Anda di halaman 1dari 15

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 
 1
1.2 Objektif Kajian Kes 
 1
1.3 Kepentingan Kajian Kes 
 2

2.0 KAJIAN KES DALAM KAUNSELING 3


2.1 Langkah-langkah tindakan (proses sesi) 
 3
2.2 Cadangan aplikasi kaedah dan teknik mengikut teori kaunseling yang dipilih 
 5
2.3 Justifikasi pemilihan kaedah dan teknik serta teori kaunseling yang akan
diaplikasikan 
 5

3.0 METOD KAJIAN KES 6


3.1 Huraian kes (senario isu / masalah) 
 6
3.2 Cara Mengumpul Data 
 7
3.3 Cara Menganalisis Data 
 8
3.4 Cara Menyemak Data 
 10

4.0 PENUTUP 11

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 12

LAMPIRAN A 13

LAMPIRAN B 14

0
1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 

Kajian kes merupakan satu kajian penyelidikan yang berbentuk kualitatif. Kajian
kes adalah satu kajian yang menggunakan kes sebagai fokus kajian (Kartini, Ahmad,
Rosli, dan Badrul Hisham, 2012). Kajian kes dikaji agar ia boleh dijadikan satu panduan
kepada insan di sekeliling untuk menyelesaikan isu yang dihadapi dengan adanya data-
data atau maklumat yang diperolehi melalui kes yang dikaji.

Perlanggaran adalah perihal melanggar atau perihal menentang perbuatan dan


sebagainya atau tidak mematuhi Disiplin membawa maksud latihan terutamanya
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri, tatatertib atau peraturan-
peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Terdapat
segelintir murid yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah.
Mereka sering bertingkah laku maladaptif seperti tidak berminat belajar, suka
menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain. Shilling (1984) dalam
Akhiar dan Shamsina (2015) menjelaskan tingkah laku yang tidak sesuai dan tidak
selaras merupakan tingkah laku yang tidak lagi dapat memberikan kepuasan kepada
individu atau telah menyebabkan dirinya berkonflik dengan persekitaran. Justeru, isu
pelanggaran disiplin hendaklah ditangani dengan baik agar tidak memberi impak yang
negatif kepada murid berkaitan dan juga pihak sekolah.

1.2 Objektif Kajian Kes 



Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana teori Rasional Emotif Behavior Therapy
(REBT) digunakan sebagai dasar atau panduan oleh kaunselor dalam membantu
peserta kajian mendapat celik akal semasa sesi kaunseling berjalan. Menurut Corey
dalam Sapora dan Ruhaya (2012), psikoterapis dalam teori ini dapat membantu
kaunselor menunjukkan kepada klien bahawa pemikiran mereka merupakan punca
utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh klien.
Kaunselor akan mendorong klien agar mereka dapat menguji secara kritis terhadap
nilai-niali dalam dirinya dan seterusnya membantu klien mengubah pemikiran mereka
kepada pemikiran yang lebih rasional. Akhirnya, teori REBT dapat membantu klien
mengurangkan gangguan emosi. Teori ini boleh membantu klien membebaskan dirinya
daripada masalah-masalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada

1
kaunselor. Setelah klien meluahkan perasaannya dan memahami punca masalah yang
menyebabkan gangguan emosi, dia akan melepaskan diri daripada gangguan emosi
tersebut.

1.3 Kepentingan Kajian Kes 



Kajian ini penting kerana sekiranya isu pelanggaran disiplin tidak ditangani dengan baik,
maka murid akan teruskan tingkah laku yang delikuen. Ini bukan sahaja memberi
implikasi negatif kepada diri murid malah guru dan sekolah. Menurut Muhd Mansur dan
Siti Nordinar (1989), matlamat terapi ini akan dipenuhi melalui suatu penstrukturan
pemikiran terhadap idea yang tidak rasional yang telah mewujudkan emosi yang negatif
dan tingkah laku yang tidak sesuai. Dengan melaksanakan kajian kes ini, adalah
diharapkan warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah serta
meningkatkan kekuatan yang terdapat pada diri murid. Murid juga akan memperolehi
manfaat melalui pendekatan kaunseling dan mampu menjalani kehidupan seharian
dengan baik. Kaunselor menggunakan teori Rasional Emotif Behavior Therapy (REBT)
untuk membantu seseorang individu untuk membina satu falsafah hidup yang baharu
agar pemikiran individu menjadi rasional dan baik serta sesuai dengan realiti hidup.

2
2.0 KAJIAN KES DALAM KAUNSELING

2.1 Langkah-langkah tindakan (proses sesi) 


1. Menyediakan
Prasesi

6. Menamatkan 2. Membina
Sesi Hubungan

3. Meneroka
5. Mengambil dan
Tindakan Menganalisis
Masalah
4.
Mengenalpasti
Punca Masalah

Rajah 1: Proses kaunseling berdasarkan model Mizan dan Halimatun (2002).

Menurut Mohamed Sharif dan Roslee (2003) sebelum sesuatu sesi kaunseling
dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk
mendapatkan maklumat yang boleh membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan
dijalankan. Pengkaji telah menyediakan maklumat asas peserta kajian (Hamdi, nama
samaran seperti Lampiran A) daripada guru kelasnya.

Pengkaji membina hubungan dengan peserta kajian untuk mengetahui dengan


lebih dalam dan membina hubungan yang rapo dengan peserta kajian. Pengkaji
membuat penstrukturan dengan peserta kajian kerana Sapora, Hapshah, & dan Abdul
Aziz (2006) menyatakan bahawa penstrukturan yang mudah dan ringkas dapat
membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan
daripada klien. Dalam sesi tersebut, peserta kajian telah memberi kepercayaan kepada
pengkaji untuk meluahkan isu yang dihadapinya.

3
Dalam proses pendefinisian masalah, pengkaji menganalisis masalah yang
dihadapi oleh peserta kajian dari segi bila ia berlaku,di mana, dengan siapa tingkah laku
masalah itu dilakukan dan kepada siapa tingkah laku itu ditujukan. Selain itu, kaunselor
itu juga perlu mengenal pasti keadaan sebelum tingkah laku bermasalah klien berlaku
iaitu pemikiran klien dan juga akibat daripada pemikiran itu. Selain itu, kaunselor juga
perlu meneliti dan mengenal pasti unsur yang menjadi peneguhan kepada tingkah laku
maladaptif seseorang klien. Menurut (Mizan Adiliah dan Halimatun (2002) menyatakan
bahawa menyoal merupakan satu cara yang perlu dilaksanakan. Abdul Ghani (2009)
memberi pendapat bahawa soalan adalah alat terpenting seseorang kaunselor untuk
mendapatkan maklumat daripada kliennya.

Kaunselor telah mengenalpasti punca masalah peserta kajian. Peserta kajian


telah menanam satu sistem kepercayaan yang tidak rasional di mana pencapaian
akademik yang baik tidak dapat memberikan kepuasan kepada dirinya. Hamdi inginkan
perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya. Dengan itu, persepsi
yang dibukukan dalam minda Hamdi menyebabkan dirinya berputus asa untuk
melaksanakan kewajipan sebagai seorang anak yang gigih dalam mencapai
kecemerlangan akademik. Daripada aspek afektif pula, Hamdi berasa seronok dan ingin
teruskan sikap dan tingkah laku beliau kerana beranggapan bahawa kelakuannya
membolehkan dirinya mendapat perhatian kedua-dua ibu bapanya apabila
keputusannya merosot walaupun sebenarnya Hamdi boleh menjawab soalan
peperiksaan dengan baik. Matlamat kes ini ialah menggantikan idea tidak rasional
Hamdi kepada idea dan pemahaman yang rasional. Hamdi akan sedar bahawa sistem
kepercayaan yang mengganggu emosinya dan akhirnya menyebabkan dia bertingkah
laku sedemikian.

Pengkaji akan menggunakan Teknik Untung Rugi (Cost Benefit Analyse) untuk
mengubah pemikiran tidak rasional Hamdi. Pengkaji akan mengaplikasikan teknik Cost-
Benefit Analyse dalam sesi ini agar dapat membuat perbincangan dengan Hamdi dan
Hamdi boleh mengambil tindakan yang rasional.

Menurut Maznah dan Zainal (2006), penamatan adalah kemuncak proses


kaunseling. Bagi kes Hamdi, penamatan sesi dilakukan apabila beberapa perbincangan
dilakukan bersama kaunselor. Hamdi telah bersetuju untuk mengambil tindakan

4
perkembangan seperti mana yang telah dibincangkan bersama dengan kaunselornya.
Walaupun kes Hamdi telah ditamatkan secara rasmi, namun begitu, kaunselor akan
terus memberikan perhatian khusus untuk Hamdi dari semasa ke semasa. Tindakan
susulan yang harus dilakukan oleh Hamdi setelah menyedari bahawa kepercayaannya
adalah tidak rasional.

2.2 Cadangan aplikasi kaedah dan teknik mengikut teori kaunseling yang dipilih 

Pengkaji mencadangkan untuk menggunakan pendekatan kognitif iaitu Teori
Rasional Emotif Belief Therapy (REBT) bagi menangani isu ini. Hal ini kerana Hamdi
merupakan seorang murid yang analitikal. Dia mempunyai kognitif yang tinggi. Hamdi
juga merupakan seorang murid yang bijak dan cemerlang dalam akademik dan
kokurikulum. Pengkaji akan mengaplikasikan teknik Cost Benefit Analyse (teknik Untung
Rugi) dalam meningkatkan dan membentuk pemikiran yang rasional dalam diri Hamdi.
Hal ini kerana, melalui kognitif peserta kajian, adalah dipercayai bahawa menerusi
kepintarannya, Hamdi akan memperoleh celik akal dengan mudah bahawa masalah
sebenar berpunca dari dirinya sendiri dan tidak lagi akan menyalahkan orang dengan
menganggap dirinya sahaja yang betul. Selepas teknik diaplikasikan terhadap Hamdi,
segala pemikiran yang merosakkan diri Hamdi akan dapat dilepaskan. Hamdi akan
menolak kepercayaan yang tidak rasional seperti ‘anak bongsu mempunyai hak
autonomi atau hak kesayangan dalam keluarga’. Pada masa yang sama, Hamdi akan
memahami prinsip kehidupan baharu. Hamdi akan sedar bahawa pada hakikatnya,
semua orang haruslah menerima dan menghormati pandangan orang lain. Tambahan
pula, Hamdi juga dapat memahami tentang hak asasi semua manusia adalah sama rata,
tiada sesiapa yang wajib dipentingkan dan diutamakan. Sebagai anak bongsu dalam
keluarga, tidak semesti memiliki kesemua-semua kasih sayang daripada ahli keluarga
termasuklah ibu bapa maka bolehlah cuba bertoleransi dengan mereka. Apabila Hamdi
dapat mengubah pemikiran dan falsafah hidup diri, maka Hamdi adalah berada di
landasan ke arah pemikiran yang rasional dan positif.

2.3 Justifikasi pemilihan kaedah dan teknik serta teori kaunseling yang akan
diaplikasikan 

Hamdi telah dirujuk kepada kaunselor sekolah kerana kemerosotan peperiksaannya.
Maka, kesimpulan boleh dibuat mengenai sifat agresif yang ada dalam dirinya. Walau

5
bagaimanapun, Hamdi merupakan seorang yang pintar, maka teknik yang sesuai dan
wajar digunakan adalah teknik di bawah kognitif. Teknik yang dipilih adalah “cost-
benefits analysis” atau dikenali sebagai teknik Untung Rugi. Teori Rasional Emotif
Behavior Theraphy (REBT) mengandaikan masalah klien berpunca dari pemikiran yang
keterlaluan. Kaunselor membantu memperbaiki proses pemikiran supaya tidak
berterusan menggunakan pola pemikiran negatif atau keterlaluan membuat generalisasi.
Menurut Ellis (1979) dalam Sapora dan Ruhaya (2012), manusia menghadapi masalah
disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu peristiwa.
Menurut Ellis (1979) dalam Sapora dan Hapshah (2008), manusia menghadapi masalah
disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap peristiwa tersebut.
Seseorang individu mengalami neurosis atau psikosis disebabkan oleh idea-idea dan
kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi daripada
pemikiran yang karut, songsang dan tidak logik ini akan menimbulkan gangguan emosi
dan tingkah laku yang bersifat kalah diri. Dalam kes ini, Hamdi (nama samaran)
dipercayai semakin tidak rasional apabila pemikirannya yang mewujudkan satu sistem
kepercayaan bahawa tindakan Hamdi membolehkan dia mendapat perhatian daripada
orang di sekelilingnya. Menurut Hackney dan Cormier (1995) dalam Sapora dan Ruhaya
(2012) membuat andaian bahawa gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh
pemikiran yang tidak rasional. Manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikiran
secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang
menyebabkan dirinya berasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh
sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri. Hamdi mempunyai
pemikiran yang tidak sihat kerana dia berasa tindakannya mendatangkan apa yang
diinginkan walaupun keputusan akademiknya semakin merosot. Dia berasa gembira dan
dia mempunyai idea iaitu ‘saya dititik beratkan oleh guru dan ibu bapa apabila saya tidak
mendapat keputusan cemerlang’ dan ‘saya ingin menjadi orang yang disayangi dan
dipunyai oleh orang sekeliling saya terutamanya ibu bapa saya.’

3.0 METOD KAJIAN KES

3.1 Huraian kes (senario isu / masalah) 



Klien merupakan seorang murid berumur 11 tahun di sekolah X di sekitar pokok sena.
Hamdi (Nama samaran) mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada 3 adik-

6
beradik. Hamdi merupakan anak bongsu dan mempunyai 2 orang kakak. Ibu bapa
Hamdi merupakan peniaga. Mereka jarang meluangkan masa dengan anak mereka.
Hamdi merupakan seorang kanak-kanak yang suka main hoki dan berenang. Hal ini
dipercayai merupakan salah satu punca kepada berlakunya tingkah laku Hamdi di
sekolah. Hamdi sentiasa memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Hamdi
juga merupakan seorang murid yang berciri kecindan dan kadang kala dia cepat marah.
Namun, kebelakangan ini, keputusan akademik Hamdi semakin menurun dan ini telah
memberi satu impak kepada diri Hamdi. Hamdi sering membuat tingkah laku disruptif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini telah menyebabkan guru sekolah
risau akan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Hamdi. Apabila sesi kaunseling telah
dijalankan dengan Hamdi, Hamdi menyatakan bahawa “Saya rasa diri saya tak
dipentingkan, ibu bapa sibuk dan tidak pedulikan saya.” Dipercayai bahawa tingkah laku
Hamdi adalah dia inginkan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya.

3.2 Cara Mengumpul Data 



Disebabkan peseerta yang terlibat dalam kajian ini adalah seorang sahaja, cara
pengumpulan data berbentuk kualitatif akan digunakan yang diperolehi daripada tiga
kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Menurut Chow dan Jaizah
(2011), pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan
sistematik, data-data yang berguna dapat diperoleh untuk membantu pengkaji dalam
memahami tindakan yang dilaksanakan. Hal ini demikian kerana proses pemerhatian
yang dijalankan perlu mempunyai kualiti tertentu sebagai penanda aras. Oleh yang
demikian, kualiti tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk strategi yang perlu
titikberatkan bagi memastikan keberkesanan proses pemerhatian dengan berpandukan
borang pemerhatian (Rujuk Lampiran B) yang disediakan. Dalam kajian ini, pengkaji
akan melaksanakan pemerhatian sepanjang sesi kaunseling dan proses pengajaran dan
pembelajaran peserta kajian dan mengumpul data pada masa yang berlainan agar
pengkaji dapat melihat secara jelas dari pelbagai perspektif mengenai gambaran
fenomena di bawah kajian.

Pengkaji akan melaksanakan proses pengumpulan data kajian pengkaji melalui


analisis dokumen terhadap catatan laporan sesi kaunseling. Kartini et.al (2012)

7
menyatakan bahawa dokumen merupakan satu sumber penting bagi penyelidik
mendapatkan data semasa menjalankan penyelidikan tindakan. Selepas sesi kaunseling
dijalankan dengan murid berkenaan, pengkaji akan membuat laporan sesi kaunseling.
Untuk mengesahkan apa yang dihadapi oleh murid, pengkaji akan mendapat
pengesahan daripada murid dengan memberi kepada murid tersebut untuk dibaca dan
sahkan. Berdasarkan hasil analisis, pengkaji akan mengetahui sama ada matlamat
kaunseling yang dibentuk tercapai atau sebaliknya.

Kaedah pengumpulan data yang seterusnya ialah temu bual. Temu bual yang
berstruktur telah dilaksanakan dan kandungannya termasuklah perasaan, keseronokan,
pendapat, pemahaman responden tentang aktiviti yang telah dijalankan. Temu bual ini
dilakukan adalah untuk mengetahui kemajuan murid dan memahami apa perasaan
murid selepas menjalankan sesi kaunseling tersebut. Temu bual ini akan dijalankan
selepas tamatnya aktiviti. Pengkaji akan menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan
maklumat terperinci berkaitan dengan latar belakang isu ini. Pengkaji akan menyediakan
soalan-soalan yang akan ditanya kepada peserta kajian dan mencatatkan di dalam
borang temu bual yang disediakan. Temu bual melibatkan interaksi perbualan antara
pengkaji dengan peserta bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan
kajian.

3.3 Cara Menganalisis Data 



Kartini et.al (2012) menjelaskan borang senarai semak pemerhatian merupakan borang
pemerhatian atau satu dokumen yang digunakan untuk merekodkan apa yang
diperhatikan secara sistematik dan teratur. Semasa peserta kajian berada di bilik darjah
dan menjalani sesi kaunseling, pemerhatian telah dilakukan terhadap tingkah laku
peserta kajian. Dengan berdasarkan borang senarai semak pemerhatian yang telah
disediakan, tingkah laku responden telah direkodkan bagi sebelum dan selepas sesi
kaunseling dijalankan dan perbandingan bagi ketiga-tiga hasil pemerhatian telah
dilaksanakan. Berikut (Jadual 1) merupakan hasil pemerhatian terhadap tingkah laku
murid semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

8
Jawapan Jawapan
Bil Item Soalan Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak
Murid merasai diri tidak dititikberatkan dan
1
disayangi.
Murid melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti
2
secara sukarela.
3 Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar.
4 Murid bekerjasama dalam kumpulan.
Murid mengasingkan diri daripada rakan lain dan
5
guru.
6 Murid menjawab soalan yang guru ajukan.
Murid membuat kerja sendiri seperti melukis semasa
7
guru mengajar.
Murid menumpukan perhatian semasa pengajaran
8
dijalankan
Murid aktif dalam melibatkan diri dalam pengajaran
9
dan pembelajaran.
10 Murid mengganggu rakan lain yang sedang
membuat kerja.
11. Murid berasa kecewa dengan ibu bapa.
12. Murid menunjukkan mimik muka, reaksi dan respon
menandakan bosan dan tidak berpuas hati.

Jadual 1: Borang senarai semak.

Berdasarkan temu bual dengan peserta kajian, pengkaji akan menganalisis transkrip
yang diterjemahkan dan mendapatkan data penting. Data yang diperolehi akan disahkan
oleh peserta kajian agar data tersebut mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang
tinggi. Pengkaji akan mempersembahkan data-data yang diperolehi secara naratif.
Untuk menganalisis data yang diperolehi daripada catatan laporan kes kaunseling,
pengkaji akan memberikannya kepada murid untuk membaca sepintas lalu. Laporan kes
kaunseling merupakan sejenis dokumen yang mempunyai maklumat yang dicatat oleh

9
pengkaji dan maklumat yang dicatatkan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah
naratif agar dapat menyatakan kes dengan jelas, ringkas dan padat.

3.4 Cara Menyemak Data 


Pemerhatian

Kaedah
Triangulasi

Analisis
Temu Bual
Dokumen

Rajah 2: Kaedah Triangulasi yang digunakan untuk menyemak data kajian.

Menurut Fatimah & Lim (2010) dalam Kartini et al (2012), maklumat yang didapati dari
satu sumber boleh disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber
yang lain. Untuk menyemak data dan mengesahkan ketulenan data, pengkaji akan
meminta peserta kajian untuk membuat penyemakan analisis bagi data temu bual. Hal
ini demikian agar peserta kajian dapat mengesahkan kebolehpercayaan data yang
ditranskripkan. Terdapat tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu
pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini akan
saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Penggunaan semua kaedah tersebut
merupakan bahagian daripada proses triangulasi yang dapat menghasilkan dapatan
kajian yang lebih tepat dan menyakinkan tentang objektif yang dikaji. Triangulasi kaedah
ini adalah berkesan untuk meningkatkan ketepatan data dan maklumat yang dikumpul.

10
4.0 PENUTUP
Berdasarkan kes di atas, murid akan menemui celik akal dan menunjukkan perubahan
pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran rasional. Perubahan pemikiran peserta
kajian dalam kes di atas lebih menyakinkan bahawa Pendekatan Rasional Emotif
Behavioris Therapy (REBT) mampu memberi ruang dan peluang yang cukup baik bagi
peserta kajian berubah. Kajian kes pengkaji yang mengkaji tentang aplikasi teknik
Untung Rugi dalam kes ini iaitu merasionalkan pemikiran serta tingkah laku murid yang
mempunyai idea keterlaluan di mana ia menyebabkan tingkah laku serta perasaan
murid terganggu sama ada mencapai objektif atau matlamat kaunseling bagi kajian kes
ini.

11
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI
Abdul Ghani, S. (2009). Kemahiran Asas Kaunseling. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sulta Idris.
Akhiar, P., & Shamsina, S. (2015). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor
Darul Ehsan: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kartini, A. M., Ahmad, S. Y., Rosli, S., & Badrul Hisham, A. O. (2012). Menguasai
Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP Dan DPLI. Ipoh, Perak: Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh.
Maznah Baba dan Zainal Madon. (2006). Kaunseling Individu. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah, A. I., & Halimatun, H. M. (2002). Kaunseling Individu, Apa dan
Bagaimana. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
MOHAMED SHARIF, M., & ROSLEE, A. (2003). KEMAHIRAN ASAS SEORANG
KAUNSELOR. Skudai, Johor Bahru. Retrieved from
https://www.academia.edu/1842198/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELO
R
Mohamed Mansor Bin Abdullah dan Siti Nordinar binti Mohd. Tamin. (1989). Kaunseling
Kelompok. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Richard K. James. (2003). Theories and Strategies in Counseling and Psychotherapy
(5th Ed.). United States: Pearson Education.
Sapora, S., Hapshah, M. Y. (2008). Pengantar Kaunseling Individu Edisi Keempat.
Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Sapora, S., Hapshah, M. Y., & Abdul Aziz, M. Y. (2006). Kaunseling Individu Edisi-3.
Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.
Sapora, S., & Ruhaya, H. (2012). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Negeri Sembilan:
Universiti Sains Islam Malaysia.

12
LAMPIRAN A

MAKLUMAT ASAS PESERTA KAJIAN

NAMA : Hamdi (Bukan nama sebenar)


JANTINA : LELAKI
UMUR : 11 TAHUN
TAHUN LAHIR : Tahun 2005
TEMPAT LAHIR : KEDAH DARUL AMAN
ALAMAT RUMAH : POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN.
BILANGAN ADIK-BERADIK : 3
ANAK KE : 3 (2 kakak)
PEKERJAAN BAPA : PENIAGA
PEKERJAAN IBU : PENIAGA

13
LAMPIRAN B

BORANG SENARAI SEMAK PEMERHATIAN PESERTA KAJIAN


Arahan : Tandakan X pada pilihan jawapan anda.
Jawapan Jawapan
Bil Item Soalan Sebelum Selepas
Ya Tidak Ya Tidak
Murid merasai diri tidak dititikberatkan dan
1
disayangi.
Murid melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti
2
secara sukarela.
3 Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar.
4 Murid bekerjasama dalam kumpulan.
Murid mengasingkan diri daripada rakan lain dan
5
guru.
6 Murid menjawab soalan yang guru ajukan.
Murid membuat kerja sendiri seperti melukis semasa
7
guru mengajar.
Murid menumpukan perhatian semasa pengajaran
8
dijalankan
Murid aktif dalam melibatkan diri dalam pengajaran
9
dan pembelajaran.
10 Murid mengganggu rakan lain yang sedang
membuat kerja.
11. Murid berasa kecewa dengan ibu bapa.
12. Murid menunjukkan mimik muka, reaksi dan respon
menandakan bosan dan tidak berpuas hati.

Pemerhati

( )
TARIKH :
MASA :

14

Anda mungkin juga menyukai