Anda di halaman 1dari 2

Di dalam sambutan pesta Lun Bawang itu,sebuah lagi warisan

kebudayaan suku kaum Lun Bawang turut dipersembahkan dan


menjadi satu kemestian untuk dipersembahkan iaitu sebuah tarian
tradisi bernama tarian ‘Busak Baku ‘

Ia adalah antara warisan kebudayaan Lun Bawang yang amat dikenali


dan dipelihara .Tarian ini amat digemari di kalangan kaum wanita Lun
Bawang dan merupakan warisan nenek moyang mereka zaman
berzaman.Ia akan ditarikan oleh kaum wanita sahaja tanpa mengira
usia.Adalah dipercayai tarian ini berasal dari dataran tinggi Indonesia.

Pada masaa dahulu,tarian ini ditarikan secara beramai – ramai semasa


menyambut kepulangan para pahlawan Lun Bawang dari medan
peperangan atau bertempur dengan musuh.Kemenangan akan diraikan
dengan berpesta di mana semua penduduk akan menyanyi lagu ‘Busak
Baku’ secara beramai – ramai dan berulang – ulang sambil menari
mengikut gaya masing – masing ,dalam satu bulatan dan menyanyikan

Namun,perubahan zaman turut mengubah fungsi tarian ‘Busak Baku’.

Kini ia ditarikan bukan lagi untuk menyambut pahlawan daripada


medan peperangan.Kini ia menjadi pertunjukkan kebudayaan di mana
hanya lagunya sahaja dimainkan dan para penari akan menari mengikut
rentak.
Tarian ini sering dipersembahkan ketika majlis – majlis keramaian
seperti menyambut tetamu tetamu terhormat,pesta – pesta kesenian
dan kebudayaan,majlis perkahwinan dan semasa sambutan pesta
menuai Irau Aco Lun Bawang atau lebih dikenali sebagai Pesta Lun
Bawang.

Tarian ‘Busak Baku ‘ ini wajib dipersembahkan semasa upacara


perasmian Irau Aco Lun Bawang dan sebelum bermulanya pertandingan
Ruran Ulung (Ratu Lun Bawang ) dan Padan Liu’ Burung (Wira Lun
Bawang) pada malam penutupannya.Pesta ini biasaya diadakan pada 1
Jun setiap tahu berpusat di bandar Lawas.

Anda mungkin juga menyukai