


dengan pelajaran hari 1. Guru membuat perkaitan set
ini: induksi dengan isi pelajaran
Ayat hari ini – Ayat Penyata
Permintaan/Suruhan : 2. Murid mendengar sambil
Ayat yang menyatakan memahami penerangan guru
sesuatu keadaan

Langkah 1 Teknik : Mimos


(10 minit) (Petikan skrip drama) 1. Guru memberikan murid Petikan
petikan skrip lalu menyuruh skrip
murid membaca secara senyap
2. Murid: Membaca skrip itu Helaian
secara senyap lalu cuba kerja
memahami maksudnya

Aksi Mimos 1. Guru suruh murid


Aksi orang bertengkar memimoskan skrip drama
Aksi orang menangis yang didapatinya.
2. Murid melakukan aksi mimos
dengan berdasarkan skrip
drama yang telah diberikan
tadi

Skrip/Dialog: 1. Guru suruh murid melafazkan


A: Kau kena keluar dialog itu berdasarkan skrip
daripada rumah ini drama

45
B: Janganlah 2. Murid melafazkan skrip drama
menghalau itu dengan intonasi dan nada
dia. Dia anak kita! yang betul secara berpasangan
dengan menggunakan aksi
individu dalam mimos
Teknik Mimos (Berpasangan)
Langkah 2 Sajak :
(10 minit) Ketika remang senja 1. Guru memaparkan sebuah
Aku mengharap sajak secara tayangan slaid Sajak
mentari terang semula LCD LCD
Agar titipan ini bisa 2. Murid membaca sajak itu Sistem
kugilis berkali-kali secara mekanis lalu cuba Audio
membentuk harapan memahaminya
bangsa 1. Guru mengarahkan murid
Menjadi maju mendeklamasi sajak itu
menongkah arus dengan menggunakan teknik
pemodenan mimos secara berpasangan.
2. Murid melakukan aksi tersebut
dengan bermain aksi cermin
secara berpasangan

Jawapan: Teknik :Bersoal jawab


1. Kemajuan bangsa 1. Apakah harapan dalam
- peluang yang luas sajak tersebut?
2. Berusaha mengejar 2. Bagaimanakah caranya
cita-cita perubahan dapat
dilakukan?
Teknik Mimos (Individu)
Langkah 3 Gambar arahan dalam 1. Guru memaparkan arahan Kad
(10 minit) kad imbasan guru: (aksi) tugasan dengan imbasan
1. Peminta menggunakan kad imbasan.
sedekah yang 2. Murid disuruh melakukan aksi
ingin melintas tersebut secara individu
jalan 3. Guru menyuruh murid
2. Kanak-kanak membina 2 ayat
yang terjatuh permintaan/suruhan dengan
daripada basikal berdasarkan gambar tersebut.
4. Murid membina ayat seperti
yang diarahkan guru

Teknik : Mimos (Teka teki)


Penutup Tugasan rahsia: 1. Guru memanggil beberapa Sampul
(5 minit) 1. Buat aksi orang murid sambil surat berisi

46
pencuri yang menyuruhnya membaca arahan
sedang tugasan rahsia rahsia
melarikan diri 2. Murid diminta membuat aksi
apabila dikejar daripada gambar tersebut
polis 1. Guru menyuruh murid lain
meneka aksi perbuatan
Kesimpulan : tersebut dengan menggunakan
Ayat ayat permintaan/suruhan.
suruhan/permintaan 2. Murid cuba meneka perlakuan
adalah ayat yang tersebut.
meminta sesuatu 1. Guru membuat kesimpulan
perlakuan itu dilakukan pelajaran pada hari ini.
atas sebab kehendak 2. Murid memahami dan cuba
tertentu mencatat

Refleksi :

- Pendapat anda tentang P&P secara keseluruhan


- Kekuatan P&P anda
- Kelemahan P&P anda
- Cadangan penambahbaikan

AKTIVITI 2

47
Anda dikehendaki membaca dan maklumat di bawah.
Secara berkumpulan buat 1 peta i-Think
rumuskan maklumat yang terkandung dan
bincangkan
Kesesuaiannya dengan PdP teater.

LESSON STUDY

Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun
lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007). Namun, model ini lebih mantap pada tahun
1960an dan kini, telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun khususnya di
sekolah-sekolah rendah (Fernandez & Yoshida, 2004). Lesson Study, dalam bahasa Jepun
dikenali sebagai Jugyoukenkyuu. Jugyou bermaksud pelajaran atau pengajaran, manakala
kenkyuu ialah kajian atau penyelidikan.

