Anda di halaman 1dari 1

Sejak akhir-akhir ini masalah disiplin berkenaan pelajar sering diperkatakan.

Selepas satu kes, satu kes yang lain


timbul. Masalah yang wujud sekarang ini pula ialah masalah pelajar-pelajar tidak menghormati guru-guru. Sikap
pelajar-pelajar dahulu dengan sekarang amat jauh berbeza seperti “langit dan bumi”. Persoalannya, mengapa
masalah ini wujud sekarang?
Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Perhubungan antara
guru dengan pelajar tidak seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banydk kaitannya dengan sikap ibu
bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa
berkirim “salam”. Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak wujud lagi. Jika dahulu ibu bapa
sentiasa menyatakan guru berada di pihak yang benar jika mereka mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh berbeza. Sebaliknya guru-guru pula yang disalahkan jika mereka
mendenda serta merotan pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak kepada anak-anak serta
menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan
merah atau calar-calar pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak sekolah tanpa usul periksa
terlebih dahulu.
Faktor perkembangan semasa juga mempengaruh pemikiran pelajar sekarang. Pada masa dahulu guru adalah satu-
satunya sumber ilmu berbanding zaman moden yang serba canggih ini. Pada masa sekarang pelajar-pelajar boleh
mendapat ilmu dari sumbersumber lain. Ilmu boleh diperoleh dari pelbagai sumber seperti dari akhbar, televisyen dan
terbaru sekali ialah melalui internet. Jadi tidak hairanlah jika pada masa sekarang pelajar-pelajar kurang
menghormati guru-guru di sekolah. Sesetengah daripada mereka pula berpendapat bahawa mereka lebih
berpengetahuan daripada guru-guru. Atas alasan inilah rasa hormat kepada guru-guru sekarang ini kian
berkurangan.
Kedudukan guru yang semakin goyah dalam masyarakat hari ini juga merupakan salah satu penyebabnya. Pada
masa dahulu guru adalah satu kerjaya yang amat disanjung oleh masyarakat. Jika ada sebarang majlis dalam
sesebuah kampung gurulah yang memainkan peranan utama. Guru-guru dahulu akan duduk di barisan hadapan
serta memegang jawatan-jawatan penting dalam kampung. Keadaan sekarang sudah berubah. Pada masa ini
tempat-tempat guru pada masa dahulu telah diambil alih oleh tokoh-tokoh korporat, penghulu-penghulu serta ahli-ahli
politik. Inilah yang menyebabkan rasa hormat kepada guru-guru agak berkurangan.
Kerjaya perguruan adalah satu kerjaya yang mulia. Namun sekarang ini, is seolaholah dipandang sebagai pilihan
kedua. Kedudukan guru di rata masyarakat perlu dipulihkan. Cara ini sahajalah yang dapat memberi kesedaran
kepada pelajar-pelajar agar kembali menghormati guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai