Anda di halaman 1dari 8

Adat dan kebudayaan

Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka
sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti
menghormati orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti
pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah
seperti:

Tarian Liliput Bisaya

Tarian Jipin (Zapin) Bisaya

Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)

Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)

Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun)

Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu


berkaitan acara berasik

Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo

Tarik tali

Bermain gasing

Bermain layang-layang

Ugang Bamboo

Badaup terutama semasa menuai padi

Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau

Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah

Ya Bamban Ya
Lukah,
Ya Bamban Eh
Basari,
Main Kita Si Ipar

Muda,
SiLukah Pandai
Menari

Berambit/Bahambit

menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar

Lastik/Melastik

Panah/Memanah

Andiban/Alat membujak binatang liar

Perubatan tradisional Bisaya

Pakaian Tradisional Bisaya

Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih
sapit, dll.

Kemahiran Kraftangan
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai
kraftangan mereka sendiri. Kraftangan mereka adalah berkaitan dengan
kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian,
membuat sagu dan menangkap ikan. Antara yang terdapat di sini ialah
kalambigas, lasok dan salihid.[2]
Tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah
Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang
Ishak Ismail Jalil, kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo
(Sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada
ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada
tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini
jelas pada waktu itu walaupun Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British
akan tetapi, pihak British memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo
(Sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah)
telah ditolak disebabkan Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin
Sultan OKK Setia Pahlawan Awang Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan

Awang Alak Betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada
pihak pegawai-pegawai British pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan
pihak berkenaan.
TARIAN KAUM BISAYA.
Kaum bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu tarian tradisi kaum bisaya
Sama juga dengan suku kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai tarian
tradisinya tersendiri. Tiga daripada tarian tersebut adalah tarian sayau
bagarus,tarian liliput dan tarian bubu.
tarian sayau bagarus adalah tarian yang menceritakan cara kaum bisaya
mendapatkan hasil sagu, iaitu sejenis makanan tempatan. Tarian tersebut
menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia,
membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Ceritanya proses
mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan mereka mencipta tarian sayau
bagarus. Tarian ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang.
Tarian liliput pula biasa ditarikan untuk mengubati orang sakit. Maksud liliput
adalah meliputi atau mengelilingi, oleh itu tarian ini adalah tarian meliputi atau
tarian mengelilingi. Kaum bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh
ilmu sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini
dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak
mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara
tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari tarian liliput
sehingga pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian
hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan
canang.
Tarian bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan,
pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa
ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka
dengan dunia lain.
Selain itu terdapat juga dua tarian lain, iaitu tarian anak kuda dan tarian
putera di gadong tapi saya tidak dapat banyak info mengenai dua tarian ini
kerana tarian ini sudah lama tidak di persembahkan.

alat yang mengiringi semua jenis tarian bisaya.

ADAT DAN KEBUDAYAAN


Kaum asli bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka
sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli bisaya mesti
menghormati orang dewasa kaum asli bisaya. Anak gadis kaum asli bisaya mesti
pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan kaum asli bisaya adalah
seperti:
Tarian liliput bisaya
Jipin (zapin) bisaya
Alat tradisional kulintangan bisaya
Pencak silat bisaya dengan muzik bamboo
Tarik tali
Bermain gasing
Bermain layang-layang
Ugang bamboo
Badaup terutama semasa menuai padi
Mibulang iaitu penggunaan binatang kerbau
Tarian bubu mangalai dengan menggunakan jampi serapah (ya bamban ya
lukah, ya bamban eh basari, main kita si ipar muda, silukah pandai menari)
Berambit/bahambit
Menimbang anak kecil yang lahir pada bulan safar

Lastik/melastik
Panah/memanah
Andiban/alat membujak binatang liar
Perubatan tradisional bisaya
Pakaian tradisional bisaya
Kuih-muih tradisional bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit,
dan lain-lain.

istiadat perkahwinan di kalangan orang Melayu Bisaya ini sekadar pengetahuan


tambahan. Ambil nota bahawa ini adalah istiadat perkahwinan sesama orang
Bisaya.
Tentatif majlis perkahwinan orang Bisaya pada masa kini:Hari Khamis atau Jumaat:
Acara mengelupis. Acara bergotong-royong sesama sedara mara dengan jiran
tetangga untuk membuat kuih kelupis atau lampan (kuih tradisional orang
Bisaya).
Lamban-daun kelapa dilipat macam sampan selepas itu dibubuh beras pulut
separuh masak, lalu dilipat tutup dan akhirnya direbus. Kelupis pun sama cuma

beza pada bungkusan kerana ia menggunakan daun juga. Cara hendak


makannya: Boleh dicicah bersama kari daging.
Petang Jumaat:
Majlis akad nikah (cuma saudara-mara terdekat sahaja dijemput). Hidangan
minum petang disediakan.
Malam Sabtu:
Majlis berinai sama ada buat berasingan (rumah pengantin masing-masing)
tetapi jika berkahwin dengan orang jauh, ia dibuat sekali untuk memudahkan.
Sebelum majlis berinai mula, solat Jemaah Maghrib dan Isyak biasanya dahulu
barulah berzanji.
Kadang-kadang ada juga orang yang membuat majlis cukur jambul sekali ketika
ini.
Kira-kira jam 10 malam baru majlis berinai bermula. Ketka inilah acara seperti
menepung tawar dibuat. Jamuan makan kenduri sudahpun bermula sekitar jam
8. Jam 10 malam akan ada hidangan kuih muih tradisional macam kuih sapit,
jala, baulu, kuih cha-cha (kuih ros kalau di Semenanjung).
Ahad:
Tetamu mulai datang sekitar 8.30 pagi bermula dengan sarapan pagi dengan
kuih-muih dulu.
Jam 10 pagi barulah hidangn tengahari disediakan. K
Jam 12 atau 1 atau paling lewat jam 2 acara menaikan pengantin bermula.
Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dan disandingkan.
Biasanya majlis bersanding ini dibuat awal sekitar jam 12.30 atau 1 tengahari
bagi mengelakkan tetamu pulang. tanpa sempat melihat pengantin. Inilah
kemuncak majlis perkahwinan ini.
Malam Ahad:
Biasanya ada acara potong kek tapi untuk keluarga terdekat saja.
Info tambahan: Biasanya sepanjang majlis perkahwinan itu ada kumpulan
pemuzik Kulintangan (macam gamelan) akan mainkan muzik tradisional +
moden. Antara lagu yang wajib dilagukan adalah lagu Cindai. Tanpa pemuzik ini,
majlis majlis perkahwinan akan jadi sunyi sepi.

Pertunangan:
Pihak lelaki dan pihak perempuan berbalas dulang hantaran. Sama macam
semenanjung juga kena bilangan ganjil. Cuma yang beza dikalangan orang
Sabah, kahwin sekali saja hantaran jadi masa nikah nanti bawa mas kawin saja.

TARIAN TRADISI KAUM BISAYA


Sama juga dengan suku kaum lain di Sabah, Kaum Bisaya mempunyai tarian
tradisinya tersendiri. Dua daripada tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus
dan Tarian Liliput.
Tarian Sayau Bagarus
Adalah tarian yang menceritakan cara Kaum Bisaya mendapatkan hasil sagu,
iaitu sejenis makanan tempatan. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka
mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus,
menginjak dan menyaring. Ceritanya proses mendapatkan sagu ini telah
mengilhamkan mereka mencipta Tarian Sayau Bagarus. Tarian ini terkenal
dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang.
Tarian Liliput.
pula biasa ditarikan untuk mengubati orang sakit. Maksud Liliput adalah meliputi
atau mengelilingi, oleh itu tarian ini adalah tarian meliputi atau tarian
mengelilingi. Kaum Bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu
sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini
dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak
mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara
tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput
sehingga pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian
hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan
canang.
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di Sabah, Kaum Bisaya mempunyai
kraftangan mereka sendiri. Craftangan mereka adalah berkaitan dengan
kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian,
membuat sagu dan menangkap ikan.

Anda mungkin juga menyukai