Anda di halaman 1dari 2

Kaunseling Dan Anda : Apa Anda Perlu Tahu?

Apa itu kaunseling?

Lazimnya, kaunseling dikatakan suatu perhubungan apabila seseorang menolong orang


lain untuk memahami dan menyelesaikan permasalahannya. Jesteru, rakan dan ahli
keluarga juga dikatakan boleh memberi kaunseling, atau rakan sepajabat, penasihat
akademik, guru, ustaz, ustazah dan ramai lagi. Realitinya seorang kaunselor merupakan
individu yang terlatih dan memiliki kompetensi atau kepakaran dalam membina
'hubungan menolong'. Tambahnan lagi mereka juga terikat dengan etika dan akta
kaunselor serta tahu batasan amalan kaunseling mereka. Kaunselor memilii kepercayaan,
dimensi, pegangan dan kemahiran dalam membantu anda melihat masalah anda dari
perspektif yang berbeza dan mengambil tindakkan bersesuaian dengan kemampuan
potensi diri anda.

Secara umumnya, dalam kaunseling anda perlu mengenalpasti kekuatan atau apa yang
anda rasa baik untuk diri anda. Kekuatan ini boleh digunakan sebagai pemangkin dalam 
perubahan yang anda ingin lakukan kelak.

Kaunseling adalah satu proses perubahan (perkembangan kendiri) yang mana seseorang
dibantu untuk :

 ekspressi / meluahkan diri anda dalam suasana selamat, disokong, kalaboratif,


tidak dihukum / dilabel dan rahsia;
 identifikasi, mengutarakan, menjelaskan asal usul permasalahan yang terbuku,
tersurat atau yang tersirat;
 kenalpasti corak atau gaya diri (fikiran, perasaan, amalan) yang tidak membina;
 belajar dan mengamalkan lebih banyak kemahiran berfaedah (kemahiran asertif
diri)
 bina dan capai matlamat hidup anda merupakan agenda utama.

 Apa yang anda boleh jangkakan diperolehi daripada kaunselor?

Anda boleh harapkan seseorang yang berminat dan sudi mendengar luahan anda.
Seseorang yang bersedia membantu dalam memahami diri anda agar anda mampu untuk
berhadapan dengan situasi anda dengan efektif, efisyen dan lebih mudah. Kaunselor anda
akan memberi komitmen secara serius dan berkomunikasi secara terbuka mengenai apa
jua isu yang anda ingin bincangkann. Yakin bahawa kaunselor anda akan benar-benar
fokus kepada sesi anda sebab kaunselor mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai
bagaimana manusia bertindak dan berubah. Perkara seperti perbincangan mendalam,
soalan bertubi-tubi atau pelbagai aktiviti berkemungkinan akan dikemukakan semasa sesi
kaunseling, ini bertujuan membina diri anda. Pada masa yang sama, sekiranya anda
curiga dan timbul persoalan, jangan ragu-ragu ajukan kepada kaunselor anda. Seorang
kaunselor tidak memiliki mukjizat atau 'magic' ataupun ‘power’ dan tidak mampu
menyelesaikan konflik atau masalah yang anda pikul melainkan diri anda sendiri yang
menanganinya. Jesteruh, kaunselor anda bersedia bekerjasama dengan anda tetapi tidak
melakukan kerja untuk anda yang mana anda berupaya melakukannya sendiri.
Sungguhpun begitu, bagi sesetengah situasi di luar jangkaan kaunselor anda mungkin
mengutamakan keselamatan anda, dan berbincang lebih lanjut untuk membantu anda.

Tanggungjawab Anda Dalam Kaunseling

Tanggungjawab yang paling utama buat anda di dalam kaunseling adalah hadir dengan
aktif di setiap temujanji sesi  kaunseling. Seterusnya, berbincang secara ikhlas, terbuka
dan sejujurnya mengenai apa sahaja yang menggangu diri anda. Seperkara lagi, pastikan
tugasan, latihan atau tindakan di luar sesi yang ditetapkan dapat diusahakan hingga
terlaksana. Jika anda tidak bersedia atau tidak selesa dengan aktiviti atau gaya sesi
kaunseling yang dijalankan, berterus terang dengan kaunselor anda. Kebiasaannya,
kaunselor akan mengusahakan suatu kaedah yang baru dan menepati keselesaan anda.
Jika permasalahan anda telah selesai, atau anda tidak melihat apa-apa progress menerusi
sesi kaunseling berhubung isu anda, sila  maklumkan kaunselor anda. Fokus utama
kaunselor adalah memberi faedah dan kebaikan kepada anda menerusi kaunseling.

Kerumitan yang biasanya dilalui semasa kaunseling.

Satu kerumitan utama yang paling kerap berlaku dalam kaunseling adalah pada tahap
permulaan ketika anda tergerak untuk bertemu dengan kaunselor buat pertama kalinya.
Keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling merupakan langkah pertama
dalam proses perubahan. Sebaik sahaja keputusan tadi dibuat, mekanisme untuk berubah
secara aktif disetkan dalam diri. Seterusnya dalam proses perubahan gaya berfikir, gaya
beremosi atau gaya bertingkahlaku, kebiasaannya anda terpaksa mencuba suatu yang
baru dalam melakukan kerja. Perubahan-perubahan ini berkemungkinan akan membuat
anda merasa tidak selesa dan kadang kalanya kecewa seperti putus asa. Cabaran demi
cabaran mengatasi tahap kemampuan limitasi diri anda juga boleh mengundang perasaan
kecewa dan sakit hati sama ada terhadap diri anda sendiri ataupun orang lain, namun
dengan komitmen yang tinggi dan latihan kemahiran efektif, anda akan melebarkan batas
limitasi anda dan beroleh suatu yang baru lagi menyeronokkan dalam diri anda. Malah,
anda mungkin juga boleh membantu orang lain yang mengalami masalah yang sama
dengan anda kelak.

Tips bagaimana memanfaatkan faedah menerusi kaunseling

Bersedia untuk memberi fokus sepenuhnya kepada suatu masalah atau isu yang spesifik.
Bersedia untuk mengikuti sesi kaunseling secara progress dan aktif mengambil bahagian.
Siapkan semua tugasan ( atau setidak-tidaknya berusaha dan mencuba ). Beritahu
kaunselor anda sekiranya anda merasa tidak dibantu dari sesi kaunseling yang dihadiri.
Kami di unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar sentiasa mengalu-alukan
kehadiranmu di sini. Bah kata iklan di television. “Kami bukan Ah long, kami mahu
tolong.

Mark Wee Sin Tat

Anda mungkin juga menyukai