Anda di halaman 1dari 2

TUGAS PENGURUS PENTAS DI DALAM PRODUKSI

SM merupakan perkataan singkatan dari Stage Manager. Kedudukan SM adalah di


bawah Pengarah sesuatu produksi. Stage Manager sangat penting dalam
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentas sama ada di atas pentas atau di
belakang pentas. Dalam menjadi Pengurus Pentas tidaklah semudah yang disangka,
mereka harus meneliti setiap yang akan berlaku, sedang berlaku dan selepas berlaku
semasa perjalanan produksi berlaku. Tugas ini perlu peka dengan keadaan sekeliling.
Sebelum persembahan berlangsung, Pengarah, Pengurus Pentas, dan Pengurus
Produksi membincangkan tentang sesi pemilihan pelakon bermula. Ia dipanggil
sebagai Pra- Production iaitu permulaan dalam memulakan sesebuah produksi dan
latihan. Pengarah akan berbincang dengan SM untuk mengadakan satu ujibakat
yang dipanggil “Casting Call”. “Casting Call” merupakan pemilihan para pelakon dan
kru yang akan melibatkan diri dalam produksi tersebut. Oleh itu, pemilihan krew
akan berada di bawah krew-krew yang terlibat seperti krew di dalm props, set,
busana, publisiti, pemasaran, tatar hias dan sebagainya. Krew-krew ini juga sangat
penting kerana mereka menyiapkan semua keperluan yang perlu ada di atas pentas
dan juga pelakon.
Selain itu, Pengurus Produksi meupakan orang yang terawal sampai sebelum
latihan bermula. Mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan
pelakon, memastikan pelakon dan krew menghadiri latihan dan meyelesaikan
masalah disiplin pelakon. Semasa latihan, Pengurus Pentas mempunyai kuasa yang
besar dan menjadi orang kanan kepada Pengarah. Segala yang berkaitan dengan
masalah pelakon dan juga kekurangan krew akan dibincangkan bersama Pengarah.
Seterusnya, Pengurus Pentas juga perlu menyediakan buku prompt yang
mengandungi semua data-data yang berkaitan dengan pesiapan produksi
terutamanya penyediaan jadual latihan. Jadual latihan amat penting untuk
memastikan proses latihan sesuatu priduksi tersebut berjalan dengan lancar
disamping mengelakkan timbulnya masalah sebelum hari persembahan.
Kemudian, tugas Pengurus Pentas juga adalah mencatat segala cue in dan out
pelakon, set yang diubah mengikut babak, pencahayaan mengikut babak, busana
pelakon dan lain-lain. Catatan tersebut sangat penting untuk dimaklumkan kepada
ASM yang menjaga bahagian hadapan pentas semasa persembahan. Pengurus
Pentas merupakan orang yang terpenting ketika persembahan berlangsung kerana
segala keperluan dan cue persembahan telah diaturkan dan maklumat berada
bersama dengan Pengrus Produksi.

Buku prompt merupakan buku yang menyimpan data tentang lakonan berkaitan
dengan bloking pelakon dan data-data penting tentang informasi yang diberikan oleh
pengarah kepada pelakon. Ia juga mengandungi semua maklumat berkaitan dengan
pengurusan sebuah produksi. Di dalamnya terkandung maklumat lengkap produksi
dan djadikan rujukan kepada kumpulan lain yang ingin mencontohi penghasilan
produksi tersebut. Maklumat yang perlu ada di dalam buku prompt ialah, maklumat
berkenaan penulis skrip. Ertinya, kajian tentang penulis yang menerbitkan naskah
tersebut. Kita juga perlu memahami mengapa penulis menghasilkan naskah tersebut
dan sesuai dipersembahkan di dalam teater. Selain itu, Pengurus Produksi juga perlu
memahami perkara yang tersirat yang ingin disampaikan. Maklumat tentang drama
yang dipersembahkan juga merupakan isi kandungan yang perlu ada di dalam buku
prompt. Contohnya, gnre dan jenis drama yang menjadi pilihan penulis samada
komedi, sindiran, tragedi, realisme, dan absurd. Tema, pemikiran dan mesej yang
hendak disampaikan melalui karya perlu diambil kira. Watak dan perwatakan juga
perlu ada di dalam buku prompt. Contohnya, “apakah objektif utama watak?, “
apakah rasional watak itu dipilih oleh penulis?”, “apakah jenis watak itu- protagonis,
antagonis?”, “ apakah kesan kewujudan watak itu kepada plot cerita?”. Kemudian,
data uji bakat, pelan lakaran pentas dan set, jadual latihan, laporan harian, dan
matlamat latihan seharian perlu ada di dalam buku prompt. (Andika Aziz Harun,
2008)
Pada hari kejadian pula, Pengurus Pentas perlu ada 2 jam sebelum
persembahan bermula. Ini kerana Pengurus Pentas perlu menyiapkan pentas terlebih
dahulu. Manakala krew FOH (Front Of House) menghiaskan dan mempamerkan
tentang persembahan disebalik tabir teater yang akan dipersembahkan. Pengurus
pentas juga perlua peka terhadap krew-krew lain membuat persiapan terakhir untuk
memastikan tiada masalah yang dihadapi semasa persembahan dan semasa
persembahan berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai