Anda di halaman 1dari 21

Penggunaan Teknik Konfrantasi dalam Membantu Klien Tidak Rasional

terhadap Isu Kekeluargaan : Satu Kajian Kes

1.0 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa
dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar. Kajian kes adalah suatu strategi
kajian komprehensif, bukannya suatu teknik pengumpulan data (Yin, 1994). Satu
kajian kes dijalankan atas disebabkan oleh aktiviti, peristiwa atau masalah yang
menggambarkan keadaan yang sebenar atau seperti yang dibayangkan dan
termasuk kekangan seseorang yang akan hadapi di tempat kerja atau di satu
keadaan yang dialami oleh pengkaji. Kajian kes digunakan untuk membantu pengkaji
melihat bagaimana kerumitan kehidupan sebenar mempengaruhi sesuatu keputusan
(Kardos dan Smith, 1979 dalam UNSW, 2013).

Menurut (Yin, 1994) lagi, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah
fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar. Oleh itu, pengkaji akan
mengkaji kes yang tertimbul semasa pelaksanaan Internship di sebuah sekolah
rendah. Sasaran kajian yang terlibat adalah seorang murid yang menghadapi
pemikiran tidak rasional akibat daripada isu-isu yang tertimbul daripada keluarganya.
Perkhidmatan kaunseling individu akan diadakan dalam proses membantu murid
tersebut.

Hal ini kerana menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), guru


bimbingan dan kaunseling dikehendaki untuk melaksanakan bidang tugas
berpandukan empat fokus, salah satu daripadanya adalah bidang psikososial dan
kesejahteraan mental murid yang bertujuan untuk membentuk murid yang sihat
pemikirannya. Oleh yang demikian, pengkaji akan mengadakan kajian terhadap kes
kaunseling individu ini.

Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji isu-isu kekeluargaan yang dialami oleh
seorang murid di sekolah rendah menghuraikan bagaimana penggunaan teknik
konfrantasi dalam teori REBT dapat membantu klien menyingkirkan pemikiran tidak
rasional terhadap isu keibubapaan klien dan merangsang klien untuk berfikir secara
rasional. Hal ini adalah untuk membantu klien mengurangkan kebimbangan dan
mengembalikan kehidupan yang normal.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN KES

Secara umumnya, penekanan kajian kes pemahaman mengenai masalah yang


menyebakan individu ataupun unit sosial menjadi seperti keadaan sekarang dan
punca perubahan tingkah laku berlaku disebabkan oleh pembolehubah yang
berkaitan. (Yahya, 2006) Secara khususnya, kajian ini akan dijalankan berdasarkan
dua objektif, iaitu membantu murid membina pemikiran baharu yang positif melalui
teori REBT dan memerihalkan teknik konfrontasi dalam teori REBT semasa sesi
kaunseling individu.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN KES

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada


kepada pengkaji atau pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi
implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu masalah atau situasi bagi kajian
yang dijalankan. Menurut Kardos dan Smith (1979) dalam UNSW (2013), kajian kes
adalah isu yang diambil dari kehidupan sebenar, ia terdiri daripada pelbagai
bahagian dan setiap bahagian kebiasaannya berakhir dengan masalah dan isi untuk
perbincangan, dan ia mengandungi maklumat tentang intervensi yang cukup untuk
difahami oleh pembaca. Kepentingan menjalankan kajian kes ini akan dihuraikan dari
dua aspek, iaitu kepentingan kepada pengkaji dan kepentingan kepada murid.

KEPENTINGAN KEPADA PENGKAJI

Menurut Yin (1994), kajian kes memfokus kepada penghuraian yang holistik
atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang
berlaku secara mendalam. Ini menjadikan sesuatu kajian kes itu mempunyai nilai
sumbangan kepada penambahan ilmu terutamanya pengkaji sendiri. Dalam analisis
kes ini, pengkaji perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunseling untuk
menjelaskan situasi murid, hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
pengetahuan pengkaji secara menyeluruh tentang isu yang dihadapi oleh murid dan
juga kerangka teoritikal yang boleh digunakan untuk membantu murid, iaitu isu
kekeluargaan dalam kalangan murid sekolah rendah dan teknik konfrantasi dalam
Teori REBT.
KEPENTINGAN KEPADA MURID

Kajian kes ini penting dan mesti dilakukan sebagai usaha untuk pemulihan
psikososial dan kesejahteraan mental murid tersebut ke arah pemikiran yang sihat.
Hal ini kerana isu yang dihadapi oleh murid adalah isu ketidakfungsian bapa dalam
keluarga. Menurut Azizi dan Jaafar (2006) pula, ibu bapa adalah model penting
kepada kanak-kanak dari segi sikap, kepercayaan dan tingkah laku. Hal ini
menunjukkan bahawa ibu bapa adalah tonggak dalam kehidupan kanak-kanak, jika
salah satu daripada pihak ibu atau bapa gagal memenuhi fungsinya, maka ia akan
menimbulkan permasalahan kepada perkembangan anak yang sihat. Oleh itu, isu
yang dihadapi oleh murid ini perlu diberikan penekanan yang sewajarnya supaya
murid tersebut boleh berkembang dengan sihat dari aspek psikologinya.

Kepentingan kedua yang perlu ditekankan adalah isu yang dihadapi oleh klien
dapat diselesaikan sebelum ia menjadi isu yang lebih serius. Hal ini diperkukuhkan
oleh kajian Downey dan Coyne (1990) yang telah membuktikan ibu bapa yang
mengalami kemurungan akan menghadapi kesukaran terhadap tanggungjawab
keibubapaan dan menyebabkan masalah penyesuaian kanak-kanak. Oleh itu, kajian
kes ini perlu diberi perhatian secepat mungkin untuk memastikan murid dapat
menyesuaikan diri dalam situasi keluarganya supaya perkembangan murid tersebut
tidak terbantut, atau isu tersebut bernanah dan berlarutan ke tahap yang lebih teruk.

Bukan sahaja pengaruh terhadap perkembangan mental ataupun kesihatan


mental yang akan dipengaruhi, kajian kes ini juga dianggap sangat penting terhadap
murid yang terlibat kerana isu kekeluargaan juga berupaya menyumbang kepada
kemerosotan pencapaian murid di dalam sekolah. Hal ini telahpun dibuktikan dalam
kajian yang dijalankan oleh Ganesan dan Norani (2014) yang mengatakan bahawa
penglibatan keluarga, gaya keibubapaan dan perselitaran pembelajaran keluarga
memberi pengaruh kepada regulasi pembelajaran kendiri. Faktor keluarga akan
menyumbang kepada regulasi pembelajaran kendiri sejak anak kecil lagi. Hal ini
menggambarkan kepentingan kajian kes ini dijalankan untuk memudahkan proses
membantu murid tersebut kerana dapat melihat sesuatu kes tersebut secara
menyeluruh dan komprehensif.
2.0 KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

2.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Langkah-langkah tindakan yang dilakukan akan melibatkan beberapa sesi yang


merangkumi 6 fasa kaunseling individu, iaitu membina hubungan, penerokaan,
mengenalpasti masalah, membincangkan alternatif, mengambil tindakan, dan
penamatan. Sepanjang proses kaunseling ini, pengkaji akan menerapkan proses A-
B-C-D-E-F dalam Teori REBT, iaitu Activating Event (A), Belief System (B), Emotinal
and Behavioral Consequences (C), Dispute (D), Effect (E), dan New Feeling (F).
Bilangan sesi akan berubah mengikut perkembangan klien tersebut.

Dalam fasa membina hubungan, selain mengaplikasikan kemahiran SOLER


yang dicadangkan oleh Egan (2002), iaitu duduk menghadap klien dalam bentuk “L”
(sit squarely), postur badan terbuka (open postured), badan condong ke hadapan
(lean forward), kontak mata (eye contact), dan relaks (relax), pengkaji juga akan
membina hubungan dengan menunjukkan keikhlasan untuk membantu klien. Hal ini
kerana menurut Corey (2009), terapis REBT membina rapport dengan klien mereka
melalui penonjolan kepercayaan kaunselor terhadap klien yang tinggi bahawa klien
berupaya untuk berubah ke arah positif. Seterusnya, pengkaji akan melakukan
penstrukturan tentang jangka masa, peranan klien, peranan pengkaji dan etika
kerahsiaan secara ringkas kepada klien. Matlamat penstrukturan adalah bagi
menyediakan struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan. (Mohammad Aziz
Shah, Mohammad Nasir, Ahmad Jazimin, Syed Sofian & Md Noor, 2009)

Dalam fasa penerokaan pula, pengkaji akan memfokuskan kepada penerokaan


terhadap activating event, belief system dan consequences yang dialami oleh klien.
Activating event adalah peristiwa yang mencetuskan pemikiran tidak rasional klien,
pengkaji akan mengumpul maklumat tentang latar belakang masalah yang dihadapi
oleh klien, termasuklah apa yang telah terjadi, bagaimana ia terjadi dan individu yang
terlibat; belief system, iaitu cara berfikir yang menjadi pegangan dan nilai hidup klien
misalnya pendapat klien terhadap isu ibu bapanya; dan consequences, iaitu akibat
ataupun hasil daripada penilaian B terhadap A. Klien akan meluahkan perasaan dan
pengalamannya dengan bantuan pengkaji.

Seterusnya, pengkaji akan mengenalpasti pemikiran tidak rasional yang dialami


oleh klien pada fasa mengenalpasti masalah. Pengkaji akan meneroka corak
pemikiran tidak rasional yang menyebabkan gangguan kepada klien. Di samping itu,
pengkaji akan memperincikan jenis pemikiran tidak rasional yang dialami oleh klien.
Antara jenis-jenis pemikiran tidak rasional yang disebut oleh David, Lynn dan Ellis
(2010) termasuklah pemikiran inginkan kesempurnaan (perfectionism), permintaan
melampau yang mutlak (demandingness : should / must / oughts) dan rasa teramat
malu ataupu kedahsyatan (awfulizing), tidak sanggup berhadapan dalam sesuatu
perkara (I can’t stand it), melabel diri sendiri (self devaluation / self downing).

Dalam fasa membincangkan alternatif, pengkaji akan melakukan dispute, iaitu


kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem
kepercayaan tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi
emosi yang tidak rasional. Dalam fasa ini, teknik yang akan digunakan adalah teknik
konfrantasi untuk mencabar klien menilai semula pegangan dirinya. Teknik
konfrontasi perlu digunakan secara berhati-hati. Hal ini kerana menurut Dryden dan
Still (2012), konfrantasi yang tidak sesuai boleh menjadi penghalang jika pengkritik
menilai pemikiran di luar konteks, tanpa mempertimbangkan pemilihan perkataan-
perkataan yang digunakan.

Selepas klien telah menerima konfrantasi pengkaji dan sanggup untuk


mengubah corak pemikiran diri yang tidak rasional. Pengkaji akan meneruskan
kepada fasa mengambil tindakan, di mana tindakan penyelesaian akan dibincangkan
berpandukan pendekatan teori REBT. Pengkaji akan reframe pemikiran baharu yang
positif dalam klien, dan membimbing klien untuk mengassimilasikan pemikiran positif
tersebut dalam diri klien. Klien akan dibimbing untuk mendapatkan langkah
penyelesaian yang perlu dilakukan secara konkrit. Hal ini kemudian akan
menyumbang kepada effect, iaitu perubahan sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif.

Dalam fasa penamatan, pengkaji akan membuat rumusan tentang dua sesi yang
telah lalu dan mendapatkan maklum balas daripada klien terhadap new feeling yang
diperolehi oleh klien, iaitu perubahan ke perasaan yang positif. Menurut Puteri Hayati
(2012), matlamat utama tahap penamatan rawatan adalah untuk membuat rumusan,
menilai semula dan melakukan transisi dengan sebaik mungkin. Oleh itu, pengkaji
akan membuat rumusan dan menilai semula teknik konfrantasi dalam membantu
klien yang menghadapi isu keibubapaan ini. Akhirnya, pengkaji akan mengenal pasti
ahli yang memerlukan sebarang sesi lanjutan.
2.2 CADANGAN APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK MENGIKUT TEORI

TEORI YANG DIPILIH

Teori yang akan digunakan merentasi sesi kaunseling individu ini adalah Teori
Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT). Menurut Corey (1996), terapis REBT
adalah multimodal dan integratif, mereka menggunakan pelbagai teknik kognitif,
afektif dan tingkahlaku yang bersesuaian kepada klien mereka. Terapis REBT
merangsang kesedaran klien ke tahap yang rasional menerusi satu siri
penyangkalan, terutamanya klien yang memegang kepada suatu kemestian dalam
kehidupannya secara sistematik.

Ellis (1979) dalam Sapora dan Ruhaya (2012) manusia menghadapi masalah
bukan akibat daripada satu perkara atau peristiwa tetapi disebabkan oleh pandangan
atau pemikiran mereka terhadap peristiwa tersebut. Klien dalam kajian kes ini
mengalami gangguan yang disebabkan oleh pemikiran tidak rasionalnya yang
menganggap keluarganya tidak berhak untuk menjadi bahagia jika ayah tiada. Klien
berpendapat bahawa keluarganya mesti adanya ayah, ibu dan anak untuk menjadi
bahagia. Walau bagaimanapun, ayah klien berkemungkinan besar tidak akan
kembali ke pangkuan keluarga tersebut. Oleh itu, teori REBT akan digunakan untuk
membantu klien ini membina pemikiran baharu yang positif.

TEKNIK YANG DIPILIH

Dengan menggunakan teknik konfrantasi, klien dibimbing untuk mencabar


pemikiran tidak rasional sendiri sehingga klien dapat mengurus dan menyingkirkan
pemikiran tidak rasional sendiri, dan seterusnya mendapat semula haknya untuk
hidup bahagia. Hal ini telah dinyatakan oleh Corey (1996), bahawa dengan Teori
REBT, klien mengetahui bagaimana untuk berurusan dengan kenyataan kendiri
supaya mereka tidak lagi percaya kepada kenyataan tidak rasional tersebut,
seterusnya menggalakkan mereka untuk memperolehi falsafah berdasarkan realiti.
Walau bagaimanapun, pengkaji akan menggunakan teknik konfrantasi pada masa
yang sesuai dan membuat pemilihan perkataan-perkataan yang sesuai, dan
bukannya bersifat menghukum. Oleh itu, teknik konfrontasi dalam pendekatan
kognitif akan diutamakan dalam kajian kes ini untuk memerihalkan kesesuaian teknik
konfrantasi ini digunakan untuk membantu klien yang mengalami pemikiran tidak
rasional ini.
2.3 JUSTIFIKASI PEMILIHAN KAEDAH, TEKNIK DAN TEORI

Teori REBT ini dipilih dan akan diaplikasikan secara sepenuhnya dalam kajian
kes ini kerana teori yang bersifat direktif ini amat sesuai dengan perkembangan klien.
Menurut Corey (2009), pada dasarnya terapi REBT adalah proses kognitif dan
tingkahlaku yang direktif. Asas teori REBT di mana kaunselornya adalah lebih direktif
adalah lebih sesuai jika berbanding dengan Teori Pemusatan Insan yang percaya
bahawa setiap manusia mampu berkembang sendiri. Hal ini kerana sasaran kajian
kes pengkaji adalah seorang murid Tahun 4 yang berumur 10 tahun yang masih
dalam perkembangan dalam menghadapi pengalaman kehidupan. Oleh itu, klien
perlukan bimbingan dan nasihat daripada pada masa-masa tertentu daripada orang
yang lebih dewasa daripadanya, untuk membuka minda klien dan juga
memberitahunya pilihan yang lebih sesuai dengan norma masyarakat.

Teknik konfrantasi dipilih untuk menjadi teknik utama dalam kajian ini kerana
tahap kognitif klien untuk mendapat celik akal adalah sangat tinggi. Menurut Dryden
dan Neenan (2015), klien mungkin menghadapi kesukaran untuk menerima
konfrantasi apabila mereka berasa sedih dan terganggu, kaunselor perlu
membimbing klien mereka untuk aktiviti regulasi emosi sebelum memasukki ke
konfrantasi yang seterusnya. Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian dan
pengalaman pengkaji dengan klien sebelum kajian dilakukan, tahap penerimaan
klien untuk menerima teguran yang terus terang tidak melemahkan semangat klien,
malah klien menunjukkan pemahaman yang mendalam terhadap teguran dan
nasihat tersebut. Oleh itu, pengkaji amat berminat untuk mengkaji kesesuaian teknik
konfrantasi dalam menangani kes ini.

Akhirnya, isu yang dihadapi oleh klien amat bertepatan dengan pandangan teori
REBT terhadap permasalahan manusia. Melalui analisis dokumen terhadap lukisan
klien semasa bimbingan kelas diadakan, klien telah menunjukkan ciri-ciri pemikiran
melampau yang mutlak (demandingness) yang tinggi. Hal ini telah dikukuhkan
dengan hujah-hujah klien yang turut menunjukkan ciri tersebut semasa temu bual
prasesi bersama klien. Data-data yang telah dipungut akan dijelaskan dengan lebih
terperinci pada perbincangan yang seterusnya. Dengan bukti-bukti tersebut yang
amat bertepatan dengan konsep asas teori REBT, pengkaji telah memilih teori REBT
untuk membantu perkembangan klien tersebut.
3.0 METOD KAJIAN KES

3.1 HURAIAN KES

Latar Belakang Klien

Nama : Shyen (Bukan nama sebenar atas prmintaan klien)

Jantina : Perempuan

Tahun :5

Umur : 10 tahun

Tempat tinggal : Jitra (Bersama ibu dan abang)

Adik beradik : 2 orang (Anak bongsu / perempuan)

Bapa :-

Ibu : Pembantu Kedai Makan (RM500.00/ bulan)

Status ibu bapa : Berpisah tetapi belum bercerai

Penampilan Fizikal Diri

Klien ialah seorang murid yang berisi, sopan dalam pemakaian tetapi agak
comot. Pergerakan kaki klien kurang normal. Hal ini menyebabkan klien kurang
melibatkan diri dalam sukan ataupun aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal
secara aktif.

Tingkahlaku dan Sosial Klien

Klien adalah seorang yang peramah, suka bergaul dengan rakan-rakan tetapi
kawan-kawan sekelasnya tidak suka bergaul dengannya kerana keterampilannya
yang kurang menarik. Oleh itu, klien hanya mempunyai seorang kawan baik di dalam
kelas tersebut. Klien seorang yang ringan tulang dan suka membantu guru-guru.
Klien seorang yang bersopan-santun, boleh dipercayai apabila diberikan
tanggungjawab yang diamanahkan. Klien kadang-kadang dilihat dan dikesan
memiliki jiwa atau emosi yang amat sensitif. Klien juga seorang yang pandai berfikir
dan mudah memaafkan individu lain.
HURAIAN KES

Klien dikenalpasti menghadapi masalah gangguan emosi yang disebabkan oleh


pemikiran tidak rasionalnya terhadap masalah keluarga. Klien tinggal bersama ibu
dan seorang abang ketika ini. Ayah klien yang merupakan penagih dadah dan gagal
memenuhi fungsinya sebagai pemimpin dalam keluarga. Klien tidak sanggup
menerima keadaan ini seboleh-bolehnya mengharapkan agar ibu dan ayahnya
bersatu semula dalam sebuah keluarga walaupun pada hakikatnya ia tidak akan
menjadi kenyataan. Hal ini kerana klien tidak dapat menerima realiti ayahnya telah
meninggalkan mereka dan berpendapat bahawa keluarga mereka hanyalah akan
menjadi bahagia jika ayahnya ada. Sesuatu harus dilakukan bagi membantu klien
mengenalpasti pemikiran tidak rasional sendiri, seterusnya membina pemikiran
baharu yang positif dalam diri klien.

3.2 CARA MENGUMPUL DATA

Pengkaji telah mengaplikasikan tiga cara untuk mengumpul data kajian ini, iaitu
pemerhatian tidak berstruktur, temu bual tidak berstruktur dan analisis dokumen
telah diadakan untuk mengenalpasti isu sebenar yang dihadapi oleh peserta kajian.

3.2.1 PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR

Teknik pemerhatian secara tidak berstruktur telah digunakan untuk


mengumpulkan data kajian ini. Pemerhatian telah dilakukan terhadap klien apabila
pengkaji mendapat waktu bimbingan kelas ke kelas klien, terhadap tingkahlaku
verbal dan tingkahlaku bukan verbal klien semasa dalam kelas. Hasil pemerhatian
telah direkodkan dalam nota lapangan seperti dalam Lampiran A.

3.2.2 TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR

Selain pemerhatian, pengkaji juga menjalankan temu bual ringkas sebelum sesi
diadakan bagi mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian. Temu
bual prasesi telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat ringkas terhadap isu
yang dilukiskan oleh klien semasa bimbingan kelas. Perbincangan antara pengkaji
dan peserta kajian telah dicatatkan dalam transkrip secara ringkas (Lampiran B).
3.2.3 ANALISIS DOKUMEN

Dokumen yang terlibat dalam mengenalpasti isu klien adalah Borang Temu Janji
(Lampiran C) yang dihantarkan oleh klien sendiri yang menyatakan dirinya perlukan
perkhidmatan kaunseling atas isu kekeluargaan.

Selain itu, lukisan klien semasa bimbingan kelas juga dijadikan bukti bahawa
klien amat perlukan perkhidmatan kaunseling segera daripada pengkaji. Dalam
bimbingan kelas tersebut, pengkaji telah meminta murid untuk melukiskan sesuatu
perkara ataupun peristiwa yang menyebabkan mereka berasa sedih atau marah.
Lukisan klien adalah seperti di dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

Rajah 1 Lukisan pertama peserta kajian semasa bimbingan kelas

Rajah 2 Lukisan kedua peserta kajian semasa bimbingan kelas


3.3 CARA MENGANALISIS DATA

Data yang dipungut dalam sesuatu projek kajian tindakan telah dianalisis dan
ditafsir supaya bermakna. Oleh yang demikian, perancangan cara menganalis data
yang telah diutamakan dalam kajian adalah deskriptif kualitatif terhadap data
pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen.

3.3.1 DATA PEMERHATIAN

Data daripada pemerhatian secara tidak berstruktur dalam nota lapangan telah
disemak dengan terperinci, dihighlightkan maklumat yang penting, dan dibahagikan
mengikut kategori. Data pemerhatian tidak berstuktur telah dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu ekspresi muka, interaksi sosial dan respons verbal seperti dalam
Jadual 1. Daripada analisis data pemerhatian dalam Jadual 1, didapati ekspresi
muka klien menunjukkan kemurungan dan kesedihan, selain itu klien menunjukkan
penarikan diri daripada aktiviti bimbingan. Data ini dikukuhkan lagi dengan
penjelasan klien yang mengatakan dirinya sedih kerana keluarganya tidak bahagia.

Jadual 1

Analisis data pemerhatian mengikut tema

Ekspresi muka “...menunjukkan ekspresi muka yang serius dan tidak senyum
langsung.”

“Setelah itu, saya cuba untuk berbincang dengan S. Walau


bagaimanapun, S terus nampak risau dan kemurungan.”

Interaksi sosial “…menunjukkan penarikan diri daripada aktiviti tersebut dan


tidak ingin untuk melibatkan diri.”

Respons verbal “Saya rasa sedih kerana keluarga saya tidak bahagia.”
3.3.2 DATA TEMU BUAL

Data temu bual prasesi diperoleh daripada peserta kajian telah dibuat transkrip
ringkas, iaitu ditaipkan semula untuk memudahkan proses menganalisis. Maklumat
yang penting telah dihighlightkan dan dikategorikan mengikut tema, terutamanya
pemikiran tidak rasional yang dipegang oleh klien terhadap isu keluarganya.
Daripada transkrip temu bual seperti dalam Lampiran B, dapat dikenalpasti klien
menunjukkan demandingness yang tinggi terhadap keluarganya, terutama ayahnya.
Perbualan antara pengkaji dan murid adalah seperti berikut :

“Jadi Shyen rasa sedih kerana rasa keluarga tidak bahagia. Apa yang
menyebabkan Shyen rasa tidak bahagia?”
“Tak bahagia la, dah ayah tak de...”
“Jadi Shyen rasa keluarga tidak akan bahagia jika ayah tak de?”
“Yala. Keluarga kan ada mak, ayah dan anak.”

Secara tidak langsung, perbualan tersebut telah mencerminkan pegangan


murid tersebut, iaitu keluarga yang bahagia mestinya ada ayah, ibu dan anak.
Pemikiran yang tidak rasional inilah yang menyebabkan murid mengalami gangguan
emosi, kerana murid tersebut gagal mendapat apa yang difikirkan “bahagia”, iaitu
tinggal bersama ayah, ibu dan abang. Pada hakikatnya, ayah murid tersebut tidak
akan kembali ke pangkuan mereka kerana tertagih dengan dadah.
3.3.3 DATA ANALISIS DOKUMEN

Daripada data dalam Borang Temu Janji (Lampiran A) dan lukisan yang
dilukiskan oleh klien semasa bimbingan kelas, jelaslah bahawa peserta kajian ini
menghadapi gangguan emosi yang agak serius kerana isu kekeluargaannya
sehingga peserta kajian meminta pertolongan daripada pengkaji secara sukarela.

Permintaan mutlak
ditunjukkan oleh klien
(Demandingness)
3.4 CARA MENYEMAK DATA

Dalam menyemak data yang diperolehi daripada pelbagai sumber, pengkaji


telah menggunakan teknik triangulasi kaedah dalam kajian kes ini. Triangulasi
kaedah dilakukan dengan membuat perbandingan antara sumber data yang
dikumpul iaitu pemerhatian, temu bual, analisis dokumen atas Borang Temu Janji
dan lukisan klien. Perbandingan ini membolehkan saya menyemak kredibiliti data
yang diperolehi. Borang Matriks seperti di bawah telah saya sediakan untuk
menyemak kredibiliti data yang diperolehi.

Jadual 2

Borang Matriks Menyemak Data

Borang
Data Pemerhatian Temu Bual Lukisan
Temu Janji
Isu Kajian

Klien menghadapi
gangguan emosi yang
Ya Ya Ya Ya
berpunca daripada isu
kekeluargaan / keibubapaan.

Klien mempunyai
pemikiran tidak rasional
Ya Ya - Ya
terhadap isu kekeluargaan/
keibubapaannya.

