Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB)

PULAU PINANG

DIPLOMA KAUNSELING

TUGASAN KUMPULAN

DICG 1023

NAMA PELAJAR : 1. SUFIENATUL BALQIES BINTI HAMZAH (D221279)


(040519-07-0504)
2. ARISYA IRWAYU BINTI SHAMRULI (D221301)
(040509-03-0488)

PENSYARAH : PN NORAZURA BINTI ARIFFIN


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................... 3

2.0 KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK DAN KESESUAIAN


PENGGUNANYA ............................................................................................................... 5

3.0 CONTOH DIALOG BAGI SETIAP KEMAHIRAN YANG DINYATAKAN ............ 7

4.0 JENIS KELOMPOK YANG DIJALANKAN .............................................................. 8

5.0 PERINGKAT SESI KAUNSELING............................................................................. 9

6.0 ULASAN VIDEO BERDASARKAN KELANCARAN PROSES SESI KAUNSELING


........................................................................................................................................... 11

7.0 PENUTUP.................................................................................................................... 12

8.0 RUJUKAN ............................................................................................................. 13


1.0 PENDAHULUAN

Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam


membantu individu dalam bilangan yang besar. Menjadi lumrah manusia hidup dalam
satu komuniti masyarakat. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud
sejak dilahirkan lagi. Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu
sama lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok telah terbukti.
Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu bilangan pelajar yang
lebih besar di institusi pendidikan.

Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa


orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu
sama lain. Ia melibatkan proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik
tentang tingkahlaku dan pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana
ahli-ahli dalam kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan
kaunselor.

Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai


satu perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli.
Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan. Fokusnya
adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling pencegahan menolong ahli-ahli
menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Carl Rogers (1970)
mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan
proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak ramai.

Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara


berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang
mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut
adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.

Berdasarkan video yang dipilih, saya telah menganalisis dan mendapati sesi
kaunseling tersebut melibatkan seorang kaunselor atau ketua kelompok bersama lapan
orang ahli kelompok yang kesemuanya merupakan ahli kelompok perempuan. Video
yang berdurasi lebih kurang 36 minit ini ahli masing-masing membincangkan tentang
pelbagai isu sepanjang di universiti. Perkara atau peristiwa yang dihadapi ini
menganggu fikiran juga memberi implikasi kepada pelajaran ahli kelompok. Para ahli
kelompok masing-masing dibelenggu dalam mencari jalan penyelesaian yang
menghantui fikiran mereka. Individu dalam ahli kelompok ini akan berhadapan dan
menyelesaikan perasaan dirinya yang terkurung dan terpendam sekiranya masalah yang
dihadapi ini masih belum menemui jalan penyelesaian yang menganggu kehidupan
individu tersebut. (Corey,2017).

Antara isu yang boleh didapati dalam video tersebut adalah salah seorang
daripada ahli kelompok yang bernama Farhana menceritakan mengenai dirinya yang
mempunyai masalah pengurusan masa semasa belajar. Ahli tersebut menjelaskan
bahawa terlampau banyak aktiviti dan komitmen yang harus dilakukan dalam satu masa
sehingga menyebabkan dirinya terpaksa ponteng kelas untuk berehat. Keadaan tersebut
telah membuatkan dirinya sentiasa dibelenggu masalah yang dihadapi sehingga
menganggu fikirannya untuk keluar dari masalah ini. Proses kaunseling tersebut
berjalan dengan lancar apabila terdapat seorang ahli kelompok yang lain sukarela untuk
memberikan pandangan dan nasihat tentang pengurusan masa kepadanya.

Kemudian, ahli kelompok seterusnya iaitu Aisyah menjelaskan kepada ahli


kelompok tentang masalahnya yang sukar untuk memberikan tumpuan di dalam kelas
asbab terlalu ramai pelajar di dalam kelas sehingga mengganggu tumpuannya untuk
belajar. Terdapat seorang ahli kelompok juga kaunselor sendiri memberikan pandangan
dan panduan kepadanya untuk mencuba cara belajar yang lebih efektif misalnya seperti
belajar secara berkumpulan supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Seterusnya ahli kelompok bernama Solehah menceritakan tentang masalahnya


iaitu melibatkan keluarganya. Solehah menjelaskan bahawa ibu bapanya sering
bertengkar kerana berlaku salah faham antara satu sama lain. Pelbagai alternatif
Solehah ikhtiarkan namun dia tidak berani untuk berdepan dengan bapanya kerana
bapanya merupakan seorang yang garang. Maka melihat kepada masalah yang dihadapi
Solehah, seorang ahli kelompok memberi cadangan untuk Solehah melakukan “Slow
Talk” bersama ibu bapanya sebagai anak sulung agar masalah rumah tangga ibu
bapanya tidak berterusan.

Kemudian, Amelia yang merupakan ahli kelompok yang keempat meluahkan


tentang isi hatinya yang terluka akibat hubungan persahabatan yang terjejas. Amelia
selalu dipinggirkan oleh dua orang rakannya yang lain dan membiarkan dia
keseorangan. Seorang ahli kelompok telah memberi nasihat kepada Amelia untuk
berbincang secara baik dengan rakannya yang lain untuk membaiki semula hubungan
persahabatan yang kian renggang.

Seterusnya ialah ahli kelompok yang bernama Afiqah pula menceritakan


tentang masalahnya yang melibatkan kewangan. Afiqah dibelenggu masalah kewangan
yang membelit dirinya dalam permasalahan yang melibatkan hutang PTPTN dan yuran
universiti yang perlu dibayarnya. Kemudian, beberapa ahli kelompok memberinya
alternatif untuk berjimat dan menabung dalam usaha untuk melangsaikan hutang-
hutang yang membelit dirinya.

Selain itu, ahli kelompok yang seterusnya yang bernama Faizah menjelaskan
tentang dirinya yang mempunyai masalah cinta. Faizah dibelenggu masa lalu yang
melibatkan bekas kekasihnya sehingga menjejaskan tumpuan belajarnya. Beberapa
orang ahli kelompok dan kaunselor memberikan pandangan supaya Faizah
menyibukkan diri dengan perkara yang berfaedah sehingga boleh membuatkan dia lupa
tentang kekasihnya. Malah, mereka juga berpendapat supaya Faizah berubah menjadi
seorang yang lebih baik dari sebelumnya selepas ditinggalkan supaya dapat
meningkatkan keyakinan dan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.

2.0 KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK DAN KESESUAIAN


PENGGUNANYA

Kehadiran ahli kelompok yang ramai memerlukan ketua kelompok yang pandai
berinteraksi dan memimpin dengan menggunakan beberapa kemahiran tertentu agar
matlamat dan tujuan kelompok tersebut tercapai. Hal ini dikatakan demikian kerana
ketua kelompok menjadi penggerak utama dalam setiap perkembangan ahli kelompok
dan dapat menggalakkan interaksi yang sihat sesama ahli. Kaunselor atau ketua
kelompok yang memimpin kaunseling kelompok adalah lebih sukar daripada
kaunseling individu. Oleh sebab itu, ketua kelompok memerlukan persediaan yang rapi
agar interaksi dan komunikasi dalam kelompok lebih berkesan.

Berdasarkan video yang dikaji, antara kemahiran yang digunakan adalah


kemahiran membina perhubungan. Kemahiran membina perhubungan merupakan
langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina
perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan
ahli kelompok supaya ahli kelompok sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi
perangsang kepada ahli kelompok agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan
pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku
yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat
beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana
terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata,
pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk
dalam kaunseling.

Selain itu, kaunselor juga mengaplikasikan kemahiran mendengar dalam sesi


kaunseling kelompok tersebut. Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang
perlu dikuasai dengn baik oleh seseorang kaunselor. Secara amnya dapatlah kita
katakan bahawa mendengar itu adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba
sedaya upaya memberi sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk
memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara berkesan.
Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua
bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan.
Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami mesej yang
disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya mesej secara lisan
lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya, sebutan dan sebagainya.

Seterusnya ialah kemahiran berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi


merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor
mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh
ahli kelompok. Kaunselor menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-
buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua ahli kelompok adalah berpelajaran
tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas.

Akhir sekali, kemahiran yang digunakan oleh kaunselor ialah kemahiran


menyoal. Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah
sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk
mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan
dijawab oleh ahli kelompok. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan
dengan usaha menggalakkan ahli kelompok menjelajah dan memahami perasaannya.
Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan
berupaya untuk menarik perhatian ahli kelompok untuk meluahkan perasaan dan
masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat.

