Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK PENDAFTARAN

Tarikh

: 7 - 8 OKTOBER 2015

Hari

: Rabu - Khamis

Masa

: 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat

: Bilik Serbaguna Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman

Tugas:

Berbincang dengan pensyarah dan pengarah projek tentang masa pendaftaran


peserta BIG dan kedatangan ceramah jemputan.

Memastikan peserta-peserta BIG datang mendaftar tepat pada waktu yang


ditetapkan

Memastikan tempat pendaftaran dilakukan kepada peserta dan penceramah.

Masalah/ Kekangan
1. Kekangan ketepatan masa pendaftaran menyebabkan program ceramah dan
khidmat masyarakat tertunda seketika.
Cadangan/ Penilaian/ Penambahbaikan
1. Membuat susun atur jadual masa pendaftaran dengan lebih baik dan jelas
kepada semua peserta BIG dan penceramah.
2. Mencari inisiatif lain untuk menangani jika ceramah dan khidmat masyarakat
ditunda seketika.

RUMUSAN

Pada 7 sehingga 8 Oktober 2015 yang lalu, PISMP semester 3 Bimbingan dan
Kaunseling Ambilan Jun 2014 telah mengadakan suatu program ceramah Etiket dan
protokol serta Khidmat Masyarakat di Prasekolah IPGK Darulaman bagi Bina Insan
Guru Fasa 3. Saya Mohd Abdul Akram Bin Suip telah diamanahkan sebagai Ahli
Jawatankuasa Pendaftaran bagi program ini. Sebelum tarikh ceramah, kami telah
berbincang dengan pensyarah dan ketua projek mengenai masa dan cara pendaftaran
peserta dan penceramah semasa program ini dijalankan . Aspek yang dibincangkan
termasuklah masa, tempat serta cara membuat pendaftaran peserta dan penceramah.
Semasa membuat

perbincangan, saya telah mendapat keputusan yang jelas bagi

penetapan masa pendaftaran peserta BIG iaitu pada jam 7.40 minit pagi bagi ceramah
dan juga khidmat masyarakat di prasekolah.
Pada hari ceramah dan khdmat masyarakat diadakan, faktor ketepatan masa kurang
memberansangkan bagi menjalankan pendaftaran peserta dan penceramah namun
demikian ianya tetap teratur dengan baik walaupun banyak kekangan. Keadaan ini
berterusan sehingga ceramah dan khidmat masyarakat yang dijalankan semasa Bina
Insan Guru Fasa 3 ini tamat. Selepas program Bina Insan Guru Fasa 3 ini tamat, saya
telah memastikan agar maklumat dan semua peserta mengikuti program yang
dijalankan seperti yang dirancang pada peringkat awal sehingga tamat program ini.
Ringkasnya, saya rasa bersyukur telah diberi peluang menjadi AJK Pendaftaran
kerana ia telah menambah pengetahuan saya dalam pelbagai aspek khususnya dalam
pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu program dengan teratur,sistematik,
kemas dan bersih.
Laporan disediakan oleh,

(MOHD ABDUL AKRAM BIN SUIP)


AJK Pendaftaran

Anda mungkin juga menyukai