Anda di halaman 1dari 17

<PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELLING>

<JANUARY/2023>

<HBEF3703>

<PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELLING>

NO. MATRIKULASI : <020928131066001>


NO. KAD PENGENALAN : <020928131066>
NO. TELEFON : <0197358408>
E-MEL : <farwizahzakie28@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <OUM MIRI>


(BAHAGIAN 1)
PENDAHULUAN
Kaunseling kelompok adalah bermaksud satu proses psikoterapi bagi satu kelompok yang
dipilih oleh kaunselor mengikut masa tertentu untuk berjumpa. Pada dasarnya, kaunseling-
kelompok adalah berorientasikan masalah, yang mana kandungan dan fokusnya ditentukan
oleh ahli-ahli kelompok itu sendiri, Fungsi terapinya terletak dalam suasana yang mengalu-
alukan, percaya-mempercayai, faham-memahami, menerima dan memberi sokongan.
kaunseling kelompok ini jugak akan lebih berkesan jikalau ahli kelompok lebih aktif dan
percaya diri dalam membuat segala hal. Secara ringkasnya, kaunseling kelompok ini
mempunyai beberapa Langkah yang harus dilakukan, iaitu, pembentukan kelompok,
peringkat permulaan, peringkat peralihan, peringkat bekerja, peringkat akhir dan sesi susulan.
Langkah-langkah ini haruslah dilakukan bagi setiap kelompok agar ada keberkesanan dan
hasil dalam kaunseling ini. Keberkesanan dalam kaunseling kelompok ini juga dapat dilihat
dari seorang ketua kelompok. Ketua kelompok memainkan peranan penting dalam sesebuah
kelompok kerana dengan yang merancang dan memimpin aktiviti yang akan dilakukan oleh
ahli kelompok. Setiap ketua kelompok haruslah memiliki ciri-ciri sebagai seorang ketua iaitu,
keberadaan, kuasa peribadi, keberanian, keinginan mencabar diri sendiri, jujur, ketulenan,
identiti diri dan kreatif dalam mereka cipta. Ciri-ciri ini mestilah ada dalam diri ketua
kelompok agar kelompok tersebut lebih bersemangat dan lebih banyak membantu antara satu
sama lain.
BAHAGIAN 1 (SOALAN 1) (NOMBOR 1)

Kaunseling kelompok adalah terapi yang dilakukan secara berperingkat kerana dengan
berperingkat, ahli kelompok, ketua kelompok dan kaunselor akan dapat membina hubungan
yang rapat antara satu sama lain. Membina hubungan yang asas dan kukuh ini akan
mewujudkan perkongsian bekerjasama yang diperlukan dalam kaunseling kelompok.
Kerjasama ini perlu diterapkan didalam diri masing-masing agar dapat memudahkan para
kaunselor untuk menjayakan setiap kelompok yang ada. Jikalau salah satu dari ahli kelompok
tidak bekerjasama, sudah tentu kelompok tersebut tidak akan berhasil malahan setiap ahli
kelompok dalam kelompok tersebut akan turut murung yang mana pada akhirnya semua ahli
kelompok tersebut tidak berubah sama sekali. Hal inilah yang para kaunselor bimbangkan
kerana tugas mereka adalah untuk merubah klien menjadi lebih bersemangat dalam menerus
hidup dan bukannya untuk menambahkan lagi beban para klien. Dengan membina hubungan
inilah hal-hal yang tidak dingini dapat dihindarkan. Salah satu perkara yang dapat dilakukan
adalah dengan memperkenalkan diri masing-masing kepada setiap ahli kelompok.
Memperkenalkan diri adalah satu permulaan yang baik untuk membuat kawan baru agar kita
tidak kesepian selama aktiviti kaunseling dilakukan. Ini juga dalpat mengeratkan silaturahim
malahan dapat membina kepercayaan didalam setiap kelompok tersebut. Dengan
memperkenalkan diri juga, kita akan lebih bebas bergaul kerana mempunyai teman untuk
dibawa berbicara tentang pengalaman dan pengetahuan yang tidak diketahui antara satu sama
lain. Selain itu, ekperasi dan perwatakan diri sebagai kaunselor juga perlu bagus dan baik
agar ahli kelompok akan lebih positif dan bersemangat untuk menghadiri sesi kaunseling
mereka. Perwatakan diri yang ceria akan memberikan impak dan persekitaran yang ceria dan
positif manakala perwatakan diri yang lebih kepada kemurungan atau kegelapan akan
memberikan impak yang negetif pada pesekitaran ahli kelompok. Oleh disebabkan itulah
pewatakan diri seorang kaunselor atau ketua kelompok haruslah bagus kerana suasana
persekitaran dapat dipengaruhi oleh perwatakan seseorang. Ekperasi yang baik juga akan
dapat menarik ramai perhatian ahli kelompok yang mana akan lebih memudahkan jika
kaunselor atau ketua kelompok inginkan perhatian yang penuh untuk melaksanakan aktiviti
atau tugasan yang telah disediakan.