3.0 CONTOH DIALOG BAGI SETIAP KEMAHIRAN YANG DINYATAKAN

Berikut menunjukkan cotoh dialog yang terdapat di dalam video yang dirujuk
bagi setiap kemahiran yang dinyatakan sebelum ini, terdapat kemahiran mendengar,
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyoal.

A. Kemahiran mendengar

Ahli Kelompok Saya dari fakulti law, fakulti law ni jadual dia sangat padat..
banyak sangat kelas .. kena masuk mood court dan undang-
undang.. Saya juga suka ikuti program kelab dan persatuan..
Ketua Kelompok Emmmm, okay
Ahli kelompok Setiap weekend jarang ada dekat hostel atau bilik sebab terlalu
busy… Assignment group pula sealu tak datang., saya susah lah
nak bahagikan masa sebab terlalu busy
Ketua Kelompok Ermmm,, okay baikk
*mengangguk kan kepala

B. Kemahiran Berkomunikasi
Ketua Kelompok Saya rasa abang atau kakak awak lebih berani untuk cuba
membantu, anak-anak pun tak sanggup tengok mak ayah
macam tu.. mesti rasa terkesan
Ahl Kelompok Saya pun ada bagitau kakak saya sebab dia lebih rapat dengan
mak.. suruh dia tanya mak semua ada masalah ke?
Ketua Kelompok Insya Allah semoga hubungan makin elok selepas ni lah
C. Kemahiran Menyoal
Ketua Kelompok Memang selalu awak nampak dia macam tu?
Ahli Kelompok Selalu, hari-hari
Ketua Kelompok Kira nya baru sem ni lah awak satu bilik dengan dia?
Ahli Kelompok Haah, ye
Ketua Kelompok Sebelum ni awak pernah nampak dia tak?
Ahli kelompok Tak pernah nampak pun dia

4.0 JENIS KELOMPOK YANG DIJALANKAN

Jenis kelompok yang dijalankan dalam sesi kaunseling yang dipilih


ialah kelompok kaunseling atau teraputik ia merupakan kelompok yang dibentuk bagi
mewakili keadaan sebenar sebaik mungkin. Dalam kelompok ini, ahli-ahli akan
memainkan peranan untuk membantu ahli yang mengalami masalah. Kelompok ini
lebih berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan
mampu menghalang masalah yang bakal berlaku. Menurut Zuraidah, 1989 kaunseling
kelompok ialah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk
memberi pertolongan yang berkesan kepada individu yang normal yang menghadapi
masalah-masalah seharian yang biasa dalam satu jangka waktu yang sama.

Fokus utama kaunseling kelompok adalah membantu individu


menerokai dan mengkonfrantasi ketidakpuasan yang dilalui oleh mereka. Ahli-ahli
yang mengalami masalah akan dibantu mencari jalan dan melaksanakan strategi bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Pemimpin kelompok harus cuba menyediakan
suasana yang teraputik bagi memberi keselesaan, rasa selamat dan penuh kepercayaan
bagi membolehkan setiap individu menilai diri-sendiri, meningkatkan perkembangan
diri dan dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih berkesan.

Jumlah ahli kelompok adalah sekitar 6 hingga 12 orang dan


keahlian adalah heterogeneous atau pelbagai. Ini adalah bagi mempertingkatkan
sumber dalam kelompok. Dengan sumber yang pelbagai ini akan meningkatkan
motivasi dan minat kelompok untuk kekal. Ahli-ahli dalam kelompok kaunseling
menggunakan potensi ahli bagi memahami diri sendiri, merancang, mengubah dan
melaksanakan pelan tindakan yang dirancang dalam kelompok.

5.0 PERINGKAT SESI KAUNSELING

Menurut Corey (2004), peringkat bagi sesi kaunseling mempunyai empat


peringkat, iaitu peringkat permulaan, peringkat transisi, peringkat bekerja dan peringkat
penamatan. Berdasarkan video yang dirujuk, saya mendapati sesi kaunseling kelompok
tersebut berada peringkat bekerja. Peringkat yang menyaksikan penyatuan di kalangan
ahli kelompok mula dapat menerima antara satu sama lain serta hubungan bertambah.
Sebagai contoh, dalam video tersebut kita dapat lihat ketika ketua kelompok bertanya
mengenai masalah yang dialami oleh setiap ahli kelompok. Kesemua ahli kelompok
memberi kerjasama berkongsi masalah yang mereka hadapi dan ahli kelompok yang
lain juga saling memberi pandangan terhadap masalah ahli kelompok. Dari situ, kita
dapat lihat bahawa ahli kelompok dapat menerima dan memberi maklum balas antara
satu sama lain dengan cara yang lebih bersesuaian tanpa menimbulkan perasaan
defensif sekaligus memudahkan kelompok bergerak untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan.

Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain mengenai peringkat bekerja di dalam video
yang dirujuk seperti komunikasi menjadi semakin terbuka serta ahli kelompok mula
meluahkan perasaan dengan lebih tepat berkaitan isu masalah atau pengalaman masing-
masing di mana kesediaan bagi mengambil risiko juga meningkat. Keadaan ini
menyebabkan ahli kelompok lebih bersedia untuk membincangkan mengenai masalah-
masalah yang lebih peribadi dalam kelompok tersebut.

Di samping itu, kita dapat lihat pada peringkat bekerja ini terdapat ahli
kelompok membawa isu yang ingin dibincangkan memberanikan diri bagi membuat
pendedahan kendiri serta saling menghormati antara satu sama lain. Ciri seterusnya
yang boleh didapati pada peringkat ini adalah wujud tahap kepercayaan yang tinggi di
mana ia akan memberi keyakinan dan juga keselesaan di kalangan ahli kelompok.
Keadaan tersebut dapat menggalakkan ahli kelompok supaya melibatkan diri dalam
komunikasi terbuka, meneroka masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan
bekerjasama memberi pendapat serta pandangan yang jujur.
6.0 ULASAN VIDEO BERDASARKAN KELANCARAN PROSES SESI
KAUNSELING

Pada pendapat saya, sesi kaunseling kelompok berdasarkan video yang dipilih telah
berjalan dengan baik dan lancar secara keseluruhannya di mana ketua kelompok dan juga
ahli-ahli kelompok telah memainkan peranan dan tanggungjawab tersendiri dengan baik
dalam membincangkan isu yang dihadapi. Pada peringkat meningkat dewasa ini, kaunselor
memainkan peranan dengan memberikan sokongan dan dorongan agar kelancaran
perjalanan sesi kelompok tidak terjejas. Proses sesi kelompok tersebut juga mula dilihat
selesa untuk berkongsi isu atau pengalaman antara sesama ahli kelompok serta dapat
membina hubungan yang baik antara mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana tahap
kepercayaan ahli kelompok telah meningkat selain mula dapat menerima antara satu sama
lain.

Selain itu, persekitaran yang selamat dan kondusif juga mendorong ahli kelompok
untuk terus berkongsi tanpa mempunyai perasaan defensif dalam diri meskipun berbentuk
isu yang lebih peribadi. Terdapat juga beberapa kemahiran yang digunakan oleh ketua
kelompok seperti kemahiran membina perhubungan, kemahiran mendengar, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran menyoal dan sebagainya untuk memastikan kelancaran sesi
kaunseling kelompok berkesan dan berjalan dengan lancar.

Namun begitu, pada pandangan saya terdapat beberapa kekurangan yang telah
dilakukan oleh ketua kelompok sepanjang sesi kelompok tersebut berjalan. Antaranya
adalah terdapat beberapa situasi di mana ahli kelompok memberikan pandangan yang
terlampau ringkas dan tidak memberikan penerangan secara teliti tentang nasihat dan
dorongan yang diberikan. Hal ini boleh menyebabkan ahli kelompok yang mengalami
masalah akan tergantung pada persoalan yang bermain di minda. Bukan itu sahaja, ia juga
akan membawa kepada implikasi lain misalnya seperti masalah yang dibelenggu ahli
kelompok mungkin tidak akan menjumpai jalan penyelesaian seperti yang diharapkan. Oleh
itu, sebaiknya ketua kelompok seharusnya memberikan nasihat kepada ahli kelompok yang
ingin membantu dengan memberi nasihat tersebut agar memberikan maklumat secara teliti
tentang jalan penyelesaian yang dicadangkan agar dapat mengelakkan berlakunya sebarang
kekeliruan sepanjang sesi kaunseling kelompok dijalankan. Secara tidak lansung, ia akan
meningkatkan lagi keberkesanan sesi kaunseling kelompok yang dijalankan.
7.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, kaunseling kelompok dapat memberikan peluang kepada ahli


