Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi
kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah.
Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang
sama dalam satu masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang
normal. Sesi kaunseling kelompok akan lebih berkesan dan berjaya jika tujuan, matlamat
dan proses kaunseling kelompok itu jelas dan difahami oleh ahli kelompok. Peranan Ketua
Kelompok atau Pemimpin kelompok amat penting dan mampu mempengaruhi
keberkesanan sesuatu kelompok kaunseling. Keberkesanan sesuatu kelompok kaunseling
bermula di peringkat pemilihan ahli kelompok untuk mempastikan semua ahli boleh
menerima peraturan dan etika kelompok. Gandingan kedua-dua pihak iaitu pemimpin
kelompok dan ahli-ahli yang faham etika dan peraturan kelompok akan membantu ke arah
pencapaian matlamat sesi kaunseling kelompok. Kelompok kaunseling adalah bebas untuk
berkembang tetapi masih bergantung kepada jenis masalah atau isu yang dibincangkan.
Namun ia perlu mengambil kira aspek-aspek nilai, norma serta budaya masyarakat
setempat.

2.0 CIRI PEMIMPIN KAUNSELING

Pemimpin kelompok yang berkesan sudah semestinya harus mempunyai personaliti yang
mampu menarik penghormatan dan kepercayaan setiap ahli kelompok. Menurut Corey
(2002), pemimpin adalah orang yang paling signifikan dalam memastikan sama ada
kelompok itu berjaya atau gagal. Dalam hal ini Corey menyatakan personaliti seseorang
pemimpin memainkan peranan penting untuk menjayakan sesuatu kelompok.

2.1 FASILITATIF

Seorang pemimpin kaunseling kelompok perlu mempunyai sifat fasilitatif dalam diri mereka.
Sifat fesilitatif ialah pemimpin perlulah membimbing ahli kelompok mereka dan merupakan
penghubung antara ahli-ahli kumpulan. Jika suatu kelompok memiliki efektivitas yang tinggi
maka pemimpin tak banyak campur tangan. Sebaliknya, jika kinerja kelompok tidak efektif,
maka pemimpin akan memberi petunjuk dan membantu kelompok tersebut menjalankan
prosesnya. Pemimpin akan menjadi penggalak ahli-ahli untuk bersuara. Oleh itu, pemimpin
kaunseling kelompok perlu mempunyai ciri fasilitatif ini kerana pemimpin akan menjadi
penentu kelancaran sesi kaunseling sekali gus mencapai matlamat sesi kaunseling.

This study source was downloaded by 100000855919840 from CourseHero.com on 03-27-2023 03:09:56 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/144632140/pbkk-3043-esaimentdocx/
2.2 MESRA

Seorang pemimpin kaunseling kelompok perlu bersifat mesra terhadap ahli kelompoknya.
Sifat mesra dan ramah adalah intipati kepada membina perhubungan yang jelekit. Seorang
pemimpin yang mesra dan ramah iaitu kaya dengan senyuman, air muka yang manis, tutur
kata yang lembut dan sopan akan membuatkan ahli kelompok rasa dihargai. Oleh hal
demikian, ahli kelompok selesa untuk berkongsi dan melulahkan segala masalah dan buah
fikiran yang terpendam selama ini kepada pemimpin kaunseling. Pemimpin juga akan
bertutur dengan sopan yang selesa didengari oleh ahli kelompok. Percakapan yang baik
adalah melambang keperibadian dan personaliti seseorang inidividu. Ini kerana melalui
percakapan boleh menarik hati orang yang mendengar serta dapat menimbulkan interaksi
yang mesra dan harmoni. Kesannya hubungan yang teraputik dapat dijalinkan antara
pemimpin dengan ahli kelompok.

2.3 EMPATI

Pemimpin kaunseling mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi
oleh klien atau ahli kelompok. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk
memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor mengalami
proses mental dan emosi yang dialami oleh ahli kelompok. Sebagai kaunselor, kemahiran
berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul berada di sisi
klien atau ahli kelompok. Maksudnya di sini ahli kelompok boleh merasakan bahawa dia
betul-betul sedang dibantu dari segi jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu. Ee Ah
Meng (1995) berpendapat empati ialah kebolehan untuk memahami idea yang disampaikan
oleh klien dan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan idea itu. Suasana hubungan yang
mesra hasil dari sifat berempati tadi membolehkan ahli kelompok rasa lebih yakin untuk
berada di hadapan kaunselor.