Disamping itu, kaunseling kelompok ini juga dilakukan langkah demi langkah agar dapat
membentuk kelompok yang sesuai mengikut masalah setiap individu. Pembentukkan
kelompok pada awal acara mestilah dilakukan agar tidak menimbulkan kesan negetif pada
sesebuah kelompok yang sudah ditubuhkan. Ketua kumpulan atau kaunselor haruslah menilai
setiap ahli kelompok berdasarkan kelemahan, kemampuan, pengalaman dan masalah yang
mereka hadapi agar sebuah kelompok itu akan berkesan. Proses menilai ini juga penting
untuk mengelakkan kemudharatan berlaku pada ahli kelompok. Sebagai contoh, apabila ahli
kelompok tidak bersepakat, sudah tentu Kerjasama tidak akan terjalin, tambahan pula mereka
mempunyai pemikiran yang serabut akan menyebabkan mereka kehilangan kawalan diri dan
dapat mencelakakan orang yang berada disekeliling mereka.

Selain dari mengelakkan kemudharatan, proses menilai ini sangat perlu memberi peluang
kepada ketua calon-calon ahli kelompok yang sesuai dan mengetahui apakah yang diingini
oleh seseorang individu itu dalam kelompok yang akan ditubuhkan tersebut. Ini juga
merupakan peluang untuk ahli kelompok yang berpotensi untuk mengenal ketua kelompok
dan membentuk keyakinan. Sekiranya proses menilai ini tidak dijalankan dengan baik dan
betul, mungkin kesannya ahli-ahli akan kurang semangat dengan kelompok tersebut dan tidak
banyak membantu. Hal inilah yang menyebabkan kaunseling kelompok harus dilaksanakan
langkah demi langkah. Melakukan kaunseling kelompok ini juga dapat memudahkan
kaunselor dalam menganalisi seseorang klien yang mempunyai masalah yang enggan
dikongsikan bersama. Dalam hal kaunseling ini, sudah tentu tidak semua klien akan terbuka
dengan masalah mereka. Sesetengah dari mereka akan lebih tertutup dan enggan berbicara
tentang masalah mereka. Mahupun mereka datang untuk berjumpa kaunseling, mungkin
keberadaan mereka disana bukan secara sukarela malahan secara paksaan oleh kawan-kawan
atau ahli keluarga mereka sendiri. Sebagai kaunselor, haruslah memikirkan jalan penyelesaian
untuk masalah ini kerana jikalau tidak ditangani, keadaan klien tersebut akan lebih buruk
malahan boleh menyebabkan kematian. Contohnya, dalam salah satu artikel sinar harian yang
bertajuk “stress punca orang muda maut diserang penyakit jantung- pakar”. Pengamal
perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit
jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam
jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan
jantung kita tidak berfungsi dengan normal. Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi
kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran
tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang
lain.” Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa sebanyak 6 orang yang cukup terkenal
meninggal dunia akibat serangan jantung kerana mereka mengalami stress yag berlebihan
yang tidak dirawat. Hal inilah yang menyebabkan kaunseling kelompok harus dilakukan
secara bertahap agar kaunselor dapat mengenal pasti masalah setiap ahli kelompok dengan
mengunakan teknik menilai dan memerhati. teknik menilai dan memerhati ini juga perlu
diterapkan dalam diri seorang kaunselor kerana ianya teknik ini dapat melihat ekperasi dan
tindakan seseorang yang mempunyai trauma atau masalah yang mereka sembunyikan dari
pengetahuan orang lain. Semakin kita terapkan teknik ini, semakin banyak benda yang kita
dapat ketahui hanya dari gerak-geri seseorang individu.

