Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS NOVEL

Novel ini mengisahkan mengenai sekumpulan ahli Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan
Malaysia dalam usaha mereka untuk menganjurkan ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu II bagi
menebus kegagalan dalam ekspedisi pertama dahulu. Sebelum pendakian sebenar bermula, ahli-
ahli ini terpaksa menjalani beberapa sesi latihan bagi tujuan pemantapan fizikal dan fizikal dan
mental serta tujuan pemilihan ahli yang bakal menyertai ekspedisi tersebut.
Aina merupakan salah seorang yang cacat penglihatan yang diberi tanggungjawab untuk menjadi
salah seorang jawatankuasa bagi ekspedisi tersebut. Aina adalah seorang penulis novel sambilan
yang bekerja sebagai telefonis di sebuah syarikat yang bakal mengikuti Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah. Dia merupakan seorang gadis yang berbadan besar yang kurang yakin dengan
kemampuannya untuk menyertai ekpsedisi tersebut. Apabila ditawarkan untuk menyertai
ekspedisi tersebut, pelbagai alasan yang diberikan oleh Aina untuk tidak menyertai ekspedisi
tersebut.
Bermula dari latihan yang disertai, Aina telah menghadapi masalah untuk menyelesaikan setiap
latihan yang diberi. Dia sering menjadi perhatian kepada ahli kumpulannya kerana gagal untuk
menyelesaikan setiap latihan dan jugasering menimbulkan rasa cemas di kalangan jurulatih,
pengiring dan rakan-rakannya. Namun atas semangat kerjasama dan kesungguhan ahli kumpulan
untuk membantunya, dia tidak berputus asa dan akhirnya menanam benih kesungguhan dalam
dirinya untuk menyelesaikan setiap latihan dan seterusnya menyertai ekspedisi tersebut.
Novel ini bertemakan kesungguhan dan kegigihan sekumpulan orang-orang yang cacat
penglihatan untuk menebus kegagalan dalam ekspedisi pertama kumpulan mereka untuk
mendaki Gunung Kinabalu kerana diskriminasi ke atas mereka yang cacat penglihatan. Atas
kesungguhan dan kegigihan kumpulan ini dalam menyiapkan diri mereka dari segi fizikal dan
mental untuk menghadapi ekspidisi ini, mereka akhirnya berjaya membuktikan kepada
masyarakat bahawa kecacatan bukanlah penghalang untuk mereka menawan puncak gunung
tersebut.
Plot dalam novel ini disampaikan secara kronologi dimana cerita dalam novel ini dimulakan
dengan mesyuarat jawatankuasa untuk mendaki Gunung Kinabalu, diikuti dengan taklimat
mengenai ekspedisi yang dihadiri oleh ahli-ahli pertubuhan yang terdiri daripada rabun dan cacat
penglihatan. Diikuti pula dengan latihan persediaan untuk memantapkan mental dan fizikal
peserta-peserta ekspedisi ini yang melibatkan beberapa fasa dan seterusnya plot yang melibatkan
pendakian ke Gunung Kinabalu itu bermula sehinggalah majlis menyambut kepulangan peserta
dari pendakian tersebut.
Latihan dalam telah dijalankan dan melibatkan beberapa frasa, corak latihan serta dijalankan di
beberapa tempat yang berasingan bagi mempelbagaikan latihan mereka dan memperkenalkan
kepada mereka diantara rintangan dan laluan yang bakal dilalui oleh ahli-ahli ekpedisi ketika
pendakian Gunung Kinabalu dijalankan. Ketika latihan-latihan ini dijalankan, ahli-ahli telah
berdepan dengan pelbagai cabaran dari segi fizikal dan mental. Namu setiap cabaran dapat
dihadapi dengan hasil usaha gigih, serta semangat yang tinggi dikalangan ahli.
Perkembangan cerita di dalam novel ini bermula ketika latihan persediaan mental dan fizikal
bagi pendakian dijalankan di mana pada peringkat awal latihan, Aina sebagai watak utama tidak
dapat untuk menyertai latihan yang diadakan kerana kekangan masa di tempat kerja dan terpaksa
menjalani latihan sendiri dengan menaiki tangga sehingga 22 tingkat. Pada latihan-latihan
seterusnya pula, Aina mengalami masalah untuk menyelesaikan latihan yang diberi lantaran dari
saiz badan dia yang besar.
Selain masalah latihan, Aina dan kumpulannya menghadapi masalah kewangan untuk
membiayai beberapa sesi latihan. Masalah kewangan ini bertambah rumit lagi apabila mereka
juga turut menghadapi masalah kewangan bagi perbelanjaan mereka bagi pendakian Gunung
Kinabalu yang sebenar sehingga mereka terpaksa untuk mencari jalan keluar dengan mencari
alternatif lain dengan mencari dana serta sumbangan secara individu.
Beberapa percubaan dilakukan untuk mendapatkan sumbangan daripada syarikat-syarikat besar.
Malangnya, syarikat-syarikat ini lebih senang untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk
barang-barang keluaran mereka sahaja dan bukannya wang. Ini telah menimbulkan satu
persoalan di antara mereka samada mereka akan meneruskan ekspedisi ini atau tidak.
Klimaks cerita dalam novel ini pula adalah ketika pendakian ke Gunung Kinabalu bermula dan
ketika perjalanan turun dari gunung di mana pelbagai kesukaran demi kesukaran yang terpaksa
dihadapi oleh Aina dan peserta lain sehingga meruntun azam dan tekad mereka. Ketika
pendakian, Aina mendapati semakin tinggi pendakian, semakin banyak sukar dan banyak
rintangan yang perlu dihadapi. Pemimpin bagi ekpedisi pula mula berdepan dengan ketegangan
yang dahsyat kerana terpaksa untuk memberi arahan yang jelas dan tepat kepada peserta untuk
menggelakkan mereka jatuh ke dalam gaung. Dalam pendakian, Aina mengalami kesukaran
untuk mengatur langkah kerana sukar mengimbangkan diri dan asyik terjatuh ekoran dari saiz
badannya yang besar.
Dalam perjalanan turun pula, mereka terpaksa meredah hujan dan ini telah membataskan
pergerakkan mereka sehingga Aina dan kumpulannya terpisah dari kumpulan-kumpulan yang
lain. Mereka juga hampir tidak dapat meneruskan perjalanan kerana disebabkan gelap malam
yang makin menghimpit mereka ditambah pula dengan kekurangan lampu picit yang merupakan
salah satu perlatan yang penting ketika malam semakin gelap, sehingga ada yang terpaksa
bergerak tanpa lampu picit. Klimaks dalam cerita ini ditambah lagi dengan pergerakan
kumpulan yang bertambah lambat apabila terdapat peserta yang tercedera terpaksa melangkah
dengan berhati-hati dalam hitm pekat malam untuk menggelak dari terjatuh kedalam gaung.
Novel ini telah didukung oleh beberapa watak yang menarik bagi mempelbagaikan dan
memberikan kesan yang lebih menarik dalam jalan cerita novel ini. Antara watak-watak tersebut
adalah:
1. Aina
Merupakan watak utama dalam novel ini, dia merupakan seorang gadis cacat penglihatan
serta berbadan besar yang sering berperang dengan perasaan sendiri dan mepersoalkan
keupayaannya sendiri. Dia memegang watak sebagai seorang yang sering meyoalkan
keupayaan dirinya sendiri dan menganggap dirinya adalah satu beban kepada orang lain.

2. Nazari, Rosham, Tong dan Lum
Mereka merupakan ahli jawatan kuasa rekreasi yang menjadi penggerak utama ekspedisi
ini. Mereka adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan perlaksanaan
ekpsedisi ini berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Kecatatan
bukanlah menjadi satu pengahalang bagi mereka untuk merangka satu projek ekspedisi
yang memerlukan mereka untuk melibatkan pelbagai pihak.


3. Pak Tam, Pak Yob dan Staf Is.
Merupakan jurulatih dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan. Mereka yang
bertanggungjawab untuk membei latihan kepada ahli kumpulan yang bakal menyertai
ekspedisi tersebut. Mereka menyediakan latihan yang bercorak sistematik, pelbagai dan
rencam namun amat menguji kekuatan fizikal serta mental para peserta ekspedisi. Mereka
juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membuat pemilihan peserta yang
mengikuti ekspedisi pendakian Gunung Kinabalu.

4. Ahli-ahli Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan
Rakan-rakan Aina yang memainkan watak saling bantu membantu antara satu dengan
yang lain. Semangat kekitaan yang tinggi dalam setiap ahli membuktikan bahawa
kecacatan bukanlah satu penghalang bagi mereka untuk membantu ahli yang lain.

Anda mungkin juga menyukai