Anda di halaman 1dari 2

1.0 Isu dan cabaran utama profesion perguruan.

Gambar tersebut menunjukkan sikap ibubapa pada masa dahulu dan sekarang
terhadap guru. Ibubapa pada masa dahulu mempercayai guru untuk mengajar anak
mereka. Berdasarkan dialog pada gambar tersebut menunjukkan ibubapa pada masa
dahulu menghormati guru. Jika guru merotan atau sebagainya menunjukkan bahawa
anak mereka yang bersalah dan bukannya guru.
Gambar yang kedua menunjukkan sikap ibubapa kini yang menyebelahi anak mereka
berbanding guru. Dialog pada gambar kedua jelas menunjukkan senario yang berlaku
pada masa kini dimana ibubapa menyaman guru-guru yang merotan atau mendenda
anak mereka. Perkara ibubapa menyaman guru kini lumrah guru dalam menjalankan
pekerjaan mereka.
1.1 Isu Tersurat dan Isu Tersirat
Isu tersurat yang boleh dikatakan berdasarkan gambar tersebut ialah sikap ibubapa
yang menyebelahi anak-anak tanpa usul periksa. Contohnya, guru disekolah merotan
anak mereka. Adakah guru merotan anak mereka tanpa sebab? Perkara ini menjadi
semakin menjadi terutma sekolah di bandar.
Selain itu, sikap murid atau anak juga perlu diberi perhatian. Sikap murid yang malas
dan tidak melakukan kerja rumah atau latihan akan dihukum oleh guru. Apabila perkara
ini berlaku murid akan menceritakan kepada ibubapanya. Kebanyakan murid tidak
menceritakan perkara yang sebenar kerana takut dimarahi oleh ibubapanya dan
menyebabkan guru yang menjadi mangsa.
Isu tersirat yang boleh diambil daripada gambar tersebut ialah dari segi teknologi.
Teknologi memainkan peranan penting pada masa kini. Di dalam pendidikan, teknologi
memberikan sumbangan contohnya, dari segi alat bantu mengajar guru-guru. Isu di sini
membolehkan murid mempelajari sendiri dengan mengakses internet yang mempunyai
pelbagai maklumat. Di sini menunjukkan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi
perlu di pertingkatkan. Guru juga harus cakna dengan perubahan penggunaan
teknologi.
Isu tersirat yang lain adalah mengenai kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai