Anda di halaman 1dari 2

Kemunculan kuasa baru

1. CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA Isu-isu ekonomi dunia semasa

2. CHINA China bangkit sebagai kuasa baru ekonomi dunia yang menjana dagangan
global dan secara langsung menyemarakkan pertumbuhan ekonomi rakan-rakan
dagangannya China merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di dunia yang
dianggarkan bernilai RM48 trilion. Kadar pertumbuhan ekonomi yang melonjak pada kadar
10.2 peratus, ia telah meletakkan China di landasan yang kukuh untuk muncul

3. *Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga kerjanya yang murah dan terlatih, di
samping potensi pasaran domestik yang besar. *Kelebihan ini membolehkan mereka
menghasilkan barangan pada skala besar dengan harga yang murah dan berdaya saing.
*Dengan kemampuan China yang berupaya menyediakan pasaran yang luas, buruh yang
banyak dan murah, tanah dan sumber ekonomi yang makmur, ia telah menjadikan China
sebagai destinasi

1. China kini muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia , yang sebelum ini
dipegang Jepun. Bank Dunia menjangkakan China bakal mendahului Amerika Syarikat
sebagai kuasa ekonomi nombor satu menjelang tahun 2025 . Kebangkitan China sebagai
kuasa ekonomi kedua terbesar memberi impak yang besar kepada pemulihan ekonomi
dunia dan ini melegakan negara - negara seperti Amerika Syarikat , Jepun serta Eropah.

2. Dari tahun 1978 sehingga kini , purata pertumbuhan ekonomi China adalah 9.5 % ,
antara yang tertinggi di dunia.

3. Ramai yang menjangkakan China akan mengambil alih kedudukan AS sebagai kuasa
ekonomi terbesar dunia dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. Jangkaan yang sama telah
dibuat ke atas Jepun sejak 30 tahun yang lalu, namun sehingga kini Jepun masih tidak
dapat mengatasi ekonomi AS, bahkan berkemungkinan besar terpaksa melepaskan
kedudukannya sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia kepada China pada tahun
ini.

4. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada China kerana di samping
mempunyai banyak kekuatan, China juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

5. Keupayaan China menjadi kuasa baru ekonomi dan rakan dagangan utama dunia
disokong oleh pengukuhan eksportnya dan juga populasi rakyatnya yang begitu ramai
sekali.
6. Kekuatan China pada masa ini adalah tenaga kerjanya yang murah dan terlatih, di
samping potensi pasaran domestik yang besar. Kelebihan ini membolehkan mereka
menghasilkan barangan pada skala besar dengan harga yang murah dan berdaya saing.

7. Faktor tunggal yang diambil kira oleh pelabur ialah Kestabilan politik, tenaga kerja
terlatih dan keamanan .

8. Salah satu faktor yang telah menjadi asas kepada pembentukan kuasa hegemoni
China yakni sikap rakyat China yang menyanjungi budayanya dan kemajuan penciptaan
teknologi yang juga menjadi asas penting semasa kemuncak pemerintahan Dinasti Han di
China.

9. Kekuatan ekonomi China yang sedang pesat berkembang itu dikukuhkan dengan
pengaruh politiknya semakin besar dan imejnya dalam bentuk-bentuk lain seperti
penerokaan angkasa lepas.

10. Bilangan rakyat China yang semakin ramai,kecanggihan dalam bidang teknologi dan
kedudukan geografinya yang unik adalah merupakan faktor yang mampu membawa China
kearah sebuah kuasa hegemoni yang tunggal.

11. Kuasa veto yang dimiliki oleh China menjadi satu kuasa yang mampu menstabilkan
kuasa hegemoni China dan segala tindakan China adalah berselaras dengan kuasa veto
yang dimiliki AS dan negara-negara kuasa besar yang lain

12. Selain itu,China turut memiliki kuasa dan pengaruh dalam majlis keselamatan PBB,hal
ini adalah berdasarkan kedudukan China sebagai ahli tetap badan tersebut.

13. Pada tahun 2005 mula timbul tentang kemungkinan India boleh mengisi peranan
penting sebagai pengimbang kepada China. Apabila diambil kira paduan ekonomi antara
China dan India, maka gabungan kerjasama ini akan kelihatan lebih besar.
Bagaimanapun, antara China dan India, para peserta forum Ekonomi Dunia masih
meletakkan China sebagai tenaga utama bagi masa depan dunia.

Anda mungkin juga menyukai