Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B

3. Pertimbangkan faktor-faktor yang membawa kepada keberkesanan kelompok.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kaunseling kelompok dianggap berkesan dalam
menyelesaikan masalah seseorang individu itu. Faktor keberkesanan kaunseling kelompok ialah:

Suasana Yang Kondusif Atau Teraputik

Suasana yang kondusif atau teraputik ini lebih bersifatkan kepada keadaan di dalam bilik kaunseling
itu sendiri di mana keadaan bilik yang selesa akan menyebabkan klien atau ahli- ahli yang terlibat
didalam kaunseling kelompok itu berasa mudah untuk berkongsi masalah danpendapat.

Keadaan bilik yang perlu diambil kira antaranya ialah saiz bilik itu yang luas atau selesa untuk
menjalankan aktiviti kaunseling kelompok, pemilihanwarna yang terang dan ceria agar klien atau ahli-
ahli boleh menyampaikan setiap pandangan dengan lebih yakin, dan sistem pengudaraan yang cukup
agar klien berasa selesa berasa di dalam bilik yang mungkin akan melibatkan 4 atau 5orang ahli
semasa menjalankan aktiviti kaunseling kelompok.

Selain itu,kedudukan bilik kaunseling juga hendaklah jauh dari suasana yang bising dan tidak menjadi
tumpuan orang untuk lalu lalang. Hal ini kerana di khuatiri jika suasana terlalu bising, perbincangan
tidak dapat diadakan dengan lancar keranaterganggu dek kebisingan yang terhasil dan jika terdapat
ramai orang yang lalulalang di sekitar bilik itu, di khuatiri orang yang lalu lalang itu akan terdengar
akandiskusi yang sedang dijalankan.

Kemahiran Pemudahcara

Kemahiran pemudahcara ini lebih menjurus ke arah kauselor itu sendiri di mana kauselor mempunyai
kemahiran untuk menjadikan sesi kaunseling kelompok itu berjalandengan lebih lancar. Tidak dapat
dinafikan bahawa semasa sesi kaunselingkelompok, akan timbul beberapa pendapat yang mungkin
akan bercanggahantara ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok itu sendiri. Oleh yang
demikian,sudah menjadi tugas kaunselor yang mempunyai kemahiran pemudahcara itu tadi untuk
menenangkan klien- kliennya sekaligus memberi pendapat yang lebihrasional bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh klien- kliennya itu. Hal ini akan menyebabkan sesi kaunseling kelompok
itu lebih dianggap berkesandan memberi impak yang positif dalam pengendalian kaunseling
kelompok tersebut.

Penglibatan

Semua ahli di dalam kaunseling kelompok. Apabila merekaberada di dalam kaunseling kelompok,
mereka akan berada bersama- samadengan individu yang juga mempunyai masalah yang sama atau
hampir samadengan mereka. Dengan itu, mereka tidak akan berasa mereka menanggungsendirian
akan masalah yang sedang mereka alami. Ahli- ahli di dalamkaunseling kelompok pastinya merasa
derita atau bebanan masalah yangditanggung oleh rakan- rakan di dalam kumpulan tersebut. Maka
dengan itu,tidak mustahil jika mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghulurkanbantuan bagi
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi itu. Ahli- ahlikumpulan akan cuba untuk memberi
cadangan dengan bimbingan dari kaunselor dan hal ini telah mewujudkan satu penyelesaian masalah
apabila merekabertukar- tukar pendapat antara satu sama lain. Sikap sensetif terhadap
masalahrakan- rakan lainlah yang telah menyebabkan ahli- ahli dalam kaunseling kelompok sedaya
upaya meberi bantuan antara satu sama lain. Ahli- ahli jugaberupaya memupuk semangat dan
motivasi sesama mereka. Secara tidaklangsung, ahli yang bermasalah teransang untuk mencapai
matlamat yang telahditetapkan pada peringkat permulaan sesi. Dari sini, kita sudah Nampak
bahawapenglibatan semua ahli di dalam kaunseling kelompok memainkan peranan yangbesar dalam
menjayakan sesi kaunseling itu.

Keterbukaan

Ahli- ahli di dalam kaunselingkelompok itu juga menjadi salah satu faktor keberkesanan kaunseling
kelompok. Ahli- ahli di dalam sesi kaunseling kelompok berpeluang memberi dan
menerimapertolongan samada daripada kaunselor atau ahli- ahli lain. Namun, setiap ahli haruslah
mempunyai sikap keterbukaan iaitu mereka perlu jujur dalam memberipendapat dan juga boleh
menerima pendapat yang dikemukakan oleh ahli yanglain. Semasa sesi kaunseling kelompok
dijalankan, kaunselor dan ahli- ahli di dalam kaunseling kelompok akan sama- sama berbincang dan
mengutarakanpendapat untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Jika ahli tidakbersetuju
dengan pendapat yang diketengahkan oleh kaunselor, mereka bolehberalih arah kepada pandangan
yang dijelaskan oleh ahli- ahli di dalamkaunseling kelompok itu. Hal ini akan membuka peluang
kepada ahli- ahlitersebut untuk menyelesaikan masalah mereka dalam pelbagai kaedah yangmereka
rasa lebih selesa dan benar- benar membantu mereka. Oleh yangdemikian, kemahiran
menyelesaikan masalah seseorang ahli dapat ditingkatkanmelalui idea yang dijana oleh kaunselor
dan ahli- ahli yang lain.

Sikap Personhood Pemudahcara

yang dimiliki oleh kaunselor atau ahlidi dalam kaunseling kelompok itu juga menjadi antara faktor
keberkesanan kaunseling kelompok. Hal ini kerana sikap setiap ahli di dalam kaunselingkelompok
sentiasa belajar untuk mendalami dan meneliti kebimbangan masing-masing yang telah
menyebabkan mereka bersatu hati untuk sama- samamenyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Perasaan memahami antara satusama lain berikutan masalah yang dihadapi oleh mereka adalah
sama tersebuttelah menyebabkan mereka sentiasa memupuk semangat tolong- menolong
danbersatu padu antara satu sama lain. Hal ini sekaligus memperlihatkan betapakaunseling
kelompok mampu memberi impak yang positif dalam menyelesaikanmasalah- masalah yang dihadapi
oleh kliennya.

Kaunseling Kelompok Menjimatkan Masa

kerana beberapa orang klien dapatdipertemukan pada satu masa yang sama. Hal ini kerana,
beberapa orangklien yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama akandikumpulkan.
Selepas itu, mereka akan sama- sama menyatakan masalahmasing- masing dan bertukar- tukar
pendapat untuk menyelesaikan masalahtersebut samada antara sesama ahli kumpulan atau bersama
kaunselor. Oleh yang demikian, masa untuk menjalankan kaunseling dapat dijimatkan apabila mereka
dipertemukan dalam masa yang sama dan bertukar pendapat sesame ahli kumpulan.

Peserta Juga Dapat Memerhati Tingkah Laku Proses Penyelesaian Masalah Dan Cara
Mengendalikan Masalah Oleh Peserta- Peserta Lain

Ianyaturut menjadi salah satu faktor keberkesanan kaunseling kelompok. Hal inikerana, ahli- ahli yang
merasa diri mereka akan terus di rundum masalah dantidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi
dalam menyelesaikan masalah ituakan termotivasi sendiri apabila mereka melihat rakan- rakan lain
yang turutberada di dalam kaunseling kelompok itu dapat menyelesaikan masalah merekawalaupun
masalah itu teramat berat untuk dipikul.

Anda mungkin juga menyukai