Dengan melaksanakan langkah demi langkah, para kaunselor atau ketua kelompok akan
mempunyai masa yang cukup untuk menilai dan menganalisis masalah dan mencari jalan
penyelesaiannya bagi setiap ahli kelompok yang telah dibentuk. Sebagai contoh, dalam
modul pengenalan kepada bimbingan dan kaunseling dalam topik 8 menyatakan perincian
bagi program kaunseling kelompok untuk mengurangkan keagresifan. Program ini diadakan
untuk menilai sejauh mana kemarahan dan kesabaran seseorang kanak-kanak yang dapat
ditahannya. Program ini juga mengajar kanak-kanak untuk membina pemahaman mengenai
perasaan marah dan membezakan aspek positif dan negatif, memfokuskan peristiwa yang
mencetuskan perasaan marah pada masa lalu atau masa sekarang dan memberikan peluang
kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tingkah laku yang sesuai apabila mereka merasa
marah. Selepas sahaja membentuk kelompok, ketua kelompok menyatakan objektif aktiviti
justeru memperkenalkan dirinya kepada ahli kumpulan. Salah satu aktiviti yang dilaksanakan
adalah kesedaran mengenai perasaan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak diminta untuk melukis
gambar mengenai pelbagai perasaan yang pernah mereka alami. Melalui gambar yang telah
dilukis, para kaunselor akan dapat mengetahui perasaan yang mereka rasakan dan justeru
dapat melihat apa yang pernah terjadi disekitar kanak-kanak tersebut. Oleh disebabkan itulah,
kaunseling kelompok harus dilakukan langkah demi langkah agar adanya keberkesanan
dalam setiap program yang telah diadakan.
BAHAGIAN 1 (SOALAN 1) (NOMBOR 2)

Keberkesanan kaunseling kelompok boleh dilihat dari ketua kelompok kerana dia adalah
individu yang menyelaras kesemua aktiviti kelompok. Mempunyai ketua kelompok yang
memenuhi syarat adalah jawapan untuk keberkesanan kaunseling kelompok. Seperti yang
kita ketahui untuk menjadi ketua kelompok, seseorang itu perlulah memiliki ciri-ciri yang
sempurna untuk memimpin dan menyelaras aktiviti. Jikalau pemimpin kelompok tidak aktif,
sudah tentu kelompok tersebut akan kekukarangan semangat dan dan tidak banyak
membantu. Ciri-ciri yang perlu ada pada ketua kelompok adalah keberadaan, kuasa peribadi,
keberanian, keinginan mencabar diri sendiri, jujur, ketulenan, identiti diri dan kreatif dalam
mereka cipta. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, ketua kelompok akan menghadapi
pelbagai jenis ahli kelompok yang mempunyai pelbagai jenis ragam dan masalah. Sebagai
ketua haruslah tahu cara untuk menangani isu tersebut dengan mengunakan keahliannya
dalam menjadi ketua. Sebagai contoh, ciri keberadaan adalah bermaksud berkongsi
kegembiraan dan kesedihan yang orang lain hadapi atau lebih dikenali sebagai bersikap
empati. Dengan mempunyai ciri keberadaan ini, ketua akan dapat berkongsi kisah sedih dan
gembira yang dihadapi oleh ahli kumpulan justeru dengan mempunyai sikap empati ini,
hubungan diantara ketua dan ahli kelompok akan lebih mesra dan terikat kerana terbinanya
kepercayaan antara satu sama lain. Contoh yang lain juga boleh dikaitkan dengan kreativiti
dalam mereka cipta. Hal ini kerana, secara lazimnya seorang ketua haruslah mempunyai
kreativiti dalam mereka cipta kerana mereka yang akan menyelaraskan semua aktiviti yang
perlu dilakukan dalam kelompok. Ketua kelompok perlulah bersedia untuk menghadapi
pengalaman baru, berkongsi pendapat dan tidak lekat dengan kepada kaedah tradisional yang
selalu dilakukan.