Dalam erti kata lain, Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap
pengajaran guru dalam bilik darjah. Permulaan dan perkembangan Lesson Study ke negara-
negara lain boleh dikaitkan dengan Kajian Video TIMSS (Third International Mathematics
and Science Study) pada tahun 1995. Kajian video ini melibatkan tiga buah negara: Amerika
Syarikat, Jerman dan Jepun telah mendapati pengajaran dan pembelajaran matematik di
Jepun amat berkualiti dan berkesan. Dalam buku “The Teaching Gap”, analisa kajian video
TIMSS dihuraikan dan Lesson Study dikenalpasti sebagai faktor penyumbang kepada
prestasi tinggi pengajaran guru-guru Jepun dalam bilik darjah (Stigler & Hiebert, 1999).
Semenjak itu, kajian-kajian penyelidikan mengenai Lesson Study telah menunjukkan
bahawa model ini mampu meningkatkan dan melestarikan kualiti pengajaran guru dan
pembelajaran murid dalam jangka masa panjang.

Pada amnya, Lesson Study menyediakan suatu wacana atau peluang untuk peningkatan
profesionalisme guru. Berbanding dengan model perkembangan profesional guru yang lain,
Lesson Study adalah unik dan model bottom-up: ia adalah atas inisiatif guru-guru sendiri
dan bukan arahan pihak atasan. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-
guru perlu mengubah paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan
kolaboratif yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan

48
meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi
guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan
sekumpulan guru mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti
individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama. Amalan begini juga boleh
memupuk semangat kekitaan dan rasa kepunyaan (sense of belonging) antara guru di
sekolah. Kebaikan amalan sebegini sewajarnya dipupuk dan dimantapkan secara
berterusan agar menjadi budaya kerja oleh guru-guru di sekolah seterusnya. Amalan ini
diharapkan dapat menghasilkan sekolah yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia.
1.0Ciri-ciri Lesson Study Menurut buku “The Teaching Gap” (Stigler & Hiebert, 1999),
Lesson Study mempunyai ciri-ciri berikut:
(vi) Lesson Study ialah model yang berasaskan peningkatan profesional guru
berterusan secara jangka panjang.
(vii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran pelajar.
(viii) Lesson Study berfokus secara langsung kepada peningkatan pengajaran
berdasarkan kesesuaian murid.
(ix) Lesson Study ialah satu usaha yang kolaboratif dalam kalangan guru.
(x) Guru yang terlibat dalam Lesson Study melihat diri mereka menyumbang
Kepada perkembangan pengetahuan mengenai pengajaran dan juga
Perkembangan profesional diri sendiri. Ciri-ciri Lesson Study yang dinyatakan
di atas adalah sejajar dan selari dengan prinsip-prinsip perkembangan
profesional guru yang berkesan dalam literatur (Rujuk Darling-Hammond &
McLaughlin, 1995; Loucks-Horsley et al., 1996; Guskey, 1997; Hawley & Valli,
1999).
Prinsip-prinsip perkembangan profesional guru berkesan merangkumi perkara-perkara yang
berikut:
(vi) berfokus kepada hasil pembelajaran pelajar.
(vii) membuka peluang kepada guru untuk mengembangkan pengetahuan dan
kemahiran pengajaran.
(viii) berasaskan penyelesaian masalah berkolaborasi
(ix) berasaskan sekolah (school-based)
(x) memerlukan sokongan berterusan serta on-going. Oleh yang demikian, boleh
dirumuskan bahawa Lesson Study memenuhi kriteria satu model
perkembangan profesionalisme guru yang berkesan.

Kitaran Lesson Study.

Ringkasnya, Lesson Study ialah amalan guru-guru secara kolaboratif untuk:

49
1) Menentukan goal dan objektif pengajaran.
2) Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
3) Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.
4) Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5) Mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Lesson Study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat
mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergantung kepada
penglibatan guru secara sepenuhnya, pada (intense) dan kerelaan hati. Kitaran lesson
Study dapat dilihat melalui Rajah 1 berikut :

50
51
Berdasarkan rajah 1, jelaskan bagaimana lesson study, pear coaching dan
learning walk dapat digunakan dengan berkesan dalam PdP teater. Sila rujuk
kepada nota berkenaan dalam format PDF yang dimuatkan dalam bahan OLL
dan Schology BBMB3023

AKTIVITI 3 : Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Secara berkumpulan anda boleh menggunakan kaedah Pembelajaran Atas

Talian (OLL) atau pun kaedah Schoology bagi mengekses bahan dan

berbincang mengenai pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Berkesan

Profesional secara mikro dan asas mikro. Bukti perbincangan

sesama sesama sendiri akan dijadikan bukti pelaksanaan

aktiviti ini

52
Rujukan
Bock, G.W., Kim, Y.G., (2002). Breaking the myths of rewards: an exploratory
study of attitudes about knowledge sharing. Information Resources Management
Journal, 15, 2, 14–21

Carroll, J.M, Choo, C. W., Dunlap, D. R., Isenhour, P. L.; et al. (2003) Knowledge
management support for teachers. Educational Technology,Research and
Development, 51, 4, 42-64.

Carroll, J. M., Rosson, M. B., Dunlap, D., &Isenhour, P. (2005). Frameworks


for Sharing Teaching Practices. Educational Technology & Society, 8 (3), 162-
175.

Chun-an Lin & Mei-chi Chen., (2007) “Factors Affecting Teachers' Knowledge
Sharing Behaviors and Motivation: System Functions that Work”

Darling-Hammond, L., & McLaughlin, M.W. (1995). Policies that support professional
development in an era of reform. Phi Delta Kappan, 76(8), 597-604.

Danielson, Charlotte, (2007). Enhancing Professional Practice; A Framework for


Teaching. ASCD, Alexandria, VA.

DuFour, Richard & Eaker, Robert. (1998). Professional learning communities at

DuFour, Richard & Eaker, Robert. (1998). Professional learning communities at


work: Best practices for enhancing student achievement. 1st ed. Solution Tree.

DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for
professional learning communities at work. New York: Teachers College Press

Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to


Improving Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.

Guskey, T.R. (1997). Research needs to link professional development and student
learning. Journal of Staff Development, 18(2), 36-40.

Hawley, W.D., & Valli, L. (1999). The essentials of effective professional


development: A new consensus. In L. Darling-Hammond & G. Sykes (Eds.),
Teaching as the learning profession: Handbook of policy and practice. San
Francisco: Jossey-Bass Publishers, 127-150.

Kruse, S., Louis, K., & Bryk, A. (1994). Building professional community in schools.

53
Madison, WI: Center on Organization and Restructuring Schools.

Little, Judith Warren & McLaughlin, Milbrey (1993). Teachers‟ work: Individuals,
colleagues, and contexts. New York: Teachers College Press Group, Inc.
(1990). Canada.

Hasbrouck, J.E., & Christen, M. H. (1997). Providing peer coaching in inclusive


classrooms: A tool for consulting teachers. Intervension in school and clinic,
32(3),
172-177.

Hill, Kristen & Mann, Jasbir (n.d.). Introducing Learning Walks


http://networkedlearning.ncsl.org.uk/collections/nexus/issue-pnsln/nexusse-
pnsln-introducing-learning-walks.pdf

Isoda, M. (2007). Where did lesson study come begin, and how far has it come? In
M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study
in Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement.
Singapore: World Scientific Publishing, 8-15.

Knoxnetwork.wikispaces.com/file/view/Learning+Walks.pdf

Loucks-Horsley, S., Stiles, K., & Hewson, P. (1996). Principles of Effective


Professional Development for Mathematics and Science Education: A Synthesis
of Standards. National Institute for Science Education Brief, 1(1). Madison:
University of Wisconsin-Madison.

Learning Walks – A Professional Learning Tool, Loddon Mallee Region,Victoria


Department of Education and Early Childhood Development

National College for School Leadership, 2005. Networked Learning Walks


tools and templates. Located at www.ncsl.uk.

Neufeld, B. & Roper, D. (2003). Coaching: A strategy for developing instructional


capacity. Providence: Annenberg Institute for School Reform. Paideia
Consulting

Richardson, Joan (2001). Tools for Schools. Seeing Through New Eyes.
http://www.nsdc.org/library/publications/tools/tools10-01rich.cfm

Rosenholtz, Susan (1989). Teachers‟ workplace: The social organization of schools.


New York: Longman.

San Lorenzo High School. Learning Walks. http://www.slvh

Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s
Teachers for Improving Education in the Classroom. NewYork: The Free Press.

54

Anda mungkin juga menyukai