Anda di halaman 1dari 2

FUNGSI RUMAH PERANAKAN MANSION PULAU PINANG. Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang mempunyai fungsinya yang tertentu.

Di antara fungsi Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang yang utama adalah sebagai pemelihara warisan komuniti Baba dan Nyonya di Pulau pinang. Pihak pengurusan Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang akan memungut, memelihara, menyimpan kemudiannya mempamerkan barang-barang mana mempunyai nilai-nilai sejarah dan budaya tradisi Baba dan Nnyonya. Selain itu, Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang.bagi memastikan peranan Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang dapat mencapai matlamatnya. Misalnya, mereka telah menyediakan jurupandu yang berpengalaman lagi berpengetahuan untuk memberikan maklumat dan penerangan kepada para pengunjung terutama pelajar sekolah. Khidmat jurupandu ini perlu bagi memastikan para pengunjung mendapat matlumat yang tepat. Ada kalanya, matlumat yang dipamerkan bersebelahan dengan bahan bersejarah ringkas sahaja. Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang memberikan ilmu pengetahuan serta pendidikan bukan sahaja kepada warga tempatan malah kepada para pelancong yang datang. Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang diibaratkan sebuah pintu yang dapat memberikan maklumat kepada pelancong tentang latar belakang komuniti dan sejarah peranakan mansion Baba dan Nyonya yang dilawati. Tentang para penduduknya yang mungkin datang daripada pelbgai latar belakang dan budaya yang berbeza seperti Malaysia. Selain daripada dapat melihat tempat-tempat tarikan yang ada di sesebuah negara, para pelancong ini juga dapat menimba sedikit sebanyak pengetahuan akan sejarah Peranakan Mansion Pulau Pinang yang dikunjungi.

Pihak pengurusan Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang akan menyediakan bahan bacaan bertulis dalam bentuk pamphlet supaya data yang diterangkan secara lisan oleh jurupandu Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang dapat dijelaskan dan dilengkapkan dalam medium bertulis. Oleh itu, boleh dikatakan kini, Rumah Peranakan Mansion Pulau Pinang adalah aset dalam industri pelancongan kerana ia adalah satu destinasi pelancongan utama pada sesebuah negara. Kedatangan pelancong secara tidak langsung akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui industri perhotelan, makanan, perkhidmatan, kraftangan dan sebagainya. Peranakan mansion Baba dan Nyonya pulau pinang berfungsi sebagai segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia, Rumah agam ini dahulunya menjadi kediaman dan pejabat Kapitan Cina Chung Keng Kwee. Dia seorang pelombong Hakka dalam bidang bijih timah, dan juga seorang ketua kongsi Hai San pada kurun ke-19. Rumah yang kaya dengan warisan Baba-Nyonya ini dibina bercirikan senibina budaya Cina yang unik. Dibina sekitar tahun 1890-an, ia mempunyai lantai jubin Inggeris, seni besi Scottish dan seni ukir kayu Cina yang cantik.Rumah ini turut memuatkan lebih 1,000 jenis barangan antik dari negara China, dan England. Terdapat juga bilik tidur khas untuk setiap penghuni rumah, yang dihiasi dengan mewah..

Anda mungkin juga menyukai