Anda di halaman 1dari 2

SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

TUGASAN FIQH JINAYAT ( 12 MEI 2022 / KHAMIS )

JENAYAH DI MALAYSIA

1) Baru-baru ini sepasukan anggota polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang berusia 49
tahun dalam operasi Ops Tapis di kawasan Jalan Pujut Corner, Miri, Sarawak. Dalam kes ini, lelaki
tersebut telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dalam Ops Tapis
tersebut, polis turut merampas dadah jenis syabu yang seberat 0.12 gram. Kes penyalahgunaan
dadah ini disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek boleh dihukum
mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM
100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jenayah penyalahgunaan dadah ini perlu dibendung dan dicegah dengan segera. Salah satu cara
yang boleh diambil untuk mengatasi penyalahgunaan dadah ini adalah memfokuskan kalangan
remaja. Sejak dari bangku sekolah lagi para pelajar perlu diberikan info dan kesedaran mengenai
bahaya dadah. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memberikan kesedaran kepada
pelajar mengenai risiko yang akan dihadapi jika terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Selain itu,
pihak kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab juga perlulah memperketatkan lagi hukuman yang
ada supaya masyarakat lebih gerun dan takut untuk terlibat dengan jenayah ini.

2) Seorang wanita dipercayai dibunuh oleh suaminya sehari sebelum Aidilfitri. Kejadian ini berlaku
pada 1 Mei 2022 di sebuah rumah di Cheras, Kajang, Selangor antara jam 12 tengah malam hingga
3.30 pagi. Tertuduh, Mohd Syawalludin yang berusia 38 tahun dipercayai memukul isterinya, Siti
Nadirah Mohd Nazul sehingga maut kerana isterinya telah memuat naik di media sosial bahawa
suaminya itu mempunyai hubungan sulit. dalam kes ini, tertuduh boleh didakwa dibawah Seksyen
302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Cara mengatasi jenayah bunuh ini sebenarnya bermula dengan diri sendiri. Seseorang itu perlulah
sentiasa mengawal emosi dan tidak mudah marah atau melenting terhadap sesuatu perkara. Jika
ada sesuatu yang tidak puas hati maka seseorang itu hendaklah menurunkan sikap egoisnya untuk
berbincang secara baik dengan individu yang terlibat tanpa menggunakan kekerasan. Dengan
menjauhi perkara-perkara yang mengkhayalkan seperti dadah juga merupakan salah satu cara untuk
mencegah jenayah bunuh.

3) Seorang lelaki yang merupakan seorang penganggur disyaki telah melakukan amang seksual
terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di bawah rumpunan buluh berhampiran
dengan Sungai Gertak Runtuh di Kuala Krai pada 21 Mac 2022 dan di sebuah rumah di Batu
Mengkebang 3 juga di Kuala Krai pada 20 April 2022. Tertuduh yang berusia 34 tahun telah
dijatuhkan hukuman iaitu penjara lima tahun dan enam tahun bagi kedua dua pertuduhan dan
mahkamah memerintahkan kedua dua hukuman dijalankan serentak , tertuduh dijatuhkan hukuman
selepas dia mengaku bersalah. Tertuduh, Edry Shah Rimiey Ghani juga ditangkap atas pertuduhan
memiliki senjata berbahaya dan dihukum penjara lima tahun.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah seksual ini adalah dengan memilih rakan-rakan yang baik
akhlaknya dan elakkan diri dari berkawan dengan orang yang rosak akhlaknya dan suka melakukan
aktiviti yang tidak baik. Selain itu, ibu bapa dan keluarga juga memainkan peranan penting iaitu
SHARIFATHUL ASMIDAR BINTI HAMZAH D201125

dengan sentiasa memerhati gerak geri anak anak dan mengambil tahu dengan siapa mereka
berkawan dan apa yang dilakukan oleh anak-anak dengan telefon atau gajet ini. Masyarakat juga
mestilah menghentikan perbuatan menyebarkan gambar-gambar atau video yang lucah serta pihak
bertanggungjawab perlu mengenakan hukuman yang lebih ketat terhadap penyebaran barangan
atau perkara yang berunsurkan bahan lucah.

4) Di Kelantan, seorang anggota polis telah didakwa atas 3 pertuduhan menerima rasuah semasa
menjalankan tugas. tertuduh, Abdul Wahab Musa, 57 tahun didakwa menerimaa rasuah berjumlah
RM2,000 daripada seorang lelaki di dua lokasi yang berasingan antara bulan Mei hingga September
2021. Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan
jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang
lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang paling tinggi.

bagi mengatasi gejala rasuah ini, pihak kerajaan perlulah memperkuatkan lagi penguatkuasaan
undang-undang dan menjatuhkan hukuman yang berat agar masyarakat berasa takut untuk terlibat
dengan rasuah. Selain itu, memberikan pendedahan awal tentang bahya rasuah kepada generasi
sekarang contohnya dengan memperbanyakkan iklan di radio , televisyen atau iklan dalam talian.

5) Pihak polis telah menerima laporan pada 9 Mac 2022, daripada seorang suri rumah yang
mendakwa telefon bimbitnya telah diragut di Jalan Rentaka Taman Panglima, Telok Panglima
Garang. Oleh itu pihak polis bertindak atas maklumat berkenaan dan telah berjaya menumpaskan
Satu sindiket yang aktif meragut di dalam tiga serbuan yang dilakukan disekitar Teluk Panglima
Garang dan Jenjarum. Suspek-suspek berkenaan adalah berusia dalam lingkungan 23 hingga 29
tahun dan masing-masing memang mempunyai rekod jenayah. Kesemua suspek disiasat mengikut
Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

RUJUKAN

1. https://www.utusanborneo.com.my/2022/05/11/lelaki-disyaki-salah-guna-dadah-ditahan
2. https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2079126
3. https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2079987
4. https://www.sinarharian.com.my/article/201876/BERITA/Semasa/Anggota-polis-didakwa-
tiga-tuduhan-terima-rasuah
5. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-lelaki-termasuk-dalang-sindiket-ragut-
dicekup-355935

Anda mungkin juga menyukai