Hasil daripada triangulasi kaedah seperti di atas, jelas bahawa murid ini
menghadapi gangguan emosi yang berpunca daripada pemikiran tidak rasionalnya
terhadap situasi yang berlaku dalam keluarganya. Kes ini akan diterokai dan dikaji
dengan lebih mendalam lagi. Pengkaji akan membantu murid tersebut untuk
membina pemikiran baharu yang positif melalui teknik konfrantasi menerusi
perkhidmatan kaunseling individu yang disediakan kepadanya, pada masa yang
sama memerihalkan kesesuaian teori tersebut diaplikasikan terhadap isu tersebut.
4.0 PENUTUP

Keamanan dan rasa selamat yang diberikan oleh institusi keluarga mempunyai
nilai yang tinggi dan merupakan unsur yang perlu untuk memastikan perkembangan
rohani ahli-ahli keluarga. (Lily Mastura dan Ramlan, 2006) Hal ini membuktikan
betapa pentingnya kes murid yang menghadapi isu kekeluargaan ini diurus dengan
baik, supaya murid tersebut berpeluang untuk mendapat perkembangan yang
selaras dengan umurnya.

Perkembangan psikososial dan kesejahteraan mental murid adalah


tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh pengkaji sebagai guru bimbingan dan
kaunseling. Hal ini telahpun digariskan dengan jelas dalam Panduan Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah dan Menengah (2015).
Murid-murid yang kurang bernasib baik di sekolah perlu diberikan perhatian dan
pertolongan yang sewajarnya supaya kehidupan mereka menjadi berfungsi semula.
Inilah tanggungjawab seorang guru bimbingan dan kaunseling.

Dalam kajian kes ini, pengkaji didorong untuk membuat keputusan berdasarkan
analisa sendiri dan mengaplikasi pengetahuan tentang teori REBT. Di samping itu
juga, pengkaji juga mampu menyelesaikan masalah rumit yang dihadapi dalam
perkhidmatan kaunseling dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor
penting, seterusnya menyelaraskan idea dengan fakta sebenar.
RUJUKAN

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2006). Membentuk identiti remaja. Bentong: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Corey, G. (1996). Theory and practice of counseling and psychotherapy fifth edition.
California: Brooks/ Cole Publishing Company.

Corey, G. (2009). Theory and practice of counseling and psychotherapy eighth


edition. Didapati daripada
https://books.google.com.my/books?isbn=1111802386

David, D., Lynn, S.J. dan Ellis, A. (2010). Rational and irrational beliefs : research,
theory, and clinical practice. New York: Oxford University Press.

Downey, G., & Coyne, J. C. (1990). Children of depressed parents: an integrative


review. Psychological Bulletin, 108(1), 50-76.

Dryden, W. & Neenan, M. (2015). Rational emotive behaviour therapy: 100 key
points and techniques. Didapati daripada
https://books.google.com/books?isbn=1317609239

Dryden, W. dan Still, A. (2012). The historical and philosophical context of rational
psychotherapy: the legacy of epictetus. Didapati dariapda
https://books.google.com.my

Egan, G. (1986). The skilled helper 3rd edition. Belmont: Brooks/Cole Publishing
Company.

Ganesan Kamoo & Norani Mohd Salleh. (2014). Pengaruh struktur keluarga dan stail
keibubapaan terhadap pencapaian akademik murid India di sekolah menengah
rendah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. (2005), 44-53.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Panduan pelaksanaan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan menengah. Didapati daripada
jpwpkl.moe.gov.my

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin
Jusoh, Syed Sofian Syed Salim & Md Noor Saper (2009). Kemahiran
bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2012). Kemahiran dan pengurusan kes-kes kaunseling.
Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Sapora Sipon & Ruhaya Hussin. (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi. Nilai:
Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

UNSW. (2013). What is a Case Study. Didapati daripada


https://student.unsw.edu.au/what-case-study

Yahya Don. (2006). Psikologi sosial dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yin, R.K. (1994). Case study research 2nd edition. Thousand Oaks, CA: Sage
Publication.

LAMPIRAN

Lampiran A Catatan Pemerhatian dalam Nota Lapangan

CATATAN NOTA LAPANGAN

Tarikh : 17 Julai 2016 (Ahad)


Masa : 8:15 – 9:15 pagi
Tempat : Kelas 4 Bestari
Aktiviti : Bimbingan kelas
Bidang : Psikososial & Kesejahteraan mental
Tajuk : Pengurusan Emosi

Aktiviti Catatan
Melukiskan Dalam bimbingan kelas ini, murid-murid diberikan sekeping
perasaan tidak kertas kosong dan dikehendaki untuk melukiskan perasaan
puas hati negatif sendiri di atas kertas. Contohnya, apa-apa peristiwa yang
menyebabkan mereka berasa sedih, kecewa, tidak puas hati
ataupun marah. Murid-murid dalam kelas kelihatan amat tertarik
dengan aktiviti melukiskan perasaan sendiri. selepas beberapa
rondaan, saya mendapati kebanyakan murid telah melukiskan
peristiwa dibuli oleh rakan ataupun dibuli oleh adik-beradik
mereka. Walau bagaimanapun, saya agak tertarik dengan lukisan
beberapa orang murid, iaitu S yang menyatakan dirinya sedih Ekspresi
Muka
kerana rasa keluarganya yang tidak bahagia dan B yang takut
dimarah oleh cikgu kerana buku latihan Matematiknya telah
hilang. Kedua-dua murid tersebut menunjukkan ekspresi muka Ekspresi
Muka
yang serius dan tidak senyum langsung sepanjang sesi
bimbingan kelas berlangsung.
Aktiviti Sementara murid-murid lain menunjukkan semangat dalam Interaksi
Sosial
Berkumpulan : melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan tersebut, B dan S
Sumbang menunjukkan pernarikan diri daripada aktiviti tersebut dan tidak Interaksi
Sosial
saran tentang ingin untuk melibatkan diri. Setelah saya berbincang dengan B,
cara B lebih terbuka untuk membuat kerja berkumpulan. Walau
menguruskan bagaimanapun, S terus nampak risau dan kemurungan.
emosi negatif Ekspresi
Muka

Lampiran B Transkrip Ringkas Temu Bual Prasesi

Klien : (Pada waktu rehat) Selamat pagi cikgu, saya ada masalah.
GBK : Sila masuk. (Gbk menjemput klien duduk). Panggil Shyen?
Klien : (Angguk kepala)
Klien : Sebenarnya, Shyen nak buat kaunseling. Ayah Shyen seorang penagih
dadah dan dia telah lama meninggalkan rumah. Ayah pernah dipenjarakan
sebanyak empat kali dah, tapi tak insaf lagi, tertagih dengan dadah tu.
GBK : (Gbk memberi dorongan minima dengan angguk kepala) sekarang ayah
ada dekat mana?
Klien : Tak tahu la. Kadang-kadang terjumpa dia dekat pekan. Tapi tak duk kat
rumah.
GBK : Jadi apakah perasaan Shyen atas isu ayah?
Klien : Boleh saya tulis di atas kertas?
GBK : Boleh. (Menyediakan kertas lukis dan krayon) Shyen boleh tuliskan dekat
sini.
Klien : (Klien melukis dan menulis)
GBK : Oo.. Jadi Shyen rasa sedih kerana rasa keluarga tidak bahagia. Apa yang
menyebabkan Shyen rasa tidak bahagia?
Klien : Tak bahagia la, dah ayah tak de...
GBK : Jadi Shyen rasa keluarga tidak akan bahagia jika ayah tak de?
Klien : Yala. Keluarga kan ada mak, ayah dan anak.
GBK : Oh... cam gitu ye. Baik, cikgu akan mencari masa lain untuk sambungkan
perbincangan supaya cikgu dapat mengenali isu Shyen dengan lebih
mendalam, boleh?
Klien : Boleh. (senyum)

Permintaan mutlak
ditunjukkan oleh klien
(Demandingness)
Lampiran C Borang Temujanji Perkhidmatan Kaunseling
SENARAI KANDUNGAN

BIODATA i

SENARAI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1
1.1 PENDAHULUAN 1
1.2 OBJEKTIF KAJIAN KES 2
1.3 KEPENTINGAN KAJIAN KES 2

2.0 KAJIAN KES DALAM KAUNSELING 4


2.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN 4
2.2 CADANGAN APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK MENGIKUT TEORI 6
2.3 JUSTIFIKASI PEMILIHAN KAEDAH, TEKNIK DAN TEORI 7

3.0 METOD KAJIAN KES 8


3.1 HURAIAN KES 8
3.2 CARA MENGUMPUL DATA 9
3.2.1 Pemerhatian Tidak Berstruktur 9
3.2.2 Temu Bual Tidak Berstruktur 9
3.2.3 Analisis Dokumen 10
3.3 CARA MENGANALISIS DATA 11
3.3.1 Data Pemerhatian 11
3.3.2 Data Temu Bual 12
3.3.3 Data Analisis Dokumen 13
3.4 CARA MENYEMAK DATA 14

4.0 PENUTUP 15

RUJUKAN

LAMPIRAN

Lampiran A Catatan Pemerhatian dalam Nota Lapangan

Lampiran B Transkrip Temu Bual Prasesi

Lampiran C Borang Temu Janji


SENARAI RAJAH

Rajah 1 Lukisan pertama peserta kajian semasa bimbingan kelas .......................... 10

Rajah 2 Lukisan kedua peserta kajian semasa bimbingan kelas ............................. 10

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Analisis data pemerhatian mengikut tema ................................................. 11

Jadual 2 Borang Matriks Menyemak Data ............................................................... 14

Anda mungkin juga menyukai