Selain daripada peranan ketua kelompok, faktor keberkesanan kaunseling kelompok juga
adalah kerana suasana yang kondusif atau teraputik. Suasana bilik yang kondusif ini akan
dapat membuat klien atau ahli kelompok lebih selesa untuk bergaul atau berkongsi masalah
dan pendapat. Keadaan bilik yang perlu diambil kira adalah saiz bilik yang luas dan sesuai
untuk menempatkan kelompok, pemilihan warna bilik yang ceria dan menarik agar klien
dapat menyampaikan pendapat dengan lebih yakin, dan sistem pengudaran yang bagus agar
klien akan lebih selesa untuk berada ditempat tersebut dalam waktu yang cukup lama. Selain
itu kedudukan bilik kaunseling juga harus ditempatkan dikawasan yang tenang dan jauh dari
kebisingan agar klien akan lebih yakin untuk mengongsikan masalah hidupnya. Tempat yang
jauh dari kebisingan dan orang-orang ini juga akan dapat menjaga kerahsiaan klien kerana
ada bukan setiap masalah dapat diberitahu secara terbuka. Kerahsiaan klien ini juga adalah
keutamaan dalam keberkesanan kaunseling kelompok kerana tidak semua masalah mereka
dapat diceritakan kepada orang-orang sekelilingnya. Hal ini kerana, sesetengah orang hanya
ingin tahu masalah yang mereka hadapi tanpa ingin membantu mereka. mendapat
kepercayaan klien, kaunselor atau ketua akan lebih mudah untuk mencari jalan penyelesaian
dari masalah yang klien hadapi.

Akhir sekali, faktor keberkesanan kaunseling kelompok juga dapat dilihat dari
pendedahan kendiri. Pendedahan kendiri ini adalah mendedahkan keperibadian diri kepada
kaunselor, ketua dan ahli kelompok. Pendedahan diri ini juga termasuk dengan pengalaman,
masalah yang dihadapi, ketertarikan, kelebihan, kelemahan dan diri sendiri. Dengan adanya
pendedahan diri ini, klien atau ahli kelompok akan dapat belajar untuk bercakap dikhalayak
ramai dengan lebih yakin. Sifat keyakinan itu perlu ada dalam penambahbaikkan diri sendiri
kerana yang menghadapi semua masalah nanti adalah diri sendiri, dengan adanya sifat yakin
dalam diri, seseorang itu akan mampu untuk melindungi dirinya dari terjatuh lagi dalam
masalah yang sama. Keyakinan yang dimaksudkan itu adalah keyakinan dalam membuat
keputusan atau pilihan, keyakinan dalam bercakap perkara yang diigini dan keyakinan dalam
diri sendiri untuk melakukan segala benda tanpa perlu mengharapkan orang lain. Selain
daripada membina keyakinan diri, klien atau ahli kelompok juga dapat berkongsi pengalaman
yang mereka alami diantara satu sama lain. Hal ini akan dapat menyedarkan mereka bahawa
setiap orang mempunyai kesukaran yang sama dan mereka tidak akan merasa keseorangan
dalam mengahadapi masalah. Tetapi agar ahli kelompok lebih selesa untuk menceritakan
masalah mereka, ketua mestilah orang yang pertama untuk berbagi kisahnya atau
pengalamannya kepada para ahli. Dengan melakukan perbuatan yang sedemikian, ahli-ahli
kelompok akan lebih selesa dan bersemangat untuk menceritakan masalah masing-masing
kepada kelompok. Disamping itu juga, kaunseling kelompok ini dapat terdiri dari pelbagai
jenis bangsa dan bahasa. Kepelbagaian bangsa dan bahasa ini dpat dijadikan sesuatu
pengalaman yang baru untuk sesetengah ahli kelompok. Dengan adanya kelebihan ini,
mereka akan dapat menerakoi pelbagai jenis bahasa dan bangsa yang mereka tidak ketahui
malahan dapat dijadikan kawan untuk masa sekarang mahupun yang akan datang.
Memperlajari sesuatu yang baru juga dapat dijadikan suatu aktiviti kelompok kerana ianya
dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi, menjadi lebih baik dari sebelumnya dan
mampu melahirkan pemikiran yang lebih kritis dan matang. Kepelbagaian bangsa dan bahasa
ini lebih banyak membantu otak kita untuk berkembang serta berfikiran secara terbuka dan
tidak melakukan hal secara terburu-buru. Ketua juga haruslah mendidik atau mengajar
mereka untuk menjaga kerahsiaan ahli yang lain agar tiada berlakunya kesalahpaham diantara
satu sama lain. Oleh yang demikian, sudah menjadi tugas kaunselor untuk membuat
pendedahan kendiri terlebih dahulu untuk menenangkan klien- kliennya sekaligus dapat
memberi pendapat yang lebih rasional bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien-
kliennya itu.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaunseling kelompok ini akan berkesan jikalau dilakukan mengikut


langkah dan syarat tertentu. Kaunseling kelompok ini perlu dilakukan langkah demi langkah
kerana perlunya membina Kerjasama dari awalnya perjumpaan kelompok sehingga habisnya
perjumpaan. Pemilihan kelompok juga penting untuk dilakukan kerana ianya ada beberapa
peringkat yang perlu dinilai sebelum membuat kelompok. Semuanya bermula dari memilih
ahli kelompok, menentukan saiz kelompok dalam jangkaan 4 ke 5 orang dalam satu
kelompok, menetapkan kekerapan pertemuan agar masa-masa tidak tertindih yang kelompok
yang lain, menetapkan jangka masa perjumpaan dan menetapakan tempat pertemuan bagi
setiap kelompok. Selain itu, para kaunselor juga akan lebih mudah untuk menilai dan
menganalisa setiap masalah yang dihadapi oleh klien mereka jikalau kaunseling kelompok
dilakukan secara langkah demi langkah. Keberkesanan kaunseling ini juga disebabkan ketua
yang pandai memimpin dan menyelaraskan aktiviti secara kreatif dapat menarik banyak
perhatian ahli kelompok untuk bergabug bersama, persekitaran yang kondusif dan positif juga
telah mendorong ahli kelompok untuk lebih bersemangat setiap kali perjumpaan dan
membuat pendedahan kendiri dihadapan ahli kelompok juga akan memberkesanan dalam
menjalankan kaunseling kelompok ini kerana ianya dapat memberikan lebih keyakinan
kepada klien untuk membicarakan tentang masalah mereka. Oleh itu, ini sudah cukup
membuktikan bahawa kaunseling kelompok dapat memberikan keberkesanan kepada setiap
klien jikalau kita lebih teliti dalam segala aktiviti yang telah dirancang sewaktu memulakan
program. Dengan mempunyai objektif yang jelas dan tepat juga dapat memberikan kaunselor
semangat untuk terus berjuang menghadapi masalah klien bersama-sama.
RUJUKAN

