Anda di halaman 1dari 2

MAKMAL BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK (PBK3073)

REFELKSI 5/1/2016

ISU / PERKARA

Pada perjumpaa kali pertama dalam minggu pertama bagi kursus Makmal Bimbingan
dan Kaunseling Kelompok ini En Mohd Mernan selaku ketua kelompok telah memberi
penerangan serba sedikit tentang apa itu bimbingan dan kaunseling kelompok kepada
semua ahli. Antara isi penerangan yang saya dapat ialah tentang cara kaunseling
kelompok itu dikendalikan secara keseluruhan dan kronologi yang perlu saya kenalpasti
dalam kaunseling kelompok. Isu yang saya tertarik pada perjumpaan kali ini ialah
bagaimana seorang ketua kelompok itu mampu mengawal situasi konflik yang berlaku
antara ahli kelompok dengan ketua kelompok. Pada saya ianya amat penting bagi
seorang ketua kelompok untuk mempunyai kemahiran mengawal situasi konflik yang
berlaku.

KEKUATAN

Kekuatan yang saya kenalpasti tentang bagaimana seorang ketua kelompok itu mampu
mengawal konflik yang berlaku antara ahli dengan ketua kelompok ialah ianya mampu
mengelak salah faham antara ahli kelompok dengan ketua kelompok dalam
menyampaikan padangan atau idea masing-masing sekali gus ianya tidak akan
menjejaskan proses yang berlaku dalam kaunseling kelompok itu sendiri.

KELEMAHAN

Namun demikian kelemahan yang pada saya perlu diatasi dalam mengawal situasi
konflik yang berlaku dalam kelompok ialah dalam membuat interpretasi terlalu awal. Hal
ini kerana bagi mengelak ketua kelompok itu salah membuat interpretasi terhadap ahli
kelompok sekali gus ianya mampu menibulkan ketidakselesaan dalam diri ahli dan
situasi konflik itu kemungkinan sukar untuk dikawal dengan baik.

PENAMBAHBAIKAN

Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang saya nampak di sini ialah ketua kelompok
perlu menerapkan kemahiran Personhod yang ada contohnya sabar dalam mengawal
setiap konflik yang berlaku dalam kelompok agar situasi itu tidak menjadi lebih teruk.
MAKMAL BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK (PBK3073)

REFLEKSI 7/1/2016

ISU/PERKARA

Pada perjumpaan kali kedua dalam minggu pertama En Mohd Mernan sebagai ketua
kelompok menerangkan kepada kami sebagai ahli kelompok bagaimana ketua
kelompok membuat penstrukturan dalam sesi kaunseling kelompok dan menjelaskan
apa perkara yang perlu ada dalam penstrukturan yang dibuat. Isu yang saya cuba
kaitkan disini ialah bagaimana keyakinan ketua kelompok itu dalam memulakan sesi
kaunseling kelompok seterusnya mampu membuat penstrukturan serta meminta
persetujuan dari ahli kelompok untuk meneruskan sesi tersebut.

KEKUATAN

Kekuatan yang saya dapat lihat di sini ialah sekiranya seorang ketua kelompok ini yakin
dengan diri sendiri dalam memulakan sesi ianya mampu menampakan karisma yang
unggul dalam diri ketua kelompok itu sendiri. Hal ini penting kerana sebagai ketua
kelompok kitalah yang akan memimpin kelompok tersebut dengan baik jestru itu amat
perlulah untuk ketua kelompok tersebut berkeyakinan dan berkarisma agar rasa yakin
dan percaya ahli kelompok untuk terus menjalani sesi wujud dalam usaha mereka
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati daripada isu ataupun perkara ini ialah kadang-kadang
keyakinan ketua kelompok itu terlalu yakin ianya akan mampu membuatkan ada ahli
kelompok merasa kurang selesa dengan ketua kelompok seperti itu. Jadi, rasa kurang
selesa inilah yang mampu menjejaskan penglibatan ahli tersebut dan mampu
menjejaskan proses kaunseling kelompok yang dijalankan.

PENAMBAHBAIKAN

Oleh yang demikian, cadangan penambahbaikan yang sesuai ialah ketua kelompok
perlulah bersedia lebih awal sebelum menjalani sesi kaunseling kelompok bersama ahli.
Dengan itu ketua kelompok akan lebih bersedia dan yakin untuk mengetuai kelompok .

Anda mungkin juga menyukai