Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS SWOT (MT)

1. Strength (Kekuatan)

Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam program Ukhuwah


Mahabbah KITAB ini adalah dari segi pemilihan ahli jawatankuasa program.
Pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) yang berkaliber, bertanggungjawab dan
ringan tulang serta sesuai dengan bidang tugas yang telah diberikan telah
menjadi kekuatan yang telah membawa kepada kelancaran gerak kerja AJK
masing-masing. Sebelum pelaksanaan program, mesyuarat antara AJK telah
diadakan beberapa kali. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
mengetahuimaklumat terkini berkenaan dengan gerak kerja daripada setiap
AJK. Komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh setiap AJK telah
memudahkan fasa sebelum program berlansung. Setiap permasalahan yang
timbul akan disusuli dengan perbincangan yang membawa kepada
penyelesaian. Perkara ini ditambah lagi dengan kerjasama sangat mantap yang
diberikan oleh pensyarah iaitu Ustazah Fazihan.

Kekuatan kedua adalah dari segi pemilihan tempat untuk melaksanakan


Program Ukhuwah Mahabbah KITAB. Kawasan Masjid Bagan Nyiur yang
merupakan kawasan yang strategik dengan adanya sekolah rendah, sekolah
menengah dan kawasan kampung yang aktif sememangnya menepati dengan
objektif program kami dalam masa yang sama dapat menarik perhatian
penduduk kampung untuk mengimarahkan masjid. Tambahan lagi, pihak
masjid juga telah memberi kerjasama yang baik terutamanya dari segi
penyediaan tempat yang telah melancarkan lagi proses sebelum berlangsungnya
program tersebut.

Kekuatan yang seterusnya adalah program ini berjaya memupuk


kerjasama yang utuh antara 34 orang peserta program yang terdiri daripada
mahasiswa dan mahasiswi KITAB. Walaupun bilangan peserta tidak ramai,
tetapi kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung telah
membuktikan bahawa program ini telah berjaya membentuk satu ukhuwah yang
utuh antara satu sama lain dan memberi pengalaman yang baru kepada semua
sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta program dan
pensyarah serta masyarakat.

2. Weakness (Kelemahan)
Antara kelemahan yang dikenal pasti sewaktu program ini dilaksanakan
adalah dari segi masa. Masa yang digunakan semasa program Ukhuwah
Mahabbah KITAB adalah agak tidak selari dengan tentatif program seperti yang
dirancang. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya suasana
yang sangat sibuk dan memerlukan tenaga peserta program yang lebih untuk
menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Namun begitu, pengarah program
bersama semua ketua unit dan ahli jawatankuasa bersama-sama bekerjasama
memperbetulkan keadaan dengan mencari alternatif yang agar program berjalan
dengan lancar seperti yang diharapkan.

3. Opportunity (Peluang)

Di samping itu, Program Ukhuwah Mahabbah KITAB yang


dilaksanakan ini juga memberi satu pengalaman yang berharga kepada pelajar
dalam mengendalikan program besar seperti yang telah dijalankan. Pengalaman
ini telah berjaya memupuk nilai pelajar dalam usaha untuk membentuk
keperibadian sebagai seorang pemimpin. Malah program ini telah merapatkan
hubungan silaturahim para pelajar dengan pensyarah dan masyarakat sekeliling
serta dapat menghidupkan suasana kekeluargaan sepanjang program dijalankan.
Dalam masa yang sama program ini telah memberi pengajaran kepada para
pelajar untuk memupuk sikap bertolak ansur dalam melakukan sesuatu perkara.

Selain itu, program ini juga telah berjaya mencapai hasrat dari AJK
masjid untuk menghidupkan kembali suasana di masjid sekaligus dapat
mengimarahkan masjid untuk menambah bekal amal jariah sebagai umat islam.
Perkara ini sekaligus dapat meningkatkan kekuatan iman dan membersihkan
hati sebagai umat islam.
4. Threat (Ancaman)

Seterusnya, setiap program yang dilaksanakan pasti tidak akan lari dari
ancaman yang menjadi asbab dan sebab kepada kelancaran sesuatu program.
Ancaman utama semasa program ini dilaksanakan adalah lokasi untuk
meletakkan kenderaan yang tidak mencukupi untuk para peserta yang datang.
Perkara ini berlaku adalah disebabkan kawasan parking dalam kawasan masjid
telah ditutup asbab pihak masjid menjalankan projek untuk membina menara di
hadapan masjid yang merupakan tempat meletakkan kenderaan. Malah
ancaman ini telah menyebabkan berlakunya sedikit kesibukan jalan raya di
hadapan pintu gerbang masjid yang boleh mengancam keselamatan masyarakat
terutamanya kanak-kanak serta warga emas yang terlibat dengan program yang
dijalankan. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama dari penduduk kampung,
permasalahan ini dapat diselesaikan dengan mudah tanpa berlakunya perkara-
perkara yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai