Anda di halaman 1dari 13

KESIHATAN EMOSI

Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia.  Remaja sebagai
manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut.  Antaraemosi yang wujud
dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak
berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda
menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.

Kehidupan kanak-kanak memang menyeronokkan, tiada masalah yang hendak di fikirkan.  Kebanyakkan
mereka sentiasa di dalam keriangan dan di dalam emosi yang baik.

Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan mempermudahkan


manusia dalam kehidupan di dunia ini.  Antaranya :

o        Kelangsungan hidup- Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang
menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan
menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.

o        Membuat keputusan- Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan 


sumber informasi yang penting.  Kajian menunjukkan jika perhubungan emosiseseorang di dalam otak
telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.  Ini kerana dia tidak
tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.

o        Menentukan sempadan dalam perhubungan- Apabila kita merasa tidak tenteram dengan
tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita.  Dengan itu kita akan menunjukkan perassan
tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar
fizikal dan mental sentiasa terjaga.

o        Komonikasi- Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain.  Ekpresi muka kita
dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.

o        Kegembiraan- Apabila gembira kita akan berasa tenang.  Jika kita dapat mengenal
pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk
merasa gembira.

o        Kesatuan-  Emosi adalah universal.  Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan


bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.

o        Mengurus emosi negatif- Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu


mengurusemosi yang negatif.  Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri
kita adakah perasaan itu baik atau tidak.  Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih
baik.  Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.
Bagaimana menunjukkan emosi negatif?

Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif.  Walaupun kita terpaksa
menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira
perkara di bawah semasa menunjukkan perasaan negatif tersebut:

i.      Jangan terlalu dramatik.


ii.     Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk.
iii.    Singkatkan interaksi.
iv.    Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
v.     Cakap apa yang anda rasai.
vi.    Tanya apa yang orang lain rasai.
vii.    Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham dengan awak
        atau saya tahu tujuan awak baik).

Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala
sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan
menghasilkan emosi yang negatif.  Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif
berbanding positif.  Tabiat ini harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri.  Apa yang penting adalah
dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita
mempunyai perassan negatif terhadapnya.

Hasil daripada rumusan serta perbincangan, beberapa cadangan dikemukakan bagi


meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan yang
telah dikenal pasti ialah:
i. Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi
kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi
pelajar. Oleh sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh
dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang
kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi
pelajarnya.
ii. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi
mengendali masalah emosi, cara bekerjasama dengan orang lain,
membantu pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya.
Apabila pelajar berupaya mengawal emosi mereka akan dapat
memberikan penumpuan terhadap proses pembelajarannya.
iii. Pendidik hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang
menyeronokkan seperti mengadakan perbincangan kumpulan supaya
pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti ini memberi
peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan mendapat
maklum balas terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati.
Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan
kehendak pendidik serta memberi tindak balas dengan segera.
iv. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses
perkembangan emosi pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa
terhadap kecerdasan emosi anak-anak mereka akan dapat membantu
meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki

Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah
seperti berikut:-

 Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam


 Mengungkapkan dan memahami perasaan
 Mengendalikan amarah
 Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
 Kemampuan untuk menyesuaikan diri
 Disukai oleh orang lain
 Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di
sekeliling
 Semangat setiakawan
 Keramahan
 Sikap hormat-menghormati

bu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti
berikut:-

 Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis


 Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
 Berbicara dan mendengarkan secara efektif
 Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
 Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
 Berempati antara satu sama lain
 Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
 Mengatasi konflik
 Membangkitkan rasa humor atau jenaka
 Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
 Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
 Menjalin keakraban

Scribd
 Explore
 Community

Upload a Document
Search Books, Presentations, Business, Academics...


 Noorasmad Mat Ripin
o My Home
o View Public Profile
o My Documents
o My Collections
o Messages
o Settings
o Help
o Log Out

              
  /  15
Search com

Reading should be social! Post a message on your social networks to let others know what you're
reading. Select the sites below and start sharing.

Link account
Readcast this Document
edit preferences
1 4gen

http://w w w

(auto)


300


1


Scroll

<a title=

Download this Document for Free


mengira usia .

Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti

rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah

terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti

cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya .

Antara faktor-faktor yang


menjejaskan masalah emosi individu ialah:
Faktor peristiwa dalam hidup

Peristiwa dalam hidup selalunya melibatkan perubahan yang besar dan

penyesuaian dalam hidup. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau

negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa

hidup yang negatif adalah penderaan,perceraian, kemalangan, kematian, muflis atau

hilang pekerjaan, di penjara, penyalahgunaan bahan terlarang, krisis kewangan dan

lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan,

mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru.


Peristiwa dalam hidup memberi kesan ke atas masalah emosi

seseorang.Peristiwa dalam hidup yang tertekan selalunya berkait rapat dengan

tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, manusia

akan merasa susah hati,murung , sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain.

Emosi tersebut boleh menyebabkan demam, selesema, sakit kepala, susah tidur

dan loya. Dari segi tingkah laku, manusia bertindak berlainan di antara satu dengan

lain. Setengah menjadi kaku, manakala yang lain tidak menunjuk sebarang emosi,

dan yang lain meluahkan emosi mereka..

Faktor Pengaruh Keluarga


Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan

kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan

membawa keadaan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.


Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang

memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang

yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan

dan ketekunan.

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya


Pada peringkat ini,hubungan sosial bukan sahaja melibatkan ibu bapa tetapi juga rakan

sebaya.Peringkat kanak-kanak rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit bebanding dengan zaman remaja

yang mempunyai peranan yang penting.Minat mereka lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.

Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan

rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.Remaja yang

kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan

mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang.Suka membantu,bijak

bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti


kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Remaja seperti ini bersikap ceria,

bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan

idea yang baik.

Remaja yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai

ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Remaja ini merasa kurang

yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya.

Remaja yang bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak akan tidak disukai

dan kemungkinan ditolak rakan sebaya.Remaja yang tidak disukai oleh kawan-

kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap

kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

Faktor Pengaruh Sekolah


Guru memainkan peranan penting dalam personaliti kanak-kanak.Secara

langsung ,guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri mereka.

dengan cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula

melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan

‘pengacau’,‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’.

Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan


mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau
tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka
merasa tersingkir.

Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti

murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan ,

tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred

yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan

penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan

sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau

sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.


Faktor Di Tempat Kerja

Misalnya pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam

tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia

gagal berbuat demikian.

Cabaran kerja seperti pertukaran kerja tanggungjawab kerja yang baru

,kenaikan pangkat dan kerja yang banyak mengakibatkan rasa tidak selamat ,hilang

keyakinan menyebabkan masalah emosi yang serius

Fungsi kerja dan matlamt yang kurang jelas dari pihak atasan membuat

seseorang merasa ragu-ragu apa yang perlu dibuat.Maka ,berlakunya,kekecewaan

dan kehampaan.

Suasana kerja yang tidak teratur dan tidak kondusif seperti kebisingan,

kurang pengudaraan, pencahayaan, rekaan tempat kerja yang buruk dan lain-lain,

memberi kesan ke atas keupayaan individu untuk memberi tumpuan dan

mendedahkan kepada kemalangan dan kesilapan.

3.0 Menghubungkaitkan Cara Didikan Ibu Bapa Yang Dapat Melahirkan Emosi-
Emosi Tertentu Ke Atas Anak-Anak
3.1 Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak pada zaman
kini

Ibu bapa seharusnya boleh memainkan pelbagai peranan dalam membentuk

disiplin dan peribadi anak-anak. Kecuaian ibu bapa untuk memahami peranannya

yang sebenar menjadikan anak-anak hilang panduan dan keliru dalam menjalani

hidupnya, maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka memilih orang lain

untuk di contohi. Peranan berkesan yang dimainkan oleh ibu bapa di rumah dengan

melakukan sesuatu yang positif untuk keharmonian kekeluargaan akan membawa


keharmonian ini ke tempat kerja. Jika keharmonian ini dapat disalurkan ke tempat

kerja sudah tentunya kelangsungan keharmonian ini dapat diwujudkan dalam

masyarakat. Ibu bapa seharusnya dapat menyeimbangkan peranan mereka sama

ada di rumah, tempat kerja dan dalam masyarakat. Keseimbangan ini amat perlu

supaya segala tekanan akan dapat diatasi. Hubungan antara tingkah laku dan

personaliti remaja adalah dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa mereka. Baumrind

(1968) telah mengenal pasti lima kategori gaya keibubapaan seperti berikut:

Ibu bapa authoritarian (keluarga kuasa)

Cara didikan kategori ini adalah mengawal dan menilai tingkah laku remaja dengan

menggunakan standard mutlak atau kawalan ketat. Tidak ada tolak ansur tetapi

remaja kena patuh segala arahan mereka. Ibu bapa beranggapan bahawa mereka

tahu apa yang baik dan buruk dan perlu patuh tanpa menyoal. Dari sini remaja akan

berpegang teguh kepada nilai-nilai tradisional dan terus akur dengan kehendak ibu

bapa walaupun ada di kalangan remaja yang marah dan menyimpannya di dalam

hati mereka.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini lebih cenderung untuk mematuhi perintah

dan akur kepada pihak berkuasa, mempunyai pemikiran yang konkrit, idea yang

konvensional dan menyimpan rasa marah yang terkawal.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak (keluarga kacau)

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak tidak begitu keras dari segi kawalan dan

disiplin anak-anak serta tidak tekal dalam amalan mereka. Mereka tidak

menerangkan kepada anak-anak mengapa tindakan tersebut dilakukan apabila

menghukum atau mendenda dan biasanya ia lebih mengikut mood dan perasaan

mereka. Remaja akan tidak dapat membendung rasa marah dan melepaskannya

dalam bentuk tingkah laku anti-sosial.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan bertindak melanggar undang-undang

dan tidak mematuhi norma masyarakat. Kajian menunjukkan sebilangan besar


remaja delinkuen telah dididik dalam keadaan terabai yang akan bertindak secara

agresif dan tidak mempunyai kawalan diri seperti ibu bapa mereka.

Ibu bapa yang amat melindungi (keluarga simbiotis)

Ibu bapa sukar melepaskan anak-anak mereka melakukan sesuatu dengan sendiri

dan sedaya upaya akan menentukan apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak dan

bila patut buat. Mereka menggalakkan tingkah laku bergantung dan pasif serta

mendisiplinkan mereka dengan cara tidak memberikan kasih sayang sekiranya

anak-anak tidak mengikut arahan mereka.

Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan cenderung untuk menjadi

bergantung, pasif, bersopan dan akur. Remaja juga akan menjadi penakut, malu dan

kurang keyakinan diri serta sukar untuk memjadi pemimpin dan melakukan aktiviti

bersama rakan sebaya.

Ibu bapa permisif (keluarga protektif)

Ibu bapa membenarkan remaja menggunakan diri mereka sebagai sumber serta

mengikut kehendak remaja tanpa mendesak mengikut keinginan mereka. Ibu bapa

bukan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku

remaja. Remaja yang menerima didikan seperti ini mempunyai tingkah laku agresif

dan tidak bertanggungjawab terutamanya remaja lelaki akan menunjukkan tingkah

laku buli dan mementingkan diri sendiri.

Ibu bapa autoritatif (keluarga seimbang)

Ibu bapa autoritatif ialah mereka bertanggungjawab dan dapat dipercayai .Mereka

juga menggunakan budi bicara mereka dalam mengawal dan mendisiplin anak-anak

supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka. Ibu bapa menerangkan sebab

atas segala tindakan dan sentiasa menjelaskan tentang harapan dan permintaan

mereka yang perlu difahami oleh kanak-kanak tetapi boleh bertolak ansur dalam hal

demikian itu. Di samping itu ibu bapa juga sentiasa memberi pertimbangan kepada

pendapat atau maklum balas daripada anak-anak.


Ibubapa autoritatif mahu anak-anak mereka hidup bahagia dan mengawal hidup

mereka sendiri dan sebagai ibu bapa mereka membantu dari segi persediaan

menjadi dewasa yang mempunyai kebebasan. Bersedia mendengar dan mendidik

anak-anak dengan tegas supaya anak-anak mereka mempunyai kekuatan ego dan
berdisiplin.

Didikan seperti ini akan menjadikan remaja cenderung menjadi egen sosial yang

aktif dan mempunyai daya usaha, boleh berdikari, disiplin yang tinggi,

bertanggungjawab, boleh berfikir untuk diri sendiri dan berpegang teguh kepada nilai

dan prinsip hidup

4.0 Implikasi Daripada Masalah Emosi Kanak-Kanak Ke Atas Perkembangan


Masa Depan Mereka.

Pengaruh ibu bapa dalam tingkah laku dan ciri-ciri personaliti remaja boleh

dipengaruhi oleh cara didikan semenjak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun

seringkali timbul masalah antara ibu bapa dan remaja. Perbezaan pemahaman dan

pengalaman merupakan masalah yang ketara dan ini dinamakan sebagai jurang

generasi. Jurang generasi merupakan salah satu punca konflik antara remaja dan

ibu bapa. Ianya adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai, sikap dan tingkah laku

antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu bapa selalu

memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan

peraturan mereka. Perhubungan antara remaja dan ibu bapa akan baik sekiranya

mereka berjauhan seperti anak remaja melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di

tempat lain.

Anda mungkin juga menyukai