2.4 IKHLAS

Pemimpin kaunseling juga perlu mempunyai sifat ikhlas dalam melaksanakan sesi
kaunseling kepada ahli kelompok. Kaunselor itu perlu bersifat ikhlas,tidak berpura-pura
mahupun bermuka-muka supaya klien dapat meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati
mereka. Hal ini akan memudahkan lagi urusan kaunseling itu sendiri kerana klien
meluahkan semua masalah yang dihadapinya dan kaunselor dapat mencari jalan
penyelesaian yang sesuai. Apabila kaunselor mempunyai sifat ikhlas, sesi kaunseling yang
dijalankan akan lebih kearah kejujuran dan persepakatan antara pemimpin kaunseling
dengan ahli kelompok dapat dicapai dengan lebih cepat. Hal ini kerana kaunselor
melakukan tugas bukan kerana hanya ingin pujian semata-mata tapi dengan sifat ikhlas
untuk membantu ahli kelompok menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

This study source was downloaded by 100000855919840 from CourseHero.com on 03-27-2023 03:09:56 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/144632140/pbkk-3043-esaimentdocx/
3.0 CIRI AHLI KAUNSELING KELOMPOK.

Dalam kaunseling kelompok, ahli memainkan peranan yang penting dalam menentukan
keberkesanannya.

Selain daripada aspek pemilihan ahli, tingkah laku ahli kelompok juga berperanan besar
dalam menggalakkan perkembangan kelompok. Antara tingkah laku tersebut ialah
meluahkan perasaan. Ahli perlu meluahkan segala perasaan yang dirasai dan dipendam
selama ini kepada kelompok supaya memudahkan pemahaman terhadap diri lalu
melancarkan perjalanan kelompok. Ahli juga perlu bersifat komited sepanjang sesi kelompok
dijalankan dengan memberikan segala perhatian dan kerjasama. Dengan ini, ahliahli akan
peka akan keperluan sesama lain dan kebolehan yang dimiliki masing-masing. Situasi ini
juga akan menggalakkan ahli-ahli lain meluahkan perasaan dan berinteraksi.

Seterusnya, ahli-ahli turut perlu bersikap terbuka dalam menerima pandangan ahli-ahli yang
lain. Dalam kelompok yang terdiri daripada ahli yang hetrogeneous, sikap terbuka dapat
mewujudkan suasana yang teraputik dan selesa. Ini akan menggalakkan perkembangan
kelompok. Selain itu, ahli kelompok juga perlu bersikap tulen dalam sesi kelompok, iaitu asli
dan tidak berpura-pura. Maksudnya, ahli perlu mengkongsikan perkara dan perasaan yang
sebenar supaya kepercayaan dan hormat-menghormati dipupuk antara ahli. Bukan itu
sahaja, ahli juga perlu sentiasa bersedia untuk belajar daripada orang lain. Maksudnya, ahli
perlu membuang sifat rigid dan sanggup menerima perkara yang disampaikan oleh orang
lain dengan terbuka. Dengan ini, barulah perubahan tingkah laku akan berlaku melalui
pelbagai perkara yang dipelajari.

Keberanian juga penting untuk perkembangan kelompok. Ahli perlu berani dalam
menyatakan masalah yang membelenggu diri dan perasaan yang dialami. Keberanian juga
diperlukan untuk mencuba benda-benda baru terutamanya dalam membuat keputusan dan
mengubah tingkah laku. Sesungguhnya, aspek-aspek pemilihan ahli kelompok dapat
menjamin sesi yang lancar kerana aspek ini yang menentukan ahli-ahli yang akan berada
dalam suatu sesi kelompok tersebut dan tindak balas mereka sesama lain. Tambahan pula,
tingkah laku ahli-ahli semasa sesi kelompok juga mempengaruhi perkembangan sesi.

This study source was downloaded by 100000855919840 from CourseHero.com on 03-27-2023 03:09:56 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/144632140/pbkk-3043-esaimentdocx/
4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kedua-dua kepemimpinan dan keahlian merupakan aspek-aspek penting


yang menggerakkan perkembangan kelompok bimbingan dan kaunseling. Seorang
pemimpin kelompok perlu melakukan yang terbaik untuk memimpin sebuah kelompok serta
sentiasa memperbaiki diri untuk meningkatkan kebolehan diri. Bagi ahli-ahli kelompok pula,
mereka juga perlu bekerjasama dengan pemimpin kelompok sepanjang sesi dilaksanakan
supaya dapat berinteraksi dengan berkesan dan mencapai persefahaman serta mencari
jalan penyelesaian. Oleh sebab itu, boleh disimpulkan bahawa perkembangan kelompok
yang dinamik dan berkesan dapat digalakkan apabila aspek kepemimpinan dan keahlian
dikendalikan dengan baik dalam pelaksanaan kaunseling kelompok. Dengan adanya sesi
kaunseling kelompok yang baik, maka kaunseling kelompok sangat berkesan dalam
membantu individu-individu belajar dan menghadapi masalah masing-masing.

This study source was downloaded by 100000855919840 from CourseHero.com on 03-27-2023 03:09:56 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/144632140/pbkk-3043-esaimentdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai