Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGHARGAAN
Pertamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya mampu untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Tanpa keredhaanNya saya tidak mungkin mampu untuk
melakukan sehabis baik untuk tugasan saya pada kali ini.
Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya.
tanpa mereka saya tidak akan mampu untuk berada di sini menerima, melakukan
dan menyiapkan tugasan saya pada kali ini. Sumbangan lain seperti duit dan
sokongan moral amat saya hargai untuk sampai ke tahap ini.
Kemudian penghargaan ini juga saya tujukan kepada pensyarah pembimbing
saya iaitu Pn Teoh Yang Sok kerana telahpun memberikan segala dorongan dan
tunjuk ajar sepanjang tugasan ini. Tanpa beliau, maka tugasan ini tentunya akan
bertambah rumit dan sukar untuk disiapkan.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan saya kerana tanpa daya
bimbingan mereka saya tidak akan mampu untuk berfikir di luar kotak. Mereka
adalah rakan seperjuangan dan juga daya kekuatan saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang
terlibat di dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih.

2.0PENGENALAN KAUNSELING KELOMPOK


Kemahiran asas kaunseling terutamanya kaunseling kelompok amat penting
dalam proses membantu klien di sekolah rendah. Seseorang guru yang menguasai
kemahiran kaunseling kelompok pastinya mempunyai kelebihan ketika membantu
murid berbanding guru yang tidak mempunyai kemahiran kaunseling tersebut.
Terdapat pelbagai jenis permasalahan, kekangan dan cabaran yang akan
dihadapi oleh seorang guru yang menggunakan kaunseling kelompok bersama
dengan murid. Saya sebagai seorang guru haruslah mendalami kekangan dan
cabaran ini supaya saya sendiri mampu untuk mengatasi permasalahan ini,
sekaligus menggunakan kaunseling kelompok dengan lebih jayanya.
Baroody (1987) mengatakan bahawa seseorang itu perlu mendalami konsep
terlebih dahulu untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi seterusnya membuat
penyelesaian terhadap permasalahan tersebut. Oleh itu, sebelum mendalami
masalah yang dihadapi dalam kaunseling kelompok hendaklah saya mengetahui
apakah kaunseling kelompok tersebut.
Kamus Webster menyatakan kelompok adalah two or more figures forming a
design or unit in a design; an assemblage of persons or things forming a separate
unit, cluster an aggregation; an assemblage of objects having some relationship,
resemblance, or common characteristics. Secara khususnya kelompok adalah satu
kumpulan manusia atau benda yang terbentuk di mana kumpulan ini mempunyai
ciri-ciri yang sama berbanding dengan orang lain.
Oleh itu, kaunseling kelompok ini boleh dikatakan sebagai satu kumpulan
orang yang mempunyai satu pemasalahan yang sama dan mereka menggunakan
interaksi di mana interaksi ini akan menghasilkan cadangan penambahbaikan
ataupun penyelesaian masalah di antara mereka sendiri. kaunseling kelompok juga
didefinisikan oleh beberapa pengkaji mengikut pandangan dan pendapat mereka
sendiri.
Gibson dan Mitchell(1981) mentakrifkan bahawa kaunseling kelompok ini
merupakan satu proses bagi membantu sekumpulan orang untuk menyesuaikan diri
dengan hal-hal harian. Seperti yang kita tahu, masalah yang timbul biasanya datang
dari kitaran hidup yang kita lalui hari-hari. Melalui pandangan pengkaji ini, mereka
2

berpendapat akan ada satu permasalahan harian yang serupa dari satu kelompok.
Sebagai contoh, masalah yang datang daripada pergaulan bersama orang
sekeliling. Dengan bersama dengan individu serupa seperti ini mereka akan lebih
selesa meluahkan pendapat mereka dan menyatakan masalah mereka dengan lebih
berkeyakinan.
Dryer

dan

Vriend(1981)

juga

berpendapat

kaunseling

kelompok

ini

merupakan pertolongan daripada segi sosial dan juga psikologi. Daripada


pertolongan ini, ahli di dalam kelompok akan mencuba untuk mengubah tingkah laku
dan melakukan pencegahan kepada masalah yang dialami. Daripada penyataan ini,
dapat dikatakan yang melalui kaunseling kelompok ini kumpulan ini sendiri yang
akan memberikan pandangan mereka dalam bagaimana untuk menyelesaikan
masalah mereka. Malah, salah seorang daripada ahli dalam kelompok ini ada yang
sudah mampu untuk mencegah masalah yang dihadapi. Seterusnya, ahli ini Cuma
akan memperkenalkan cara dan daripada cara ini ahli lain akan cuba untuk
menganalisis dan

seterusnya

mengeluarkan cara baru

jikalau cara yang

diperkenalkan tidak sesuai dalam keadaan dan situasi mereka.


Definisi ketiga yang saya perolehi datang daripada Carl Rogers(1970) yang
menyatakan bahawa kaunseling kelompok adalah orientasi bagi permasalahan dan
pemulihan. Kemudian, pelaku kesalahan akan dirasionalkan kembali oleh orang
ramai. Penyataan ini sesuai kepada aktiviti melakukan intervensi kepada pesalah. Di
mana, orang yang berada di sekeliling pesalah akan membantu meningkatkan
semangat dan kekuatan emosi pesalah untuk mencegah dan memperbetul laluan
salah yang dilalui pesalah. Kelompok yang dirujuk merupakan ahli keluarga
mahupun sahabat handai kerana mereka sajalah yang lebih mengetahui keadaan
sebenar pesalah.
2.1 PERMASALAHAN SEMASA MELAKSANAKAN PROSES KAUNSELING
Definisi di atas mentafsirkan bahawa kaunseling kelompok adalah satu
kumpulan untuk memberikan yang terbaik supaya mereka sendiri dapat mengatasi
masalah harian mereka. Akan tetapi di dalam proses ini terdapat pelbagai
permasalahan yang dapat diutarakan. Permasalahan ini hendaklah ditegah kerana
permasalahan ini akan membuat kaunseling kelompok ini tidak mencapai objektif

klien untuk menyelesaikan masalah mereka. Permasalahan ini akan datang


daripada ahlii tersebut itu sendiri.
Permasalahan yang pertama yang saya dapati adalah kaunseling kelompok
ini mengutamakan pendapat majoriti. Memandangkan kaunseling kelompok
merupakan salah satu kunseling yang menggunakan pendapat daripada ahli klien,
maka pendapat dan pandangan mereka diambil kira. Manakala, kaunselor Cuma
lebih kepada pemerhati dan juga hanya menolong di dalam perbincangan di tahap
klien sudah buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Ini akan mendatangkan akibat
buruk kepada kaunselor kerana pandangan majority akan merendahkan lagi moral
kepada klien yang tersisih.
Sebagai contoh, jikalau jalan penyelesaian yang diambil oleh seorang klien
memberikan rasa tidak puas hati kepada majoriti di dalam kaunseling kelompok itu,
dia akan merasa lebih rendah diri dan akhirnya keyakinan untuk menyatakan
pendapat pada masa akan datang akan berkurangan. Akhirnya, akan menimbulkan
permasalahan yang baharu. Oleh sebab itu, permasalahan ini harus diatasi oleh
kaunselor sebelum keadaan seperti ini menular dalam kelompok kaunseling
tersebut.
Permasalahan yang kedua yang bakal diterima oleh kaunseling kelompok
adalah ketidakhadiran dari kalangan kelompok itu sendiri. ketidakhadiran akan
membuatkan proses pemulihan bagi klien terbantut. Akan tetapi, ketidakhadiran ini
datang dari pelbagai sebab. Faktor utama adalah daripada kelompok itu merasakan
dirinya tidak selamat. Tidak selamat bukanlah bermaksud keganasan berlaku di
dalam kaunseling kelompok tersebut. Akan tetapi, ianya bermaksud klien
berpandangan kedatangannya itu adalah di dalam keterpaksaan dan belum mampu
untuk mengikut pandangan dan pendapat daripada ahli di dalam kelompok tersebut.
Jikalau kehadiran daripada klien ini tidak tekal ataupun konsisten, maka
mereka akan merasakan bahawa perbincangan yang dilakukan di dalam kelompok
tersebut tidak mempunyai satu kesinambungan. Oleh kerana itu, kaunselor
memainkan peranan penting untuk membuat ahli di dalam kelompok tersebut
merasa selamat dan diterima oleh ahli yang lain supaya ada nampaknya
peningkatan di dalam menyelesaikan masalah ahli.

Apa yang boleh dilakukan oleh kaunselor adalah dengan memberikan


bimbingan di dalam setiap perbincangan dan memastikan tiada ahli yang terkecuali.
Kemudian, jikalau ada ahli yang tidak hadir, maka kaunselor hendaklah memastikan
ahli tersebut mempunyai alasan yang kukuh. Manakala jikalau ada ahli yang terlepas
daripada perbincangan yang sebelumnya, pada sesi yang seterusnya mestilah
menceritakan kembali kepada klien tersebut.
Permasalahan yang seterusnya adalah dari segi tingkah laku memonopoli
ataupun membolot. Apa yang dimaksudkan di sini adalah ada ahli yang cuba untuk
menarik perhatian di dalam kelompok dengan hanya menceritakan halnya sahaja
dan menguasai perbincangan di dalam kelompok tersebut. ahli seperti ini bagus,
akan tetapi membuatkan ahli yang lain tidak berkesempatan untuk meluahkan
pandangan dan pendapat mereka. Akibatnya, akan ada ahli yang merasakan tidak
puas hati di kalangan kelompok.
Sebagai seorang kaunselor, apa yang patut dilakukan adalah menghentikan
perbuatan tersebut tanpa menyinggung perasaan klien itu. Dengan menggunakan
kata-kata yang sesuai dan ayat yang lembut seperti, kita telah mendapat banyak
pandangan dan pendapat daripada Ali, bagaimana pula jikalau kita mendengar
pendapat dari ahli yang lain.
Selain daripada itu, permasalahan lain yang akan timbul di dalam kaunseling
kelompok adalah datang dari sikap negatif ahli itu sendiri. setiap manusia
mempunyai ragam dan tingkah laku yang berlainan. Begitu juga di dalam aktiviti
yang berkelompok. Kepelbagaian ragam dantingkah laku ini akan mempengaruhi
proses kaunseling kelompok yang dijalankan. Tingkah laku negatif yang selalu
ditunjukkan adalah tidak menghormati pandangan orang lain, datang lewat dan
sebagainya akan mendatangkan masalah kepada ketua kumpulan tersebut.
Daripada permasalahn ini, apa yang boleh dilakukan oleh kaunselor adalah
untuk memilih seorang ketua, supaya dia dapat memerhatikan tingkah laku negatif
yang sering dipamerkan oleh ahli sesbuah kelompok. Dengan pengetahuan ini,
kaunselor akan dapat memberikan teguran secara persendirian dan dapat
mengendalikan aktiviti kelompok dengan lebih baik.

Tambahan pula, permasalahan timbul seperti ahli yang cuba untuk


mendiamkan diri di dalam proses kaunseling kelompok ini. Pada peringkat
permulaan kaunseling kelompok ada yang akan mendiamkan diri kerana kurang
selesa dengan suasana kelompok. Ini akan berlaku apabila kumpulan kelompok
yang disertainya bukanlah dari kalangan kelompok yang biasa dia bergaul. Apatah
lagi apabila ahli terdiri daripada ahli yang berbeza umur. Malah, ahli ini turut
mendiamkan diri apabila ahli tersebut belum bersedia untuk menyertai kaunseling
tersebut.
Contohnya adalah sekumpulan pelajar bermasalah yang dirujuk oleh
kakitangan sekolah. Kaunselor hendaklah memberi galakan dan dorongan kepada
ahli yang tidak mahu bercakap. Walau bagaimanapun, kaunselor ditegah untuk
memaksa atau menyingkirkan ahli tersebut. langkah yang seterusnya jikalau perkara
ini masih berlaku adalah dengan memanggil ahli tersebut secara perseorangan dan
bertanyakan masalah yang dihadapi olehnya.
Permasalahan yang terakhir yang saya dapati adalah apabila di dalam ahli
kelompok tersebt menunjukkan sikap menentang. Di dalam kaunseling kelompok,
akan terdapat pernyataan daripada ahli lain dan ini akan memberikan peluang bagi
ahli lain untuk tidak sependapat dan secara ekstrimnya menentang pendapat
tersebut. perkara yang kedua adalah apabila ahli menunjukkan sikap tidak berminat
dan terus menentang denagn tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut. ini akan
mengakibatkan penangguhan penyelesaian masalah di dalam kumpulan tersebut.
Kaunselor patut mengenakan tindakan dengan lebih terperinci dengan
memberikan kata putus yang tegas di setiap perbincangan yang diakhiri dengan
perbalahan. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan jalan penyelesaian
tersebut dengan menilai setiap pendapat dari segi kebaikan dan keburukan dan
menghasilkan kata putus untuk mengikuti pandangan ahli.
2.2 KEJAYAAN DAN CABARAN KAUNSELING KELOMPOK DI SEKOLAH
2.2.1 KEJAYAAN
Di dalam setiap permasalahan yang timbul, akan ada juga kejayaan yang
akan membuahkan hasil malah akan ada juga cabaran yang bakal diterima oleh
seorang guru kaunseling di sekolah. daripada kejayaan ini hendaklah diambil iktibar
6

dan daripada cabaran haruslah kita pelajari dan perbaiki supaya keadaan murid di
dalam sekolah dapat mengembalikan semangat mereka dan mengurangkan
masalah disiplin di sekolah.
Lewin(1948), mengatakan interaksi ahli kelompok nampak mudah tetapi
sebenarnya adalah kompleks di mana ianya merupakan proses sosial yang
kompleks yang wujud dalam kelompok dan boleh mempengaruhi tindakan serta
hasil kelompok. Pernyataan ini menerangkan betapa susahnya untuk membimbing
satu kumpulan kelompok ke arah kejayaan yang diingini. Kejayaan pertama yang
boleh dilihat adalah apabila ahli kelompok mampu untuk berinteraksi dengan lebih
baik.
Melalui hasil interaksi yang baik, kita tahu murid tidak lagi merasa malu untuk
meluahkan pendapat dan permasalahan di dalam diri mereka. Dengan itu, mereka
mampu mensintesiskan keadaan tersebut dan menganalisis permasalahan supaya
dapat menyelesaikan masalah sebagai ahli di dalam kumpulan. Interaksi yang
berjaya akan membimbing ahli kumpulan itu kea rah penjelasan permasalahan yang
lebih baik.
Kejayaan yang kedua adalah apabila murid dapat mendengar kepada ahli lain
supaya ahli lain boleh difahami. Dengan itu, masalah boleh dikendalikan melalui
pelbagai cara. Melalui pendengaran, murid tahu dia diberikan perhatian, dan akan
merasa dirinya itu berharga. Malah, keadaan ini akan meningkatkan lagi rasa
kesejahteraan dan keselamatan ahli di dalam kelompok tersebut. kemahiran
pendengaran ini penting supaya murid dapat memberikan contoh penyelesaian yang
bermakna bagi ahli di dalam kelompok. Malah mereka dapat membuat refleksi
sesame mereka untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Akan tetapi bukanlah
bermakna dengan mendengar mereka boleh mencela ataupun merendahkan
individu lain malah mereka seharusnya menaikkan motivasi ahli lain di dalam
kelompok tersebut.
Begitulah kejayaan yang ketiga, peningkatan di dalam semangat dan motivasi
murid. Peningkatan ini dapat dilihat apabila keluar sahaja daripada sesi kaunseling
tersebut, mereka lebih berkeyakinan untuk bersama dan meluahkan apa yang
tersirat di dalam hati mereka. Sebagai contoh apabila murid bermasalah diletakkan
di dalam kaunseling, mereka akan merasakan diri mereka lebih teruk daripada orang
7

lain. Apabila kaunseling kel0ompok ini berjaya, masalah disiplin bukan sahaja dapat
dikurangkan malah mereka akan lebih bersemangat untuk memastikan diri mereka
diterima oleh murid yang lain di dalam sekolah. Bukti utama apabila murid ini
nampak lebih berani adalah apabila murid ini mula mengikuti aktiviti kokurikulum di
dalam sekolah.
Tambahan pula, kejayaan di dalam proses kaunseling kelompok ini adalah
dapat