kelompok yang datang daripada pelbagai latar belakang supaya dapat merasai pengalaman
kaunseling bersama-sama. Malah pendekatan kaunseling kelompok ini juga mempunyai
prosedur yang sedikit berbeza dari kaunseling individu. Namun, pendekatan ini turut
memperlihatkan positifnya terhadap klien dan juga kaunselor. Pemilihan pendekatan yang
ingin dijalankan oleh seseorang kaunselor perlulah dinilai dan dilihat dari pelbagai sudut
agar pendekatan yang dijalankan berkesan terhadap proses menolong klien.

Di samping itu, kaunseling kelompok juga dapat memberikan peluang kepada ahli
kelompok yang datang daripada pelbagai latar belakang supaya dapat merasai pengalaman
kaunseling bersama-sama. Kaunseling kelompok yang menguruskan lebih ramai ahli
kelompok pada satu-satu masa berbanding kaunseling individu di mana ahli terdiri daripada
berlainan jantina, kaum dan agama dan ini membuktikan mereka mempunyai keunikan ynag
tersendiri melalui kepelbagaian yang terbentuk.

Selain itu, melalui kaunseling kelompok juga dapat membekalkan sokongan dan
empati yang diperlukan oleh mereka. Sistem sokongan yang terhasil mampu menggalakkan
ahli memberi komitmen yang serius dan berkesan kepada perkembangan diri dan kelompok.
Suasana dan keadaan teraputik dalam sesi kaunseling kelompok dapat menggalakkan ahli
meneroka isu atau masalah mereka dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama ia
juga memberi galakan kepada ahli kelompok untuk berkongsi dengan lebih terbuka termasuk
berkaitan isu-isu yang peribadi mahupun sensitif.
Tambahan pula, pendekatan kaunseling kelompok ini juga menggalakkan ahli
dengan menjadi penyumbang secara aktif dalam perhubungan bersama dengan individu
yang lain.
Selain itu, melalui ahli kelompok juga dapat membekalkan sokongan dan empati
yang diperlukan oleh mereka. Sistem sokongan yang terhasil mampu menggalakkan ahli
memberi komitmen yang serius dan berkesan kepada perkembangan diri dan kelompok.
Suasana dan keadaan yang teraputik dalam sesi kelompok dapat menggalakkan ahli
meneroka isu atau masalah mereka dengan lebih mendalam dan pada masa yang sama ia
juga memberi galakan kepada ahli kelompok untuk berkongsi dengan lebih terbuka
termasuk berkaitan isu-isu yang peribadi mahupun sensitif.
Akhir sekali, pendekatan kaunseling kelompok ini juga menggalakkan ahli dengan
menjadi penyumbang secara aktif dalam perhubungan bersama dengan individu yang lain
(Zuraidah, 2010).

8.0 RUJUKAN

1. Daisy, D. (2023, Januari 19). Kaunseling Kelompok Diyana Unisza. Retrieved from
https://www.youtube.com/watch?v=M4gT2MP_0Kq

2. Franklin, M. S. (2023, Januari 25 ). Bab 1 Kelebihan Kaunseling Kelompok. Retrieved


from https://www.slideshare.net/sinan81/bab-1-kelebihan-kaunseling-kelompok

3. Ismail, A. (2021). Kaunseling Kelompok (Proses, Kemahiran dan Isu). Negeri Sembilan:
USIM.

4. Mohamed Sharif Mustaffa, R. A. (2023, Januari 30). Kemahiran Asas Seorang Kaunselor.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/317087330_KEMAHIRAN_ASAS_SEO
RANG_KAUNSELOR

5. Shalida, N. (2023, Januari 21). Kaunseling Kelompok. Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/253271804/KAUNSELING-KELOMPOK

6. Sipon, D. S. (2023, Januari 26). Kemahiran Asas Kaunseling. Retrieved from


http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-
kaunseling.html

7. Yen, W. N. (2023, Januari 23). Ulasan Video Sesi Kaunseling. Retrieved from
https://www.coursehero.com/u/file/62853716/WAN-NURUL-AISYAH-
S50645pdf/

Anda mungkin juga menyukai