Anda di halaman 1dari 45

Pengkisahan Sejarah Boria

Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menerajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui.

Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada ketika itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina.

Latar belakang Boria


Perkataan Boria dikatakan berasal dari perkataan Borai dari bahasa Hindustan yang bermaksud gila atau sasau. Boria jua bermaksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoisepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British mempersembahkan boria di atas hamparan tikar serta pakaian mereka juga dibuat dengan tikar untuk mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala.

Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan Bori dari kaum Gujerat yang datang berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu asalnya dari perkataan Ria sahaja iaitu bersuka ria dan kemudian dinamakan Boria. Apapun dari mana perkataan asal Boria ini tiada siapa yang dapat mengatakan betul atau salah sebab ia hanyalah datang dari sumber lisan bukan dari fakta yang dicatat atau ditulis di mana-mana .

Segmen Dalam Boria


Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di Pulau Pinang.Ia mempunyai pengisian dua segmen iaitu :

Segmen Pertama

Sketsa Sebabak
Contohnya,jika sketsa itu kejadiannya berlaku di rumah, maka dengan lakonan/sketsa itu HANYA berkisarkan suasana di rumah sahaja. Sketsa haruslah mempunyai mesej, nasihat dan berunsur humor. Rentetan sketsa ini akan dikupas kembali di dalam rangkap lagu untuk segmen ke dua iaitu di dalam senikata rangkap lagu oleh Tukang Karang.

Segmen Kedua
Persembahan Pergerakan
tarian yang seragam mengikut kreativiti kumpulan yang terdiri dari Tukang Karang (Ketua/Solo Utama) dan Sailor (kini ada golongan yang menamakan kelasi

yang memang ditentang oleh pengiat lama sebab sailor adalah nama khas untuk penari latar dari zaman dahulu.)

Cara Persembahan Boria


Kemasukan Sailor dan Tukang Karang :

Kemasukan mereka akan diiringi muzik masuk (intro) sebaik sahaja pelakon sketsa selesai dan keluar. Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil menggoyangkan tongkat dan Sailor akan menyahut rangkap pertama beramai - ramai sambil membuat pergerakan.

Lenggok suara serta alunan suara Tukang Karang mestilah BUKAN mendayu-dayu, merdu seperti nyanyian lagu Pop sebaliknya pemberatan terhadap kejelasan sebutan seakanakan sebutan akhir dipendekkan (BUKAN MELISMATIK). Rangkap yang disampaikan oleh Tukang Karang selalunya akan dimulakan dengan rangkap pengenalan kumpulan serta mengalu-alukan hadirin dan Sailor akan menyahut rangkap yang sama itu kembali beramai-ramai.

Kemudian Tukang Karang akan menyampaikan rangkaprangkap yang mempunyai isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan Tema Boria itu dipersembahkan dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang telah dilakonkan dalam sketsa Segmen pertama persembahan.

Rangkap karangan Boria akan ditamatkan dengan

ucapan terima kasih, pengunduran diri, memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh atau menguris perasaan penonton.

SI TUKANG KARANG BORIA


Tukang karang akan menyampaikan lagu boria dengan suara yang lantang dan bersemangat. Nyanyian dimulakan secara solo oleh tukang karang, dan kemudiannya diikuti oleh sailor yang mengulangi lagu korus boria. Tukang karang dianggap menjadi nadi penggerak untuk sesebuah persembahan kumpulan boria.

Tukang karang amat penting dalam persembahan boria. Dia akan bertindak sebagai ketua untuk menyampaikan rangkap-rangkap karangan yang menceritakan kembali dari sketsa yang telah dilakonkan sebelum itu.

Jika zaman dahulu, biasanya tukang karang akan menyampaikan nyanyian dan karangannya secara spontan, tapi kini ramai tukang karang yang buat persediaan terlebih dahulu sebelum persembahan dan ada tukang karang yang menyampaikan karangan yang ditulis oleh orang lain. Dalam persembahan boria, tukang karang tidak perlu menari. Seelok-eloknya tukang karang bebas bergerak ke kiri dan kanan pentas ketika giliran sailor sedang menyanyi.

FAKTA MENGENAI BORIA


Persembahan Sketsa di permulaan (bukan teater atau bangsawan). Ada pencadang, ada pembangkang dan ada penasihat. Jadilah cerita. Sketsa dalam loghat utara adalah digalakkan.Seorang Tukang karang (ada tongkat di tangan sebagai penunjuk) Ada sailor ataupun kelasi di belakang tukang karang. Kumpulan sailor akan melakukan gerakkan mengikut irama lagu yang dipersembahkan.

Nyanyian tukang karang dan sailor mengikut rangkap karangan yang mengikut tema atau tajuk persembahan boria tersebut. Rangkap karangan mestilah mempunyai empat baris pada satu rangkap dan setiap hujung sukukatanya bunyi sama. Beza dari pantun dan seloka. Umpamanya jika dihujung baris itu disebut perkataan kota baris-baris berikutnya juga mestilah berbunyi TA. Jadi TA, TA, TA, TA atau BA, BA, BA, BA iaitu empat baris.

Rangkap karangan boria tidak ada pembayang macam pantun. Boria ada lagu masuk dan lagu keluar. Selepas sketsa, sailor masuk dengan diiringi lagu masuk dan selepas tamat persembahan, sailor keluar dengan diiringi oleh lagu keluar. Props yang bersesuaian boleh digunakan. Seperti payung, bunga manggar, bendera, gendang panjang dan sebagainya.

Boria boleh diiringi oleh kumpulan muzik ataupun terkini minus one dibenarkan. Lagu boria pula bebas. Boleh cipta atau gubah dari lagu-lagu yang sedia ada asalkan sesuai dan padan dengan persembahan boria.

Alat-alat muzik boria

Persembahan cerita dan lagu vokal serta tarian dalam teater boria diiringi oleh pancaragam yang biasanya duduk di bahagian belakang pentas. peralatan muzik yang digunakan dalam setiap persembahan boria ini tidak bersifat khusus. aspek yang dipentingkan ialah keupayaan para pemuzik untuk mengiringi nyanyian tukang karang. kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin sahaja. seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut. pada masa dahulu alat muzik yang sering digunakan adalah seperti violin, gambus, marwas, tabla, akordion, gendang, simbal dan harmonika.

harmonika

akordian

simbal

gambus

tabla

Sejak kebelakangan ini, pelbagai alat muzik moden dari Barat turut digunakan dalam setiap persembahan boria ini seperti gitar elektrik yang menghasilkan melodi dan irama, set dram Barat, tamborin dan kibord elektrik.

Gitar elektrik

Drum set

Sebagai bentuk hiburan yang bertumpu kepada cerita-cerita tertentu atau isu-isu sosial semasa dalam komuniti Melayu Pulau Pinang, teater boria menonjolkan ciri-ciri sinkretik. Ciri-ciri ini termasuklah kegunaan struktur persembahan tertentu, tema-tema tempatan, struktur rangkap tempatan, muzik tarian popular Barat serta pancaragam yang mengutamakan alat Melayu, Barat, India, Arab dan lain-lain lagi.

Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan amat erat sekali. Seandainya cerita yang dimainkan merupakan cerita Arab, maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Muzik dan tarian yang dimainkan pun mirip kepada irama Arab. Malah bahasa yang digunakan lebih kepada telor Arab.

Pakaian boria

pakaian boria terpulanglah kepada pilihan kumpulan masing-masing. Pakaian boria bebas, asalkan dipilih bersesuaian dengan cerita atau tajuk boria. Pakaian tukang karang eloklah berlainan dari pakaian sailor (kelasi). Tukang karang elok berpenampilan lebih tersendiri dan menarik. Tukang karang boleh memakai tarbus kerana tarbus sudah menjadi identiti boria.

Boleh juga pakai bengkung dipinggang. Lebih menarik kalau berwarna-warni dan berkilaukilauan. Jika cerita yang persembahkan mengenai perpaduan, sailor boleh berpakaian tradisional mengikut setiap kaum. Sailor juga boleh berpakaian uniform.

Tokoh-tokoh boria

Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamid Bekas Penerbit boria RTM Pulau Pinang, terlibat dalam Pertandingan Boria Dendang Rakyat di TV1. Beliau merupakan pengadil boria di Pulau Pinang.

Encik Daud bin Ibrahim. Beliau merupakan penggiat Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang. Pelakon sketsa boria dan pengadil pertandingan boria. Kegemilangan atau kebangkitan boria adalah bermula di zaman Pak Daud dengan Boria Sungai Pinangnya. Selain dari Radio Pulau Pinang dalam rancangan 'boria', kumpulan ini juga sering diundang di RTM.

Syed Akir bin Syed Ahmad. Beliau merupakan pemimpin Kumpulan Boria Anak Tanjung, Air Itam, Pulau Pinang. Beliau juga berperanan sebagai tukang karang dan pelakon sketsa dalam boria.

Encik Abdullah Bin Darus Beliau juga dikenali sebagai Pak Lah. Pak lah adalah tokoh boria yang masih bergiat aktif menyumbangkan tenaga dan ideanya kepada perkembangan boria. Beliau banyak menyimpan khazanah gambar-gambar lama boria dan mengetahui asal usul boria.

Boria pada masa kini


Banyak perubahan berlaku dalam persembahan boria pada masa kini.

Perubahan adalah disebabkan oleh faktor masa dan kesan daripada pertandingan
boria yang semakin meluas yang diadakan pada masa kini. Boria telah diubahsuai mengikut cita rasa dan budaya komuniti tempatan. Perubahan dilakukan untuk

menarik lebih ramai peminat untuk menonton. Persembahan boria kini dapat dilihat
dalam hari kebangsaan dan di pesta Pulau-Pinang, tapak-tapak ekspo dan kawasankawasan pelancongan, pertandingan-pertandingan boria supaya muzik tradisi ini "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas".

Perubahan adalah dari segi pakaian, jika dahulu pakaian adalah beraneka corak, warna, bentuk dan ragam tetapi kini pemakaiannya adalah lebih bercorak seragam. Sebagai contoh pakaian kelasi adalah seragam kecuali tukang karang memakai pakaian yang berbeza atau yang lebih istimewa. Perubahan lain adalah segi gerak langkah tarian. gerak langkah tarian telah diseragamkan dan menyelitkan unsurunsur moden dalam persembahannya. Dari aspek muzik penggunaan kugiran dan pencaragam diaplikasikan.

JOM SAKSIKAN PERSEMBAHAN BORIA

Anda mungkin juga menyukai