ditafsirkan

apabila

ahli

menunjukkan

nilai

yang

istimewa

setelah

mengendalikan masalah dengan melibatkan komunikasi dengan orang lain. Murid ini
bersifat lebih terbuka, lebih bersosial dan menghabiskan masanya dengan perkara
yang lebih berfaedah. Di dalam keadaan sekolah, murid sentiasa merasakan bilik
Bimbingan dan Kaunseling adalah tempat di mana murid bermasalah ditempatkan.
Dengan menunjukkan perubahan positif dan nilai yang baik, petak fikiran seperti ini
akan diubah oleh kalangan murid di dalam sekolah itu sendiri dan mereka akan
merasakan selamat untuk menyatakan permasalahan mereka pada masa akan
datang.
Kejayaan yang paling penting adalah apabila murid itu dapat menghasilkan
sendiri jalan penyelesaian dan melakukannya. Kejayaan ini akan mengakibatkan
perubahan yang drastic dan murid ini akan berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya
akan menghasilkan murid yang bertauliah dan lebih bersemangat di dalam
pembelajaran. Malah, murid yang Cuma datang untuk menaikkan motivasi akan
lebih bersemangat dan berdaya saing untuk menempuh dugaan hidup sebagai
murid di dalam sekolah.
2.2.2 CABARAN
Di sebalik kejayaan ini, pelbagai cabaran yang perlu dirempuh dan ditempuh
untuk mendapat hasil kejayaan di atas. Kejayaan daripada kaunseling kelompok itu
datang daripada murid itu sendiri, begitu juga dengan cabaran.
Cabaran yang pertama dalam ketidakpercayaan murid kepada ahli di dalam
satu kumpulan tersebut untuk menyimpan rahsia di dalam perbincangan mereka.
Ada sesetengah perbincangan adalah lebih diskrit and murid akan merasa tidak
selamat di dalam perbincangan tersebut. Ini akan mendatangkan masalah kepada

kelompok tersebut lalu tidak akan ada perkembangan dari segi emosi dan mental
mereka untuk menghasilkan penyelesaian di dalam kumpulan mereka.
Cabaran kedua berkait rapat dengan yang pertama iaitu murid tidak bersikap
jujur dan ahli di dalam kelompok berpura-pura. Disebabkan oleh itu, murid akan
memberikan pendedahan yang minimum di dalam interaksi kumpulan mereka. Ini
akan membuatkan keadaan di dalam kelompok itu mula tidak mempercayai ke atas
satu sama lain dan akhirnya akan mengakibatkan janggal, dan yang paling teruk
adalah mengakibatkan perselisihan faham dan kemudiannya pertelingkahan.
Seterusnya, cabaran di mana murid di dalam kelompok tersebut cuba untuk
menuduh orang lain cuba menimbulkan masalah dalaman di dalam kelompok. Ini
akan berlaku sekiranya murid mula tidak berpuas hati dan akhirnya mereka
mengambil kata putus untuk memberikan kesalahan itu kepada murid di dalam
kelompoknya. Permasalahan seperti ini terjadi sekiranya murid tersebut merasakan
dirinya ditindas dan pandangannya tidak didengari.
Tambahan pula, cabaran yang saya dapati melakukan kaunseling kelompok
di dalam sekolah adalah apabila murid membentuk klik di dalam kelompok dan
menindas ahli lain sekaligus menyebabkan komunikasi tidak terbuka di dalam
kumpulan. murid mula tidak mendapat sefahaman dan tiada kata putus di hujung
perbincangan. Di sini akan mengakibatkan ketidak keseinambungan di dalam
perbincangan yang lepas dan yang akan datang.
Cabaran yang terakhir yang saya dapati adalah apabila murid yang cuba
mempertahankan pendapatnya dan tidak membuka cadangan kepada orang lain.
Walaupun orang lain menyuarakan pendapat mereka, dia tetap tidak berganjak
daripada pendapatnya. Keadaan ini menyukarkan murid untuk menganalisis
permasalahannya dan menetapkan jalan penyelesaian yang lebih sesuai di dalam
kumpulan.
2.3 KEKANGAN GURU KAUNSELING
Sebagai seorang guru kaunseling, saya hendaklah lebih bersabar dan juga
memikirkan apa yang terbaik untuk para pelajar saya. Oleh itu, saya mestilah
mendalami apakah kekangan yang patut saya atasi di dalam melakukan dan
melaksanakan kaunseling kelompok ini bersama murid saya. kekangan ini akan
9

datang daripada pelbagai ancaman luar dan akhirnya akan mengakibatkan masalah
timbul kepada kaunseling kelompok. Kekangan ini timbul daripada beberapa pihak
dan akan dijelaskan dengan lebih mendalam lagi.
Pihak yang pertama adalah daripada pihak sekolah itu sendiri. Maksud saya
apabila pihak sekolah yang memberikan kekangan adalah daripada segi masa.
Pihak sekolah lebih mementingkan pelajaran dan kelas yang diambil murid
berbanding membentuk emosi murid yang stabil untuk menerima pembelajaran di
dalam kelas. Masa yang diambil biasanya oleh guru kaunseling adalah pada waktu
rehat dan ini cuma akan membantutkan keperluan fizikal murid untuk makan pada
keadaan yang sebegitu. Malah, guru bimbingan dan kaunseling akan mendapat sesi
di dalam keadaan yang tergesa-gesa dan ini akan menimbulkan masalah kepada
kaunseling itu sendiri.
Kekangan kedua yang datang daripada pihak sekolah juga adalah apabila
pihak sekolah hanya menghantar murid yang mempunyai masalah disiplin untuk
berjumpa dengan guru kaunseling. Permasalahan murid datang daripada pelbagai
bentuk. Oleh yang sedemikian, bukan murid yang mempunyai masalah disiplin
sahaja yang memerlukan masa untuk kaunseling. Ada murid yang takut untuk
berhadapan dengan murid lain, ada murid yang mengalami keresahan berada di
khalayak ramai dan sebagainya. Kita sebagai seorang guru haruslah menghapuskan
pemikiran yang sebegini untuk memastikan murid mendapat p[erhatian yang cukup
dan saksama di antara mereka.
Kekangan pihak kedua adalah daripada ibu bapa murid tersebut. Kekangan
ini muncul apabila ibu bapa enggan memberikan informasi atau tunjuk ajar kepada
anak mereka apabila berada di rumah. Informasi persekitaran mereka penting
supaya mereka dapat mendalami lebih lagi psikososial murid supaya guru dapat
mengagak apa yang ada di dalam kotak pemikiran murid. Malah, ada sesetengah
permasalahan ini datang daripada keluarga itu sendiri. Akan tetapi, guru tidak boleh
mengambil

keputusan

sewenang-wenangnya.

Kekangan

ini

juga

akan

mengakibatkan murid takut untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci


kepada permasalahan mereka.
Kekangan yang terakhir yang terdapat di dalam bimbingan dan kaunseling
kelompok adalah datang daripada guru bimbingan dan kaunseling itu sendiri.
10

sebagai contoh adalah kelayakan guru itu sendiri. guru yang tidak berkelayakan
Cuma akan memberikan dan menambah permasalahan kepada murid kerana guru
tersebut tidak mampu untuk mengadakan kaunseling kelompok dengan betul dan
saksama.
Malah, guru kaunseling yang seperti hangat-hangat tahi ayam ketika
melakukan tugas cuma akan melakukan kerja mereka sambal lewa dan murid tidak
akan melakukan perubahan kepada diri mereka untuk ke arah yang lebih baik. Kalau
guru acah-acah murid hanya akan mengikut. Oleh itu, guru bimbingan dan
kaunseling harus berintegriti dan menghasilkan kerja yang baik kepada murid
mereka. Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan kita, siapa?
2.4 RUMUSAN
Di dalam kaunseling kelompok, pelbagai kekangan, cabaran dan prosedur
yang patut diikuti. Tapi, itu bukan bermaksud yang apa yang guru bimbingan dan
kaunseling itu mustahil untuk dicapai. Bak kata orang, di mana ada usaha, di situ
ada jalan. Saya sebagai seorang guru haruslah membimbing murid kearah yang
lebih baik daripada semalam, dan kaunseling kelompok merupakan salah satu cara
untuk membentuk jati diri insan daripada murid itu sendiri, InsyaAllah.

11

2.0 BIBLIOGRAFI
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2013). Bimbingan dan Kaunseling KanakKanak. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Arthur P.Llyod & Aminah Haji Hashim (1988). Bimbingan dan Kaunseling di
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Choong Lean Keow (2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak Untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dr. Zainal Abidin (2006). HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:
Open University Malaysia.
Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur:
PTS Publication and Distirbutors Sdn. Bhd.
Lee Keok Cheong (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Malek Muhamat Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Di Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad & Hamdan Abdul Kadir (2006). Teori dan
Praktis Kaunseling Kelompok Kontemporari. Johor Darul Taazim: Universiti
Teknologi Malaysia.

12

Anda mungkin juga menyukai