Cik Gee, (2015), Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok,


https://www.slideshare.net/cikgee5/peringkat-permulaan-dalam-kaunseling-kelompok

Cari Blogger, (2018), 5 kelebihan menguasai pelbagai bahasa,


https://cariblogger.com/kelebihan-menguasai-pelbagai-bahasa/

Fahezah Nor Mohamed, (2018), sikap positif pemangkin kejayaan,


https://agri.upm.edu.my/artikel/sikap_positif_pemangkin_kejayaan-43453

Sinar Harian, (2020), Stress punca orang muda maut diserang sakit jantung- pakar,
https://www.astroawani.com/gaya-hidup/stres-punca-orang-muda-maut-diserang-sakit-
jantung-pakar-231092

Yama Kumiko, (2013), Faktor keberkesanan kaunseling kelompok,


https://www.scribd.com/doc/152861010/Faktor-Keberkesanan-Kaunseling-Kelompok#

Zulkarnain AbdMajid, (2005), Penyelesaian masalah secara berkelompok: sebab-sebab


penggunaan dan cadangan pengendalian kaunseling kelompok berkesan,
file:///C:/Users/User/Downloads/PENYELESAIAN_MASALAH_SECARA_BERKELOMP
OK.pdf
BAHAGIAN 1 (SOALAN 2)

PENDAHULUAN

Teori pemusatan klien ini berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942)
membua andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi
untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur
tangan daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika
mereka menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers
menekankan pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan
hubungan antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi
menentukan kejayaan dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau
menegaskan bahawa perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan
daripada aspek teori dan penguasaan Teknik yang teraputik. Beliau menekankan bahawa
terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana yang menggalakkan pembinaan
diri sehingga membolehkan mereka bergerak maju atau menjadi apa yang mereka mahu dan
lakukan. Tiga sifat ahli tersebut ialah kongruens yang bermaksud keikhlasan dan ketulenan,
penerimaan tanpa syarat yang bermaksud sedia menerima dan mengambil berat dan empati
iaitu kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lain. Tiga sifat inilah yang harus
dimiliki oleh ahli terapi agar dapat membina hubungan yang berkualiti diantara klien dan ahli
terapi. Seperti yang kita lihat, masalah yang sedang Azimah hadapi ini dapat diselesaikan
dengan teori pemusatan klien. Hal ini kerana, teori pemusatan klien ini berfungsi untuk
melihat kelebihan atau kekuatan yang ada dalam diri klien itu. Sesuai dengan masalah yang
Azimah hadapi, yang mana dia kehilangan kerja kerana tempat kerjanya telah diambil alih
oleh syarikat lain dan dia datang berjumpa kaunseling untuk mendapatkan semangat dan
strategi seterusnya untuk meneruskan kehidupannya. Oleh itu, apakah strategi terbaik yang
dapat dilakukan oleh seorang kaunselor untuk menangani masalah Azimah ini.
STRATEGI PEMUSATAN KLIEN

Strategi yang saya akan lakukan apabila berhadapan dengan klien seperti Azimah adalah
saya akan membahagikan strategi itu secara berperingkat. Ianya aka nada 3 peringkat iaitu
permulaan seperti pendedahan kendiri terhadap satu sama lain, peringkat kedua adalah
kebangkitan yang mana Azimah akan mula mencari pekerjaan baru atau membuat objektif
dan matlamat yang baru, peringkat ketiga adalah penutupan yang mana Azimah telah berjaya
untuk mengatasi masalah yang dia hadapi ini dengan kekuatan yang telah dia bina selama dia
berada dalam tempoh kaunseling ini. Saya melakukan strategi secara berperingkat ini kerana
ingin memberikan ruang kepada Azimah untuk menyembuhkan kesedihan yang amat
menyakitkan untuk diterima. Seperti yang sedia maklum, semua perkara yang kita inginkan
akan memerlukan proses yang cukup lama untuk melihat keberhasilannya. Oleh itu, kita tidak
perlu membuat suatu perkara secara terburu-buru agar kita tidak menyesali dengan hasil yang
kita buat sendiri.

Pada peringkat pertama, saya akan membuat pendedahan kendiri dengan


memperkenalkan diri saya termasuk berbagi cerita kepada Azimah agar dia lebih selesa untuk
berada didekat saya serta persekitaran bilik kaunseling itu. Pendedahan kendiri ini bukan
sahaja memperkenalkan diri sendiri, akan tetapi ianya termasuk dalam berbagi pendapat dan
pengalaman masing-masing. Hal ini dapat melatih klien untuk lebih cekap dan tidak malu
untuk memberi tahu masalah, pendapat dan berkongsi pengalaman kepada para kaunselor.
Dengan pendedahan kendiri ini, saya akan lebih mudah untuk berhubung rapat dengan
Azimah malahan dapat membuat hubungan yang berkualiti. Setelah mendengar keluhan dan
masalah yang Azimah hadapi, sudah tentu kita harus mengeluarkan sifat empati atau sifat
memahami agar keadaan dan perasaannya akan lebih membaik sedikit. Saya juga akan
memberikan kata-kata positif agar dapat mengembalikan sedikit semangat yang pudar itu.
Contohnya, memberitahu Azimah untuk berhenti menyalahkan diri sendiri atau seumpa
dengannya kerana apa yang berlaku ini bukanlah salah dirinya dan tidak ada kena mengena
dengan prestasi anda. Ia merupakan krisis kesihatan global yang biasa berlaku. Menyuruhnya
untuk melihat kepada sisi baiknya dan berhenti untuk berkata negetif dan bukan-bukan.
Selepas sahaja habis berbual dan menyatakan pendapat, saya akan mensyorkan Azimah untuk
balik kepangkuan ibubapanya dan dapat meluahkan segala perasaan yang ada didalam
hatinya kerana ibubapa adalah salah satu tempat yang paling berkesan untuk meluahkan
perasaan. Seraya dia menetap bersama keluarganya, dia juga dapat mengambil masa ini untuk
mengubati tekanan dan kekecewaannya terhadap masalah yang menimpanya. Hal ini yang
telah saya nyatakan bahawa setiap benda memerlukan proses untuk menjadi sempurna.

Peringkat kedua pula adalah kebangkitan yang mana Azimah harus bangkit untuk mencari
pekerjaan baru agar dia dapat menyara kehidupannya serta keluarga. Kita tidak boleh terus
tersekat di peringkat pertama sahaja kerana ianya akan dapat menghilangkan motivasi
kehidupan dan tiada keberkesanan yang akan berlaku sekiranya dia mengambil kaunseling.
Saya akan mensyorkan Azimah untuk menyusun semula kedudukan kewangan diri dan
memotong perbelanjaan tidak perlu. Cuba jadualkan semula bayaran ansuran kereta dan
rumah. Minta tangguh bayaran balik pinjaman peribadi dan kad kredit serta menggunakan
baki wang simpanan dengan berhati-hati. Hal ini dapat menjadikan kewangan hidup Azimah
lebih stabil. Setelah itu, Azimah hendaklah mencuba memohon sebanyak mungkin kerja
kosong yang ada agar dia mempunyai pendapatan untuk menanggung hidupnya. Dia juga
boleh bertanya kepada ahli keluarga atau sahabat handai berkenaan kerja kosong yang ada
agar dia tidak terlepas mana-mana peluang yang ada. Disamping itu juga, selama
menunggung keputusan permohonan kerja, Azimah juga boleh melakukan pekerjaan
sampingan melalui online agar dia mempunyai sedikit pendapatan untuk menyara dirinya
sewaktu menunggu keputusan permohonan. Terdapat banyak jenis kerja yang boleh
dilakukan dalam talian. Sebagai contoh perniagaan dropship yang mana anda hanya promote
barangan dari syarikat tertentu untuk mendapatkan komisen, perniagaan pemasaran afiliasi.
Pemasaran afiliasi ini tidak jauh beza dengan dropship, akan tetapi pemasaran afiliasi ini
tidak membutuhkan kita untuk mempromote barang secara berkomunikasi, ianya cukup
dengan mempromosikan pautan khas anda sendiri. Sekiranya ada pembelian melalui pautan
anda, anda akan mendapat komisen. Seterusnya adalah menjadi youtuber atau menjual
produk maklumat iaitu memberikan maklumat sesuatu produk dalam bentuk audio, video
ataupun teks sahaja.

Akhir sekali adalah peringkat ketiga iaitu penutupan. Bagi peringkat penutupan ini,
Azimah akan dapat mencapai objektif dan matlamat dari strategi yang dibina ini. Dia
seharusnya dapat mengatasi semua masalah hidupnya dengan kekuatan yang ada dalam
dirinya. Dia juga akan memiliki kewangan yang cukup stabil dan Kembali gembira seperti
dahulu. Selain itu juga, dia seharusnya mempunyai pelbagai pengalaman yang dia tempuhi
selama proses penyembuhannya. Salah satu benda yang harus disedarinya adalah untuk
lebih mengutamakan diri sendiri daripada orang lain kerana tiada sesiapapun yang akan
menolong kita jikalau kita berada ditahap yang terendah dalam hidup kita, lebih mencintai
diri sendiri dan hidup dalam keadaan yang banyak bermotivasi, membuang orang-orang
yang tidak bagus atau tidak layak dijadikan kawan dan kehidupan tidak akan indah jika kita
berusaha.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, teori pemusatan klien ini adalah kaunseling yang mana kita harus
melihat kekuatan atau kelebihan klien agar kita dapat menentukan strategi yang akan dia
lakukan untuk menangani masalah mereka. Seperti yang kita lihat, masalah Azimah ini
dilakukan secara berperingkat kerana kekecewaan itu memerlukan proses untuk sembuh
dan tidak semua proses akan selesai dengan cepat. kadang kala ianya akan mengambil
waktu yang cukup lama untuk betul-betul sembuh dari kemurungan. Teori pemusatan klien
ini akan lebih berguna jikalau sesorang klien itu meminta pendapat bagaimana untuk
meneruskan kehidupan kerana mereka terlampau buntut yang mana menimbulkan stress
yang berlebihan. Oleh itu, sebagai kaunselor yang terdidik, kita mestilah menjadi seorang
yang kreatif dan petah untuk berkata-kata agar klien kita akan percaya dengan kemampuan
kita dalam menyembuhkan mereka.
RUJUKAN

Azimah, (2020), 11 tip selepas berhenti kerja, https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-


masyarakat/11-tip-selepas-diberhentikan-kerja/

Fantasiar Syadyana, (2014), Teori pemusatan insan Carl Rogers,


http://fantasiarsyadyana.blogspot.com/2014/03/teori-pemusatan-insan-carl-
rogers.html#:~:text=Teori%20pemusatan%20klien%20berasaskan%20konsep,campur
%20tangan%20daripada%20ahli%20terapi.

Get it together book, (2018), 5 jenis perniagaan dalam talian yang menguntungkan dan
hamper tanpa modal, https://getittogetherbook.com/215-5-types-of-online-businesses-that-
are-profitable-and-almost-without-capital

Muhammad Farid Ahmad Tarmiji, (2021), Bangkit selepas dibuang kerja,


https://www.kosmo.com.my/2021/07/02/bangkit-selepas-dibuang-kerja/
AKTIVITI ONLINE CLASS

Anda mungkin juga menyukai